K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Alhamdulillah.. Terima Kasih Ya Allah...

Bismillah.. 
Assalamualaikum w.b.t.

Wah.... Lama nya menyepi. Rindu nak menaip kat blog ni. Actually hari-hari jenguk blog. Tapi kat phone je la. Tak guna laptop. Modem rosak. Huuhu... Ni baru dapat modem free. Dapat la online guna laptop. Seronok sikit nak menaip and post entry. Guna phone tak best. Keypad kecik. Ayik typo jek. Lama gak tak post entry baru. Last entry bulan Jun? Pergh... Ni dah Oktober kot. Time tu pon baby masih dalam perut. hehehe..

Alhamdulillah... Aku dah selamat melahirkan baby girl 1 Ogos 2013 yang lepas. Baby berat 2.46kg jek. Lahir pukul 8.42pagi. Baby nak keluar awal nak raya sama-sama mummy and babah. Raya tahun ni aku dalam pantang. Makanya, pandang sahaja lah segala jenis makanan raya sambil telan air liur. Wahahaha... Takpe... Raya Haji dah boleh makan balik. Alhamdulillah termakbul doa yang aku mintak dari ibu dan ayah tahun lepas. Raya tahun lepas masa salam raya mintak maaf tu aku mintak ayah ibu doa kan tahun ni dapat aku dan Nazmi beraya dengan anak. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan. Walaupun raya tahun ni aku tak dapat makan sedap, pakai cantik-cantik, tapi semua tu tak terbanding dengan kehadiran puteri kami.

Pengalaman bersalin bila diingatkan balik, buat aku pikir 2-3 kali gak nak beranak lagi dalam 2-3 tahun ni. Tapi kalau dah Allah bagi rezeki awal, redha la. Takkan nak buang kot. Sakitnya bersalin Allah je yang tahu. Bila tengok orang mengandung rasa cam rindu nak mengandung lagi. Tapi bila ingat balik sakitnya nak bersalin, nanti-nanti lah kita ngandung lagi ye. Tunggu Nazurah dah pandai jalan. 

31 Julai patutnya aku ada check up kat Klinik Desa Skudai. 2 Ogos lak check up kat Hospital Sultanah Aminah. Biasanya kalau ada check up pukul 8.30 pagi aku dah pergi klinik. Tapi hari tu aku melengah-lengah jek. Tengah siap-siap dalam 8.45 pagi, elok lepas mandi darah keluar sikit. Aku gelak tengok darah tu. Boleh? Hahahaha... Lepas tu aku call Nazmi bitau dah keluar tanda. Ajak dia balik Kluang terus sebab aku nak bersalin kat Hospital Enche Besar Hajah Kalsom.. ha... bapak panjang nama hospital. hahahaha... Kenapa aku sanggup amik risiko jalan jauh nak bersalin kat Kluang? Entry yang lepas ada kot aku cerita. Lepas call Nazmi aku call klinik desa, ibu dan adik aku. Aku siap-siap kan barang nak bawak balik semua. Lepas kemas, mintak izin Nazmi nak anta barang kat kawan opis lama. Aku siap drive lagi pegi opis kat Pandan. Hehehe... Berani tak? Masa tu dah start contraction. Tapi tak kuat. Cam senggugut biasa. Dalam pukul 10.30 pagi baru kitorang gerak balik Kluang. Mula-mula ingat nak singgah rumah ayah kat Bukit Tongkat. Tapi bila aku rasa sakit makin kerap dan dah mula kuat sikit, aku suruh Nazmi terus pegi hospital. Daftar, check semua segala macam, pukul 2 petang masuk wad. Masa ni baru 2cm. Kalau nak ikutkan doktor nak suh balik je sebab baru bukak sikit. Tapi doktor taknak amik risiko aku tak sempat sampai hospital sebab rumah ayah dengan hospital paling cepat pon 15 minit jadi doktor suh aku check in je. Nasib baik check in sebab memang aku dah sakit gila-gila. Sakit nya macam senggugut teruk sangat tak leh bangun. Aku jalan pon terbongkok-bongkok. Masa Nazmi datang melawat petang tu aku siap nangis sebab tak tahan sangat sakit. Makan pon tak lalu. Masa aku rasa macam panjang sangat. Rasa tak sabar nak suruh baby keluar sebab dah tak tahan sakit. 

