K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Esok cuti tapi aku kecewa


Assalamualaikum..

Malaysia menang!!! oyeahhh!!~ tetiba je beminat dengan bola sepak malaysia. padahal sebelum ni x berapa minat pon dengan bola sepak ni. world cup je yang aku layan sebab 4tahun sekali. hehehe.. terima kasih banyak2 kat player malaysia sebab menang piala ni. sebab korang menang la kitorang ni dapat cuti esok. heheheh.. best3!!~ menang2 la selalu ea? boleh cuti lagi.. *tak guna tol!!~ hahah*

Our Hero!! Malaysia Boleh!!

game malam tadi aku tengok kat rumah jek. tak kose mak nak melepak kat mamak sorang2. kalau ada En. Nazmi ok gak. hehe.. En. Nazmi tengok kat kedai mamak kat rumah dia. kat jb la. kalau kat KL, sure aku da temankan. eheh. *gelak gatal!*. eh, cemas tau tengok diorang main. rasa cam nak gugur jantung ni. geram pon ada. hahahha.. sampai kan tak nak tengok sebab takut malaysia kalah. boleh gitu. da tak pasal2 telepas tengok yang malaysia dapat gol 1. 2 gol indon, tengok plak tu. heheh.. dalam pada suara takde malu2 nak keluar ni, tambah sakit tekak+batuk2 lagi, besorak+menjerit tak hingat. nak gak jerit2 walaupun cam seksa nak keluarkan suara. semangat punye pasal.


Aku sengaja letak gamba ni konon tak nampak cute. tapi tetap cute. *sigh*. oww.. tapi.. tapi.. tapi.. dia da ada gurlfren. so, gadis2, ibu2, kakak2, sila kecewa. hehehe. ni blog awek si KFCM ni.
http://jejariruncing.blogspot.com

tak sia2 mak keluarkan suara seksi mak ni nyah.. menang gak u'olls. ni yang mak sayang tau! nak2 keeper chumel tuh. sayang lebih la kat keeper. banyak bola yang bejaya diselamatkan. walaupun telepas gak 2 biji, tapi tak kisah la. u r the hero la Khairul Fahmi!!~ nak signnn!!!!~ ok. sila jangan melebih2 ye cik rifqah. dia da ada gurlfren. dan..dan..dannn... kamu da nak kawen. sila sedar diri ye? *erk.. eheheh.. x boleh ea? =p*

lepas ni harap2 nya pasukan bola sepak Malaysia akan mencapai lebih banyak kejayaan lagi. jangan sekali ni je menang. kalau boleh, bejuang sampai dapat masuk world cup! tak kisah la tahun berapa pun kan??? heheheh...

Congratulations and all the best

muah3 kat sume player. keeper kasi lebih sikit. ops. heheh.. telebih suda.

chow.

(^___^)
XOXO


note: bila menang sokong kemain lagi... cuba kalau kalah.. mesti kutuk sampai lebam, kan?

note2: aku kecewa sebab esok cuti tapi aku tak boleh balik kampung!! WAAAAAA!!!! NAK BALIKKKKK!!!!!!

0 buah fikiran ditabur ke kotak komen: