K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

Kluang punya kisah

Salam..

Minggu ni kecoh pasal 1 kopitiam yang agak famous kat Johor. ala... suma tau kan. Kluang Railcoffee tu... yang ramai sangat orang Melayu lepak tu.. yang glemer masuk Majalah 3 tu.... yang kopi dia sedap sangat tu.. *cakap gaya2 kepochi plus muncung cam Joyah ye*. Memang Kluang Railcoffee ni glemer abes. kopi dia memang sedap la *harus la sedap kalau da babi didalamnya..cis!!*. Kalau nak minum kat tempat original dia kat stesen ketapi tu, memang kena amik turn. punye la ramai manusia. dan kenyataannya yang meramai kan nya adalah orang kita. ya. orang Islam. aish. dan yang aku pon menggelupur sebok2 pasal benda ni kenapa??? mesti la sebab aku pon suka lepak kat sana. huhuhuh.. aku tak tau da bape jag air kopi berbabi tu yang aku da telan. tu belom kira roti bakar lagi. aduhai... rasa cam nak telan air tanah bagi samak isis perot ni. huhuhuhhu

tapi kan, kita tak leh nak salahkan tokey tu. salah kan diri sendiri dulu. punye la banyak kedai melayu ada, yang kedai cine gak kau nak masuk tu da kenapa rifqah oi??? *erk... da sedap.. lagi pon, da terpedaya ada orang kata halal, yakin jekla. huhuu*. dan aku rasa orang Islam yang lain tu pon fikir benda yang sama dengan aku. yang kedai tu halal. *padahal takde pon tunjuk sijil halal. damn!!*. aku rasa mungkin atas dasar tokey tu orang Kluang, dan perniagaan ni pon da lama dibina yang buatkan orang kita selamba jek pegi minum kat situ. bisnes dia da mula dari zaman tok nenek dia lagi. jadi orang assume, mesti la diorang tau takleh nak campur dengan benda2 haram ni. sebab memang orang melayu yang banyak menyumbang kepada keuntungan dia. tapi rupanya silap da... hohoho.

kat Kluang ni kan ade 2 jek kopitiam. 1 opkos la Kluang Railcoffee. yang 1 lagi tu.. eh.. takyah sebut la.. orang Kluang mesti tau kan? Kopitiam yang lagi 1 tu memang aku tak masuk la. dan kat Kluang pon aku tade nampak orang Melayu lepak sana. eh, tapi kan, kopitiam yang best cam ni owner sume cine. tade ke orang melayu nak bukak kopitiam best camni kat Kluang? yang aku tau ade orang Melayu punya kopitiam kat Bandar Baru Bangi jek. tokey die kalau tak silap aku Ezzah Aziz Fauzi. Bekas pengacara kat TV3 dulu.

cite pasal tokey tu plak, dia cam tak puas hati la. aku tak sure dia tak puas hati kat sapa. tapi dengar2 nya dia kata, kenapa benda sampai tersebar kat luar dulu. kenapa tak datang bincang dengan dia dulu? bincang sama2 dan buat tindakan yang perlu. bukan terus sebar macam ni. da dia rugi. eh. taktau nak cakap apa. haduyai. tapi ada gak dengar cakap belakang ini keje pesaing yang agak dengki tengok Kluang Railcoffee ramai sangat pengunjung. pesaing nya sapa? ehehehh... kang ada lak aku kena saman kang. pasal pesaing tu, sume rumors jek. jangan la caya. kalau da salah tu, salah la. takyah nak salahkan orang lain.

semalam sembang2 dengan pakcik aku pasal ni. kitorangkan memang suka sangat2 lepak kat sana kan. da tiap kali balik kluang mesti la nak lepak kat sana. dan pakcik aku da kuar 1 ayat ni pasal kes ni, "patut la lemak kita tak mo turun2. ada lemak babi rupanya." erk??? hahahahaha.. betul gak tu. patut la lemak ni degil tol. da lemak tepu da jadinya. dan patut la aku pon asek malas2 cam babi jek. yela.. babi kan pemalas. eh? betul ke? hahahah..

so, lepas ni kita minum kopi buat sendiri ea. meh tanam kopi sendiri pastu proses sendiri. eh. dulu nenak aku tanam kopi tau. apa?? tak tanya? eh. suka aku la nak bagitau kan. =p


(^__^)v
XOXO


saja nak kepoh: eh. camne ni?? rasa cam nak minum air tanah plak bagi samak perut. hahahahah... bengong la rifqah!! da telajak telan, mana boleh nak kuar balik. da jadi darah daging kot. apa yang perlu, marilah kita sama2 bertaubat.