Pukul 11 lebih aku dah tak tahan sangat sakitnya aku jalan jumpa nurse. Nurse check dah 5cm. Diorang tolak aku masuk labor room. Aku call Nazmi suruh datang. Kalau ikut kiraan mungkin pukul 4 pagi aku bersalin. Masa tu dah start contraction kerap dan kuat. Sakitnya sampai kan zikir dan doa yang aku baca jadi tunggang langgang siap aku terlupa sebab sakit, penat, mengantuk. Nak tido memang tak boleh sebab sakit sangat. Kalau sakit 5 minit skali, tiap kali sakit aku terjaga. Baik tak yah tido. hehehe... Pukul 1 lebih ada nurse masuk check aku. Aku cakap aku dah tak tahan sangat. Serius aku dah tak larat. Nurse tu pujuk aku suruh sabar. Huhuhu... Nak wat camne.. itu jela boleh buat kan. Ikut hati nak je aku suruh operate sebab tak larat gila nak tahan sakit. Sudah nya aku redha je dengan rasa sakit. Sambil tengok jam berharap masa berlalu dengan cepat, tiap kali contraction datang aku tahan napas. Sebab bila aku tarik napas panjang sakit tu lagi dasyat. Tak tau nak cerita macam mana sakit tu. Ada doktor muda ni plak asyik la duk keluar masuk check ctg kat perut aku. Dok bega-bega CTG tu. Dia tak happy dengan bacaan. Pasalnya, dia yang tak reti nak setting CTG tu kat perut aku cam mana. Ada ke dia suruh aku pegang menda alah tu. Sebab kalau begalih bacaan jantung baby tak cantik. Kalau tak cantik kena operate. Cam tu lah dia cakap kat aku. Nak aja aku menjawab, kalau nak operate, operate je la doktor. Saya dah tak tahan. Tapi tak kuasa aku nak menjawab. Aku dah rupa mayat hidup dah mampu pandang je. Tangan ni dok pegang gak lah CTG tu. Nasib baik ada nurse datang tengok dia tolong adjustkan bebetul. Dah naik lenguh tangan aku baru ada orang betul kan. Sampai la pukul 4 pagi jangkaan waktu bersalin aku, takde apa progress pon. 

Pukul 6 lebih baru ada doktor masuk check bukaan. Dah bukak 8 cm. Doktor jangka pukul 8 aku bersalin. Masa ni memang air ketuban tak pecah lagi. Cuma darah je yang keluar. Orang kata kembar darah. Kembar darah memang sakit. Dalam pukul 7 lebih baru lah ada doktor masuk pecahkan air ketuban. Air ketuban keluar baru kurang sikit bisa sakitnya. Tapi masih sakit lagi. Pukul 8 lebih aku dah start push. Masa ni Nazmi dah masuk temankan aku. Tukang sambut sister india. walaupun dia india tapi dia selalu ingatkan aku banyak-banyak zikir dan doa supaya mudah bersalin. TQ sister. Tak ingat nama sister tu. Masa ni memang asal sakit je aku teran. Asal sakit aku teran. Aku tak tau apa keadaan kat bawah tu. Yang aku tau diorang dok godek-goedk terasa la jari diorang mengorek-ngorek. Hahaha... Dia gunting pon aku dah tak terasa. Yang Nazmi kat kepala aku dok bisik-bisik apa tah siap cium-cium. hahahahah. Aku tak fokus dah. Fokus aku nak baby keluar. Tepat pukul 8.42pagi, terasa sesuatu keluar perut terus jadi kempis. Aku cuma mampu cakap Allahu Akbar.. Alhamdulillah... heheheh.. Baby dah keluar. Lega gila. Diorang duk tunjuk anu baby nak suh kitorang sebut baby apa. Aku dah tau baby apa. Hahaha... Diorang letak baby atas perut basah-basah camtu. Sedap tau bau baby baru keluar dari perut. Baby aku nangis tak kuat. Slow je. Lepas tu tido je keje nya. Tapi dah malam mak datuk suara dia menangis 1 wad boleh dengar. Nurse 3-4 kali kuar masuk bilik aku pasal anak aku nangis. hahahahah...

