K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Eh.. 2011 da nak sampai la...

Assalamualaikum..

Tahun 2010 da nak meninggalkan kita. apa pencapaian yang kita da buat sepanjang tahun 2010 ni?

Ewah3!!~ ayat cam cikgu skolah. skema kemain lagi. hahahha... ok2.. takmo seryes2 sangat. aku terasa poyo plak.

Cepat kan masa berlalu?? aku rasa macam baru je tahun 2010. da nak masuk 2011 rupanya. sepanjang 2010, banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. semua tu buat aku lebih matang, lebih berhati2 dan yang utama sekali, apa yang menimpa aku terbalas dengan sesuatu yang cukup indah dan manis sekali.

1 Januari 2010, ada orang gile tetiba ajak aku kawen. hahahah.. caya tak? seryes. betul. dan aku percaya cakap dia. bodohkan? hehehe.. lama kitorang berhubung tapi tak pernah jumpa. aku tak tau kenapa aku bodoh masa tu. hahaha.. memang seryes bodoh. sila kira berapa banyak bodoh yang aku da tulis. itu menandakan yang perbuatan aku memang betul2 bodoh. adek2, jangan ikut benda bodoh ni ye?? semua berakhir bila aku dapat tau dia ada girlfren lain. ok. fine. lain kali terus terang, jangan buat aku macam orang bangang.

Tapi..tapi.. tapi... aku bersyukur. dengan benda bodoh yang aku da buat tu, aku jumpa soulmate aku sekarang. Alhamdulillah.. tercapai gak 1 daripada harapan aku untuk tahun 2010 which is jumpa jodoh. heheheh. gatal kemain lagi. 12 Mei 2010, salam perkenalan dari dia di fesbuk. masa ni aku tengah nak merawat luka la konon2. hahah.. tetiba muncul plak dak ni. aku layan kan aje. aku stalk fb dia. korek post2 kat wall dia. siasat kawan2 dia. gila kan aku? aku tak nak pisang berbuah 2kali. aku taknak kena kencing lagi. hasil siasatan, aku berpuas hati. pecaya tak aku yang set date untuk kitorang? hahaha.. seryes ni. aku yang tentukan tarikh nak jumpa. dan tarikh yang aku pilih 12 June. Aku ada cerita pasal 12 June tu kat entry ni-----> 12 June 2010

Pertemuan pertama, kitorang jatuh cinta. Alhamdulillah family 2-2 pihak suka. kitorang tak amik masa lama, tak nak buang masa becinta lama2 dan sekarang membilang hari untuk disatukan. bersyukur sangat2 ditemukan dengan En. Nazmi yang sangat2 penyayang, sangat baik dan cukup indah dimata aku. aku bersyukur jugak dengan benda bodoh yang aku buat tu lah yang menyebabkan aku terbuka hati nak kenal En. Nazmi. terima kasih gak la kat orang gila tu kan? hehehe.. eh.. sori. panggil orang gila lak.

1 daripada harapan aku untuk 2010 da hampir tercapai. ada lagi yang belum tercapai. nak beli rumah, bayar hutang ptptn *liat sungguh nak bayar.. hahah* dan yang penting sekali, nak kurus!! hahah.. tah bila nak kurus tah. bukan kurus sangat sampai tinggal tulang. cukup la sekadar dapat BMI yang ideal. heheheh.. nak join fitness centre kewangan terhad. adeh... En. Nazmi, boleh tak support yuran ahli untuk saya??? hehhehehe...

so, kira aci tak kalau azam 2010 yang belum tercapai, carry forward ke 2011??? hahahha.. 2011 nak tambah 1 lagi harapan.. harap2 nya, penghujung 2011 aku dan En. Nazmi da hidup bertiga. orang ke-3 bukan bemaksud madu ye. harap maklum. En. Nazmi sila jangan nak berangan nak bukak cawangan lain. orang ke-3 tu anak la. da kawen mesti nak anak, kan? hahah.... eh. ini bukan gatal ke miang ke apa. mesti lah berfikiran jauh, merancang. umur da makin lanjut ni. hahahah.. lambat sangat nanti kilang dah tak beroperasi. mogok pekerja2nya. heheh..

korang plak, apa azam korang?? hehhehe.. carry forward gak ke??

(^___^)
XOXO

note: 2011 da nak menjengah. cik rifqah, da sedia nak jadi puan???

1 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA TAHUN2 MENDATANG DAPAT KITA SAMA2 ISIKAN DENGAN AMALAN2 KEBAIKAN