Original Kluang RailCoffe. kat stesen ketapi Kluang.


Roti bakar "mabuk" + kopi berbabi


ada 2 jenis roti. aku taktau yang mana ada alkohol. yang putih ke, yang cam ceklat2 ni.. tapi 2-2 pon best. huhuhu.. cilakak sungguh!!



*Sumber gamba dari Atok Google.

Tuesday, March 15, 2011

Contest : Family Sedondon

Salam..

*fuh..fuh..fuh... banyak habuk dengan sawang ek??*

Aish.... Macam busy sangat jek sampai tak ter"update" blog ni kan? Bukan busy. Tapi kemalasan nak menaip entry baru melanda. Rajin merayap pi blog orang lain. Blog sendiri diabaikan. heheh. Sori la ea..

So, ini la entry baru. Sesaja nak join contest Pn. Emmie ni. 1st time join contest ni. hahha.. Saje suke2. ermm... Tapi kira cam ngelat skit la pasal tepek gambo banyak2. Bolehkan Pn. Emmie?? Rasa cam semua gambo yang ditepek ni mengancam abes la. Tak tau la mengancam keselamatan negara ke, mengancam nyawa ke hape kan?

Ok.. kite layan gambo dulu ye. Memula nak tepekkan gambo ni,

-

-

-

-

-

-

-

-

Ok.. Caption banyak nak bubuh ni.. hehehh.. Pasal banyak gambo kan? Kite mula dari atas baju kaler biru ea.


Baju biru (2007):
Kenapa aku buh gambo ni? Sebab ini gambo raya terakhir kami bersama arwah atok sebelah ibu. ni raye tahun 2007. Atok meninggal 6 jan 2008.

Baju krim bunge matahari (2008):
Gambo ni plak sebab ni raya terakhir kami dengan arwah atok sebelah ayah dan kali pertama kami beraya tanpa arwah atok perempuan sebelah ayah. arwah tok mak (panggilan utk beliau) meninggal sehari sebelum nuzul Quran.

Baju hijau (2009):
Saje buh gambo ni sebab cam best nak buh. heheh.. mengancam tak??

baju pink (2010):
Ni raya terakhir budak 2 orang yang apit ibu dengan ayah dalam gambo tu beraya sebagai anak dara. Lepas ni diorang kena beraya rumah mentua plak. huhuhu... Sedih2..


Eh... Blom abes lagi. Ada lagi sekeping.. heheheh.. Bolehkan Pn. Emmie??? ok.. ni gambo last:

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Ehem.. Sedondon tak kitorang??? Ni pon tak cukup korum. Ada yang tak masuk dalam gambo. Eh.. lor.. yang takde family aku rupanya. Diorang ada dalam gambo lain. Ni gambo masa wedding aku dan majlis resepsi adek aku bulan 2 hari tu. Ye.. pengantin ade 2 pasang. Adik aku kawen dulu tahun lepas dan resepsi nya buat sekali dengan aku. Jimat. *yela tu jimat*


Ok. Ni kira qualified tak Pn. Emmie??

Wednesday, March 9, 2011

Tag dari Pn. Eila.. (^__^)

1. Bekas kekasih saya adalah :
Fahrin Ahmad.. tepaksa tolak cinta dia sebab dia telalu kacak buat saya. *caya ke???hahahah.. nampak benau penipunye*
ok2..ini seryes.. bekas kekasih saya ialah... biarlah rahsia. hahha.. yang penting saya cinta En. Mohd Nazmi Miskon ni sorang jek sampai mati.

2. Saya sedang mendengar :
Riuh Pagi Di Era. best layan Pak Nil , Ray dan Anip. kadang2 gelak sorang2 cam orang gile.

3. Mungkin saya patut:
Berenti on9 dan cari maklumat yang bos saya suruh.

4. Saya suka :
Tido. Hari Jumaat. En. Nazmi.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Cik Haulah Miswan, Cik Sazreen Sujangi, Cik Rohani, Pn. Eila, Cik Tina, Cik Huda, Cik Miza & ramai la lagi cik2 dan puan2 yang ade. tak larat nak tulis.

6.Saya tak paham :
Kenapa saya cepat lapar+sentap. eh, penat tau asek lapar. penat gak sikit2 nak sentap. kalau ade orang pujuk takpe gak. ni kene pujuk diri sendiri. mencik tau!!

7.Saya kehilangan :
Macam2 gak hilang. buat masa sekarang ni kehilangan... kehilangan ape ek?? takde kot. hehehh

8.Ramai yang berkata :
Saya comel dan baik. *Bluwek!!!*
Ok2. ni betul2. tak tau la orang cakap ape. tak penah cakap depan2. tapi ramai yang kata saya nampak sombong. eh?? sombong ke?? tak kenal mana nak tau sombong ke tak, kan??

9.Makna nama saya :
Ada 2 patah perkataan. yang pertama taktau pon ape maknenye. tau yang kedua jek. kelembutan. nama saya ape? cari la kat entry2 lepas. banyak kot.

10.Cinta itu adalah:
Nazmi & Rifqah
*ececeh... jiwang la konon.*

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Bekerja keras mencari rezeki dengan penuh rasa rindu terhadap isteri yang jauh. ececeh...jiwang kemain lagi.

12.Saya akan cuba :
Dapatkan baby secepat mungkin. BERUSAHALAH!!! hahahha.. gilo!!

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tak pernah berakhir. Saya cinta kamu selamanya En. Nazmi. (^__^)

14.Telefon bimbit saya :
Baru pakai bape bulan. blom setahun tapi da calar-balar+da longgar2 pon. enpon slide ni manje kemain lagi. aishhh..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
Alhamdulillah.. masih hidup. *poyo!!*
Ok. ni yang bebetul punye.. bangun tido trus tengok enpon. nak tengok jam pukul bape. kalau blom dapat mesej dari En. Nazmi, mesti la bangun cek tepon die anta mesej ke tak. selalu nya tak pon. dia tak suka saya tebangun tido malam2. *eh..cam tak menjawab soklan kan??*

16.Saya paling meluat apabila :
Pompuan gedik. Pompuan yang amik laki orang. ape ko da takde laki lain ke yang ko nak??? besepah laki kat mesia ni tau x????

17.Pesta/Parti adalah :
Bising. Sesak. Semak.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kucing. hahahha.. kesian kan?? eh. Arnab pon penah la jumpe.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Remaja. enjoy gile2. hahahah

20.Hari ini :
Hari rabu. Ade pasar tani. teringin makan apam balik kat pasar tani, tapi takde plak. kecewa.

21.Malam ini saya akan :
Tido seawal mungkin. hahahah..

22.Esok pula saya akan :
Pegi keje cam biasa sambil menghitung bila nak tiba hari jumaat petang sebab nak balik kampung. rindu sangat2 la dengan En. Nazmi.

23.Saya betul-betul inginkan :
Baby. boleh??? hahhaha

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Mata saya macam mata panda. badan pon da macam panda. mungkin saya sedara panda.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah. kitorang bedua memang suka window shopping. sangat2 best. tapi jangan ajak En. Nazmi survey kasut kat Midvalley. itu boleh mendatangkan marah.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Kampong. eh?? takde dalam soklan ea?? hehhehe.. ok2. antara 2 tu, saya pilih Barat. Jepun tak lalu nak telan.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Bilik terang kalau dok sorang2 sebab saya penakut. *jujur benar..hahah*
Tapi bila bedua, mestilah nak dok dalam bilik gelap, kan???

28.Makanan segera adalah :
McD. okeh. macam la McD jek fastfood yang ade kan?? tapi saya sangat suka McD. sebulan sekali mesti ada makan kat McD. tapau pon jadi la..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Ok. Saya cuba cari maklumat tu."

30.Siapa yang anda nak Tag?
Cik Meera



Friday, March 4, 2011

hari jumaat

Hari ni hari Jumaat.


*owww....macam la orang lain tak tau hari ni hari apa kan rifqah???*

Aku suka hari jumaat
Sapa yang "PJJ" macam aku pon mesti suka hari Jumaat kan???

Tapi....

Petang Ahad adalah hari yang paling tak best.
Jangan tanya apa perasaan bila tengok en. Suami dibawa pergi oleh bas.
Rasa cam nak lompat depan bas kata, "BERHENTI!!!!"
Ok. Takde gila nya nak buat cam tu.

Hanya mampu memandang dengan hati yang sayu,
melangkah pergi ke kereta,
menangis sepanjang jalan dari stesen bas ke rumah.
Boleh bayangkan??

