assalamualaikum sume.. *eh.. slalu type pendek2 je.. ni penuh lak.. heheh*.
eh??? gigih sungguh update 2 entry 1 hari kan??? hehehehheh..actually aku da taip awal entry ni, tapi baru nak publish hari ni. ingat kan pagi tadi nak publish. skali tu baru perasan hari ni birthday blog aku. hehehhh.. aku just nak cite pasal hujung minggu aku je. hahahah.. hujung minggu yang terbaik & terindah stakat ni..
hujung minggu aku, sangat2 best.. tapi penutup nye sangat la tak best.. arghhhh!!!!!
jumaat, 7ptg En. Nazmi sampai KL. aktiviti malam tu, makan kat Wong Solo Bandar Baru Bangi, jalan2 kat Putrajaya, round2 downtown dan uptown. sian En. Nazmi.. sampai2 KL hujan la plak. walaupun hujan, kitorang pegi gak bejalan2. pegi putrajaya bawak En. Nazmi pusing2 kat Putrajaya, brenti kat jambatan. baru turun 2 minit, polis sampai. hahahahahha... hampes sungguh!!~ terus la blah.. motif nak tunggu kan?? hehehhe.. lepas round2 Putrajay, pegi check in kat Dynasty Hotel. eh.. En. Nazmi je yang check in ye. aku tolong teman dengan tolong register jek. nak biar En. Nazmi buat sorang2?? alamat dia tido dalam kete je nanti. hahah.. 2 pun lama gila nak check in. pukul 12mlm baru siap. letih aku tunggu. da dapat kunci, pegi usha bilik jap. kang sesat plak dak ni kat hotel yang banyak sangat tingkat ni. tah ceruk mana bilik. dapat executive suite plak tu. hamik ko dok sensorang kat bilik besa tuh. hahahah.. da la sejuk.. kesian la hai dengan orang yang tade lemak ni.. hahahha.. nak tolong bagi panas, belum boleh lagi. hahahahah... gatal! malam tu, merayau pegi downtown cheras dan uptown setapak. oleh kerana cuaca gerimis2 manja, tak ramai la orang. jalan dengan agak selesa la. yang tak selesa, tudung aku basah ditimpa dek gerimis manje2. memang gerimis skit, tapi da berjam2 dok tadah, basah gak la tudung kan. balik anta En. Nazmi kat hotel, aku sampai rumah pukul 3. dak2 kecit kat umah tak tido lagi. eheheh.. kesian.. datang KL, teperap jek kat umah..
sabtu, pukul 10pagi da tecongok depan hotel. gigih gila bangun pagi2 sebab nak shopping. macam biasa, park dekat belakang menara cimb sebelah sogo. amik duit, sarapan bagai baru la SHOPPING!!!~ oooyeah!!~ aktiviti paling indah.. hahah.. tapi beli barang En. Nazmi je yang banyak. barang aku cuma handbag je sebuah. hehehe.. untung En. Nazmi. Bayar handbag aku dengan perfume sendiri jek. heheh.. perfume aku da beli awal2 da.. habis meround sogo, pegi midvalley. ARGHHHHHH!! becinta nak cari parking. siap merajok kecik ati bagai, baru la dapat parking. hahahahha.. sengal jek perangai. round2 midvalley konon2 nak cari kedai scholl.. takde rupanya ea??? hahahha.. kesian En. Nazmi kena jalan pusing2 1 midvalley. sambil2 tu aku cari kasut untuk wedding.. takde plak yang bekenan. habis sume kedai kasut selagi ada aku heret En. Nazmi masuk.. tapi last2 takde yang bekenan pon.. eh, bukan tak bekenan.. ada jek yang bekenan.. tapi tak rasa nak beli. hahha.. ada yang bekenan, tinggi sangat la plak. kalau da sampai 4inci, mau menangis aku nak pakai. GILA!!! hahahah.. da la kenduri side En. Nazmi nak kena panjat bukit yang agak tinggi. mau menangis aku nak jalan. nak suh En. Nazmi dukung???? sila jangan nak mimpi lebih2. kaki aku pon belum tentu dia boleh angkat. hahahahahah.. habis meround kat midvalley, En. Nazmi ajak pegi kat pasar Chow Kit. aku main bawak jek. hahahah.. tapi aku rasa macam silap pegi la. takde pon pasar besar2. bundle banyak la.. kat Lorong Haji Taib. hahahahahaha... meround jap, baru pegi makan. perut da siap masuk angin. kepala pon 2-2 da masuk angin. memang bolah jadi puting beliung sebab da letih sangat. bajet nak pegi i-city, tapi tak jadi sebab da tak larat nak jalan. En. Nazmi kata kalau nak hangout lagi, kene pegi tempat yang tak yah bejalan. duduk jek. ceh! last2 da lepas makan, dia ajak balik. pasal da takde mood nak bejalan. kira okla gak. kaki aku pon da letih nak pijak cluctch, minyak dengan break. huhuhuu...
