K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 7, 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum…

Rasanya belum telambat untuk ucapkan selamat tahun baru kot. Baru 7 hari kan? Heheheh.. Azam tahun baru? Masih sama cam 2 tahun lepas. Muaahahaha… tapi dulu azam nak kawen dah tercapai. Nak kurus belum lagi. Nak baby…. insyaAllah. Moga rezeki yang satu tu jadi milik kami berdua. Ok. Takmo panjang-panjang cerita. Sebenarnya nak cerita pasal appointment 27hb hari tu.

Kan kat entry lepas ada cerita pasal expecting tapi pegi check tak nampak pon kantung walaupun kalau nak ikut tarikh last period supposedly masa tu dah 6weeks++ dan dah boleh nampak lah kantung fetus itu. Makanya, doctor bagi tarikh 27hb untuk scan sekali lagi nak confirmkan pregnancy dan nak confirmkan yang ini bukan ectopic pregnancy. Sepanjang 2 minggu tu memang hari-hari telan asid folik sebab nak baby membesar dengan jayanya. Keselamatan diri lagilah dijaga rapi. Terperuk kat ofis tak mo keluar tengok projek yang kalau pegi memang bergegar-gegar 1 badan. Bersenam pon tak bergegar macam tu. Tapi sudah nya 26 & 27 Dis tepaksa pergi mengganaskan diri demi menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Nasib baik ada 3 orang pekerja yang baik hati membantu. 2 hari tu berjalan me’round’ Gelang Patah hantar baja dan racun kat rumah penerima. Letih toksah kata. Balik rumah melepek terus. Nak masak pon malas. Tapi ku gagahkan jua demi suami tersayang. Ecewahh…

So, 27 malam tu kitorang pegi la Klinik Penawar tu. Malam tu orang tak ramai. Ada la 2 ke 3 patient sebelum aku. Ada budak demam, suami isteri nak scan kot, dengan sapa tah lagi. Sebelum pegi klinik, doctor dah pesan kat aku minum air masak satu gelas dan tahan kencing. Sebab kalau kantung still tak nampak dia nak check urine aku. Nak buat UPT lagi. Aku pun menurut perintah. Jadi bila tengok patient tak ramai, aku ingat tak lama lah nak tunggu. Rupanya suami isteri yang masuk sebelum aku tu punya lah lama mengadap doctor. Aku punya “empang” dah rasa nak pecah. Sabar, sabar. Laki aku sibuk suruh buang je. Pandai-pandai je dia ni. Ingat suka-suka nak tahan ke. Aku rasa adalah setengah jam kot suami isteri tu kat dalam baru lah keluar. Bila nama aku dipanggil cepat-cepat masuk sebab tak sabar nak gi tandas. Masuk tu, doctor terus bawak pegi masuk tempat scan. Aku ajak Nazmi suruh tengok sekali tapi dia taknak. Tah pape tah. Orang lain excited nak tengok. Dia takut plak. Masa scan, nervous jangan katalah. Aku doa dalam hati jangan lah doctor kata tak nampak pape. Tapi Alhamdulillah.. . muncul sudah kantungnya. Kalau ikut kat scan tu, umur nya baru 6weeks 6days +/- 4 days. Doktor kata patutlah 1st scan tak nampak. Masa tu kecik sangat lagi. Tapi doctor kata pundi kencing aku yang besar sangat. Heheheh… ye… gambar scan tu, pundi kencing je lebih. Kantung baby cenonet jek kat tepi. Pasal pundi kencing aku dah penuh sangat-sangat. Hahaha… So, doctor takde komen pape. Dia cuma suruh makan asid folik lagi tetiap hari dan repeat ultrasound 15 Jan ni pulak. Nak tengok ada development ke tak. Kalau takde, means baby tak jadi kot.. Hmmmm… harap-harap tak lah kan? Harap-harap semuanya selamat dan baby membesar dengan sihat. Tapi apa yang Allah takdirkan untuk kami, kami redha je. Cuma sekarang berusaha menjaga kandungan dengan sebaik mungkin.

