Assalamua'alaikum w.b.t.
Fuhhh... tiup-tiup habuk. Bersawang sungguh blog ni. Heheheh... ada lagi ke orang nak baca blog kita ni weh? Takpe la. Kalau takde yang nak baca pun, aku tulis jugak la kat sini buat kenangan. Sekarang ni orang banyak menulis panjang-panjang kat facebook je. Tapi kadang tak syok jugak kan? Susah nak cari balik cerita tu. Boleh jugak tulis kat note. Tapi tak seronok macam tulis kat blog ni.
Ok la. rasanya dah tahu kot aku nak cerita pasal apa. Entry baru aku tak lain tak bukan tentang baby baru. Hahahahah... YA!!! Aku ada baby baru weh. Hahahahah... umur baby tu dah nak 9bulan pun. Ingatkan lepas anak nombor 2 nak pencen dah dari masuk labor room. Rupanya lajak sampai nombor 3. Rezeki Allah nak bagikan. Sebenarnya, lepas bersalinkan Umar memang dah taknak pregnant lagi. Tapi tak ambik perancang keluarga. Just merancang sendiri guna apps kat phone. Selama follow apps tu memang tak masalah pun. Tapi sampai la bulan Mei 2016 tu pergi langgar tarikh subur. Bulan April pun terlanggar jugak tapi dah hujung-hujung. Bulan Mei ni langgar awal 2hari kot. Masa ni Umar belum lagi setahun. Memang dah agak mesti sangkut. Patutnya hari pertama puasa dah period. Sejak guna apps ni jarang period delayed. Biasanya tepat. So bila hari pertama puasa aku tak period, aku dah syak aku pregnant. Tambahan pulak masa hari pertama puasa memang aku rasa letih yang luar biasa. Macam baru belajar puasa sedangkan beberapa minggu sebelum tu aku dah puasa ganti. Maknanya dah biasa puasa la sebelum datangnya bulan puasa. Tapi bila hari 1st puasa aku dah lembik lain macam dan period pun tak datang lagi memang aku dah agak ada budak kecik dalam perut aku. Hahahah...
Esoknya kat ofis waktu rehat aku pergi beli UPT. Memang tak tunggu balik rumah dah. Kat ofis jugak aku check. Tak lama pun nak tunggu terus naik 2 line. Kat dalam toilet jugak aku menangis. Aku memang tak bersedia lagi dari segi mental dan fizikal untuk mengandung lagi dan bersalin lagi. Jaga baby kecik insyaAllaah aku boleh. Tapi nak menghadap kerenah masa mengandung dan bersalin memang aku tak bersedia. Masa ni aku call jiran aku Nurul a.k.a BFF aku. Dia pun baru tahu dia pregnant. Tapi dia dah 2 bulan. Nak mengadu nasib tapi dia busy pulak. Aku call husband aku bagitau aku pregnant. Mula-mula dia terkejut. Ye la tak sangka secepat ni kitorang nak dapat baby lagi. Umar belum setahun kot. Nazurah pun belum 3 tahun umur dia masa ni. Sambil mengadu sambil nangis. Dia kata kenapa nak sedih? Aku tak ready lagi. Tambahan aku taktau nak hantar baby kat mana sebab pengasuh anak-anak aku dah taknak ambik baby baru untuk jaga. Memang serabut. Kena la marah wak dengan suami kesayangan kita. Aku memang sentap sangat sebab dia tak faham kenapa aku nak serabut fikir benda yang lama lagi nak tempuh. Dia memang jenis malas nak serabutkan otak. Memang la dia tak serabut sebabnya bukan dia yang sibuk nak cari sapa yang nak jaga anak. Aku jugak yang nak kena cari. Lepas tu memang la dia tak serabut sebab bukan dia yang nak kena hadap loya sepanjang hari, kejap-kejap nak gi klinik, angin satu badan, tak lena tidur, dengan GDM lagi, nak layan anak kecik lagi. Belum cerita pasal nak bersalin lagi. Haaa... tengok la orang perempuan ni kan... merungut je. Hehehehe... aku punya sentap sampai taknak cakap dengan dia. 2 hari aku mogok. Bercakap tak, pergi kerja aku salam je tangan. Dia nak cium aku cepat-cepat blah. Sakit hati tau dia marah-marah kita. Ni la satu kekurangan dia. Dia bukan pendengar yang baik. Suami kita ni emosional sikit. Hahahaha... sebab tu jarang nak share masalah atau mengadu nasib dengan dia. Nanti hujung-hujung kita yang sakit hati. Dia pulak kadang-kadang over marah. Hahahaha... tapi bab tolong buat kerja rumah memang tiptop kecuali masak. Hahahaha...tu la suami kita wak. Yang tak boleh blah tu kan, dalam pada kita mogok dan merajuk taknak cakap dengan dia, yang dia pulak sikit pun taknak pujuk kita ni ha tapi muka sardin je request nak makan kuey tiaw goreng. Takde la dia cakap depan-depan. Kang kita bagi talk to the hand je pulak. Hahahah... dia what's app je kita wak ni wak. Siap tulis boleh tak tolong masakkan kuey tiaw goreng. Kita ni sebagai isteri yang tak berapa mithali takkan nak jawab pergi la masak sendiri. Hahahaha... dah la puasa weh. Penat tau puasa 2 hari dapat lapar dahaga je sebab gaduh dengan suami. Hehehe... tu la kenangan masa mula-mula tahu pregnant anak nombor 3.
