K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 14, 2010

Bukan rifqah yang update..=p

Assalamualaikum..

Heh. Sori, Rifqah tak sempat nak update. Dia kata banyak keje. So, dia soh aku updatekan. Rifqah ni memang mereng ar. Ada ke soh orang lain updatekan blog?

Apa aku nak cite nih? Ish, aku tak tau nak cite apa. Aku tengok lately entry dia sedih-sedih je. Tapi kadang-kadang tuh tengok cam happy jek. Tah la dia tuh. Aku rasa ada wayar tecabut kot kat otak dia. Hari tuh sakan punya sedih sebab frust konon. Ni aku tengok tak sampai seminggu da ok jek. Tapi aku tau, dia bengang sangat bukan sebab kena tinggal, tapi dia bengang sebab mamat tu tipu dia. Aku kenal sangat Rifqah nih. Spesis ego tinggi. Bukan senang nak layan orang. Kalau setakat orang kacau-kacau kat phone, memang takde la dia nak layan. Tapi aku tak tau la kenapa dengan yang ni dia boleh layan. Bila aku tanya, dia pon cakap dia tak tau. Hm.. Tak boleh nak buat apa la. Semua dah lepas. Hahaha.. Aku memang suka nak gelakkan. Heh. Tu la. Sengal, kan? Tah pape jek perangai budak sorang nih. Orang da cakap jangan kawan pon degil nak jugak. Kan da frust. Hahaha..

Rifqah ni, makna nama dia kelembutan. Korang boleh check dekat sini kalau tak percaya. Kalau dari luar, memang tak nampak lembutnya. Hahaha. Dia tak lembut langsung weyh. Sila la percaya. Da la kasar, garang lak tuh. Lembut dia ada kat dalam. Kat hati. Hati dia mudah tersentuh. Cepat kesian, tak boleh la tengok orang-orang yang dia sayang susah. Bukan je orang yang dia sayang, mak cik tua kat Jalan TAR yang duk tepi kedai jual kerepek-kerepek pon dia kesian. Siap beli kerepek-kerepek mak cik tuh walaupun dia takde nak makan pun sebab dia kesian dengan mak cik yang da macam nenek dia umur nya. Hahaha. Pelik la kau Rifqah!! Kalau dia cuba buat keras hati taknak tolong ke tak nak dengar cakap ke, lepas tu dia mesti rasa bersalah gila-gila. Dek kerana hati dia yang lembut tu lah, dia selalu terluka. Dari dulu sampai sekarang. Dulu masa sekolah, dia ada kawan baik. Dia selalu kena bebel, kena kondem dengan kawan dia, tapi dia ni spesis lembut hati, malas nak marah-marah, so dia buat tak tau jek. Perghh!! Kalau aku, memang da aku tapakkan aje kaki aku kat muka dak tuh. Kawan apa macam tuh. Keja nak kondem orang. Bajet ko bagus sangat la? Tapi Rifqah boleh wat selamba. Aku memang tabik la.

Sekarang ni pulak, kena main dengan "mamat bajet ensem" tuh. Kesian gak aku tengok dia. Aku memang ada was-was masa Rifqah kawan dengan dia, tapi aku simpan sebab aku tengok dia happy sangat. Aku tahu dia naif soal nih. Tapi aku tak boleh nak halang dia. Aku tak kuat. Aku cuba doakan yang terbaik untuk dia. Tapi bila dia terkena, kecewa, memang aku bengang gila. Sebab nya, bila Rifqah terluka, aku pun rasa gak perit nya, tengok kawan aku yang happy jek, tiba-tiba jatuh tersungkur, maruah seperti dipijak-pijak dek "mamat bajet ensem" tuh, bila dapat tahu dia tertipu. Sebab selama ni, dia selalu menjaga diri. Jangan percaya pada sesiapa, jangan percaya pada cinta maya. Tapi dia tersungkur juga. Aku rasa nak tapak-tapakkan kaki aku kat kepala "mamat bajet ensem" tuh dan yang buat aku tambah bengang, kejap je Rifqah dah maafkan "mamat bajet ensem" tuh. Siap dia kawan dengan girlfren mamat tuh. Ok. Kau memang gila la Rifqah. Serius, aku tak penah jumpa perempuan macam kau. Setakat yang aku pernah tanya kat orang, semua tak ingin nak amik tau or ada apa-apa hubungan dengan bekas-bekas diorang, mahupun pasangan pada bekas-bekas diorang. Yang Rifqah ni pulak, boleh la dia baik dengan "mamat bajet ensem" tu dengan girlfren dia. Aduh!! Siap nak keluar sama lak tuh dengan girlfren dia. Rifqah memang gila! Kalau aku, boleh blah!

