K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

Apa nak jadi dengan anak-anak sekarang??

Ehem... Bismillah..

Assalamualaikum...

Alahai... lamanya mengabaikan blog. Bukan tak jenguk. Hari-hari jenguk. Tapi malas yang teramat nak update. Keja kat ofis banyak *tapi bukan rajin buat pon..heheh*. Rajin baca blog orang lain je. Tu pun baca kat google reader. Mana-mana yang aku rasa nak komen je aku singgah. heheh.. Ok. Hari ni aku rajin nak menaip entry baru. Harap-harap takde la budak-budak fanatik k-pop datang serang aku kat sikit. Takut aku kalau kena serang. Menggigil lutut rasanya nanti. *tangan didada, mata ke atas*. kehkehkeh.



Semalamkan, ada aku baca link dari Ayeem Ayam ni pasal blog budak kutuk k-pop. Aku pon dengan rajinnya pegi la jenguk blog budakgigirabbit ni. Mak datuk ai. Banyak nye komen. Komen-komen nya pulak, alahai... yang menulis tu tak padan dengan umur. Dik, UPSR hari tu camne result ye dik??? Pandai adik tulis menda-menda carut camtu ek? Akak ni pon dah tua bangka baru tau.*akak??? hahahah.. pedulik la.. adek aku yg bongsu pon baru lepas UPSR apa.* Eh.. Kuno sungguh akak ni ek? Dah tua baru tau F.U.C.K tu apa? hahaha... Serius. Aku taip perkataan ni dengan muka dan telinga yang merah. *eh.. aku kan gelap mana nampak merah ke tak* Aku malu weh. Tak sanggup nak guna perkataan ni. Sangat tak elok even aku dah dewasa and dah kawen dan aku tahu apa maksud nya, tapi aku tidak sekali-kali guna perkataan ni. Tapi adik-adik kita sekarang ni, Masya Allah... taktau nak kata. Lancar je menaip. Eh.. tah-tah ada kamus kat sebelah. ahhaha...

Komen-komen kat situ serius lebih 90% menggunakan bahasa kesat, menghina. Kesian adik Amira yang tak bersalah tu. Tak pasal-pasal kena kutuk rupa dia. Cuba kita bayang kan kita di tempat Amira dan keluarga dia, apa yang kita rasa? Marahkan? Hanya kerana k-pop dia terpaksa lalui, telan, terima kata-kata keji, cacian dan hinaan dari peminat fanatik k-pop ni. Adik-adik semua, tak salah korang kalau nak minat apa pon pi lantak la situ. Tapi tak payah lah nak melenting sangat bila orang kutuk-kutuk. Dik oi.. akak ni pernah je umur cam adik-adik. Ko ingat mak akak beranak kan akak, akak terus tua cam ni??? Akak pun sama cam korang, pernah berada diumur yang korang berada sekarang. Tapi takde la perangai cam korang sekarang. Fanatik gila dengan sesuatu sampai tak boleh kena cuit, usik langsung. Amende je la..

Serius la tak paham. Eh.. k-pop je pon la. Amboi kemain melenting bila orang kutuk sapa tu? Yoeb? Yoseob?? mende?? Dah macam orang perak je. Tu pon tergila-gila sangat. Nyampah tahu. Cuma kata tak ensem dengan mata sepet pon nak melenting tak tentu arah. Bila orang kafir kutuk agama kita, Rasulullah S.A.W, takde plak la korang nak pertahankan. Senyap je. Ni baru cuit sikit pasal si Yoseob tu dah menggelupur sakan. Macam la orang korea tu boleh bagi syafaat kat korang masa kat akhirat nanti kan? Boleh tolong korang masuk syurga ke dik? Tak kan? Baik adik pegi sekolah, belajar elok-elok, mengaji kasi khatam. Kalau dah khatam pun, ngaji lagi hari-hari. Belajar lagi. Belajar ni seumur hidup.

Adik-adik yang minat korea sangat ni, kata diorang kacak la hapa la.. takkan la taktau hampir ke semua artis korea yang cantik and hensem konon adalah palsu semata?? Diorang ni buat pembedahan plastik nak bagi cantik. Kalau tak rupa diorang biasa je kot. Kalau tak caya pegi lah google sana. Amboi.. takkan tu pon nak kena akak bagi link. Kan rajin cari citer pasal k-pop. Pegi la korek pasal diorang buat plastic surgery.

Adik, kalau tak suka pon dengan apa yang orang tulis dalam blog, takyah la nak komen menda merapu-rapu. Kalau ye pon marah benor, kecik ati benor, takyah komen. Lagi senang. Bak kata orang-orang tua, telajak perahu boleh undur, telajak kata buruk padahnya. Dalam kes korang ni, telajak taip, buruk padah nya. Kalau delete pon tapi orang dah sempat printscreen korang punya komen, takde makne nye delete tu. sekarang ni yang dok ugut-ugut, kutuk-kutuk budak tak besalah tu dah menggelupur tak senang duduk. Bontot suda panas pasal family amira suda kasi report sama polis. Tau lak takut korang kan. Siap mintak maaf la bagai. Tapi dalam mintak maaf, sempat lagi di smash pakcik Amira tu. Nak lagi tegakkan benang yang basah. Ko dah salah, mengaku salah je la dik. Takde orang pakse ko tulis benda ugut-ugut, mencarut bagai tu. Orang tak pakse. Ko sendiri yang rela. Dah tu, tanggung la sendiri.

Aku sokong tindakan family Amira ni untuk buat report polis. Memang patut pon diajar sikit budak-budak ni. Ada yang kata tak payah la nak besar-besarkan. Maafkan je lah budak-budak tu. Amboi cik abang, cik kak, tak kena batang idung sendiri boleh la cakap kan. Cuba kena kat sedara-mara sendiri, anak sendiri, apa lak korang buat kan?? Memang diorang budak lagi, apa la yang diorang boleh pikir. Tapi, adakah patut kita lepaskan saja diorang tanpa ada apa-apa tindakan?? Nasihat? Budak sekarang ni kebanyakannya nasihat tak jalan pon. Aku tak tau kenapa budak-budak sekarang macam makin biadap, kurang ajar. Dengan orang tua pon selamba je nak kurang ajar. sangat berbeza dengan anak-anak lahir tahun 80an ke bawah. Nak salahkan mak bapak semata pon tak boleh gak. Ada je mak bapak dah bagi cukup ilmu agama, didik anak betul-betul, kawal dan pantau aktiviti tapi ada gak yang tak menjadi. Taktau la apa masalah budak-budak ni.

Sudah-sudah lah tu ye adik-adik k-pop sekalian.. tak yah nak menggelupur sangat dengan k-pop korang. Pegi tolong mak masak, tolong ayah basuh kete, lagi bagus. Dapat gak pahala. Yang belum sunat tu, pegi sunat dulu ye. Baru boleh jadi hero. Yang pompuan tu, pegi belaja masak nasi. Nanti sok dah cukup umur, boleh kawen, takde la laki asik makan kat kedai je. Akak bukan nak halang korang minat k-pop. Boleh minat. Minat yang Sekadar minat. Bukan memuja. Korang ni dah tahap puja tau tak. ala... adik-adik dan sepupu-sepupu akak ramai je yang minat k-pop. Tapi takde pon cam korang. Chill la.

Sebelum akak chow, meh layan sikit gambar yang akak snip dari blog budakgigirabbit dan blog pakcik Amira Afiqah.

*kaler putih dari blog budakgigirabbit
*kaler hitam dari blog pakcik Amira Afiqah, En Hazrey.

Sila baca:

adik, akak kesian kat adik. adik ni nasihat orang ke diri sendiri? Macam cakap kat diri sendiri je. Kata cikgu ajar suruh hormat orang. Adik ni hormat orang ke? Tak kiar siapa pun orang tu, kita kena hormat sebab dia manusia, kan? Lagi 1, kesian la kat cik BM adik. Penat tau dia mengajar kat depan. Adik kat belakang buat apa? Edit blog ea? Patut la eja cam hapa. heheh.. Jangan marah ye dik.


Adik, adik ni pon cakap kat diri sendiri ke? Orang perempuan kan, cakap sopan, lemah lembut, tak mencarut. Spesis betina je yang suka mencarut, membabi kan orang. Ala... nak suruh langkah kubur? Dah ready ke nak mati dik? amalan dah cukup? Oww.. lupa.. kan banyak "berzikir" ni.. mesti la banyak "pahala" kan??


Menyesal dik?? ha... tau pun.. lain kali fikir sebelum taip ye sayang. Dah.. jangan nangis. Pi kesat ingus tu. Geli la meleleh masuk mulut. alololoo... jangan la teriak lagi. heheheh.. adik amira tak nak lempang pon.. report polis je..


Adik, kalau nak jadi hero kena berani tunjukkan identiti ye. Setakat menyamar cam ni, orang pengecut je. LOSER. Adik bela sangat kpop stars ni diorang bayar berapa ek?? kala diorang bayar rm5k sebulan, akak pon nak join lah. Tak yah keja dah.


Bagus adik ni. Patut dijadikan contoh. k-pop tu k-pop gak. Study jangan lupa ye.


Adik.. adik ni mana tau Allah tak kutuk k-pop ni dik?? Allah laknat orang yang tak ikut ajaran Islam. k-pop tu Islam tak? Dik, kalau dah kutuk-kutuk tu, takyah la nak selitkan yang adik ni beriman sebut-sebut nama Allah. Kelakar la.


Adik, sunat dah kering lom? Apa? Belum? Alololo... cian. UPSR dapat berapa A hari tu? Eh.. pandai adik tulis bahasa inggeris ek. Belajar kat sekolah mana tu ye? Dulu akak kat sekolah cikgu tak ajar la perkatan-perkataan. tu. Terer la adik ni. Takot tau. *tangan didada, mata keatas*


Adik, tanya mak bapak orang tak ajar ni, adik dah cukup belajar jaga ati orang ke?? Samakan muka orang dengan taik anjing tu jaga hati orang ea?? Adik, macam mana muka cam taik anjing tu ye? Tak penah dengar la. terer la adik ni. Tengok muka orang boleh teringat taik anjing. Rumah adik banyak anjing ke? alololo... jangan la marah sangat. Tanya sikit pon tak boleh. Apa pun tak boleh!!


Ni lagi tak paham. nak gelak guling-guling. Adik, kenapa lak nak mintak maaf kat peminat k-pop? Sebab hina artis k-pop?? Apa yang hina nye? Sebab kata tak ensem? Ensem ke tak tu kan subjektif ikut pandangan masing-masing. Yang orang lain duk hina muka dia kata macam babi tu tak payah suruh mintak maaf ke?