Pregnant kali ketiga ni kerenahnya lebih kurang je dengan masa anak sulung dan nombor 2. Cuma ni extra loya kot. Awal trimester kena bulan puasa pulak tu. Gigih jugak la puasa. Tapi cuti jugak 6hari sebab muntah-muntah. Masa ni masalahnya tak boleh tido lepas sahur. Kalau tido je, confirm bangun tu berterabur keluar makanan masa sahur tadi. Kali ketiga ni kena GDM jugak macam masa anak sulung. Tapi tak seteruk masa mengandungkan Nazurah. On diet control je la. Tu pun normal je. Due aku 10 Februari 2017.
Cerita pasal due ni pun ada cerita sedih. Kalau ikut pengalaman 2 anak sebelum ni aku akan bersalin awal 2 minggu dari tarikh due. Kebetulan pulak bestfriend aku masa belajar merangkap pengapit aku masa aku nikah, Si Haulah nak kahwin pulak awal tahun 2017. Memang sedih la pasal aku tak dapat pergi. 6 tahun aku tunggu majlis dia. Bila sampai harinya, aku tak dapat datang pun. Dia nikah 3 Februari 2017. Aku bersalin 10 Februari 2017. Betul-betul hari due. Bertuah sungguh kan anak aku ni. Kalau tahu dia nak keluar lambat mesti mak gigih pergi Perak tengok kawan kita nikah. Tapi disebabkan takut terberanak tengah jalan aku terpaksa la tak pergi. Sedih gila weh. Masa tau tarikh nikah dia aku dah beria menangis. Sedih sangat-sangat sebab masa aku kahwin dia yang bertungkus lumus tolong aku. Sama-sama berjaga malam sebab masa malam nikah tetiba aku kena gatal-gatal sampai tak boleh tidur. Bila tiba majlis dia, aku bukan je tak dapat tolong, datang pun tak. Padahal masa adik dia kahwin 2016 kitorang datang. Time majlis dia tak boleh datang pulak. Memang ralat gila. Tapi yang bestnya tarikh nikah dia sama dengan aku. Aku nikah 3 Februari 2011. Dia nikah 3 Februari 2017. Nampak BFF sangat ni? Hahahaha... Nak jugak sama anniversary. Oleh kerana aku tak dapat attend wedding dia, dia sanggup datang dari Perak untuk jumpa aku sekeluarga dekat Kluang. Nampak tak baiknya kawan kita ni. Hehehe.. memang datang Kluang semata-mata nak jumpa aku lebih kurang sejam je duk makan dan bersembang. Lepas menyembang terus dia gerak balik. Terharu sungguh kita. Terima kasih sangat kat kawan baik kita ni.
Eh... sebenarnya nak cerita pasal pengalaman bersalinkan anak nombor 3. Ni dah melalut pulak cerita lain. Hahahahah... takpe la eh. Lain kali kita cerita pasal pengalaman bersalin. Nak simpan dalam blog ni buat panduan. Hahahah... pengalaman bersalin anak ketiga paling teruk. Teruk pada aku la. Pada orang lain biasa je. Tapi ni la antara punca aku hampir kena Post Partum Depression. Aku memang rasa nak meraung lepas bersalin. emosi memang terganggu sangat. Tapi nanti la aku cerita. Kita stop dulu kat sini eh. InsyaAllah aku akan cerita dalam entry lain.
Terima kasih sudi baca bebelan aku. Heheheh... nanti aku tepek gambar family aku kat sini.