K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 21, 2011

Masih belum terlambat

Rasanya belum terlambat kot untuk ucapkan Happy Father's Day kan?? alah..2 hari je kot. hehehh.. mood nak menaip tak mari lah. ni baru ada mood nak menaip.


okeh. taknak mengarut lama-lama. meh tatap gambar ayah aku yang ganteng macam rajni khan ni. eheheh..

Zainal Abidin bin Jilani
1 Jun 1957


Ayah,

Banyak sangat pengorbanan ayah pada along dan adik-adik yang memang tak mampu along balas. kalau nak cerita, memang sepanjang hayat along pon takkan habiskan? along sayang ayah banyak-banyak. terima kasih jaga along, besarkan along, support apa je keputusan along. terima kasih merestui pilihan along, terima kasih ayah. walau 7 gunung emas, 7 lautan permata, takkan mampu membalas jasa ayah membesar kan along. along sayang ayah banyak-banyak. walaupun along tak pernah ucapkan secara live pada ayah *dalam SMS jek berani. kot depan-depan kang ayah risau lak anak dia ni buang tebiat. heheheh*.

walaupun dulu ayah garang, rotan along tiap kali periksa tak dapat A. rotan along tiap kali periksa tak dapat no. 1. rotan along bila angah tumpahkan minyak rambut. rotan along bila angah jatuh motor. yang kadang-kadang dulu buat along fikir, ye ke along anak ayah? kenapa ayah asyik pukul & rotan along walaupun bukan salah along. tapi bila dah besar, along terfikir, "kalaulah ayah tak rotan aku dulu, adakah aku akan jadi seperti sekarang ni?". terima kasih ayah sebab rotan along dulu. dengan rotan ayah lah yang buat alonng jadi macam sekarang.

along sayang ayah banyak-banyak. walaupun along dah dibawah tanggungjawab suami, kasih sayang along pada ayah, ibu tak pernah berkurang. masih bertambah. along rindu nak jadi "anak bongsu yang besar" tu lagi. rindu nak tidur sama ibu dan ayah bila adik-adik sume takde kat rumah *penakut nak tidor sorang-sorang dalam bilik. heheh.. ayah pon suh tido sekali kat bilik dengan ibu atas katil, ayah tido bawah depan tv. heheheh*. along rindu nak jalan-jalan bertiga dengan ayah dan ibu. terasa cam anak tunggal lak. ehheheh.. along tau dah tak boleh buat macam tu lagi. dah ada tanggungjawab lain yang along kena pikul.

insyaAllah.. along akan cuba tunaikan janji along pada ayah dan ibu. doakan rezeki along murah ye.

i luv u so much ayah!!!

ikhlas dari anak sulung yang bajet bongsu.. (^__^)



untuk suamiku,


Selamat hari bapa, ayang!!~ walaupun belum jadi babah, bayang-bayang nak jadi babah pon takde, bau-bau nak jadi babah pon tak sampai lagi, tak salah kan Sayang wish? heheh.. semoga Ayang jadi babah yang baik untuk anak-anak kita nanti.

Sayang redha kalau kita lambat ada anak. terima kasih sebab Ayang selalu cuba jaga hati Sayang bila orang lain tanya pasal anak. walau kadang-kadang, telepas juga perasaan tertekan Ayang tu pada Sayang tapi Sayang tahu Ayang berusaha untuk jaga hati Sayang daripada terguris dek pertanyaan orang sekeliling. terima kasih kerana jadi suami terhebat buat Sayang. semoga Ayang jadi babah terhebat untuk anak-anak nanti.


i luv u so much, Yang!!~

ikhlas dari Sayang yang cinta, sayang, rindu Ayang dalam-dalam.



untuk abah,


selamat hari bapa, abah. fiqah baru kenal abah tapi fiqah akan cuba sayang abah dan mak macam mana fiqah sayang ayah dan ibu fiqah sendiri. fiqah akan cuba sayang abah dan mak macam mana jemi sayang pada abah dan emak. fiqah akan cuba jaga jemi sebaik-baiknya walaupun tak setanding dengan emak dan abah jaga dia dulu. terima kasih abah kerana merestui kami. kami sayang abah dan emak.

ikhlas dari anak menantu yang jauh dimata.

4 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

purplishvanilla said...

terharu lah wei..huhuhu...kasih syg berkekalan...tuk babah wanna to be nnt..u r so romantic to rifqah...jadilah suami tehebat n buat isteri bangga dgnmu...agar rumahtagga sentiasa hepy n isteri sntiasa tersenyum srg2 merinduimu..=)apela eila mengarut nih..haish..hehe

Nazhatul said...

Alhamdulillah.. thanx untuk doa eila. kite doakan rumahtangga eila bahagia hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yg soleh & solehah. semoga jadi umie dan walid terhebat. (^__^)

Diela Zaimi said...

alahai...sebak baca entri ni...dahla jauh dgn mak ayah...huhuhu...

Nazhatul said...

alalaa...jgn la sedih diela. heheh.. cuti nnt balik kampung ye.. (^__^)