Adik.. jangan kata kat orang nanti kena kat diri sendiri. Eh.. macam dah kena je. Patut la.. eja bodoh pon tak pandai. Meh akak ajar meh, B.O.D.O.H. Owank tu apa ek? Cari dalam kamus tak jumpa la. Ingat cool sangat ke eja cam tu?? Cam terencat lagi ada.


Bagus adik. Adik macam ni la yang kita cari. Tapi jangan cakap je lebih. Kena praktik tau?


Ni lagi nak gelak. Adik, cuba cakap kat akak celah mana sopan orang korea tu? Nampak peha putih gebu tu baru kira sopan ea? Lagi 1 dik, pakai tudung bukan setakat pakai. Tingkah laku, kata-kata semua kena jaga dik. Kalau pakai tudung, mulut lancang semacam sesuka ati nak kata muka orang macam taik pon tak boleh gak. Buat malu orang yang betul-betul ikhlas pakai tudung kerana Allah je dik.



Adik Mira Fly, wah.. bagus lah kosa kata adik. Camne nak sebut ek? Akak dah try tapi tak tercakap. Nak tulis pon gigil. Dasat lah. Muka dah cantik tapi..... sendiri mau ingatlah. Adik Norfarhanah, mana adik tau dia ahli Neraka? Adik confirm ke masuk Syurga?? Confirm???


Adik Nur Anis Syafiqa, nama dah sedap. Syafiqa means belas kasih. Tapi menulis.. alahai... takde belas langsung. Muka taik? Muka taik camne ye dik??? Boleh explain kat akak??


Alololoo...adik.. takut ke?? ala.. jangan la takut.. report polis je pon. Bukan nak toreh muka. Ala.. berani nak toreh muka orang, takkan la jumpa polis pon takut. Taknak dimalukan? Takde sapa la malukan adik. Adik yang malukan diri sendiri. Dah. Pegi nyorok kat bilik diam-diam tengok k-pop sampai lebam.


adik, apa yang betul nya ni? Betul ke kalau dah kecik-kecik sunat pon belum kering dah pandai memaki, mencarut?? Betol ke perangai tu?? Kalau dah umur 11 or 12 tahun dah pandai maki cam tu, tak mustahil umur 15tahun dah boleh jadi ayah atau ibu pada anak luar nikah. Generasi macam ni ke yang akan memimpin negara?? Sebab tu kita kena ajar. Sekarang memang diorang berani cakap je. Tak mustahil 1 hari nanti diorang berani buat apa yang diorang cakap.


Dik, nak back up k-pop pon, tak yah la nak ugut-ugut, maki-maik, hina muka orang cam babi la, anjing la, taik la. Memang patut pon orang kutuk peminat k-pop kalau macam ni la rupa peminat k-pop. takde adab.


Budak-budak pun tetap kena tanggung kesalahan diorang. Itu yang kita kena ajar. Kalau dah buat salah, kena tanggung sendiri. Sedangkan dosa bila dah baligh pon kena tanggung sendiri, ni dah buat salah camni, tanggung la sendiri. Dan sememangnya tindakan seperti ini perlu dilakukan supaya perkara ini takkan berulang lagi dan budak-budak ni akan lebih bersopan dan beradab dalam berkata-kata.


Baca lah sendiri. Malas nak komen. *sebenarnya aku dah lupa apa nak komen. hahahah*


Luahan hati seorang ibu. Adik-adik cuba fikir kalau ini yang terjadi pada adik-adik. Tak kesian tengok ibu adik-adik semua susah hati, sedih macam ni? Lain la kalau adik-adik ni takde perasaan kan.


Jadi, adik-adik semua tolong lah berfikir menggunakan akal fikiran yang waras kalau nak komen. Kalau masa tu tengah marah, tutup je blog tu. Jangan baca dan jangan sesekali tekan butang komen sebab bila kita marah, fikiran jadi tak waras. Kita akan tulis apa sahaja untuk memuaskan hati kita dan menyakitkan hati pihak lagi 1 tanpa kita sedar, tulisan kita boleh mendatangkan keburukan pada kita. Jadi, sendiri mau ingatlah. Pandai buat, pandai la tanggung.

Wednesday, November 9, 2011

Kita tak bersendirian... ada kawan-kawan yang nasib lebih teruk dari kita. Yang penting usaha.

Salam..

Amboi... kemain panjang tajuk. Rajin plak aku post entry sampai 2 hari ni. Kalau perasan dalam entry aku yang lepas, ada note kat bawah pasal anak. Kalau nak dikira, dah 9 bulan 1 minggu aku nikah dengan Nazmi. Kalau lepas kawen hari tu terus "lekat" entah-entah aku dah ada anak sorang. Tapi... jalan cerita hidup kita tak semudah yang kita impikan. Hingga ke saat ini, tanda-tanda kitorang nak timang anak tu memang zero. Sampai 1 masa aku beserah je. Kalau ada rezeki aku, ada la. Kalau takde, boleh la aku dapat "payung emas" nanti. Tapi sebolehnya aku taknak la. Tak sanggup nak tengok Nazmi peluk perempuan lain selain dari family dia dan aku.

Cerita pasal anak, aku memang sensitif gila. Sampai pernah aku rasa taknak pergi kenduri kawen kawan-kawan. Taknak dengar cerita kawan-kawan yang kawen lambat dari aku dah pregnant dan yang paling teruk sekali masa kat ofis lama aku pernah elakkan diri dari kawan aku yang dah pregnant lepas 7 bulan menunggu. Aku rasa cam sedih bila tengok diorang dah pregnant, nak ada anak, nak tambah anak. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, "kat mana silap? Kenapa belum lagi ye? Bila agaknya Allah nak bagi aku rezeki kan? Entah-entah aku ada penyakit kot? Kalau aku tak boleh pregnant macam mana? Aku taknak Nazmi kawen lain... huhuh..." sampai macam tu sekali aku fikir. Kadang-kadang aku nangis sorang-sorang masa malam sebelum tido. Sedih bila ingat pasal anak. Lagi sedih bila tengok muka suami sendiri. Walaupun dia tak cakap, aku tau dia memang nak sangat anak cepat. Ada satu malam aku mengadu breast aku sakit may be sebab nak period, dia tanya aku, "belum lekat lagi ye.. dah nak period tu." Aku? Nasib baik la gelap masa tu. Dia pun dah ngantuk tetido. Menangis beria aku malam tu. Luluh nya hati.

Bila tengok dia main-main dengan anak buah, memang nampak sangat dia nak anak cepat. Tapi kitorang jarang bincang pasal ni. Pernah sekali kitorang bincang, end up, aku sendiri sentap. Sedih. Dia kata, ni semua dugaan Allah untuk kita. Ada orang belum kawen, berzina sekali je terus lekat. Ada orang plak, dah nikah, halal tapi dah cuba bertahun-tahun masih tak dapat. Itu semua Allah nak duga kita. Nak duga sejauh mana iman kita, sabar kita dalam menempuh dugaan.

Kalau kita rasa kita lah yang paling malang, paling susah, paling derita, jangan lupa ada orang lain yang lebih teruk dari kita. Kita tak berseorangan dalam dunia ni yang ditimpa dugaan. Nak sedih aje pun tak guna. Kena tambah lagi usaha. Mungkin usaha kita belum cukup. Mungkin kita tak cukup berdoa, tak cukup tawadhuk. Ingat Allah selalu. Mengadu pada Dia. Ingat kan diri sendiri yang jalan hidup kita dari kita belum lahir sampai lah ke saat bila kita mati, semua Allah dah tentukan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin masanya masih belum sesuai. Sebab tu Allah belum makbulkan permintaan kita. Ada hikmahnya setiap apa yang Allah dah aturkan untuk kita.

Cuma kadang-kadang yang tak memahami orang sekeliling, beberapa saudara-mara yang dah takde menda nak amik tau, kawan-kawan yang dah takde soalan lain nak tanya. Golongan ni yang selalu melemahkan semangat, menurun kan mood. Kalau aku biasa nya jawab "belum ada rezeki lagi" sambil senyum. Tapi dalam hati macam nak beterabur air mata menahan nya. Siapa yang taknak anak? Setiap perempuan normal, semua ada perasaan nak anak. Cuma rezeki cepat atau lambat je. Daripada sebuk kepoci tanya kenapa belum ngandung lagi, cerita orang itu ini dah ngandung ke apa, baik sama-sama doakan supaya kitorang ni dikurniakan zuriat, kan?

Makin panjang aku taip, makin melalut dah aku rasa. Macam orang meroyan la plak. Sebenarnya tujuan utama aku post entry ni nak kongsi beberapa group yang aku lik kat facebook. Kat group ni, kita rasa selesa sebab ramai orang yang senasib dengan kita, boleh tukar-tukar pendapat, dan boleh support each other walaupun kita hanya kenal di alam maya. Ada gak 1 group yang aku join jual produk. Produk ni untuk senang pregnant. Keberkesanan aku tak sure sebab aku tak cuba lagi. Tapi apa salahnya kita mencuba kan? Kalau korang berminat, lawat lah mana group yang aku dah link kat bawah ni ye. Ingat. Kita tak berseorangan kat dunia ni dan bukan kita je yang susah. ada orang lain yang lagi susah dari kita. Ingatan untuk aku jugak.




Bonus: untuk check masa yang sesuai untuk "bersama"

Rumah kami

Salam..

Dah sebulan blog ni terbiar sepi. Bukan aku tak jenguk. Hari bekerja memang aku jenguk sentiasa. 1 hari lebih 5 kali aku refresh. Tapi entah kenapa aku tak bernafsu nak post entry baru. Bukan sibuk, bukan takde cerita. Terlalu banyak cerita. Tapi aku tak tahu mana nak mula. Maaf pada sahabat seorang ni yang hari-hari tak jemu nak jenguk blog aku.

Dah dekat 2 bulan aku kat JB, kat tempat kerja baru. Aku masih mencari rentak. Masih cuba mencintai kerja sekarang ni. Tapi rasanya sakit sangat. Sakit. Sungguh. Kadang-kadang aku rasa nak menjerit. Macam post aku yang lepas, aku sekarang Pengurus Ehwal Korporat. Serius aku struggle gila nak adapt dengan jawatan baru ni. Aku bukan orang yang extrovert. Aku susah gila nak bergaul dengan orang. Memang kalau orang tak kenal aku, orang akan kata aku sombong. Aku cuba nak jadi peramah. Tapi makin aku cuba, makin kelakar jadinya.

Cuma sekarang aku bersyukur yang aku lebih dekat dengan Nazmi. Sapa tak suka kan laki ada depan mata hari-hari. Alhamdulillah... bila dah duduk 1 bumbung, baru kita dapat kenal pasangan kita kan? Aku bersyukur sangat dapat suami macam dia. Siapa tak suka kalau suami yang sapu rumah, mop lantai masa kita kena kerja di hujung minggu? Siapa tak suka suami sama-sama tolong memasak kat dapur? Siapa tak rasa terharu suami sanggup ambik EL semata-mata nak hantar kita pergi exam, drive penat-penat balik kerja dari JB ke KL, then esok dah kena balik JB semula? Siapa tak sayang suami yang sanggup pusing 1 JB cari pisang nangka goreng? *kat sini susah nak dapat pisang nangka goreng*. Macam-macam lagi la. Takkan aku nak tulis semua kat sini kan?