Sampai bila nak macam ni kan??
Tak boleh nangis depan dia,
Tak boleh bitau dia yang kita sedih.
Sebab??
Taknak dia susah hati tinggalkan kita kat sini
Taknak dia sedih tengok kita sedih
Taknak..Taknak..Taknak.

*Oww... sila sedar Rifqah.. dugaan ni kecil je bagi kamu. ada orang lain lagi jauh. tapi masih tabah. jangan terlalu lemah.*

Bukan lemah la... cuma sayu, sedih. tak boleh ke??


Thursday, March 3, 2011

Alhamdulillah & Terima Kasih Semua


Assalamualaikum & selamat sejahtera semua..


*fuh3.. banyak plak habuk+sawang kat sini*

ehem..ehem.. test suara.. 1..2..3.. halluuu... ade orang tak?? oww.. takde ea?? ok la.. chow la..

*ehhh.. ngada2 tol rifqah ni. lempang skali mau??*

aish.. apa yang aku mengarut ni??? hahha.. sori2.. mula2 sekali, aku nak mintak maaf banyak2 kat sape2 yang rajin follow blog aku, rajin singgah blog aku. aku da lama tak kemaskini blog ni. memang besawang cam hape la..*ha'ah...sama la mcm besawangnye bilik ko kt rumah tu. dasar pemalas!!! aish.. trok tol bini org ni!*.. erk.. aku bukan taknak update. memang nak update tapi mood nak update tu tak sampai. blogwalking aku rajin la. hehehehh.. sori ye kawan2. ni aku update bebetul ok?? kire bayo hutang la ni. korang baca sampai abis ye. jangan ngengade nak skip2. penat aku taip panjang2.

3 Februari 2011,
Alhamdulillah.. akhirnya, aku jadi isteri orang. sampai sekarang aku kadang2 tertanya2, betol ke aku da kawen ni?? aih.. macam mimpi plak. hahah. majlis aku biase2 saje. nampak cam meriah pasal 2 pengantin. gabung sekali dengan adik aku yang da nikah mase 12 November 2010. time tu diorang nikah siang, aku lak betunang malam. dan adik aku sekarang, alhamdulillah da nak jadi ibu. wah.. suda mau dapat anak buah. cucu 1st dalam family, mesti manja telebih ni. ni yang i jeles ni. harus ku kejar!! hahaha!!~ *gatai sungguh!!*

5 Februari 2011,
Majlis rumah En. Nazmi. seryes aku neves. sebab time ni la aku kena tunjuk kat diorang yang aku tak sombong, boleh bergaul, boleh buat keje, macam2 la..hahah.. tak kira la hipokrit ke tak kan. 1st impression tu yang penting kan?? aku tak tau nak buat apa kat umah dia. seryes aku ni jenis tak bape pandai nak begaul. bukan sombong, tapi aku ni pemalu orangnye. sila pecaya. hahahah. petang lepas majlis, aku kena sental periuk dengan En. Nazmi. hahah.. aku no hal la. aku da biasa buat keje berat2 sebab aku takde adik beradik lelaki. so setakat angkat mende berat2, cuci periuk tah bape gantang tu, boleh jek aku buat. abes2 basuh periuk, cuci tah mende2 kat dapur. malam tu sib baik la sedara mara belah mak abah En. Nazmi da balik. so takde la segan sangat. tapi tekulat2 la gak aku taktau nak wat pe. da la en. nazmi memang da pesan, "pandai2 la nak wat apa, jangan nak kepit jek dengan laki". erk?? huhuhu.. memang la aku tak kepit dengan die. hahah.. gile. nanti apa la plak mentua aku+ipar duai aku cakap. hahaha.. habit aku kat rumah orang, selagi ada pinggan mangkuk kotor dalam sinki, memang bersih licin aku keje kan. hahahahahah.. nak nampak la aku ada wat keje kan. takkan nak melangut jek. hari 1st, pagi2 buta aku da bangun. orang lain tak bangun lagi aku da bangun. hahah.. padahal kat umah aku selamba jek aku bangun lambat sampai ibu aku kejut ajak sarapan. tu pon aku bangun cuci muka+gosok gigi jek. sarapan pon tak yah susah2 sebab ibu aku da siapkan, aku tinggal makan jek. hahahah. mana aku tak membesar bagai johan kan? ni kat umah mak mentua, gila ko tak bangun awal?? hahah.. haruslah bangun awal, tolong mak buat sarapan menda semua. hari 1st aku cuma tolong kemas2 kat luar rumah. dan hari 1st aku kat sane, bape kali aku kuar masuk toilet. diorang gile kuat pedas. sume lauk pedas. boleh bocor perut mak ni noks. heheh.. hari ke-2, hamik ko!! mak mentua aku suh masak. erk. adeh. ape aku nak masak ni?? aku masak stail aku la kan. belacan wajib ade, pedas pon lite2 jek. hehehe.. tak la pedas berapi sampai sakit mulut. En. Nazmi lak sesaja dengki aku dia kata aku masak masin. penat aku adjust buh gula la bagai. tapi Alhamdulillah. licin sume lauk aku masak. hahah.