ahad, pukul 9.30 pagi da sampai hotel. bajet En. Nazmi da siap. belum rupanya. tengah tido lagi!! ceh!!!~ da tu takkan aku nak tunggu kat dalam kete sorang2 kat tempat parking mengerikan. lepak la kat hotel. sila jangan salah paham ye. aku tak masuk pon bilik dia. aku tunggu kat ruang pejabat jek. dia masuk bilik siap kunci pintu. hahaha.. siap kemas2, check out. pegi breakfast kat tempat aku selalu lepak masa study kat maulana depan kilang coklat berryl's. lepas breakfast, pegi Alamanda. bajet nak cari gak sandal scholl, belt untuk En. Nazmi dan kasut En. Nazmi nak pakai masa wedding nanti.. puas meround takde plak jual kasut Scholl ek?? belt yang dia bekenan pon takde. tapi aku jumpa gak kasut nak pakai masa wedding. sekali tengok, terus try. berkenan, terus beli. takde pandang kasut lain walaupun En. Nazmi cuba membakar aku bila masuk kedai lain, "cantiknye kasut putih tu... *sambil gelak2*". ceh!! sengaja je tau!!~ da merayau kat Alamanda pegi plak The Mines. dulu ada kedai scholl kat situ. bila aku pegi ahad lepas, da takde plak. hampeh jek. da takde barang yang nak dicari, blah la dari The Mines. makan kat restoran Anjung seberang komuter serdang. lepas lunch, solat kat masjid UPM. terus pegi Bukit Jalil. sampai sana dekat pukul 4. tiket pukul 6. ada lagi 2 jam. lepak2, borak2 dalam kete sementara nak tunggu pukul 6.. haaaa.... ni yang paling tak best nih.. tah napa aku touching sangat. hahahahahah... sedih gile siot!!!~ sebelum ni kalau jumpa dia pon, balik mana ada anta2 bagai. da tentu la aku balik dari rumah. ni kena anta dia kat stesen bas, tunggu dia naik bas, pastu nak bubbye2 lagi.. ARGHHHH!!!!~ sangat tak best!!! huhuhhuhuhu!!!! ni baru anta tunang.. lagi 2 bulan nak anta hubby plak.. adoi la... mesti lagi sedih.. huhuhuhuhu.. sangat tak best!! boleh plak aku ternanges. ok. aku ter ye. bukan aku sengaja. tiba2 jek air mata ni gedik nak jatuh. eeeeee... penat aku tahan2. hahahah.. hampes. aku tak penah nanges depan dia. aku tak suka dia nampak aku lembik. da tetiba dia nampak plak. hahah.. tu pon jenuh sorok2 muka ni ha.. haish... sengal jek perangai kan??? tah pape.. lagi dia cakap dah, lagi banyak lak yang turun.. eh... gedik tol kolam air mata ni tau.. berenti la.. hhehehehh.. camne nak brenti kalau da tetiba masa tengah bejurai2 tetiba ada plak lagu "Baik2 Sayang by Wali Band". da tu boleh la plak dia nyanyi lagu tu.. eeeee.. lagi la gedik2 tak mo berenti ni.. da merah2 biji mata. sapa nak betanggungjawab??? abes la orang nampak mata merah2 dalam hati berkata, "nangis la tu anta tah boipren ke, tunang ke, laki ke balik.." hahahaha.. sengal betul. masa yang tak aku tunggu, tiba gak.. uhuhuhu... sedih nya anta kesayangan balik naik bas. lepas salam2, peluk2, kissing2, *ok, aku tipu. hahahah.. berani aku nak buat macam tu??? gila!!* eheheh... lepas pesan macam2, dia naik bas, aku tunggu sampai dia da duduk. da duduk, pegi tepi bas, lambai2 jap terus pegi kat kete. heheheh.. pegi kat keta sambung nanges. hahahahahahaahha.. tak leh blah tol!!! gembeng tol cik Rifqah ni. tak kental tol jiwa tu. apa la. baru anta tunang. hahahaha.. sengal2!!!
aku memang benci bila kena say good bye pada orang yang aku sayang. memang la kita akan jumpa lagi.. tapi kita taktau sempat ke kita jumpa dalam keadaan masih bernyawa, kan?? kalau boleh, aku nak semua kesayangan aku ada di sisi aku. tapi mana boleh macam tu kan. apa pun, kita kena kuat, tabah, terus kan kehidupan. eh??? nape ucapan cam ada orang mati ni??? heheh.. takde la.. kena la kuat untuk mengharungi hidup sorang kat kutub utara, sorang kat kutub selatan, kan?? dugaan betol la.. huhuhu...
kutub utara kutub selatan
chow!!
XOXO
chow!!
XOXO
note: jarak takkan pernah menggugat kasih, sayang, cinta aku untuk dia. ewaahhhh!!!~ hahahah!!~
1 buah fikiran ditabur ke kotak komen:
aigoo.
Post a Comment