Tapi 1 je la.. tak payah la aku nak merajuk. hahahah... Buang masa okay? Dia takkan pujuk punya. Kau nak merajuk? Merajuk la sana sorang-sorang. Nama nak pujuk, kirim salam. Tahan lama mana pun nak merajuk kan? Malam-malam kau cari dia gak, nak peluk. Kang tak leh tido lak kalau tak peluk. hehehehhh...

Oh.. aku lupa la. Sekarang kitorang dah duduk rumah sewa. Alhamdulillah.. dapat gak rumah sewa. Walaupun serba kekurang, tapi kitorang bersyukur dapat duduk sendiri, uruskan rumahtangga sendiri. Sebelum ni duduk asing, aku duduk dengan adik mak aku. Lepas tu bila dapat tukar, duduk rumah mentua. Awal bulan hari tu baru lah kitorang duduk menyewa sendiri. Alah.. bukan sewa dengan orang luar, sewa rumah adik ayah aku je pun. Nasib baik ada makcik aku ni. Kalau tak, mesti sampai sekarang aku duduk rumah mak mentua aku. Bukan tak best duduk sana. Seronok sebab ramai orang, anak buah pun ramai. Tapi tak sedap la kan. Semua orang sediakan. Sarapan pagi sebelum pergi kerja dah siap mak mentua aku buatkan. Makan malam orang lain dah masak. Aku tinggal makan je. Tu yang tak berapa nak sedap. Berapa minggu aku kat rumah mak mentua aku, tak 1 kerja pon yang aku tolong buat. Basuh pinggan pun sikit je. Sebabnya, pagi-pagi dah keluar pegi kerja. Balik sampai rumah dah dekat pukul 7. Mak mentua aku pesen masak awal. Kalau lunch, pukul 10 pagi da start masak. Dinner plak pukul 5 ke 6 dah masak. So aku sampai rumah memang dah takde menda buat. Weekend lak aku balik rumah mak aku. Jadi, bila nya aku menolong buat kerja rumah?

Rumah sewa kitorang ni takde la besar. Kecik je. Rumah teres 2 tingkat, 2 bilik. Mula-mula masuk rumah, apa pun takde. Kitorang tido atas narita yang letak berlapis-lapis nak bagi empuk sikit. Dapur pun takde. Baru je adik aku beli minggu lepas. Tong gas lak belum beli. Nasib baik ada hadiah kawen kawan-kawan bagi hari tu. Ada la set pinggan mangkuk, cawan siap teko, jug letrik, periuk nasi, periuk buat masak yang kitorang bolah guna. Dasyat kan? orang lain belum kawen dah ready rumah lengkap perabut, barang elektrik semua. Kitorang ni dah bebulan kawen, dah masuk rumah sewa baru terhegeh-hegeh nak cari semua tu. Rezeki orang lain-lain kan? Nak buat macam mana.. Nazmi tak nak cari rumah awal-awal sebab tak tau aku dapat transfer ke mana. Betul jugak cara dia. Kalau dah beria cari rumah, alih-alih tempat kerja aku jauh gila dari rumah, kan dah susah nak kena cari rumah lain. Baru pindah, nak kena pindah lagi. FYI, Nazmi lepas kawen tak pindah rumah. Dia duduk rumah sewa dia masa bujang dengan kawan dia. So bila dah masuk rumah sendiri ni memang gelabah gak la kitorang. Apa pun takde. Minggu pertama lagi teruk. Barang makan 1 pun takde. Minggu kedua, baru lah ada teh, gula, roti, biskut. Tu pun pasal aku bising petang-petang lapar takde benda nak makan. Sekarang asal petang makan roti bakar, minum air teh. Makan malam lak memang best la. "Dapur" kitorang ni banyak siap ada tukang masak. Pilih je nak makan apa. Yang penting sediakan duit. heheheh... Tapi hari-hari makan kat luar pun bosan gak. Minggu ni Nazmi baru nak beli tong gas. So boleh la masak lepas ni. Tapi masak benda kering-kering dengan sekali makan punya masak la. Takde petiais nak simpan barang basah dengan makanan lebih. Ni pun masalah. Kedai elektrik punyalah banyak kitorang dah masuk. Tapi belinya tak jugak.

So, sekarang misi kitorang nak cari petiais, mesin basuh dengan katil. Katil dulu aku dah beli masa belum kawen. Tapi letak kat rumah pakcik aku kat KL la. Dulu kan aku tinggal dengan dia. Ni dah dapat pindah, katil dengan robok baju tinggal je sana. Tak sampai ati lak nak angkut balik JB. hehehe.. dah la sana aku dok free. Beli katil pun nak angkut. Tak patut la kan. hehehe.. Nasib baik tv dah ada. Tv Nazmi masa bujang tu elok lagi. Tak payah la beli baru. Bukan selalu tengok tv pon. Astro pun cam malas nak pasang. Eh.. tapi macam kena la pasang. Kalau tak ada orang bagi alasan nak lepak mamak sebab nak tengok bola. Ada sesapa nak derma kat kitorang buat beli barang-barang ni?? heheh... boleh la transfer duit masuk akaun aku ye. kehkehkeh.

note: belum ada lagi rezeki kitorang nak dapat anak. Sedih tahu bila orang tanya soalan pasal anak. Lagi sedih bila pandang muka suami yang mengharap. Bertambah pilu, kawan aku yang masa datang kenduri kawen aku bulan februari lepas tengah mengandung anak sulung, weekend hari tu dia kata dia tengah pregnant anak ke-2. Sedih gila aku. huhuh.. Sejak duduk JB, aku banyak menangis pasal anak. Doakan kami berdua ye.

Tuesday, October 4, 2011

Update laju-laju, curi-curi


Salam..

Maaf... maaf.. maaf sekali lagi sebab biar besawang tak berupdate. Bukan takde masa sebelum ni, ada tapi tak dapat nak curi-curi update pasal dok kat tempat terbuka orang lalu lalang nampak aku tengah online apa. heheheh... Kang mati-mati orang ingat aku tengah online cari bahan untuk kerja, rupa-rupanya sibuk update blog.

Sekarang aku dah officially kat tempat baru, dan serah tugas pun dah buat officially semalam. Sebelum ni macam terkontang-kanting aku dok sendorang kat luar takde menda sangat nak buat. But sekarang memang kerja dah berderet-deret menunggu aku. WARGHHH!!!! Rasa nak jerit jek. Cemana la nak buat ni. Nasib baik kawan-kawan kerja kat sini baik-baik belaka boleh bagi kerjasama. Takde lah aku gelabah sensorang nak buat kerja. Susah gak dok tempat kecik-kecik ni. Selalu aku ikut bos je. Bos bagi kerja, aku tinggal buat je. Semua bos dah siap-siap rancang, aku tinggal jalankan je. Tapi dekat sini, aku yang kena rancang semua. Gelabah gak aku sebab tak pernah jadi pengarah program ke, ketua ke, apa-apa je la. Selalu aku ni pengikut biasa je. Eh... aku bukan bos besar tau. Aku timbalan je. Ada lagi bos besar kat sini. Tapi aku jadi pengurus HEK. Wahhh.. pengurus kau. HEK pulak tu. Dah la communication skill aku jahanam. Cemana la nih. Mak redha je la noks. heheheh.

Sebelum ni kerja aku buat surat kelulusan, buat bajet, urusetia kursus, bejalan sana-sini tengok projek ternakan. Tak banyak kena communicate dengan orang. Tapi sekarang kerja aku banyak kena berurusan dengan orang. Nak kena ramah-ramah mulut, ayat kena manis, telinga kena tebal macam kulit gajah. Pergh.. mencabar gak tuh. Aku dah la lemah gila bab-bab becakap ni. Hadoi.. doa-doakan lah ye aku dapat buat kerja aku dengan terbaik*gaya boboi boy*. ehehehh...

Sekarang, even aku belum "mencintai" lagi kerja baru aku, tapi aku lebih "mencintai" life aku sekarang. Aku rasa dah cukup lengkap hidup aku bila hari-hari ada suami disisi. Nak tido ada suami kat sebelah. Bangun pagi wajah pertama yang aku tatap hari-hari, suami. Pergi kerja sama-sama. Salam cium tangan+pipi+mulut sebelum turun kereta. Siapa yang tak seronok kan? Tapi ada lagi satu yang belum lengkap... BABY. Baby ok, bukan babi. hahahah... Doakan untuk aku dan nazmi ye. Mudah-mudahan dah tinggal bersama ni, cepat lah kami dapat anak.

oww... aku masih berulang dari rumah mak mentua tau. heheheh.. Rumah belum siap lagi. Bila tah nak siap kemas ni. Letih mak noks hari-hari berulang. Ni kalau kena stay back sampai malam, mau muncung-muncung lagi laki kesayangan hamba tu pasal nak balik rumah jauh. Harap-harap, by next week kitorang dah boleh duduk rumah tu.

Ha... lagi 1, next week aku ada exam perkhidmatan. Doakan lah aku lulus ye paper 3 ni. Alhamdulillah paper 1 hari tu dah lulus setelah 4 kali aku amik. Kali ke-4 bejaya gak aku. Paper 3 ni yang liat sangat nak lulus. Dah cemana nak lulus kalau 1 hapa aku tak paham apa yang aku study. Dah bab akaun dengan ekonomi, haruslah aku tak paham. Mana ada basic accounting. Ekonomi ada lah. Tapi dah tak minat, memang aku belaja untuk exam je la masa study dulu. huhuh.. Ni pon aku tak study lagi nih. Semalam baru gelabah download nota. Bila tah nak study. Alamat nye ada yang kena repeat lagi ni.

Eh... oklah.. Dah lama sangat aku curi masa nih. Kang kalau boleh curi masa lagi, aku post lagi entry baru ye.. ehheh.. *bajet cam ada je orang tunggu entry aku kan??* kehkehkeh.. Okla.. study elok-elok, kerja rajin-rajin ye kawan-kawan. Semoga segala urusan korang dipermudahkan.. amin...

Monday, September 26, 2011

Sambungan cerita raya yang dah basi



Salam..