Tu la pengalaman bersalin aku. Sakit toksah kata la. Tu yang bila ingat sakit, pikir banyak kali nak ngandung lagi dalam masa terdekat. Tu baru bersalin. Belum cerita bab pantang lagi. Seksa nya ya Allah... bab makan aku tahan. Tapi bab tak leh baring kena duduk aje yang aku tak boleh tahan. Gila sakit punggung aku siap gadoh dengan Nazmi. Serius sakit punggung. Cuba la korang duduk 24 jam atas tilam tak boleh baring langsung. Punggung aku sampai naik ruam siap melecet. Tapi terharu sangat dengan Nazmi. Dia setia tunggu aku dari aku kat labor room. Padahal dia kat luar. Bukan boleh masuk temankan pon. Kalau boleh masuk temankan boleh la jugak kurang sikit sakit aku. Ni tekedang sorang-sorang dalam bilik atas katil apa pon tak boleh buat. Masa tu pulak Nazmi tengah demam. Memang kalau ikutkan keadaan dia tak larat langsung nak tunggu aku. Tapi dia gagah kan diri untuk bagi sokongan kat aku. Terima kasih ayang. Paling terharu masa aku termarah dia pasal dia tegur aku dok baring menyenget nanti sakit badan. Masa tu kat rumah ibu. Balik rumah mak sepanjang jalan dia diam. Aku tahu dia marah. Kat rumah mak menangis-nangis aku mintak maaf. Hahahah.. Dah la kau tak salam raya mintak maaf dengan laki kau, kau boleh lak marah dia. Tau takut dosa. Hehehehe... Dia memang bengang sangat lah dengan aku. Siap cakap sukati la nak buat apa kan. Mana aku tak takut. Heheheh... Last sekali yang buat lagi berjurai air mata aku bila dia kata, "Kalau sakit saya boleh pindah kat ayang, ayang amik sakit sayang tu...". Serius sampai sekarang kalau aku aku ingat ayat tu aku nangis. Time taip ni pon aku nangis. Terharu sangat-sangat. TQ ayang....

Aku masa mengandung Allah permudahkan. Aku cuma mabuk 4 bulan pertama. Tu pun takde muntah-muntah gila-gila. Takat muntah air manja-manja pagi-pagi tu ada la. Dengan tekak 24 jam mual. Lepas 4 bulan aku ok. Makan memang takde masalah, Cuma aku tak suka ayam dan telor goreng mata kerbau. Tapi bila bersalin agak mencabar. Dugaan kami anak kami kena jaundice sebulan baru elok. Banyak kali gak ulang alik klinik. Raya pertama pon kami kat klinik. Nazmi siap tak pegi sembahyang raya sebab kena pergi klinik. Klinik jauh kat Kluang. Nak kejar kan waktu klinik bukak. 

Dah tu anak aku ni agak mencabar gak nak jaga. Orang yang tabah dan cekal je boleh jaga. Kuat nangis. Hahahaha.. Gila kuat betul menangis, mengamuk tetengah malam. Padahal mata dah ngantuk, tahan dia nangis mengamuk-amuk tahan mata tak mo tido. Sudah nya nangis sampai tetido kat bahu aku. Hai la anak... macam-macam perangai. Ni baru 2 bulan. Panjang lagi masanya. Aku tak tau la bila dah mula kerja nanti macam mana. Ni pon dia dah tunjuk simptom-simptom manja tak nak kena tinggal dengan mummy. Huarghhh... susah hati ni.....

Sorry la panjang sangat entry kali ni. Ni pon aku dah pendekkan. Hehehe... Pengalaman ni aku tulis kat sini hopefully bila anak aku pandai baca dia tahu macam mana susah mummy dia nak bersalin kan dia. Patut la mak-mak kalau anak nakal tak nak dengar kata rasa nak luku-luku je kepala anak tu. Kalau tau kecik-kecik dah dipicit. Hahahaha.. Masa mengandung payah, bersalin susah, nak besar kan mencabar, dah besar lawan cakap mak. Memang patut la syurga bawah tapak kaki ibu.


Thursday, June 13, 2013

Holiday 2D 1N in Hospital Sulatanah Aminah

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Lama tak menulis kat sini. Asyik baca blog orang lain, sendiri punya blog malas nak update. Hehehe.... Sebelum tu nak ucap tahniah kat kawan ex-dip, Ejan yang dah selamat besalin 9 Jun lepas. Comel baby girl. Sebijik muka ibu dia. 

