K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

L.O.S.E.R

budak sepet bibir seksi..


Aku rasa cam loser gila bila hubby aku sakit tapi aku tak boleh nak jaga dia. perasaan becampur-campur masa dia cakap dia demam+ciritbirit+sakit perot. semalam nazmi keracunan makanan sampai demam. malam tah berapa kali bangun pegi toilet. yang keluar air jek. kesian kat dia kena drive sensorang pegi klinik dalam keadaan sakit macam tu. rasa cam apa guna ada isteri tapi tak boleh nak jaga suami, kan? itu yang aku rasa. rasa teruk gile. tapi aku tak bedaya. jauh gile kot JB tu. kalau JB blakang rumah aku lain citer la.

yang buat lagi aku macam loser, dah petang baru aku tau dia sakit. sepanjang hari dia sakit sorang-sorang kat rumah, aku taktau pun. aku tanya kenapa taknak bitau? padahal pagi tu aku dah call dia, dia tak cakap pun dia sakit. alasan dia taknak aku risau. abis kalau bagitau petang, aku tak risau? lagi teruk aku rasa. aku rasa loser gila bila laki sakit aku taktau pape. kenapa la semua suka buat aku macam ni? taknak bagitau sebab taknak aku risau. dulu ibu dengan ayah aku. sampai kan arwah atok mak meninggal pon taknak bagitau aku. aku tau pun pasal aku call ibu, baru ibu cakap. tu pun dah semalam atok meninggal. masa ayah aku sakit pon sama. dah teruk sangat sampai kena anta JB baru nak bitau aku. tu pun angah yang bitau masa aku wish birthday kat angah. aku call ibu pun mula-mula ibu tipu aku. dah aku kata angah dah cerita, baru ibu cerita yang betul. semua alasannya taknak aku risau. kalau cerita lambat pun aku risau gak. dan kelambatan untuk inform aku benda-benda penting macam ni lagi buat aku sedih. kalau bagitau aku awal bukan lah aku tak sedih, memang la sedih+risau. tapi kalau bagitau lambat, 10kali sedihnya daripada bagitau awal. bukan je sedih, siap rasa cam cucu tak guna taktau atok meninggal, anak tak guna taktau ayah sakit, isteri apa taktau laki sakit tekedang sensorang kat rumah. sedih, kecewa berganda-ganda tahu?

macam kes nazmi semalam, kalau apa-apa jadi kat dia masa dia drive dalam keadaan sakit semalam, serius aku rasa ralat dan menyesal seumur hidup sebab dia tak inform langsung kat aku yang dia sakit. cuma pagi tu memang aku perasan suara dia lain. tapi aku tak syak dia sakit. aku ingat dia tak cukup tido. tapi memang la dia tak cukup tido pun sebab asek bangun pegi toilet. sepanjang hari dekat office, aku asek ingat dia, tapi aku tak tegerak hati plak nak SMS dia atau call sebab aku malas nak kacau dia keja. petang dah balik keja masa mandi, aku dah niat nak SMS dia lepas solat sebab masa tu aku taktau nape aku rasa susah hati sangat. then lepas solat aku capai handphone tengok ada SMS dari dia. macam biasa mesti la tanya sihat ke tak. dulu memang call pagi2 aku tanya sihat ke tak. tapi dia selalu balas mana tau sihat ke tak sebab baru bangun and belum mandi. so sejak dari hari tu aku tanya bila dah siang. kadang-kadang dah malam baru tanya. ok. balik pada cerita, masa dia SMS dia demam+ciritbirit+sakit perut, terus menitik air mata aku. dah lah aku tengah rindu gila kat dia, tetiba aku baru tau sepanjang hari ni dia sakit, sedih gila tahu? aku call dia dengan suara cover-cover. takmo la dia tau aku nangis kan? nanti dia risau lak. dah la weekend hari tu aku dah nangis dengan muka huduh depan dia macamkan orang mati laki. ehehehh..dengar suara, lagi la bejurai-jurai air mata belumba nak jatuh. suara mesti control. kang dia lak gelabah dengar aku nangis. kesian kat laki aku ni. makan pon tak boleh. makan jek, muntah balik. dah la perut pedih. tengahari makan biskut je. lagi la menyayat hati. kalau aku ada, boleh gak buatkan bubur. sedih..sedih..sedih..

benda-benda macam ni yang buat aku fikir nak berenti kerja. tapi kalau aku berenti kerja, aku nak kerja kat mana plak lepas ni? nazmi pun tak bagi aku berenti kerja. aku cakap nak berenti bila dah 15 tahun kerja pon dia tak bagi. dia cakap sayang nanti pencen dapat sikit je. amboi.. kemain cakap pasal pencen ea Yang? bila la nak dapat balik Johor ni...