Maaf..maaf..maaf.. aku hutang entry raya dengan korang. Sekarang tengah busy skit. Setelah sekian lama aku makan gaji buta. Hahaha... Gaji buta ea. Camane nya tak buta.. Memang takde menda pon yang kena buat. Jenuh la aku buat-buat ada keje. Memang takde pon. Sekarang aku dah kat tempat baru start 15 sept lepas. Keja sekarang sangat la mencabar dari kat HQ dulu. Kat HQ aku tak yah ngadap orang sangat. Setakat ngadap bos aku je. Sekarang bila dah kat PPK, haruslah menggelupur aku asek mengadap orang jek. Nak kena mantapkan skill komunikasi aku yang teruk sangat ni. Sib baik bos kat tempat baru ni ok. Kebetulan lak aku memang kenal dia sebab tahun lepas pernah gi tengok projek dengan dia. So, takde masalah sangat la buat masa sekarang ni. Serah tuas pun belum buat lagi tapi keja yang nak di bagi kat aku dah menimbun.

Sorry lah pada korang kalau bila melawat je sini pulang dengan hati yang kecewa bila takde entry baru. *macam ada je orang nak baca blog aku kan? perasan lebih la kau ni Rifqah!!!*. Aku memang tak sempat nak post entry baru sejak lepas raya. Kat office memang tak sempat la. Bila kat rumah lak, aku sibuk layan anak buah. Nak online pun tak sempat. *tak sempat la sangat kan?? hheehe* Sekarang aku duduk kat rumah mak mentua aku sampai hujung bulan ni. Rumah makcik aku yang aku nak sewa belum siap renovate. So, aku berulang dengan Nazmi dari Penggeli Timur ke JB. Office aku kat Tampoi, office Nazmi kat Larkin. Tapi dia banyak keja luar. Tak duk office pun. Dah seminggu aku duduk kat sini belum sekali pun aku pegang kuali ke, senduk ke, sudip ke untuk masak. Bagus kan?? hahahha.. Tak guna punya menantu. Yang lagi best tetiap pagi nak pegi keja, mak mentua aku dah siap-siap buatkan sarapan, air siap tuang kan dalam cawan nak bagi sejuk biar aku dengan Nazmi senang nak minum. Baik tak mak mentua aku? Best kan? Malangnye lah dapat menantu yang "rajin sangat+baik sangat" ni. Ni kalau ibu aku tau, mau membebel kat aku sampai tecabut telinga.

Hari tu aku dah janji nak cerita pasal raya kan? Okla. aku cerita gak la ea. Raya tahun ni aku kat rumah mak mentua. Pagi lepas solat raya ada sesi bermaafan. Yang lawaknya, tengah nak salam-salam mintak maap, ada plak jiran dah datang beraya. Tepaksa la diorang jadi saksi sesi bermaafan. Dah abis salam-salam, pegi beraya rumah sebelah. Kejap je pun. Balik rumah, melepak depan tv. Nazmi plak bayar hutang tidur. Ipar-ipar aku semua balik rumah mentua masing-masing sebelum petang. Petang nak kena balik kampung abah. Yang aku menunggu laki aku tidur. Sedih mak nok. Tak beraya dengan ibu ayah, tak salam-salam mintak ampun. Nangis la sensorang. Tu pun tekantoi akhirnya dengan Nazmi. ehhehehe... malu jek. Petang nya balik Sri Ledang, kampung abah. Sok pagi lepas sarapan, balik rumah abang sulung mak kat Chamek, Kluang. Raya ke-3 baru aku balik rumah ibu ayah aku. Tu pun dah dekat tengah malam. Orang kata bagus dekat-dekat ni, balik raya senang. Tapi aku balik raya ngalahkan orang yang kampung sorang utara, sorang selatan. Tapi kira fair la gak. Aku melepak kat rumah ibu aku dari hari apa tah sampai ke pagi raya. Cuma tak sempat sesi bermaafan je la. Aku mintak ampun ikut tepon jek. Call family aku masa Nazmi tengah tidur. Tu pun begenang air mata, tahan-tahan suara takmo bagi nangis. hahahaahh.. Lawak jek. Tu jek la cerita raya aku. Nak amik gambo pun tak sempat pasal orang tu da mengantuk bebeno. Aku balas dendam amik gambo masa open house rumah ayah aku. Hehehehe.. Ada gak gambo raya baju sedondon.

Ayah aku buat open house 16 Sept lepas. Buat sekali dengan akikah Nur Qaisara. Qaisara dah tembam dah sekarang. Berat lak tu. Dulu lahir berat 2.01kg. Last hari tu pegi timbang dah 3.6kg. Mana tak nya, sejam sekali menyusu. Haruslah debab. Dah tu manja kemain lagi. Akal pon dah macam-macam. Kalau kutuk dia ke, ngumpat ke, jeling semacam jek. Tapi dia suka sangat duduk atas pangku aku. Mungkin pangku aku seempuk tilam vono kot. hahaahhah.. Manja sangat budak kecik ni. Almaklumlah.. dayang-dayang nya ramai. Tambah plak mama pemalas. Asek pass anak kat orang lain. Seronok la kitorang menggomol dia. Masa majlis hari tu dia meragam sikit la. Tu pun pasal tangan dia sakit. Tapi bila aku dukung bawak jalan-jalan dia senyap jek. hehehhe.. pandai anak mommy ni kan?

Open house hari tu ayah aku jemput semua orang felda aku. Yolah.. kena lah jemputkan. Dah nama rumah terbuka pengurus. Lagi pun memang wajib buat. Ada peruntukan untuk buat open house. Sapa yang anak felda mesti tau kan ada open house rumah pengurus tetiap tahun. Mana yang takde tu, mesti pengurus nya malas. Padahal bukan kena masak sendiri, semua ada orang tolong buatkan. Tak yah tuan rumah nak susah-susah. Sediakan tempat je suda. Macam hari tu pun aku takde tolong apa pun. Aku cuma melayan anak-anak buah, anak kawan ayah aku dengan family nazmi je. Lebihnya aku dok begambar dengan laki aku, adik beradik dan ibu aku. Lepas tu sibuk amik gamba orang. Tapi majlis tak abis lagi hujan turun lebat kemain. Nasib baik la makanan habis. Mau tak habis kan... dah di tapau dek orang rewang. Tu pun pasal ibu aku pesan suruh habis kan semua. Tak yah tinggal kat rumah. Takde orang nak makan. Oww.. kali ni ada gak bakar lemang sendiri macam malam raya hari tu. Tapi tak dapat gak kitorang merasa. huhuhu.. Takpe.. raya haji ni buat lagi.

Hari sabtunya, ada insiden lawak jadi kat aku. Habis aku kena bahan dari pagi bawak ke malam sampai la ke esoknya. Alkisahnya... aku buat sarapan nasi goreng cili api. Yang laki aku ni pesen tak suka kisar rencah guna blender. Dia kata tak sedap. Sebagai isteri solehah *cewah..solehah sangat la kau ni nyah!!*, aku pun menumbuk la semua bahan-bahan nak buat nasik goreng. Dah kata nasi goreng cili api, bahan utama mesti lah cili api kan?? Tengah bersungguh-sungguh aku menumbuk sambil menyembang dengan adik ipar aku, tetiba terpercik air cili api tu masuk mata aku. Bukan sebelah mata tau. 2-2 belah bijik mata. Pedih gila tahu?? Memula aku macam cool je. Tetiba rasa pedih menyucuk-nyucuk. Yela.. selalu kena sebelah jek. Boleh la tahan lagi. Boleh pergi lari-lari cari garam kasar buat makan bagi hilang pedih *petua orang dulu-dulu*. Ni dah kena 2-2 biji, aku pun apa lagi. Menyangkung sambil meraung. Hahahahahahahah... lawak sungguh kelakuan itu. Rugi tak dirakam. Ayah aku sibuk suruh makan garam, aku marah balik. Dah cemana nak makan nya kalau aku tak nampak garam tu. Adik ipar aku yang dok sumbatkan garam tu dalam mulut. hahahah.. lawak-lawak. Yang laki aku dari luar berlari-lari masuk rumah bila dengar aku meraung. Dah nampak aku cam gitu, dia suruh aku pegi bilik air cuci matanya. Tapi ada ke patut suruh aku jalan sendiri. Mana la aku nampak. Adik aku suruh pimpin, baru la dia pimpin siap peluk. hahah.. Mengada tau siap nak sandar-sandar kepala kat dada. Time cenggini la nak manja kan?? heheheh... Sayang gak kat bini dia ni ye..

Sekarang, aku dah kat tempat keje baru. Blog ni memang akan terabai la lepas ni. Mungkin sebulan sekali baru ada entry baru. Tempat keje sekarang dah lain. Nak diikutkan, aku lagi suka keja kat office lama. Tempat baru ni aku tak berapa sangat. Tapi tulah harga yang aku kena bayar untuk duduk dengan nazmi. Aku kena lepaskan keja yang aku suka, kawan-kawan aku untuk bersama dengan kesayangan aku. Aku rela tinggalkan semua tu untuk dia. Siapa tak nak duduk dekat dengan laki, ye dak?? Best rupanya bila gi keja ada orang anta, balik orang amik. Mudah-mudahan bila dah duduk sekali ni, senang kami dapat anak. Doa-doakan ye..


Tema raya tahun 2011. Jubah kelabu. Nape aku nampak macam ibu mengandung ha? Sah makin gemuk aku ni.

Motif apa letak pelita tu pun aku taktau.

Dengan Muaz. Bagus budak kecik ni. Kecik-kecik dah pandai jaga pergaulan. Hahahah.. Dia nak dengan orang lelaki je. Dengan orang pompuan dia tak layan. Ni pun terpaksa je dia ikut aku. hahahah.

Nazmi hulur tangan, laju je Muaz nak ikut.

Budak tembam+mata bulat+comel sangat ni anak buah nazmi. Mak budak kecit ni kawan aku masa sekolah rendah. Tak sangka plak jadi biras aku sekarang. hehehehh

Qaisara yang dah debab. Tu bukan tengah nangis ye. Dia tengah menguap. Rindu gile dengan Qaisara. Geram dengan pipi tembam dia.

Friday, September 9, 2011

Raya punya kisah


Salam

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin


Adeh.. melampau tol la Rifqah ni. Raya da nak abes baru nak wish. Ehehehh... Sori la ye. Aku busy+malas nak update blog. Banyak benda nak buat sebenarnya. Tapi malas melampau ni. Tinggal 2 hari je aku nak duduk kat office sekarang ni. Minggu depan 15 September dah daftar kat Johor Bahru. Alhamdulillah.. tempat posting pon dah tau. Rumah sewa pun ada. Cuma nak angkut barang je. Letih aku mengangkut barang tetiap minggu. Rumah sekarang dah la tingkat 4. Takde lift. Dalam rumah plak bilik aku tingkat atas. Lagi haru. Dah jadi 5 tingkat. Mengangkut la aku beg besar-besar tu. Yang aku herannya, 2 tahun lepas aku datang sini bawak 2 beg je. La ni, dah 3 kali aku mengangkut barang tak abes-abes lagi. Ni pun ada tinggal lagi 1 trip nak mengangkut. Letih weh angkat sorang-sorang. Nak mintak tolong Nazmi, jauh la plak. Aku mengangkut barang time nak balik kampung je. Time dia datang KL, celah mana nak mengangkut nya. Takkan nak suruh dia pikul naik bas. hehehe..