Ada orang tanya, aku tak mabuk ke? Actually, dari sebelum aku buat UPT aku dah start mabuk, tak sedap badan dan aku noticed yang muka aku tumbuh banyak sangat jerawat. Sebelum ni kalau nak period pon, takde lah banyak mana jerawat aku. Tapi kali ni memang teruk. Penuh kat dahi dengan jerawat kecik-kecik. Lagi satu, aku pening-pening kepala. Pening pon ada time. Pagi dengan malam. Tapi boleh tahan lagi lah. Masa tu aku dah syak aku pregnant. Actually, aku buat UPT 3 kali. Tapi 2 kali jek yang Nazmi tau. Yang 1st skali aku buat, aku tak bitau dia. Sebab masa 1st aku check 6 Disember, result negative. Tak tau lah aku salah tengok ke, salah buat ke. Tapi negative. So, aku cam tak harap sangat lah walaupun aku yakin aku pregnant sebab aku dapat spotting 2 Disember. Keluar darah setitik jek. AKu ingat aku period. 2 hari aku tunggu still tak keluar darah lagi. Sebab sebelum ni pernah jadi kes darah keluar setitik je. Tapi 2 hari lepas tu keluar dengan banyak nya. Means, aku period tak pregnant. Tapi untuk kali ni, aku yakin aku pregnant. Cuma mungkin 1st UPT aku, aku buat tak betul sebab aku tak tunggu lama. Aku tengok keluar satu line jek, aku terus lah buang. Tapi bila petang balik keja aku belek balik, cam keluar 2 line tapi.. entah lah. So, aku tak berharap dah masa tu. Aku cuma tunggu je bila nak keluar period nya. Sampai lah UPT kedua aku buat, dapat plak result positif. Alhamdulillah.. sampai jugak rezeki yang satu tu. Lepas je dari tu, start lah pening melampau, jerawat tumbuh melata tanpa segan silu, dan badan aku cam senang masuk angin. Perut rasa semacam. Macam sebu je. Susah kentut tapi asyik sendawa. Risau gak aku. Pantang lambat makan, perut masuk angin, memang pening tak boleh nak celik mata. Rasa nak muntah tapi tak boleh muntah. Seksa tau perasaan nak muntah tapi tak boleh nak muntah. Aku bukan orang yang senang nak muntah. Walaupun aku kategori penggeli, tapi aku cukup susah nak memuntahkan sesuatu. Kalau pagi-pagi masa berus gigi aku muntah cuma keluar bunyi jek. Paling terer pun keluar air. Isi perut? Adalah sekali. Tu pun sikit. Tapi rasanya lagi elok kot tak muntah-muntah. Sakit perut kot kalau asyik muntah jek.

Tapi kan, ada lah hamba Allah ni kata, mabuk masa pregnant tu sebenarnya psikologi je. Kalau kita pikir mabuk, pening kita jadilah lembik camtu. Sebab dia kata, masa taktau dah pregnant ok je. Takde pon mabuk ke hapa. Tapi bila tau je pregnant, mulalah mabuk lah, peninglah, tak larat lah. Aku yang mendengar ni, sabar jeklah. Ingat orang suka ke rasa pening kepala, muntah-muntah, perut sebu, buat tu tak kena, buat ni tak kena. Ingat seronok sangat lah kan? Untuk pengetahuan korang, hamba Allah yang berkata-kata ni lelaki. Bukan dia yang rasa, boleh lah sedap mulut je dia kata. Aku doakan, untuk anak yang akan datang, biar dia yang tanggung rasa mabuk, pening, sakit tu semua. Baru dia tau psiko ke tak. Surf internet rajin. Tapi tak rajin nak surf pasal pregnancy kan? Orang yang pentingkan diri sendiri je yang sampai hati nak cakap macam tu. Aku plak yang emo. Heheheh..

Doa kan aku ye kawan-kawan. Harap-harap appointment akan datang, result positif lagi. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat aku dan suami untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini. 

10 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Eyzan Encha said...

Alhamdulillahh!!
pagi2 bukak blog, blog ko yg aku terjah mule2. hehe.
kan dah kate, baby kecik lagi, tak nampak. yang ternampak adelah ke'teruja'an ko wat scan kt klinik. hehe..
rajin ko makan ubat eh. aku dh 1mggu stop makan sebab asik muntah balik bile makan yg ubat klinik yg kaler coklat. huhu. try mkn obimin plak.

#psst..tapi btol tau. bile dah tau pregnen terus badan rase penat, sengal2, tak larat la..hehe. balik umah terus melepek, masak pun malas. masa awal2 kahwin, balik keje rajin jugak masak. hehe. aku sorang je kot perangai malas macam ni. sampai mak aku marah 'apesal makin malas ni?' hahaa.

#ape2pun jaga diri baik2. jgn lasak2. cer try minum susu kambing higoat (kalo ko boleh minum susu la). aku ni g keje travel 37km hari2. alhamdulillah baby takde pape masalah..

Tahniah wat ko ngan nazmi..semoga bertambah bahagia dan dilimpahkan rezeki dari Allah.. (^_^)

Nazhatul said...