Sekarang Alhamdulillah dah masuk trimester ke-3. Nervous nih. Tak lama jek lagi. Ni dah bulan Jun. Lagi 2 bulan jek nak bulan Ogos. Baby setakat ni ok jek. Cuma last week ada mogok sikit. 3-4 Jun lepas kena outstation ke KL sebab 4 Jun ada meeting. Balik dah malam. Malam tu plak memang dah janji nak bawak adik-adik makan bubur kat Sentosa. Diorang plak nak ajak pegi Bazar Karat. Bazar Karat ni cam Uptown Setapak gak la. Ikut kan badan memang tak larat nak melayan. Tapi kesian kat diorang yang esoknya dah nak balik Kluang, aku gagahkan jugak diri pegi bejalan. Sebenarnya sejak dah 6 bulan, lepas makan aku mesti tak boleh terus bejalan. Kalau tak, mesti si kecik kat dalam ni marah. Dia parking camne tah kat dalam ni pastu dok tekan kat pusat aku. Pusat memang sakit gila lah. Nak bejalan pon susah. Tapi malam tu aku gagahkan jugak jalan-jalan lepas makan walaupun si kecik ni dah mogok tekan-tekan pusat tak kasi jalan. Aku jalan sampai ada tempat nak melepak duduk, aku pun duduk melepak suruh adik-adik round sendiri. Letih toksah kata lah. Esoknya nak kerja ni. Pukul 12 malam gak lah baru balik. Nak balik ada roadblock la plak. Dah sampai rumah lambat dalam pukul 1 kot. Letih gila badan. 

Esoknya memang tak larat nak gi kerja. Cakap dengan Nazmi nak gi klinik nak MC. Memang tak larat sangat. Rupanya si kecik kat dalam ni pon nak bekerjasama dengan mummy dia. Memang nak suruh mummy dia rehat, dia pon jalankan mogok takmo gerak-gerak sangat dok mengeras jek kat dalam tu. Sempat gak la bangun sarapan dulu. Tu pun adik yang masakkan nasi goreng. Masa breakfast tu perut memang dah tak selesa. Duduk tak kena, baring tak kena, rasa sebu semacam. Lepas breakfast, masuk bilik rehat-rehat then tertido. Tebangun tu memang rasa sangat tak selesa perutnya. Baby plak memang takde gerak-gerak cam selalu kalau aku baring mengiring, mesti dia respond dok beguling-guling tak kasi aku mengiring. Tapi hari ni takde plak. Risau dah ni. Ajak adik pegi hospital. 

Sampai hospital, masuk bilik saringan kena pasang CTG tu kat perut. Tak lama gak la. Dalam 15 minit kot. Bacaan normal jek. Mana tak normalnya. Sementara tunggu nak masuk tu baby dah bejoget-joget kat dalam. Dah berapa kali gerak dah. Saja je tau nak suruh mummy pegi hospital. Lepas buat CTG, doktor plak interview. Dah interview, suruh kencing plak nak check air kencing. Rupanya kena UTI. Lepas tu, doktor nak check plak keputihan. Memang aku ada masalah keputihan sejak pregnant. Tapi sebab dah jumpa doktor and doktor kata kalau tak gatal or berbau should be benda tu takde masalah pape. Sekali masa check tu, banyak gila kot keputihan nya. Siap bekumpul kat speculum tu. Nasib baik yang check doktor perempuan. Huhuhuh.. Malu gila kot. Tak pernah orang lain tengok tang bawah tu. Dah lah sakit+senak masa dia nak amik sample. Bila doktor dah dapat sample tu, dia kata macam ada jangkitan. Aku cam oklah. Nak buat camne kan. Bagi jek la ubat nanti. Lepas dah amik sample segala semua. Tunggu pegi scan plak. Nak tengok baby pasal perut aku kecik tak sama dengan minggu. Ni pon aku dah banyak kali tanya kat klinik. Klinik swasta kata takde masalah cuma refer kat result masa awal-awal scan. Tapi klinik desa ni yang tak ikut. Dia ikut gak tarikh last period. Dah lah aku masa sebelum pregnant ada 3 bulan period tak tetap. Jadi memang larilah EDD nya. So, aku dah maklumkan tapi diorang kata takde masalah, oklah. Takkan aku nak memandai lak kan? Sekali scan kat hosptal amik kau. Memang salah kiraannya. Patut masa tu dah 31weeks. Tapi ikut scan baru 28weeks. Bekerut-kerut dahi doktor yang scan tu. Dah lah air ketuban pon sikit. Cukup-cukup jek kat dalam tu. Kalau kurang lagi, memang jadi penghuni tetap hospital lah aku ni. Then doktor tu bagi tah diagnose apa suruh doktor pelatih tu tulis. Aku dengar la kena tahan wad. Aku cam, ok. Sib baik dah prepare bawak baju siap-siap. 