Takpe-takpe. Tinggalkan cerita angkut-mengangkut. Macam yang aku dah cerita sebelum ni, raya tahun ni giliran rumah Nazmi. Tapi Beberapa hari sebelum raya, aku melepak kat rumah ibu aku buat kuih. Lagi 2-3 hari nak raya baru pulun buat kuih. Gila ah. Tapi tak banyak pun yang kitorang buat. Adik aku buat biskut Chocolate Rice & Almond London. Aku buat Biskut Chocolate Chip. Tart Gulung tak buat. Pasalnya adik aku tak tahu resepi. Beria menggentel jem bagai, last-last teperuk dalam peti ais je jem nya. Biskut aku buat pun tak sempat bakar abes. Separuh je bakar. Yang lain adik aku tolong sambung. Pasalnya hari Ahad Nazmi da janji nak buka posa dengan family dia. Yang adik aku plak gedik suh aku balik Isnin, suh tolong buat kuih. Aku ni dah serba salah. Mana boleh ikut cakap adik. Kena ikut cakap laki la kan. Aku suh tanya Fifie tanya dengan abang long dia. Aku tengok muka ketat dia pon aku dah tau dia tak bagi. heheh.. Tu pun dia manis-manis mulut cakap balik esok je. Masa tu dah petang dalam pukul 5.30 kot. Aku cakap tak boleh. Kena gak balik umah mak dia pasal dia dah janji nak buka kat rumah mak dia. Kang apa plak mak cakap kan? Dia pun muka da semacam kan, baik la balik je rumah mak dia. Kat rumah mak dia, elok la plak.

Hari Isnin kat rumah mak, tolong la mak mentua aku sikit-sikit. Pagi lepas subuh, tolong sapu-sapu rumah. Lepas sapu, tolong mak menumbuk kacang plak nak buat sambal kacang. Kat rumah aku kan, kacang tu kisar je pakai mesin. Haruslah kisar pakai mesin kalau dah berkilo-kilo kacang ibu aku guna. Memang kat rumah ada stok kacang dah kisar pasal ibu aku buat sambal pecal sekali atas permintaan. So banyak la kacang kisar yang nak guna. Kalau nak menumbuk, memang tak jadi keja la. Dah tu, sapa yang menumbuknya pulak kan? heheheh.. Tapi mak mentua aku ni, memang sangat-sangat la suka menggunakan alat tradisional ni pasalnya rasanya lagi sedap. Jadinya, kena la ditumbuk kacang yang dah digoreng tu. Lama gila tahu aku tumbuk kacang tu. Ada la 2 jam kot. Tangan aku ni rasanya dah keras-keras muscle nya. Laki aku plak, sedap je membongkang kat bilik. Hamboi-hamboi. Mak suruh aku kejut dia mintak tolong tumbuk kan kacang tu. So, takde la aku penat sangat. Tapi takkan la aku nak pegi kejut plakkan. Melampau la tu. Aku biar je. "Takpe la mak, boleh tumbuk ni." Tapi lenguh nya tak tahu nak kata la. hahaha.. Aku rasa cam tangan aku nak lumpuh pun ada. Hahahahah.. Last-last, Nazmi kena bangun gak pasal abah dia suh adik dia kejut. Kehkehkeh. Sapa suruh tido time orang lain sebok buat keja. Dia sorang je yang tengah membuta lagi. Orang lain dah macam-macam benda buat. heheheheh.. Lepas tumbuk kacang, siang sayur segala, mak aku suruh rehat. Kalau dah tengahari dia mesti suruh aku lepak-lepak rehat, yang dia nya tak berenti-berenti lagi buat macam-macam. Segan la aku. huhuh.. Petangnya plak, aku dengan Nazmi pegi bandar Kluang. Nak bershopping. Padahal hari Sabtu dah pegi Jusco Tebrau nak bershopping barang dia. Tapi takde 1 pon yang dia berkenan. last-last, aku gak yang membeli. Dapat la sandal sepasang. hehehe.. Pegi bandar Kluang melayan kan dia shopping seluar jeans. Letih gak aku menunggunya. Nasib baik dalam aircond. Dia cuma dapat seluar jeans+t-shirt selai. T-shirt pon aku yang belikan. Barang aku je yang lebih. Heheheheh.. hari tu dah shopping kat Kota Tinggi, barang aku. Jusco pon barang aku, Kluang pon barang aku. hehehe.. kopak-kopak. Dapat la aku baju kurung sepasang, kasut sepasang, t-shirt selai. Tapi nazmi bayar baju kurung je. Kasut dengan t-shirt aku bayar sendiri.

Malam raya, adik aku call. Ibu aku demam tak leh bangun. Kat rumah 1 lauk pun tak masak lagi. Ada ketupat je. So, diorang mintak tolong aku balik jap. Tolong masak. Memang malam tu nak balik jap pon. Sebab Nazmi nak tolong ayah bakar lemang. Sampai rumah, memang huru-hara dapur bila ibu tak leh masak. Aku dah taktau nak buat apa. Aku pun bukan tau masak sangat. Kalau portion sikit-sikit boleh tahan lagi. Nak nak masak banyak, pitam aku. Rasa tah pape je karang. Jadinye, ayah aku la yang masak rendang. Aku nak masak sambal goreng dengan lodeh, ayah cakap tak paya. Tu masak esok je. Aku pun oklah. Yang laki aku plak, membakar lemang sampai pagi dengan adik ipar aku. Siap sempat lagi pegi bandar Kluang cari baju raya. Pukul 5 pagi baru sampai rumah. Aku dah tertido kepenatan. Pukul 5.30 tesedar tengok Nazmi baru telelap kat atas sofa kat beranda rumah. Kesian kepenatan. Pukul 6.30 baru kitorang balik rumah mak.

So... raya pertama di rumah mertua.... Hm... macam penat la nak taip lagi. Minggu depan je la aku cerita pengalaman raya kat rumah mentua ea? hehehhe.. Kalau tulis panjang-panjang sangat pon bukan ada orang nak baca ye tak??? eheheheheh.. I'm sorry.. (^__^).

Thursday, August 25, 2011

Peduli la apa orang kata. Yang penting mummy sayang sangat-sangat sama Qaisara.



Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Tinggal bape hari je lagi nak abes puasa kan? Mudah-mudahan panjang umur, dapat puasa lagi tahun depan.

Actually, banyak nak citer sebenarnya ni. Sebelum berita aku dapat pindah, sebenar nya ada berita lagi best dalam family aku. Ada pertambahan ahli baru. Anak adik aku yang menikah masa aku tunang dulu tu. Dah jadi mak orang dah adik aku tu. Yang lawaknya kisah dia nak besalin tu, aku tak boleh tahan. Bila kumpul adik-beradik cerita balik pasal ni, memang gelak tak hingat. Sampai telupa rupanya kitorang kat spital.. heheheh.. Alkisahnya 7 Ogos yang lepas, masa tu aku kat rumah mak mentua aku. Aku baru lepas mandi nak siap-siap balik KL. Laki aku kelam kabut bagi phone kat aku dia kata adik aku fifie call kata angah nak besalin. Aku pun macam, "HA?? NAK BESALIN???". Aku call fife nak tau citer sebenar. Fifie pon citer la kata air ketuban dah keluar. Ibu, ayah and laki angah takde kat rumah. Depa adik-beradik yang ade temasuk anak angkat ayah aku si Kimi yang ada. Sib baik ada Kimi dan ada 1 kereta kat rumah. Kimi dengan nani la yang bawak gi hospital. Aku pon besiap-siap pegi Hospital Kluang dengan nazmi. Sebelum tu singgah rumah dulu amik fifie. Sampai hospital, Kimi dengan Fifie cerita la situasi sebenar. Masa tu angah nak gi toilet tetiba dia jerit kuat-kuat. Fifie tekejut, bila dia tengok angah da tebaring depan bilik air. Punya kelam kabut fifie pusing 1 rumah sambil sebut, "ala..ala..ala.. camne ni..mana tepon ni??". Kalau nak ikut cara penyampaian kimi bercerita tu, memang lawak gila. Siap lari-lari 1 rumah, garu-garu kepala, cari henfon pon tak jumpa. Yang kimi dengan nani lagi haru, mandi tak gosok gigi pon tah sempat tah tak, terus gi hospital dengan si Kimi pakai seluar koyak tu. kehkehkeh. Sebelum anta gi hospital, panggil nurse datang check dulu. Nurse tu pon dok gelakkan depa pasal lawak sangat kelakuan depa tu. kehkehkeh. Aku dok gelak pasal aku takde kat situ. Kalau aku yang ada, mau aku yang sawan kot. hahahahahah..

Bila angah da masuk hospital, aku lak yang tak keruan. Nak balik ke tak ni? Bas pukul 2. Ni da pukul 1.30. Ala... cemana ni??? Balik kang tetiba beranak da lambat plak nak tengok baby. Hujung minggu ni da tak balik. aku pun decide, tak mo balik. Amik EL. heheheh.. Tengah lepak-lepak, tetiba klua idea, "apakata pegi kaunter tiket kot-kot ada orang nak naik bas pukul 2. takde la burn tiker cam tu je kan. boleh beli tiket untuk esok.". Masa tu da pukul 1.50. Mau tak menggelupur bekejar pegi stesen bas. Dari tadi nazmi da cakap aku buat tak tau je. heheh.. Memang saja nak kena bebel. Tapi memang dah rezeki aku kan.. Kebetulan aku sampai, tepat pukul 2 dan bas belum jalan. Aku pegi kat kaunter bas Satria, berderet orang nak beli tiket. Ada plak budak lelaki ni cari tiket pukul 2. Sah-sah la bas pukul 2 da abis. Aku terus pegi kat budak tu jual tiket aku. Nasib baik bas belum gerak. Duit jual tiket tu, aku buat beli tiket nak balik esok. Esoknya pukul 5 aku balik. Anak buah aku? Dia keluar 9 Ogos. Saja tak nak bagi aku tengok dia awal-awal.


Qaisara malu takmo tengok kamera pasal tak pakai baju. Qaisara nak mandi, mummy sebok amik gamba plak.