Erk.. Mati aku kena dengan Rifqah nanti. Takpe la. Dia kata tulis jek apa aku nak tulis. Heheh.. nasib la kan?

Haaa, Rifqah ada gak cite kat aku, dia rasa macam nak delete entry yang sedih-sedih tu. Dia kata bila da ok ni rasa macam segan la pulak bila dibaca semula. Dia kata macam bodoh jek. Hahahahaaa!!! Memang agak bodoh la. Tapi aku rasa tak perlu kot untuk kau delete. Itu untuk panduan kau, kan? Supaya kau takkan pernah ulang kesilapan yang sama. So, pada aku, biar je la entry-entry tu. Pedulikan apa orang kata. Kita tak boleh tutup mulut orang kan? Biarlah orang nak kata kau bodoh bila kau mendedahkan kebodohan kau. *eh, apa aku tulis ni? korang paham tak? hehehh*. Tapi ini blog kau, kau berhak untuk tulis apa saja. Kalau orang lain tak boleh nak terima, itu hak diorang, kan? So, biar kan. *walaupun aku nak tegelak baca tulisan kau yang jiwang tuh. Tak sangka lak aku yang kau ni jiwang... hahahaha*

Apa lagi aku nak tulis ha? Mati la aku ni!!! Sedap jek aku kutuk Rifqah kat dalam blog dia. Tapi dia yang bagi aku tulis apa-apa je. Aku bantai jek la. Hahahah.. Rifqah, kau jangan delete pulak aku punya entry ni. Ni entry pertama dan terakhir aku kat sini. Lepas ni aku malas nak tolong kau. Aku tak pandai la nak karang-karang cerita ni!!! Kau memang suka nak susahkan aku kan? =p. Okla pembaca-pembaca blog Rifqah ni *hahaha.. ada ke orang nak baca blog kau ni? aku tak macam tak caya siot!!* , aku da takde apa nak merapu pasal Rifqah ni. Rifqah pun tah bila nak post entry baru lagi. Dia memang tengah busy sangat. Dia ada bagitau, dia nak kena buat surat kelulusan *macam kerani jek kena buat surat, kan?*, then, ahad 14hb ni kena pegi Langkawi ada meeting sampai 19hb. Balik dari Langkawi, dia ada kursus induksi pulak kat Machang, 23 - 31 Mei. Masak la ko Rifqah. Busy bebenor. Tapi aku tengok kau makin tembam, tak pulak kurus. Hahahaha!! *erk, jangan marah ea? aku gurau jek.. huhu..=p*

Ok.Makin banyak pulak aku merapu. Heheh.. Rifqah, aku harap kau takkan ulang kesilapan yang sama. Aku harap kau tabah dan kuat hadapi apa jua dugaan dengan cabaran yang datang. Jangan jatuh tersungkur lagi. Kalau kau nak jatuh, kau datang la pada aku, kerana aku sentisa ada untuk engkau. Aku akan cuba pimpin kau supaya kau tak terjatuh. Ok, chow!!


Wassalam..

bisik-bisik: Rifqah macam tengah kenal-kenal dengan orang lain.. hahaha.. cepat nya kau mengubat luka ea?? baru seminggu kan?? cisss!! bila aku lak nak ada nih?? Kau jangan ulang lagi kesilapan lepas, ok? Tapi kalau ayah kau pun kenal dia, takpe la kot. restu mak bapak kan penting.. heheh.. moga kau jumpa bahagia kau. aminn..

3 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

FadzMeera said...

sapakah inie...
aulah cyg kah?
wah yakin jah nih...kikikiki

sahromnasrudin said...

wah..cinta sudah berputik..pastikan bunga itu terus mekar ya..

Nazhatul said...

cik meera:

ni bkn cik haulah sayang.. orang lain..

en sahrom:

harap2 nye macam tu la..=)