Tunggu punya lah lama kan.. Pukul 7 baru siap kat bilik saringan. Pegi plak wad. Dah lah dengan takde GL. Aku lupa lak nak pesan kat Nazmi boleh pakai GL online. Tepaksa la masuk wad kelas 3 walaupun aku boleh masuk wad kelas 1c atau 1d. Takpelah. Ramai sikit kawan. Heheheh.. Ramai plak orang kat wad. Katil penuh. Kena duduk kat katil tengah-tengah jalan. Nasib baik kejap jek. Dalam pukul 9 malam bleh pindah katil tepi yang kosong. Pukul 11 malam ada check jantung baby dengan tekanan darah. Masa ni aku dah tetido kot. Lepas tu makan antibiotik. Then nurse suruh aku pegi bilik rawatan sebab nak bagi ubat untuk keputihan. Rupanya ubat tu kena masuk kot bawah. Aduhai... kena selak lagi. Redha jek lah. Dah masuk ubat tak leh jalan pegi ke katil. Kena naik wilcha. Merasa i naik wilcha u'olls. Macam sakit tenat jek. Hahahah...Lepas tu sambung tido. Pukul 5pagi kena kejut lagi naik amik tekanan darah dengan check jantung baby. Aku mamai-mamai jek masa tu. Sukati la nurse nak buat apa. Aku ngantuk. Sehari tah berapa kali dia check jantung baby dengan amik tekanan darah. Bacaan aku Alhamdulillah semua normal. Buat BSP pon normal jek. Siang tu kena repeat scan. Ni nak tengok perjalanan darah dari pusat ke uri ke menda tah doktor tu cakap. Sebab aku ada masalah Hb rendah. Diorang takut ada problem nanti effect bekalan darah pada baby. Bila scan tengok ok jek. Doktor kata ok, boleh balik hari ni. Hoyeahhh... Tak yah dok lelama kat spital ni. Tak best pon. Petang tu pukul 7.30 malam gak baru aku dapat check out. Lembab kan diorang buat kerja? Padahal dari pagi dah tau aku dah boleh discharge. Tetap lambat buat report aku. Nak tunggu MC punya pasal. Dah lah kedekut MC. Alang-alang esoknya dah Jumaat, Kasi lah MC sampai Jumaat terus. Ni kasi Rabu dengan Khamis jek. Nak rehat cukup mendanya. Stress lagi ada. Hahahaha... 

Pengalaman check ini kat hospital besar yang dah lama beroperasi ni, takde lah best mana. Selain lambat disebabkan ramai sangat patient, nurse dia pon ada yang jenis layan orang double standard. Nampak la beza layanan patient kelas 3 and kelas 2. Apatah lagi kalau kau kelas 1. Yang aku tak suka sekali masa tunggu nak scan. Bilik scan berdepan dengan labour room. Aku dengar ada nurse dok jerit-jerit marah patient. Tak dengar lah bijik butir yang dia cakap. Sebab terjerit-jerit. Ada patient sorang ni tengah jerit-jerit gak nak teberanak agaknya. Nurse tu pon lagi kuat menjeritnya. Aduhai.... napa lah buat patient camtu kan? HSA ni memang banyak cerita tak best yang aku dengar kalau kat wad bersalin. Tu aku awal-awal dah tolak takmo besalin kat sini. Nak balik kampung besalin kat Hospital Kluang. Tapi aku rasa memang kena besalin kat sini lah. Aku kan ada GDM. Kena besalin awal takut baby besar. Kang kalau ada problem, tetap kena hantar ke HSA kan? Toksah buat kerja 2 kali, terpaksa lah serah diri kat HSA jugak. Huhuhuh... Mudah-mudahan dapat la nurse yang baik hati. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.... amin....

Ha... panjang kan aku update. Tahniah lah sapa yang bejaya baca sampai abis. Lepas ni kalau rajin aku update pasal preparation barang-barang baby yang aku baru jek start buat last week lepas keluar hospital. Doakan aku and baby sihat-sihat saje ye... 

Thursday, August 25, 2011

Peduli la apa orang kata. Yang penting mummy sayang sangat-sangat sama Qaisara.



Assalamualaikum..

Alhamdulillah... Tinggal bape hari je lagi nak abes puasa kan? Mudah-mudahan panjang umur, dapat puasa lagi tahun depan.