Tuesday, June 21, 2011

Masih belum terlambat

Rasanya belum terlambat kot untuk ucapkan Happy Father's Day kan?? alah..2 hari je kot. hehehh.. mood nak menaip tak mari lah. ni baru ada mood nak menaip.


okeh. taknak mengarut lama-lama. meh tatap gambar ayah aku yang ganteng macam rajni khan ni. eheheh..

Zainal Abidin bin Jilani
1 Jun 1957


Ayah,

Banyak sangat pengorbanan ayah pada along dan adik-adik yang memang tak mampu along balas. kalau nak cerita, memang sepanjang hayat along pon takkan habiskan? along sayang ayah banyak-banyak. terima kasih jaga along, besarkan along, support apa je keputusan along. terima kasih merestui pilihan along, terima kasih ayah. walau 7 gunung emas, 7 lautan permata, takkan mampu membalas jasa ayah membesar kan along. along sayang ayah banyak-banyak. walaupun along tak pernah ucapkan secara live pada ayah *dalam SMS jek berani. kot depan-depan kang ayah risau lak anak dia ni buang tebiat. heheheh*.

walaupun dulu ayah garang, rotan along tiap kali periksa tak dapat A. rotan along tiap kali periksa tak dapat no. 1. rotan along bila angah tumpahkan minyak rambut. rotan along bila angah jatuh motor. yang kadang-kadang dulu buat along fikir, ye ke along anak ayah? kenapa ayah asyik pukul & rotan along walaupun bukan salah along. tapi bila dah besar, along terfikir, "kalaulah ayah tak rotan aku dulu, adakah aku akan jadi seperti sekarang ni?". terima kasih ayah sebab rotan along dulu. dengan rotan ayah lah yang buat alonng jadi macam sekarang.

along sayang ayah banyak-banyak. walaupun along dah dibawah tanggungjawab suami, kasih sayang along pada ayah, ibu tak pernah berkurang. masih bertambah. along rindu nak jadi "anak bongsu yang besar" tu lagi. rindu nak tidur sama ibu dan ayah bila adik-adik sume takde kat rumah *penakut nak tidor sorang-sorang dalam bilik. heheh.. ayah pon suh tido sekali kat bilik dengan ibu atas katil, ayah tido bawah depan tv. heheheh*. along rindu nak jalan-jalan bertiga dengan ayah dan ibu. terasa cam anak tunggal lak. ehheheh.. along tau dah tak boleh buat macam tu lagi. dah ada tanggungjawab lain yang along kena pikul.

insyaAllah.. along akan cuba tunaikan janji along pada ayah dan ibu. doakan rezeki along murah ye.

i luv u so much ayah!!!

ikhlas dari anak sulung yang bajet bongsu.. (^__^)



untuk suamiku,


Selamat hari bapa, ayang!!~ walaupun belum jadi babah, bayang-bayang nak jadi babah pon takde, bau-bau nak jadi babah pon tak sampai lagi, tak salah kan Sayang wish? heheh.. semoga Ayang jadi babah yang baik untuk anak-anak kita nanti.

Sayang redha kalau kita lambat ada anak. terima kasih sebab Ayang selalu cuba jaga hati Sayang bila orang lain tanya pasal anak. walau kadang-kadang, telepas juga perasaan tertekan Ayang tu pada Sayang tapi Sayang tahu Ayang berusaha untuk jaga hati Sayang daripada terguris dek pertanyaan orang sekeliling. terima kasih kerana jadi suami terhebat buat Sayang. semoga Ayang jadi babah terhebat untuk anak-anak nanti.


i luv u so much, Yang!!~

ikhlas dari Sayang yang cinta, sayang, rindu Ayang dalam-dalam.



untuk abah,


selamat hari bapa, abah. fiqah baru kenal abah tapi fiqah akan cuba sayang abah dan mak macam mana fiqah sayang ayah dan ibu fiqah sendiri. fiqah akan cuba sayang abah dan mak macam mana jemi sayang pada abah dan emak. fiqah akan cuba jaga jemi sebaik-baiknya walaupun tak setanding dengan emak dan abah jaga dia dulu. terima kasih abah kerana merestui kami. kami sayang abah dan emak.

ikhlas dari anak menantu yang jauh dimata.