So, weekend lepas ni la baru berpeluang tengok baby yang kecik sangat-sangat tu. Berat dia 2.1 kg je. Mau tak kecik. Halus je. Nak pegang pon risau. Oww.. lupa nak bitau.. baby ni pompuan. heheh.. da la adik-beradik aku semua pompuan, anak buah pon pompuan. Yang lelaki, laki kitorang je la dengan bapak kitorang. Apa nak buat... rezeki Allah. heheheh.. Yang sangat-sangat best, nama baby girl ni hasil cadangan aku dan perbincangan dengan adik aku si fifie. Tapi kalau ikut cadangan asal, namanya Nur Qaisara Arissa. Beria tau aku cari nama tu siap maksud sekali. Sekali ibu aku kata panjang sangat.*itu pon panjang ke? nama mama, mummy n ibu qaisara lagi panjang kan?*. Ibu kata tak mo sampai 3 patah. 2 je cukup *ala..nama ummi qaisara pon 3 patah. takde hal pon..*. So kena lah pilih Nur Qaisara atau Qaisara Arissa. Jadi, papa si Qaisara sudah pilih nama Nur Qaisara. Kira oklah tu. Guna gak nama yang mummy Qaisara ni bagi kan. Oww.. kitorang tak pakai gelaran mak long ke, mak ngah ke, mak de ke. yang guna mak cu je. tu pun pasal mak cu kecik lagi. eheheheh... Untuk aku, aku gelar mummy pada Qaisara, angah-mama *angah ni mamanye Qaisara*, fifie-ibu, nani-ummi. Mengada je kan? So, nanti tak kira la nak-anak sapa, ni la gelaran yang diorang kena panggil kat kami. hehehe.. Harus lah terkonpius budak-budak ni nanti.

Jumaat minggu lepas sampai rumah ibu, aku terus mandi. Semua sebab nak tengok Qaisara punya pasal. Orang kata, kalau balik dari mana-mana malam-malam, jangan terus pegang budak. Pegi mandi dulu, amik wudhuk dulu, kalau belum solat, solat dulu, baru pegang budak. So, aku memang terus gi mandi. Eh, tak. Delayed mandi. Sembang jap dengan ibu aku sambil tengok jubah yang dia borong kat Ayer Hitam baru aku gi mandi. Selalunya aku lepak-lepak jap, tengok tv, makan. Kang agak-agak nazmi da nak balik baru aku mandi. kehkehkeh. kadang-kadang tak sempat mandi lagi nazmi da sampai. Kena la cium bini dia yang bau perengus ni katanya.*perengus dalam bahasa jawa cam masam-masam, busuk-busuk la. tu nazmi kata. aku ingat perengus tu pemarah. hahahahahahha. tapi memang maksudnya pemarahkan?*. Aku da mandi, solat semua, baru kacau Qaisara. Tapi Qaisara tengah tido. Harus lah tido. Da malam kan. Tapi ibu aku kata, bila papa dia balik, dia akan nangis sekuat-kuat hati. Sepanjang malam tak tido nak papa dia yang jaga. Sian papa dia tesengguk-sengguk tepi dia. eheheheh.. Aku? Tak dengar langsung Qaisara nangis. hahahah.. Memula ibu suh pegang Qaisara aku tak mau. Aku cuma usik-usik, cuit-cuit suh bangun je. Pasal aku takut nak dokong. Kecik sangat.. hehehhe... Bila dia bangun, nangis, aku buat taktau. hahahahahah.. Ayah aku kata, "kalau part nangiskan budak, memang terer. ". Biasa lah. Aku kan gangster bak kata adik aku Nani. hahahah. Tapi esok nya aku da berani nak pegang Qaisara. Siap dokong dia bila dia takmo tido, baringkan atas dada sampai tetido *mau tak tido da empok macam tilam dunlop. hahahahah*.

Comel gileee!!!! Rasa nak picit-picit. Yela.. da lama kot takde baby kat rumah ni. Adik aku yang bongsu da 12 tahun. Takkan nak suh ibu aku beranak lagi kot. Gila apa. Tu pun yang bongsu tak sangka ada lagi. Dia lahir pon masa tu aku tengah tunggu result PMR. Best wo da besar-besar ada adik kecik. Ada orang ingat adik aku tu anak aku. Dem. Nampak tua rupanya aku dulu. Tapi sekarang plak nampak muda *perasan*. Eh. Ini betul-betul punya citer ye. heheheh.. Aku penah jalan-jalan dengan nazmi kat Sogo ada budak promote astro tu ingat aku dengan nazmi belum kawen. Ingat kitorang couple biasa. hahahah.. Takde rupa orang da kawen ea? Haruslah kan. Kitorang memang muka remaja. kehkehkeh. *perasan*. Ok. Maaf maaf maaf. Selingan jap. hehehe..

Tapi disebalik kegembiraan atas kelahiran Nur Qaisara, ada cerita tak best pulak yang aku dengar. Sedih, marah, geram. Kenapa ek manusia ni suka fitnah orang? Kalau taktau jangan la cakap. Cakap benda yang tak betul kan fitnah namanya. Kalau taktau tu tanya la. Jangan cakap ikut sedap mulut. Walaupun angah tu degil, tapi alhamdulillah.. dia tak buat perangai yang boleh malukan ibu ayah aku. Ada orang sebar cerita adik aku ni mengandung luar nikah. Aku sebagai kakak dia, yang menyaksikan pernikahan dia, tukang rekod video masa akad nikah dia, mau tak sedih, marah, kecewa bila dengar cerita macam ni? Aku taktau manusia busuk ati mana yang bawak cerita macam ni. Kau boleh bayang apa perasaan kau kalau kau susah payah mengandung, ada masalah plak masa mengandung, hasil daripada hubungan yang sah dengan suami kau, tapi orang fitnah kata kau mengandung luar nikah? Apa perasaan kau bila kau bejalan, ada budak lelaki selamba cakap dengan kawan dia, depan kau "ni la anak si polan yang mengandung luar nikah tu." . Kau boleh bayang kan? Kalau aku kat tempat angah, memang aku da serang mulut-mulut jahat tu cili api. Bukan mulut je yang aku lumur cili api, tut dia pun aku lumur cili api. Jahat sangat. Tapi.. Alhamdulillah.. setakat yang aku tau, yang aku nampak, adik aku ni tak penah amik port apa yang orang kata. Kalau dah dengan kitorang ni pun kalau bebel, marah pungpang kat dia pon dia boleh buat bodo masuk telinga kiri kuar telinga kanan, ni kan pulak cakap orang luar yang tak de kena mengena dalam hidup dia. Tapi taktau la plak kalau sejak-sejak da jadi ibu ni dia amik port cakap orang lain. Aku harap sangat-sangat dia tak terganggu dengan kata-kata orang tu. Kesian sangat-sangat kat dia. Dia la bersalin tak cukup bulan. Qaisara tu cume 34minggu je dalam tummy mommy dia. Da tu mak nya asyik la kurang darah, darah rendah. Ada plak orang kata macam-macam. Kalau aku mau meroyan kot.

Tapi aku rasa macam punca dari aku jugak. Tak pasal-pasal angah yang kena. Untuk orang yang memfitnah tu, untuk pengetahuan korang, adik aku, Qhaishatul Atiqah bt Zainal Abidin dinikahkan dengan Abd Rashid b. Md Said pada 12 November 2010. Ok. Sekarang boleh kira da cukup ke tak bulannya kalau nak beranak pon. Da cukup kan? Da 9bulan kan? Tu pon budak kecik tu memang tak cukup bulan. Kalau tak caya boleh pegi tanya doktor. Kenapa aku kata punca dari aku? Semua nya cadangan aku tapi hasil dari perbincangan dengan ayah aku supaya angah dinikahkan awal tanpa ada majlis kenduri. Hanya untuk Saudara-mara dan kawan-kawan rapat je. Semuanya sebab nak adakan sekali majlis kenduri tu dengan aku sebab aku pun da nak kawen. Aku memang taknak tunggu lama-lama. Bukan sebab takut nazmi lari. Takut makin banyak plak dosa kami. Lagi pun kami taknak becinta lama-lama sebelum kawen. Cukup la kenal berapa bulan, terus kawen. Lepas kawen becinta la puas-puas. Tapi oleh kerana orang jawa ni ada kepercayaan pelik sikit, nenek aku and family nazmi sendiri tak galak kan aku dan angah menikah dalam tahun Islam yang sama. Jadi untuk elakkan kitorang nikah dalam tahun Islam yang sama, angah nikah la dulu bulan November 2010. Pada tarikh tu pulak, aku bertunang je dengan nazmi. Dan majlis kenduri diadakan pada 3 Februari 2011. Kan tak jauh jaraknya. Jadi buat la sekali kendurinya. Takkan nak buat 2 kali kenduri. Kan membazir. Kos lagi. Jadinya, pada bulan Februari tu, aku dengan nazmi je yang menikah. Takkan angah nak nikah lagi. Mana boleh. Tapi kenduri kitorang ada 2 pengantin. 1 pengantin lama. Pengantin tu pon da pregnant da masa besanding tu. Pasal dia da nikah dulu jadi tak salah la dia pregnant kan? So.... da cukup penjelasan aku? Puas hati? Kalau nak fitnah lagi, tak puas hati, takpelah. Alhamdulillah.. terima kasih lah atas budi dan jasa "baik" korang tu semua ye. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Apa-apa pun, kami sekeluarga bahagia dengan adanya Qaisara dalam hidup kami. Mudah-mudahan lepas ni, giliran mummy sama babah pulak nak dapat baby, kan Qaisara? Doakan mummy ye.


Kisah pernikahan mama-papa Qaisara dan pertunangan mummy-babah

Kisah pernikahan mummy dan persandingan mama & mummy Qaisara



note: berdiam diri lebih baik dari berkata-kata. Kalau tak tahu, tanya. Jangan main serbu fitnah orang bukan-bukan. Larat ke nak cari kat akhirat sok nak mintak maaf dengan kami semua? Peringatan untuk diri sendiri jugak. Kurangkan berkata-kata. Takut jadi fitnah. Minta dijauhkan..

Thursday, August 18, 2011

Berita gembira di bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Alhamdulillah....dah 18 Ramadhan pon hari ni. tinggal berapa hari je lagi nak raya. Ramadhan tahun ni, sangat bermakna bagi aku. Selain daripada Ramadhan pertama sebagai seorang isteri, Ramadhan kali ni juga ada berita gembira buat aku dan Nazmi. Tapi bukan baby tau... Ramai yang ingat aku pregnant. heheheh.. bukan lah sayang-sayang semua... Actually, masa naik cuti puasa hari tu, aku dah dapat khabar yang permohonan aku untuk balik ke Johor dah di terima dan aku bakal ditempat kan di sana. Alhamdulillah.. tapi aku masih tak menaruh harapan yang tinggi walaupun dah disebut-sebut hal ni dalam mesyuarat bahagian. Aku masih tak percaya selagi tak dapat surat depan mata aku, ada nama aku dalam tu. Tapi semalam, 17 Ramadhan, nuzul Quran, surat dah sampai ke tangan aku dan memang dah confirm aku dapat balik Johor. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat. Allah makbul kan doa kami suami isteri. Lepas ni tak perlu la kami duduk berjauhan lagi. Tak de lah nak nangis-nangis lagi bila hantar nazmi balik naik bas. Tak de lah lagi nak kira-kira hari bila nak hari Jumaat *tapi kira hari bila nak malam jumaatje kot.. opsss!! tettt!!*. Dan yang penting sekali, boleh la kitorang concentrate untuk projek Nazmi jr. @ Rifqah jr. *hahahahahahhh*.