Actually, banyak nak citer sebenarnya ni. Sebelum berita aku dapat pindah, sebenar nya ada berita lagi best dalam family aku. Ada pertambahan ahli baru. Anak adik aku yang menikah masa aku tunang dulu tu. Dah jadi mak orang dah adik aku tu. Yang lawaknya kisah dia nak besalin tu, aku tak boleh tahan. Bila kumpul adik-beradik cerita balik pasal ni, memang gelak tak hingat. Sampai telupa rupanya kitorang kat spital.. heheheh.. Alkisahnya 7 Ogos yang lepas, masa tu aku kat rumah mak mentua aku. Aku baru lepas mandi nak siap-siap balik KL. Laki aku kelam kabut bagi phone kat aku dia kata adik aku fifie call kata angah nak besalin. Aku pun macam, "HA?? NAK BESALIN???". Aku call fife nak tau citer sebenar. Fifie pon citer la kata air ketuban dah keluar. Ibu, ayah and laki angah takde kat rumah. Depa adik-beradik yang ade temasuk anak angkat ayah aku si Kimi yang ada. Sib baik ada Kimi dan ada 1 kereta kat rumah. Kimi dengan nani la yang bawak gi hospital. Aku pon besiap-siap pegi Hospital Kluang dengan nazmi. Sebelum tu singgah rumah dulu amik fifie. Sampai hospital, Kimi dengan Fifie cerita la situasi sebenar. Masa tu angah nak gi toilet tetiba dia jerit kuat-kuat. Fifie tekejut, bila dia tengok angah da tebaring depan bilik air. Punya kelam kabut fifie pusing 1 rumah sambil sebut, "ala..ala..ala.. camne ni..mana tepon ni??". Kalau nak ikut cara penyampaian kimi bercerita tu, memang lawak gila. Siap lari-lari 1 rumah, garu-garu kepala, cari henfon pon tak jumpa. Yang kimi dengan nani lagi haru, mandi tak gosok gigi pon tah sempat tah tak, terus gi hospital dengan si Kimi pakai seluar koyak tu. kehkehkeh. Sebelum anta gi hospital, panggil nurse datang check dulu. Nurse tu pon dok gelakkan depa pasal lawak sangat kelakuan depa tu. kehkehkeh. Aku dok gelak pasal aku takde kat situ. Kalau aku yang ada, mau aku yang sawan kot. hahahahahah..

Bila angah da masuk hospital, aku lak yang tak keruan. Nak balik ke tak ni? Bas pukul 2. Ni da pukul 1.30. Ala... cemana ni??? Balik kang tetiba beranak da lambat plak nak tengok baby. Hujung minggu ni da tak balik. aku pun decide, tak mo balik. Amik EL. heheheh.. Tengah lepak-lepak, tetiba klua idea, "apakata pegi kaunter tiket kot-kot ada orang nak naik bas pukul 2. takde la burn tiker cam tu je kan. boleh beli tiket untuk esok.". Masa tu da pukul 1.50. Mau tak menggelupur bekejar pegi stesen bas. Dari tadi nazmi da cakap aku buat tak tau je. heheh.. Memang saja nak kena bebel. Tapi memang dah rezeki aku kan.. Kebetulan aku sampai, tepat pukul 2 dan bas belum jalan. Aku pegi kat kaunter bas Satria, berderet orang nak beli tiket. Ada plak budak lelaki ni cari tiket pukul 2. Sah-sah la bas pukul 2 da abis. Aku terus pegi kat budak tu jual tiket aku. Nasib baik bas belum gerak. Duit jual tiket tu, aku buat beli tiket nak balik esok. Esoknya pukul 5 aku balik. Anak buah aku? Dia keluar 9 Ogos. Saja tak nak bagi aku tengok dia awal-awal.


Qaisara malu takmo tengok kamera pasal tak pakai baju. Qaisara nak mandi, mummy sebok amik gamba plak.

So, weekend lepas ni la baru berpeluang tengok baby yang kecik sangat-sangat tu. Berat dia 2.1 kg je. Mau tak kecik. Halus je. Nak pegang pon risau. Oww.. lupa nak bitau.. baby ni pompuan. heheh.. da la adik-beradik aku semua pompuan, anak buah pon pompuan. Yang lelaki, laki kitorang je la dengan bapak kitorang. Apa nak buat... rezeki Allah. heheheh.. Yang sangat-sangat best, nama baby girl ni hasil cadangan aku dan perbincangan dengan adik aku si fifie. Tapi kalau ikut cadangan asal, namanya Nur Qaisara Arissa. Beria tau aku cari nama tu siap maksud sekali. Sekali ibu aku kata panjang sangat.*itu pon panjang ke? nama mama, mummy n ibu qaisara lagi panjang kan?*. Ibu kata tak mo sampai 3 patah. 2 je cukup *ala..nama ummi qaisara pon 3 patah. takde hal pon..*. So kena lah pilih Nur Qaisara atau Qaisara Arissa. Jadi, papa si Qaisara sudah pilih nama Nur Qaisara. Kira oklah tu. Guna gak nama yang mummy Qaisara ni bagi kan. Oww.. kitorang tak pakai gelaran mak long ke, mak ngah ke, mak de ke. yang guna mak cu je. tu pun pasal mak cu kecik lagi. eheheheh... Untuk aku, aku gelar mummy pada Qaisara, angah-mama *angah ni mamanye Qaisara*, fifie-ibu, nani-ummi. Mengada je kan? So, nanti tak kira la nak-anak sapa, ni la gelaran yang diorang kena panggil kat kami. hehehe.. Harus lah terkonpius budak-budak ni nanti.