Alhamdulillah.. aku besyukur sangat2. dulu aku cuma ada ibu, ayah, dan 4 orang adik perempuan+sorang adik ipar. sekarang da tambah mak, abah, 4 orang abang+3 orang biras, sorang adik perempuan+sorang biras lelaki dan 7 orang anak buah. ramai tak family aku?? hehhe... *eleh.. orang lain ada lagi ramai la.. =p*.

oww.. aku nak cite pasal anak adik nazmi. dak kecit ni nama dia payah sikit nak eja. aku panggil maisya jek. heheh.. masa mula2 aku masuk dalam family ni, dak kecit ni asal nampak muka aku mesti merengek nak nangis. apa ke muka aku cam mak lampir ke??? hahahha.. memang tak leh blah. dia tengah main2 elok dengan mama dia, dia nampak muka aku mesti merengek nak nangis. kadang2 nanges trus. aku rasa dia nampak muka aku cam mak lampir kot. tapi da minggu last aku cuti, boleh lak dia nak dengan aku. kebetulan baru pandai jalan, ajak la aku bejalan 1 rumah sampai aku naik letih. maisya sangat comel la. rindu gile mak teh dengan maisya. eh, mak teh tu gelaran aku kt rumah nazmi. cam mak2 kan bunyi nye?? hahahha...

di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih yang tak terkira banyak nya pada yang telibat dalam menjayakan majlis aku dengan nazmi samada secara langsung atau pun tak. terima kasih buat ayah, ibu, mak dan abah yang susah payah kuar duit+tenaga nak bagi majlis bejalan lancar. terima kasih gak merestui kami. terima kasih juga aku ucapkan untuk adik beradik suma terutama sekali pada adik aku fifi yang banyak bekorban untuk aku. habiskan tenaga, masa, dan duit. sayang ko banyak2. nanti ko kawen, insyaAllah aku tak lupa ko, aku tolong ko balik. (^___^). terima kasih juga pada semua sedara mara, orang2 dapur, orang2 rewang (maaf banyak2 sebab tak jumpa+salam2+ucap time kasih masa hari kenduri sebab sangat kelam kabut dan blur..huhuhu), pasukan kompang, pasukan rela, PA system (walaupun tak best+bosan.. huhu) yang menjayakan majlis ni. tak lupa jugak buat kawan2 aku yang sudi datang majlis aku. walaupun jauh, sanggup korang datang kan. kehadiran korang sangat bermakna buat aku dan tambah bemakna bila korang bawak hadiah. hahah. owww.. terima kasih banyak2 sangat buat cik pengapit aku, cik Haulah yang sudi tolong aku. sian pengapit sampai da tido pon kene kejut. hhuhuu.. terima kasih ye cik Haulah sayang. mana2 yang aku tetinggal, telupa nak sebut jangan la amik hati plak ye..

gile poyo jek buat ucapan time kaseh panjang2. macam la diorang baca kan??? hahah.. tak kisah la tu. yang penting aku nak tulis gak.

lepas ni tunggu kenduri adik aku si fifi ni plak. dia pon tak sabar nak kawen. tengok kakak2 da kawen, dia pon nak kawen gak. fifi, ko jangan la kawen time aku tengah sarat ke, time aku pantang ke. kalau time tu, memang tak dapek la den nak nolongnye.


(^___^)v
XOXO

note: aku baru kawen 3 minggu da ada pertanyaan, "da ada isi ke belum?". aish... takkan la cepat sangat..


eh.. tapi nmpk tak kt perut tu?? memang ada isi da.. isi lemak.