Thanks ejan... heheheh... actually masa memula gi klinik aku cuma nak confirmkan aku pregnant ke tak. aku ingat doktor tu nak la check urinaku lagi. rupanya dia scan terus. hehehe.. mau tak gelabah bila scan tak nampak pape. aku tepaksa merajin kan diri makan asid folik demi baby. heheh.. nak ikutkan, malas gak aku. ada gak aku terlupa makan. sudahnya kena marah dengan nazmi. ehhehe..

tapi kan ejan, aku dari belum tau pregnant memang dah start pening-pening, malas, tak larat. heheh... bila dah tau, lagi la menjadi-jadi. memang melepek je keje aku sekarang. tapi masak, tetap kena buat sebab nazmi tak suka makan kat luar. huhuhu.. nasib baik keja lain dia boleh buat. basuh baju pon aku malas. dia la yang tolong basuhkan. hehehe...

susu higoat? ok2. insyaAllah aku cuba minum walaupun tak lalu nak telan. heheh.. kalau nak sedap, blend jek dengan kurma. kurma bagus untuk ibu mengandung.

thanks again ejan. tahniah untuk ko gak. heheh.. amin.. amin..amin..

mama eyya said...

xpe.. mabuk2, lemah badan tu, sume dpt pahala...

lain org, lain bhgnnye.. aku alhamdulillah, x penah mabuk2, muntah pun akan terjadi 3 hari lepas tau mengandung. pelik. tp itulah yg terjadi. tp baik fahmi, faheem, 3 hari jek. muntah kosong.

kesian tu, ade kwn aku, muntah2 smpai lembik badan die. sian sgt. tp Allah permudahkan die bersalin.

apapun. ko abaikan jek mangkok tuh. aku pun harap biar die rase mabok2 semua tuh.. hahahah.. (kuar tanduk tajam)

Syazni Shamsir said...

Assalam Nazhatul

Alhamdulillah...tahniah...early 3months kena extra care...jgn renyah2 sgt tau...take care

Nazhatul said...

arnie:

alhamdulillah aku takde muntah2 teruk. kalau tak, lagi la haru. macam ni jek pun asal malam aku dah melepek tak larat. nak masak pun paksa diri kadang2 rasa nak menangis pon ada. punya lah tak larat. hehehh...

hahahah... aku memang berharap sangat dia rasa mabuk2, pening2, muntah2 tu kalau wife dia pregnant lagi.

psssttt: mangkok tu bos aku. hahahahaha.

Nazhatul said...

Syazni Shamsir:

thanks dear. harap2 tahun ni ada rezeki awak. jangan putus asa. insyaAllah.. rezeki tu ada sebenarnya. cepat atau lambat jek.

Unknown said...

h

Madam FLora said...

salam semua ,,
minta kngsi kn pndpt ye ..
sy da kawen hampir 3bulan ,
last week sy ada jumpa doc sb keadaan sy truk sgt , muntah2,loya , lemah anggota bdn smpai xley bgun ..
doc buat ujian darah n ujian air kncing ..
kptsn smua normal , tekanan darah pn ok .. doc cuma ckp ada tanda2 hamil n suruh repeat check hjung mgu ney ..
last sy period bln lepas 10-05-14 just 2ari je period .,,tp arini 19-06-14 sy ttb period pulak .,. psoalan nya adakah sy hamil ?

Madam FLora said...

salam semua akk2 ..
sy keliru adakah sy hamil ..
harap akk2 skalian dpt beri pndangan ya ..
sy da bkahwin hampir 3bulan ..
last period sy dtg 08-05-14 , da hampir 2mgu sy tlantar truk sb mabuk teruk , muntah2 , loya , pening .. last week ada g hospital check tp doc ckp semua normal (darah/air kencing) , doc ckp cuma nampak tanda2 mengandung aje , then doc suruh repeat check 22-06-14.. tp psoalan nya aryney 19-06-14 ttb ada darah keluar mcm period .. selama tlantar truk , perot rasa sgt2 x slesa , slera mkn mbuak2 , benda xsuka jd suka , always rasa lpar , jrwt kt muka tmbuh bnyk sgt yg halus , biasa period xpnh tmbuh jrwt truk .. xpnh sampai tmbng mcm ney .. mohon pandangan dr kakak2 yg bpengalaman bntu sy , sy sgt2 keliru adkah sy hamil ..

Nazhatul said...

kasih mia:

Asslamualaikum.

akak pon tak berani nak kata. tapi mungkin awak pregnant. memang ada perempuan yang pregnant awal2 ada bleeding. patutnya awak dah boleh check upt sekali lagi dan pergi klinik. kalau betul pregnant tapi bleeding agak bahaya. boleh sebabkan keguguran. better awak check dengan doktor.