Jumaat minggu lepas sampai rumah ibu, aku terus mandi. Semua sebab nak tengok Qaisara punya pasal. Orang kata, kalau balik dari mana-mana malam-malam, jangan terus pegang budak. Pegi mandi dulu, amik wudhuk dulu, kalau belum solat, solat dulu, baru pegang budak. So, aku memang terus gi mandi. Eh, tak. Delayed mandi. Sembang jap dengan ibu aku sambil tengok jubah yang dia borong kat Ayer Hitam baru aku gi mandi. Selalunya aku lepak-lepak jap, tengok tv, makan. Kang agak-agak nazmi da nak balik baru aku mandi. kehkehkeh. kadang-kadang tak sempat mandi lagi nazmi da sampai. Kena la cium bini dia yang bau perengus ni katanya.*perengus dalam bahasa jawa cam masam-masam, busuk-busuk la. tu nazmi kata. aku ingat perengus tu pemarah. hahahahahahha. tapi memang maksudnya pemarahkan?*. Aku da mandi, solat semua, baru kacau Qaisara. Tapi Qaisara tengah tido. Harus lah tido. Da malam kan. Tapi ibu aku kata, bila papa dia balik, dia akan nangis sekuat-kuat hati. Sepanjang malam tak tido nak papa dia yang jaga. Sian papa dia tesengguk-sengguk tepi dia. eheheheh.. Aku? Tak dengar langsung Qaisara nangis. hahahah.. Memula ibu suh pegang Qaisara aku tak mau. Aku cuma usik-usik, cuit-cuit suh bangun je. Pasal aku takut nak dokong. Kecik sangat.. hehehhe... Bila dia bangun, nangis, aku buat taktau. hahahahahah.. Ayah aku kata, "kalau part nangiskan budak, memang terer. ". Biasa lah. Aku kan gangster bak kata adik aku Nani. hahahah. Tapi esok nya aku da berani nak pegang Qaisara. Siap dokong dia bila dia takmo tido, baringkan atas dada sampai tetido *mau tak tido da empok macam tilam dunlop. hahahahah*.

Comel gileee!!!! Rasa nak picit-picit. Yela.. da lama kot takde baby kat rumah ni. Adik aku yang bongsu da 12 tahun. Takkan nak suh ibu aku beranak lagi kot. Gila apa. Tu pun yang bongsu tak sangka ada lagi. Dia lahir pon masa tu aku tengah tunggu result PMR. Best wo da besar-besar ada adik kecik. Ada orang ingat adik aku tu anak aku. Dem. Nampak tua rupanya aku dulu. Tapi sekarang plak nampak muda *perasan*. Eh. Ini betul-betul punya citer ye. heheheh.. Aku penah jalan-jalan dengan nazmi kat Sogo ada budak promote astro tu ingat aku dengan nazmi belum kawen. Ingat kitorang couple biasa. hahahah.. Takde rupa orang da kawen ea? Haruslah kan. Kitorang memang muka remaja. kehkehkeh. *perasan*. Ok. Maaf maaf maaf. Selingan jap. hehehe..