Tapi.. untuk dapatkan sesuatu yang baik dalam hidup kita kadang-kadang kita kena melepaskan sesuatu yang baik juga dalam hidup kita. Tak paham? Tak pe. Yang penting aku paham. ehehehehhh.. Sebelum ni demi kerja, kitorang berkorban untuk duduk asing. Kalau tak kerja dah cemana lah plak nak tanggung hidup berumahtangga ni ye dak? Tapi bila dah dapat transfer ni, aku kena berkoban untuk tinggalkan kawan-kawan yang aku sayang sangat kat sini. Aku sayang sangat bahagian ladang ni. Keja kat bahagian ni banyak mengajar aku, merubah aku jadi lebih baik dari dulu. Dulu aku tak berani cakap depan orang ramai. Buat presentation untuk Final Year Project pon aku dah nak pitam, nak suruh aku jadi emcee? Boleh sawan aku jadinya. Tapi sejak aku keja kat sini, aku dah boleh becakap depan orang ramai siap boleh jadi emcee majlis, aku boleh berinteraksi dengan orang yang aku tak kenal yang mana kalau dulu memang tak lah aku nak cakap dengan orang yang aku tak kenal. So takdelah macam dulu berat mulut nak cakap. heheheh.. Dan yang bestnya, keja kat HQ ni, aku boleh bejalan satu Malaysia. tapi ada beberapa negeri lagi yang aku tak sempat nak round.. Aku tak sempat pegi Perlis, Sabah dan Labuan. huhuhu.. Takde rezeki aku nak pegi sana. Duk dekat HQ je aku boleh jalan merata camni. Kalau kat negeri, jalan dalam negeri je la. Kecuali kalau ade kursus luar dari Johor, boleh la nak bejalan.

Yang paling best kat sini, kawan-kawan keja. Yang paling sayang aku nak tinggal, kak Sazreen.. my BFF. huhuh.. Dengan dia aku boleh cerita apa je. Dia pon banyak becerita dengan aku. Kitorang suka kongsi perasaan. Kalau sedih, sama-sama sedih. Bila putus cinta dulu, dia lah tempat aku mengadu. Dan bila turn dia break dengan BF dia dulu, aku lah orang yang paling marah sekali kat ex-BF dia even sampai sekarang aku still menyampah kat ex dia walaupun kak Sazreen sendri dah ok dengan ex BF dia. hehehe.. Over kan aku?? Lepas ni kalau nak mengadu pun dah susah. huhuhu.. Dah takde orang nak teman aku makan Western food bila aku teringin *nazmi tak suka western food. dia suka nasik je.. hehehhe*, dah takde orang nak layan aku shopping cam orang gila, dah takde tempat aku nak luahkan perasaan. huhuhu.. i will miss you kak saz.. yang lain-lain, pon aku rindu gak. Nisa, layan gosip sama Kak Saz. Miza, mummy yang jarang-jarang bersuara, tapi kalau bersuara, lawak kemain tapi kalau sound orang memang menusuk ke kalbu. Mak yang banyak nasihat pada anak-anak. Aiey yang suka gurau-gurau, manja-manja. Doden yang pelat "R". En. Zaidi yang selalu amik berat hal anak buah dia sorang ni dan tak lupa gak Haji Salim, Haji Azhar, Haji Rashid, Kak Awe, Kak Niza, Kak Leha, En. Tajol, En. Wahid, En. Arifin, En. Hadee, En. Weldan, En. Hamid, En. Asri Ghazali, Fahmi, Noris'san and... *perlu ke sebut nama dia gak?? haish...* Nas. Terima kasih semua. Walaupun aku jauh di selatan, kita masih bawah 1 organisasi yang sama kan? Doakan aku baik-baik saje di tempat baru ye?


orang yang paling aku rindu, Kak Sazreen. *dia sepupu Shamsul Yusof, anak Yusof Haslam tu.. sapa nak jadi extra citer dalam citer Shamsul, boleh la kenen-kenen kat Kak Saz. tu pon kalau dia nak layan. hahahahahahah*


dari kiri: nisa, budak comel, mak, doden, miza, kak awe, kak saz, kak lin & kak akma


dari kiri: miza, dak debab, nisa, noris'san, kak lin, kak awe, en. wahid.
depan: hj. salim



begambar skema di IPP Langkawi


jamuan raya. diapit bodyguard. kehkehkeh. *comel tak aku gelak camni??? puiii!!!*


skandal kat opis. hahahah.. takde la. dak amiey ni suka gedik-gedik. kalau aku tengah call nazmi, suka kacau-kacau panggil aku baby. bajet nazmi nak jeles. hahahahah.. oww.. amiey ni buat part time jadi photographer untuk apa-apa event. hari tu aku amik dia masa wedding aku. gamba not bad. aku suka. nazmi pun suka. so, kami suka. lalalaaa!!!~


aku tak paham kenapa aku sengih gila-gila dalam gamba ni. oww.. mamat pakai spek kat belakang tu la nas. dia muka memang bajet hot. kehkehkeh. jangan marah nas.


memeriahkan majlis aku disamping cubaan nak merobohkan katil aku. nasib baik tak roboh malam tu. eh. opsss!!! hahahahahah

Lepas ni aku mesti rindu gile kat korang!!!!! huwaaaaa!!!!!

Friday, August 5, 2011

Puasa pertama

salam..


Selamat berpuasa semua. da 5 hari puasa baru kau nak sebuk2 kan rifqah??? hehehehh... sorry lah. aku tengah mood malas nak menaip. rajin merayap kat blog orang. blog sendiri malas nak jenguk. heheheehh..

Tahun ni, tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. best ke tak? best masa hari 1st puasa jek. lepas tu takde beza pon dari tahun-tahun lepas. puasa cam orang bujang gak. nak wat cemana, belum ada rezeki nak dok sama dengan nazmi.jumaat minggu lepas berkobar-kobar semangat aku nak balik kampung. hari sabtu aku request kat ibu aku nak makan nasi ambeng dalam dulang@talam ramai-ramai. best giler!! masak anak-beranak. lauk-lauknya; ayam masak kicap, serunding udang kering, sambal goreng, mee goreng *mee goreng ni lain dari yang biasa kita makan, mee goreng ni memang khas untuk makan dengan nasi ambeng dan resepi die lain skit la dari mee goreng biase. kitorang paggil mee goreng ni sambal goreng gak.. (kemain panjang explanation kau kan??)* dan gesek bulu ayam *oww.. gesek tu bahasa jawa. gesek means ikan masin*. ada 1 lagi lauk yang tertinggal nak buat, kalau ada ni lagi sedap... urap pucuk ubi. tak buat pasal pucuk ubi nye da jadi lauk tengahari. da buat masak lemak. hehehh.. urap tu ape? urap tu cam kerabu la gak. kitorang panggil urap. gambar nasi ambeng kitorang ni takde amik la plak. takde masa nak amik sebab menikmati masakan ibu yang super duper sedap.

nasi ambeng versi kecik. ni untuk sorang je ni. yang tak kuat makan, boleh la share. kalau aku, memang sorang jek la *patut la kau besar kan rifqah??*. nasi ambeng yang ni, memang menepati citarasa aku. yummy!!


ni nasi ambeng versi kenduri punya. memang banyak ni. terpulang nak bagi berapa. biasa nya bagi 4 orang atau 5 orang. depends pada cara penyediaan tuan rumah. kalau da tengok ayam ada 4 ketul je, ko bagi la 4. kalau bagi 5 kang yang sorang majuk plak tak dapat ayam.


ni la kaedah nak makan nasi ambeng. seronok weyh makan macamni. ko takkan sedar ko da makan banyak mana. tengok la aku hasil daripada melantak nasi ambeng dari kecik, besar kan??? hahahahahha


ni nama nya mee siput@mee sanggul. kitorang kat johor panggil mee siput. kat kampung nenek aku kalau nasi ambeng mesti ade buh mee siput ni skali. aku tak minat makan dengan nasik. aku suka makan dengan sambal tumis macam dalam gambar ni. mengan cam wa cakap lu. sekeping memang tak cukup. buat celah gigi je.

sumber gambar: En. Google yang baik hati

sebelum makan, ada baca tahlil skit. lepas baca doa semua, baru la serang!!!! kalau kat rumah kenduri, biase nye orang kenduri jamah sikit jek nasi tu. kalau tak pun diorang cume makan kuih jek. nasi ambeng tu bungkus bawak balik. takde larat nye korang nak makan nasik tu sensorang sampai habis. nasi ambeng ni boleh gak nak kategorikan sebagai pemusnah diet. mau nye tak musnah, ko takkan sedar da berapa banyak nasik yang ko da telan. seryes tak sedar yang ko makan da banyak sangat. ko akan sedar bila perut ko rasa macam nak pecah, dan nasik dalam dulang tu licin abes. hahahahah..

tapi sekarang da susah nak tengok rumah orang kenduri tahlil buat makan nasik ambeng. renyah sikit keje nak buat ambeng ni. tengok je la lauk nya yang banyak jenis tu. banyak keje nak buat weh. tapi bila da siap, ko memang tak sabar nak menelannya. pergh... sambil taip ni pon aku da kecur-kecur air liur. mana nak cari nasik ambeng kat pandan indah ni weh????

eh??? tadi aku nak citer pasal pengalaman puasa pertama dengan laki kan? ni da mengarut sampai ke nasi ambeng da kenapa la plak?? heheheh...

puasa pertama dengan suami ea... best la gak. bezanya cuma ada laki je kat sebelah. tu je. oww..ada lagi 1 beza, aku kena bangun tolong ibu siap-siap untuk sahur. hahahahha.. selama aku hidup dari aku start puasa umur 7 tahun sampai la umur aku da nak cecah 27 tahun ni, tak pernah 1 hari pon aku bangun tolong ibu aku siap-siap untuk sahur. cantek kan perangai??? ibu aku memang tak penah kejut aku tolong dia siap-siap untuk sahur. dia biasa nya akan kejut aku time nasik da siap letak dalam pinggan, air da tuang dalam cawan, baru la kejut anak-anak dara ibu yang hampeh ni. hahahah.. ibu tonggang langgang kat dapur, anak-anak dara membuta buat taik mata. tapi time buka memang aku tolong la. kesian kat ibu aku penat balik keje nak kena masak, aku pun tolong la. tolong menyibuk. cantek sungguh perangai.

puasa tahun ni sambut kat rumah ibu aku sebab raya tahun ni raya kat rumah mak nazmi. huhuhu... aku da terbayang kesyahduan dipagi raya akibat tak dapat beraya dengan family. patut lah tahun lepas aku pulun beraya semacam. tu belum kira asek nak ngempeng je dengan ibu. tido pun reramai dengan ibu, ayah, adik-adik. rupa-rupanya tahun ni da tak boleh da nak buat cam tu lagi. sedey wehhh!!!! dah la ade harapan aku tak beraya dengan family aku tahun ni. huhuh.. kempunan la sambal goreng ibu yang sedap banget tu, kari daging yang pekat dan terbaikk, ayam masak merah abah *kawan ayah yang kitorang panggil abah* yang tak boleh tak makan. sambal kacang yang meletop, rendang yang mengancam, ketupat daun kelapa tak main lah ketupat segera.. warggghhhhhh!!!!!!! NAK RAYA RUMAH IBUUUUU!!!!!!!