Wednesday, June 15, 2011

Setahun berlalu

12 Jun 2010, pertama kali bersua..


11 Jun 2011, 364 hari berlalu..
Alhamdulillah... dia suami ku..

Semoga dia suamiku di dunia dan di akhirat..

Friday, June 10, 2011

LUAHAN HATI SEORANG ANAK TERBUANG

Salam Jumaat.

Aku baru terbaca cerita ni kat blog cik teddy. sedihnya ya Allah.. nasib baik kat office. kalau kat rumah sorang-sorang memang aku da nangis sampai bengkak mata. korang baca la dulu citer ni. dan cuba hayati betul-betul cerita ni.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Assalamualaikum korang ;)

dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.
sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.
oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.
tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.
hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.


ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...
malam nih ibu tidor lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.
sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.


tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!
mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.


ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!

ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................
lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya.

jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!

nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..
oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.

saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.
dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.

saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....
ibu mengerang dan meneran kuat.

saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.
itu janji saya pada ibu.... dan ayah.
aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.

ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.
tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."

ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.

ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.

ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.
tak sabarnya di pelok, di cium....
dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.

kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......
ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............
mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.

kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......

TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDOP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

credit to : AISHAH INANI

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kejam nya manusia sekarang. binatang pon sayang kan anak. tapi kau sanggup campaak anak dari benih kau sendiri sampai besepai atas tanah. memang tak de otak punya manusia. kau sepatutnya dicampak macam tu gak masa kau kecik dulu biar kau tak membesar jadi manusia yang kejam. kau tahu tak berapa ramai pasangan yang dah berkahwin tapi masih tak dikurniakan anak? betapa diorang sangat-sangat inginkan kehadiran anak dalam hidup diorang. tapi kau, senang-senang je buang macam tu. oww.. aku lupa. kau tak kawen lagi, takkan nak bela anak luar nikah. nanti apa pulak orang keliling kata. BODOHH!! kau peduli dengan apa orang kata, tapi kau tak peduli dengan azab apa Allah nak bagi kat kau kan??

itulah kalau dah senang dapat memang tak dihargai. sekali buat dah boleh dapat. apa nak heran. sok dah nikah, dapat lah lagi baru simpan, bela, ye tak?? manusia macam kau ni kalau dapat memang patut dihukum campak dari KLCC. baru kau tau camne sakitnya mati kena campak dari tempat tinggi. kalau kau tak sanggup sekali pon bela anak tu, banyak rumah anak yatim, tempat perlindungan yang kau boleh letak budak tu. tak perlu kau nak campak dari tingkat 5. masa kau "main" kau tak fikir plak kesannya kan kalau kau dapat anak? bila dah keluar budak tu, menggelabah, terus campak, buang macam sampah. kau tak layak dipanggil manusia. binatang pon tak layak. tak tau label apa yang layak untuk manusia macam kau ni. babi pon tak hina macam kau.

memang aku emo. maaf untuk perkataan dan ayat-ayat yang kasar. tapi aku sangat-sangat marah, sedih bila tiap hari ada je baby kena buang. yang bernasib baik, hidup. yang tak bernasib baik, mati dengan macam-macam cara. tolonglah. tolonglah manusia-manusia yang dah telanjur tak tau nak buat apa dengan baby korang tu, tolong jangan bunuh diorang. bagi la baby tu kat mana-mana pusat perlindungan. kalau letak kat depan rumah orang pon dah kira ok. tapi jangan lah campak dalam tong sampah, sungai, longkang, bangunan tinggi.

kau tahu tak susahnya aku berusaha nak anak. tapi kau yang senang dapat anak pegi buang anak tu. BODOHH!!

Wednesday, June 1, 2011

Sibuk tapi saya sukaaaa

Lama nya tak update kan??? sian kat kawan-kawan yang singgah. sori la korang. aku kat Johor sekarang ni. ada kat Johor dari 26 Mei hari tu sampai la 6 Jun nanti. hahahahh... best-best. bukan senang nak dok dengan En. Nazmi lama-lama. sementara ada peluang ni, gunakan la sepenuhnya kan?

Actually ada keje sikit kat Johor. dah 3 hari me"round" tengok projek. letih tapi seronok sebab ada En. Nazmi. best rupanya bila hubby anta pegi keje, salam cium tangan, cium pipi, comolot.. opss!!! hahaha..

kat JB aku lepak kat hotel jek. nak wat cemana belum ada rumah sendiri lagi, kena la dok hotel. takpe.. kira honeymoon la kan. heheh..

okla.. chow dulu. kang kalau rajin, aku update lagi.

XOXO

note: agak-agak kalau bela anak kambing kat apartment kena maki tak?? hahhahaha