Tapi disebalik kegembiraan atas kelahiran Nur Qaisara, ada cerita tak best pulak yang aku dengar. Sedih, marah, geram. Kenapa ek manusia ni suka fitnah orang? Kalau taktau jangan la cakap. Cakap benda yang tak betul kan fitnah namanya. Kalau taktau tu tanya la. Jangan cakap ikut sedap mulut. Walaupun angah tu degil, tapi alhamdulillah.. dia tak buat perangai yang boleh malukan ibu ayah aku. Ada orang sebar cerita adik aku ni mengandung luar nikah. Aku sebagai kakak dia, yang menyaksikan pernikahan dia, tukang rekod video masa akad nikah dia, mau tak sedih, marah, kecewa bila dengar cerita macam ni? Aku taktau manusia busuk ati mana yang bawak cerita macam ni. Kau boleh bayang apa perasaan kau kalau kau susah payah mengandung, ada masalah plak masa mengandung, hasil daripada hubungan yang sah dengan suami kau, tapi orang fitnah kata kau mengandung luar nikah? Apa perasaan kau bila kau bejalan, ada budak lelaki selamba cakap dengan kawan dia, depan kau "ni la anak si polan yang mengandung luar nikah tu." . Kau boleh bayang kan? Kalau aku kat tempat angah, memang aku da serang mulut-mulut jahat tu cili api. Bukan mulut je yang aku lumur cili api, tut dia pun aku lumur cili api. Jahat sangat. Tapi.. Alhamdulillah.. setakat yang aku tau, yang aku nampak, adik aku ni tak penah amik port apa yang orang kata. Kalau dah dengan kitorang ni pun kalau bebel, marah pungpang kat dia pon dia boleh buat bodo masuk telinga kiri kuar telinga kanan, ni kan pulak cakap orang luar yang tak de kena mengena dalam hidup dia. Tapi taktau la plak kalau sejak-sejak da jadi ibu ni dia amik port cakap orang lain. Aku harap sangat-sangat dia tak terganggu dengan kata-kata orang tu. Kesian sangat-sangat kat dia. Dia la bersalin tak cukup bulan. Qaisara tu cume 34minggu je dalam tummy mommy dia. Da tu mak nya asyik la kurang darah, darah rendah. Ada plak orang kata macam-macam. Kalau aku mau meroyan kot.

Tapi aku rasa macam punca dari aku jugak. Tak pasal-pasal angah yang kena. Untuk orang yang memfitnah tu, untuk pengetahuan korang, adik aku, Qhaishatul Atiqah bt Zainal Abidin dinikahkan dengan Abd Rashid b. Md Said pada 12 November 2010. Ok. Sekarang boleh kira da cukup ke tak bulannya kalau nak beranak pon. Da cukup kan? Da 9bulan kan? Tu pon budak kecik tu memang tak cukup bulan. Kalau tak caya boleh pegi tanya doktor. Kenapa aku kata punca dari aku? Semua nya cadangan aku tapi hasil dari perbincangan dengan ayah aku supaya angah dinikahkan awal tanpa ada majlis kenduri. Hanya untuk Saudara-mara dan kawan-kawan rapat je. Semuanya sebab nak adakan sekali majlis kenduri tu dengan aku sebab aku pun da nak kawen. Aku memang taknak tunggu lama-lama. Bukan sebab takut nazmi lari. Takut makin banyak plak dosa kami. Lagi pun kami taknak becinta lama-lama sebelum kawen. Cukup la kenal berapa bulan, terus kawen. Lepas kawen becinta la puas-puas. Tapi oleh kerana orang jawa ni ada kepercayaan pelik sikit, nenek aku and family nazmi sendiri tak galak kan aku dan angah menikah dalam tahun Islam yang sama. Jadi untuk elakkan kitorang nikah dalam tahun Islam yang sama, angah nikah la dulu bulan November 2010. Pada tarikh tu pulak, aku bertunang je dengan nazmi. Dan majlis kenduri diadakan pada 3 Februari 2011. Kan tak jauh jaraknya. Jadi buat la sekali kendurinya. Takkan nak buat 2 kali kenduri. Kan membazir. Kos lagi. Jadinya, pada bulan Februari tu, aku dengan nazmi je yang menikah. Takkan angah nak nikah lagi. Mana boleh. Tapi kenduri kitorang ada 2 pengantin. 1 pengantin lama. Pengantin tu pon da pregnant da masa besanding tu. Pasal dia da nikah dulu jadi tak salah la dia pregnant kan? So.... da cukup penjelasan aku? Puas hati? Kalau nak fitnah lagi, tak puas hati, takpelah. Alhamdulillah.. terima kasih lah atas budi dan jasa "baik" korang tu semua ye. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Apa-apa pun, kami sekeluarga bahagia dengan adanya Qaisara dalam hidup kami. Mudah-mudahan lepas ni, giliran mummy sama babah pulak nak dapat baby, kan Qaisara? Doakan mummy ye.


Kisah pernikahan mama-papa Qaisara dan pertunangan mummy-babah

Kisah pernikahan mummy dan persandingan mama & mummy Qaisara



note: berdiam diri lebih baik dari berkata-kata. Kalau tak tahu, tanya. Jangan main serbu fitnah orang bukan-bukan. Larat ke nak cari kat akhirat sok nak mintak maaf dengan kami semua? Peringatan untuk diri sendiri jugak. Kurangkan berkata-kata. Takut jadi fitnah. Minta dijauhkan..