"Yanggg.... boleh tak hari last puasa kat rumah ibu?? lepas buka kite balik la rumah mak... *kedip-kedip mata buat muka comel..eh.. tak boleh.. hmmm.. ni nak kena tanya malam-malam ni.. baru dapat kot.. oppsss!!tettt!!!*"


note: banyak cantek muka kau??? sedar diri skit ye Pn. Rifqah ooi!! kamu da ade 2 mak. kang kecik ati orang tua tu baru kau tau.

Friday, July 29, 2011

Singapura-pura cit podah!!!

pergh!!!! emosi betol aku tengok game malam tadi. punya semangat aku tengok bola. selama ni aku layan world cup je. pasal world cup kan 4tahun sekali. lepas tu takde makna aku nak tengok bola. bosan. even EPL pon aku tak layan. aku tengok pon pasal temankan nazmi tengok. tapi, sejak piala AFF Suzuki hari tu, aku memang da boleh layan tengok bola. nak-nak bola malaysia. kalau tak, tak benafsu langsung nak tengok bola malaysia. main tah macam apa.

game malam tadi, sejujurnya la kan, Malaysia da bagus. tapi macam hilang punca. Safee macam sorang-sorang kat atas tu. macam takde member yang nak cover die, bantu dia. macam patah kaki la bila Safiq takde kan? defend plak tak payah cakap la. kalau boleh lempang, aku nak lempang sorang-sorang. defend suka main bukak bagi player singapore masuk. nasib baik keeper malam tadi main bagus. tak la macam lawan mana hari tu? liverpool ea? aku lupa. good job Khairul Fahmi Che Mat walaupun aku tengah nyampah dengan kau sekarang. hahahah.. sejak piala FA hari tu aku meluat dengan KFCM ni. main cam nak belagak je kan. sekali kalah. amik kau! personal life, belakang citer. hehehh...

oww.. malam tadi aku tengok kat tv je kat rumah. apa keje lak aku nak pi tengok kat stadium kalau nazmi pun tengok kat rumah je kan? kalau nazmi ada kat KL, memang aku heret dia skali pegi stadium walaupun stadium tu sesak penuh orang. tengok live kat stadium baru la tambah-tambah semangat ye dak?? dok tengok kat rumah je pon, aku dengan semangat nya pakai jersey Malaysia. pak cik aku kata, "poyo je pakai bukan orang nampak". aku kata, "ah, tak kira. yang penting semangat!!". tapi player singapura buat aku luntur semangat. main nak style macam tengah shooting citer hindustan jek kan? sikit-sikit nak tegolek. sikit-sikit tegolek. tak usik pon golek lebih-lebih. macam celaka. taknak lak kau begolek dari hujng padang sini sampai hujung padang sana kan? patutnya siap sedia korek lubang dalam 14kaki tepi padang. bila player Singapura tegolek-golek bajet cedera parah sangat tu, senang kita golek kan je terus masuk lubang tu, kambus. tak yah buang masa. nampak la player kita tension dengan player Singapura-pura yang asik tegolek cam parah sangat. aku sempat nampak Safee pi sepuk keeper Singapura-pura yang kengkonon sakit sangat kepala tu. hahahaha.. good job Safee. len kali lempang kat pipi kuat-kuat kiri kanan sambil tanya, "are u ok my dear?? sedar tak ni? sedar tak?? *sambil lempang tanpa henti*".

walau apapun, tahniah Harimau Malaya. walaupun kita kecundang game ni, tapi kita kalah dengan bermaruah. dan bola sepak Malaysia pun aku nampak dah makin maju la daripada dulu. sepanjang umo aku 27tahun ni, tahun ni la yang aku besemangat gila sokong bola malaysia. hehehehe.. lepas ni, defend kena mantapkan betul-betul. takmo la main bukak-bukak ni. selagi boleh block lawan, block sehabis mungkin.

perghh.. cakap macam terer main jek kan?? bukan la pandai sangat. tapi aku tau la jugak sikit-sikit taktik game macam ni. dulu aku player hoki. sila pecaya. tapi takde la sampai peringkat tinggi sangat. ehheeh.. pasal aku malas training, malas lari, berat bontot. tapi game macam ni, strategi untuk defend sama jek. jangan bagi peluang pada lawan. selagi kau boleh kacau lawan, kacau. selagi boleh block, block. tapi jangan sekali-kali bukak kawasan depan gol. memang sesaja la kau nak bagi diorang gol kan?

apa-apa pun, tahniah buat Harimau Malaya. teruskan mengaum dengan garang. jangan ngaum cam pondan ye. aku jentik kang.

Tuesday, July 19, 2011

Baru hari selasa???

Cepat lah hari Jumaat!!! Aku tak sabar nak salam, cium tangan dia, cium pipi dia, peluk ketat-ketat, mintak ampun banyak-banyak. Rindu dia sangat-sangat, banyak-banyak. Rasa besalah sangat-sangat sebab susah kan hati dia, kecikkan ati dia.

Kenapa ek? Kadang-kadang aku rasa benci sangat. Kadang-kadang aku rasa menyampah sangat
Tapi bukan la dengan nazmi.. nazmi kan aku jumpa hujung minggu je. mana boleh benci-benci. sayang banyak-banyak ada la. Tapi dengan orang sekeliling aku. Sampaikan aku lebih rela seharian duduk kat tempat aku ni, malas nak campur dengan orang kat office. Diorang takde buat pape pun kat aku. Cuma tetiba aku rasa cam malas nak layan.

Mungkin sebab aku letih. Kenapa la jabatan aku ni susah sangat nak bagi orang pindah. Suka sama suka kot. Kan senang tak yah pikir nak campak kat mana. Frust kot. Da dekat 6 bulan kawen, tapi still macam ni. Memang la ada orang lain yang lagi teruk dugaan nya dari aku. Yang lagi jauh jaraknya dari aku. Tapi bohong lah kalau diorang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa letih. Kadang-kadang cam nak give up. Nak berenti keje. Bekepit bawah ketiak laki. Tapi kang jenuh lak nazmi nak kene keje siang malam nak tanggung aku. Tu baru tanggung aku. Kalau ada anak macam mana plak? Lagi la haru. Ada yang cam serupa jek aku dok jauh. Dah dia kene keje siang malam nak tanggung aku kan??

Betul kata kawan aku. aku kena cepat-cepat pindah duduk dekat laki aku. Sebab benda ni lama-lama akan ganggu relationship kitorang. Benda ni akan jadi masalah buat kitorang. Benda ni akan jadi tekanan buat kitorang. Aku dah mula rasa. Dia dah mula rasa. Tapi apa daya aku? Berenti keje? Keje apa aku nak cari kat JB? Bukan senang nak cari keje sekarang ni. Ni pon aku kira dah besyukur sangat dapat keje ni walau tak setaraf dengan apa yang aku ada. Yang mampu kitorang buat, usaha mintak transfer, doa, dan tunggu. Sampai bila?? aku tak pasti. Kalau ikut situasi kat sini, makan tahun mungkin. Ex-colleague aku dulu setahun tunggu baru dapat tukar. Tu pun tah berapa kali turun naik bahagian pentadbiran. Ada sorang kawan aku ni plak lagi haru. mintak balik semenanjung, kena hantar pegi negeri lain. Jauh gila dari hubby and family. Sorang-sorang je kat sana. Dengan pregnant nya lagi. Ni dah bersalin. Jumpa hubby 2 minggu seklai. Lagi besar dugaan dari aku.

Aku bukan tak sabar. selama ni aku boleh je sabar. Cuma sekarang aku rasa letih. Letih dengan perasaan. Letih tahu nak tahan rasa sedih, tahan takmo nangis bila dia lambai tangan pada aku sambil flying kiss sedas. letih tahan sebak tengok dia turun eskelator, jalan sampai hilang kelibat dia, baru aku balik. letih tahu tahan sedih jangan bagi jatuh air mata sepanjang jalan kaki ke tempat parking kete. kang orang kata apa plak tengok aku nangis sambil jalan sensorang kan?

Entah lah.. aku rindu dia.. rindu sangat. Kadang-kadang rasa cam taknak bagi dia naik bas petang ahad tu. Rasa macam nak cakap, "ayang tak yah la balik. tinggal sini, keje kat sini je." Tapi macam aku cakap tadi, sekarang bukan senang nak cari keje. Takkan dia nak korbankan keje yang dah bertahun-tahun dia buat sebab nak senang kan ati aku. Selfishnya aku kan?

Berdosanya aku buat dia susah hati, buat dia serabut pikir pasal aku. tak boleh ke aku jaga diri aku sendiri baik-baik, jangan susahkan hati dia??

Kuat Rifqah.. kau kena kuat!!! redha, tabah, sabar.

"Ayang... sayang rindu sangat. sayang cinta sangat ayang sampai bila-bila. sayang cinta ayang sejak hari pertama kita jumpa. sayang harap kita berdua terus kuat hadapi dugaan ni sama-sama. sayang perlukan ayang, kekuatan sayang."

Tak tahu nak buh tajuk apa. eh, ini bukan tajuk ke?

Bersalah.

Sangat-sangat bersalah.
Rasa berdosa.
Memang berdosa.
Kenapa la aku buat macam tu kan?
Bak kata pepatah,
"Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kata, buruk padahnya."
Padahnya aku tengah rasa.
Sakit.
Tak patut buat macam tu.
Tak patut susahkan dia.
Apa lagi yang aku nak dalam hidup ni?
Tak bersyukur ke dengan apa yang ada?
Manusia.
Lumrah.
Tak pernah puas.
Di bagi betis, nak peha.
Di bagi peha, nak buah dada.
Di bagi dada, nak apa plak??
Berjuta maaf tak mampu nak sembuh kan 1 luka yang cukup dalam.
Luka yang meninggal kan parut sepanjang hayat.
Luka yang aku toreh.
Mana mungkin sembuh.
Kejam kan aku?


" Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu"


"Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang kucinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu"