K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Holiday 2D 1N in Hospital Sulatanah Aminah

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Lama tak menulis kat sini. Asyik baca blog orang lain, sendiri punya blog malas nak update. Hehehe.... Sebelum tu nak ucap tahniah kat kawan ex-dip, Ejan yang dah selamat besalin 9 Jun lepas. Comel baby girl. Sebijik muka ibu dia. 

Sekarang Alhamdulillah dah masuk trimester ke-3. Nervous nih. Tak lama jek lagi. Ni dah bulan Jun. Lagi 2 bulan jek nak bulan Ogos. Baby setakat ni ok jek. Cuma last week ada mogok sikit. 3-4 Jun lepas kena outstation ke KL sebab 4 Jun ada meeting. Balik dah malam. Malam tu plak memang dah janji nak bawak adik-adik makan bubur kat Sentosa. Diorang plak nak ajak pegi Bazar Karat. Bazar Karat ni cam Uptown Setapak gak la. Ikut kan badan memang tak larat nak melayan. Tapi kesian kat diorang yang esoknya dah nak balik Kluang, aku gagahkan jugak diri pegi bejalan. Sebenarnya sejak dah 6 bulan, lepas makan aku mesti tak boleh terus bejalan. Kalau tak, mesti si kecik kat dalam ni marah. Dia parking camne tah kat dalam ni pastu dok tekan kat pusat aku. Pusat memang sakit gila lah. Nak bejalan pon susah. Tapi malam tu aku gagahkan jugak jalan-jalan lepas makan walaupun si kecik ni dah mogok tekan-tekan pusat tak kasi jalan. Aku jalan sampai ada tempat nak melepak duduk, aku pun duduk melepak suruh adik-adik round sendiri. Letih toksah kata lah. Esoknya nak kerja ni. Pukul 12 malam gak lah baru balik. Nak balik ada roadblock la plak. Dah sampai rumah lambat dalam pukul 1 kot. Letih gila badan. 

Esoknya memang tak larat nak gi kerja. Cakap dengan Nazmi nak gi klinik nak MC. Memang tak larat sangat. Rupanya si kecik kat dalam ni pon nak bekerjasama dengan mummy dia. Memang nak suruh mummy dia rehat, dia pon jalankan mogok takmo gerak-gerak sangat dok mengeras jek kat dalam tu. Sempat gak la bangun sarapan dulu. Tu pun adik yang masakkan nasi goreng. Masa breakfast tu perut memang dah tak selesa. Duduk tak kena, baring tak kena, rasa sebu semacam. Lepas breakfast, masuk bilik rehat-rehat then tertido. Tebangun tu memang rasa sangat tak selesa perutnya. Baby plak memang takde gerak-gerak cam selalu kalau aku baring mengiring, mesti dia respond dok beguling-guling tak kasi aku mengiring. Tapi hari ni takde plak. Risau dah ni. Ajak adik pegi hospital. 

Sampai hospital, masuk bilik saringan kena pasang CTG tu kat perut. Tak lama gak la. Dalam 15 minit kot. Bacaan normal jek. Mana tak normalnya. Sementara tunggu nak masuk tu baby dah bejoget-joget kat dalam. Dah berapa kali gerak dah. Saja je tau nak suruh mummy pegi hospital. Lepas buat CTG, doktor plak interview. Dah interview, suruh kencing plak nak check air kencing. Rupanya kena UTI. Lepas tu, doktor nak check plak keputihan. Memang aku ada masalah keputihan sejak pregnant. Tapi sebab dah jumpa doktor and doktor kata kalau tak gatal or berbau should be benda tu takde masalah pape. Sekali masa check tu, banyak gila kot keputihan nya. Siap bekumpul kat speculum tu. Nasib baik yang check doktor perempuan. Huhuhuh.. Malu gila kot. Tak pernah orang lain tengok tang bawah tu. Dah lah sakit+senak masa dia nak amik sample. Bila doktor dah dapat sample tu, dia kata macam ada jangkitan. Aku cam oklah. Nak buat camne kan. Bagi jek la ubat nanti. Lepas dah amik sample segala semua. Tunggu pegi scan plak. Nak tengok baby pasal perut aku kecik tak sama dengan minggu. Ni pon aku dah banyak kali tanya kat klinik. Klinik swasta kata takde masalah cuma refer kat result masa awal-awal scan. Tapi klinik desa ni yang tak ikut. Dia ikut gak tarikh last period. Dah lah aku masa sebelum pregnant ada 3 bulan period tak tetap. Jadi memang larilah EDD nya. So, aku dah maklumkan tapi diorang kata takde masalah, oklah. Takkan aku nak memandai lak kan? Sekali scan kat hosptal amik kau. Memang salah kiraannya. Patut masa tu dah 31weeks. Tapi ikut scan baru 28weeks. Bekerut-kerut dahi doktor yang scan tu. Dah lah air ketuban pon sikit. Cukup-cukup jek kat dalam tu. Kalau kurang lagi, memang jadi penghuni tetap hospital lah aku ni. Then doktor tu bagi tah diagnose apa suruh doktor pelatih tu tulis. Aku dengar la kena tahan wad. Aku cam, ok. Sib baik dah prepare bawak baju siap-siap. 

Tunggu punya lah lama kan.. Pukul 7 baru siap kat bilik saringan. Pegi plak wad. Dah lah dengan takde GL. Aku lupa lak nak pesan kat Nazmi boleh pakai GL online. Tepaksa la masuk wad kelas 3 walaupun aku boleh masuk wad kelas 1c atau 1d. Takpelah. Ramai sikit kawan. Heheheh.. Ramai plak orang kat wad. Katil penuh. Kena duduk kat katil tengah-tengah jalan. Nasib baik kejap jek. Dalam pukul 9 malam bleh pindah katil tepi yang kosong. Pukul 11 malam ada check jantung baby dengan tekanan darah. Masa ni aku dah tetido kot. Lepas tu makan antibiotik. Then nurse suruh aku pegi bilik rawatan sebab nak bagi ubat untuk keputihan. Rupanya ubat tu kena masuk kot bawah. Aduhai... kena selak lagi. Redha jek lah. Dah masuk ubat tak leh jalan pegi ke katil. Kena naik wilcha. Merasa i naik wilcha u'olls. Macam sakit tenat jek. Hahahah...Lepas tu sambung tido. Pukul 5pagi kena kejut lagi naik amik tekanan darah dengan check jantung baby. Aku mamai-mamai jek masa tu. Sukati la nurse nak buat apa. Aku ngantuk. Sehari tah berapa kali dia check jantung baby dengan amik tekanan darah. Bacaan aku Alhamdulillah semua normal. Buat BSP pon normal jek. Siang tu kena repeat scan. Ni nak tengok perjalanan darah dari pusat ke uri ke menda tah doktor tu cakap. Sebab aku ada masalah Hb rendah. Diorang takut ada problem nanti effect bekalan darah pada baby. Bila scan tengok ok jek. Doktor kata ok, boleh balik hari ni. Hoyeahhh... Tak yah dok lelama kat spital ni. Tak best pon. Petang tu pukul 7.30 malam gak baru aku dapat check out. Lembab kan diorang buat kerja? Padahal dari pagi dah tau aku dah boleh discharge. Tetap lambat buat report aku. Nak tunggu MC punya pasal. Dah lah kedekut MC. Alang-alang esoknya dah Jumaat, Kasi lah MC sampai Jumaat terus. Ni kasi Rabu dengan Khamis jek. Nak rehat cukup mendanya. Stress lagi ada. Hahahaha... 

Pengalaman check ini kat hospital besar yang dah lama beroperasi ni, takde lah best mana. Selain lambat disebabkan ramai sangat patient, nurse dia pon ada yang jenis layan orang double standard. Nampak la beza layanan patient kelas 3 and kelas 2. Apatah lagi kalau kau kelas 1. Yang aku tak suka sekali masa tunggu nak scan. Bilik scan berdepan dengan labour room. Aku dengar ada nurse dok jerit-jerit marah patient. Tak dengar lah bijik butir yang dia cakap. Sebab terjerit-jerit. Ada patient sorang ni tengah jerit-jerit gak nak teberanak agaknya. Nurse tu pon lagi kuat menjeritnya. Aduhai.... napa lah buat patient camtu kan? HSA ni memang banyak cerita tak best yang aku dengar kalau kat wad bersalin. Tu aku awal-awal dah tolak takmo besalin kat sini. Nak balik kampung besalin kat Hospital Kluang. Tapi aku rasa memang kena besalin kat sini lah. Aku kan ada GDM. Kena besalin awal takut baby besar. Kang kalau ada problem, tetap kena hantar ke HSA kan? Toksah buat kerja 2 kali, terpaksa lah serah diri kat HSA jugak. Huhuhuh... Mudah-mudahan dapat la nurse yang baik hati. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.... amin....

Ha... panjang kan aku update. Tahniah lah sapa yang bejaya baca sampai abis. Lepas ni kalau rajin aku update pasal preparation barang-barang baby yang aku baru jek start buat last week lepas keluar hospital. Doakan aku and baby sihat-sihat saje ye... 

Thursday, April 11, 2013

Baby bump

Asslamualaikum w.b.t
 
Selamat sejahtera.
 
Lama dah menganaktirikan blog ni. Memang dah lama tak jengah blog ni. Kalau jengah pon takat kat tepon yang skrin tak beso mana. Tak puas nak tengok apatah lagi nak update. Memang tak berkesempatan. Kali ni betul-betul sibuk. Aku dah pindah tempat keje. Nak wat cemana... kat tempat lama mungkin bukan jiwa aku kat sana. Keje pon tah hape-hape jek. Hahahahaa... Lagi-lagi sejak pregnant, tambah-tambah merepek aku keje. Jarang-jarang keluar site. Boleh jek aku keluar paksa diri. Tapi nanti malam ke esoknya tanggung la sakit-sakit badan, pinggang segala sebab kepenatan. Kadang-kadang nazmi marah bila aku kena keluar ke sana ke mari. Pegi meeting jauh-jauh sorang-sorang, balik malam-malam. Tapi nak wat camne. Dah keje aku. Kena la ikut.
 
Ada sekali dia siap nak tepon bos aku pasal aku kena pegi seminar kat Bangi drive sendiri bawak hilux sorang-sorang. Punya la membebel kat aku sampai aku tak boleh nak cakap apa. Program tu pon last minit baru tau. Kena pegi hari Ahad. Hari Sabtu baru tau. Dah le Sabtu tu Nazmi keje. Aku bitau masa dia tengah keje. Haru gak orang tua tu dibuatnya. Tak leh tunggu dia balik sebab nak kena bitau keputusan pegi atau tak siang tu. Susah hati betul aku bila dia tak bagi aku pegi siap nak tepon bos aku. Sudahnya aku bagi dia cool jap. Dah lama sikit aku call balik cakap aku bawak la sapa-sapa pegi temankan aku. Bawak adik aku pon boleh jek. Tapi takde fungsi la bawak adik aku kan? Yang dia merempan sangat pasal aku kena drive sendiri sorang-sorang. Jadi penyelesaiannya adalah, dia tepaksalah amik cuti hari Isnin sebab nak anta aku pegi Bangi. Sayang isteri punya pasal kan.. rela lah cuti. Tu pun pasal isteri ni pregnant. Kalau tak lantak lah situ pegi sorang-sorang kan. Cam tak biasa. Ahhaha.. Makanya aku pegi seminar menghangkut laki. Orang lain tido kat tempat seminar, aku tido hotel. Takkan nak seludup laki aku masuk kat hostel plak kan. Nasib baik dia ok. Tapi balik dari seminar, ada plak yang mengata. Sebenarnya nak ngata aku ngada-ngada la tu. Pegi seminar pon laki nak kena anta bagai. Aku senyum jek. Ada yang cakap kalau dia lah, tak kuasa nak anta. Pegi lah sendiri. Puihh. Ha.. kan dah kena. Hahahahaa... Ye la sangat kan. Biarlah suami aku nak anta. Dia sayang kat aku. Takut jadi pape kat aku dengan baby. Ingat senang nak dapat baby ni? Lain la ko. Anak dah bederet. Tu yang tak heran kan? Lagi pun suami aku bertimbang rasa.
 
Ala... diorang ni cakap jek lebih. Tak kena kat isteri sendiri. Cuba kena kat isteri sendiri, tau lak nak merempan. Tu la yang buat Nazmi kadang-kadang marah kalau aku sibuk ke sana sini. Aku pun tak boleh salahkan Nazmi kalau dia rasa cam tu. Normal la kot. Kalau kita dah kahwin 2 tahun baru ada rezeki nak dapat anak, mesti lah nak jaga elok-elok, mestilah risau jadi pape kat isteri dengan anak. Sampai kalau boleh berenti je keje dok kat rumah. Bukan senang nak dapat anak tu. Lain lah diorang. Bahagian masing-masing. Diorang Allah mudahkan rezeki part anak. Bersyukur lah kan..
 
Kat ofis sekarang, ketua cawangan aku tak kasi aku keluar pegi site. Dia suh duk ofis jek sampai lepas naik cuti besalin baru boleh keluar. Tak lama dah pon. InsyaAllah bulan Ogos aku bersalin. Kalau ikut due ultrasound, 15 Ogos aku bersalin. Tapi oleh kerana aku ada GDM, tepaksa lah mengeluarkan baby lebih awal sebab takut baby telebih besar. Tapi aku kan Hb rendah. Doktor kata Hb rendah baby susah nak besar. Aku pon confused. Tekpelah, yang penting baby sihat. Demi baby, mommy sakit kena cucuk hari-hari pon takpe. Untuk GDM, aku kurang kan gula jek. Takde la tak amik langsung. Hari-hari ada jek aku minum air manis. Tapi bukan manis cam orang biasa minum la. Sekadar bagi rasa. Nak togok air jarang jek pon tak sedap gak kan. Nasik pon aku kurangkan. Nak kata gula aku tinggi sangat tu takde la. Biasa dalam range 3.7 - 5.4. Ada 2 kali jek telajak lepas makan. Tu pun pasal yang 1st aku baru sejam lepas makan terus check. Gula aku 8.1. Tapi doktor ok jek. Sebab dia kata aku baru lepas makan. Tu takde menda. Then buat BSP kali ketiga. Lepas makan gak telajak nya. Pasal aku makan kopok ekor. Sos kopok lekor kan banyak gula, manis. Tapi takde la tinggi sangat . Tak lebih 7.8 pon. Dalam 7.4 gitu la. Tapi doktor yang check kali tu over plak. Dia kata teruk sangat ni. Dia nak tengok lagi sekali. Kalau tinggi gak nak suh aku duk spital amik insulin. Kalau dah start amik insulin tu besar lah harapan melekat diabetes sampai lepas ngandung. Memang kang ada lah besar harapan aku menipu result BSP kang. Dan doktor yang ni takde pon cek progress kandungan aku. Sibukkan BSP tu jek. Bebel-bebel, pastu tulis-tulis dalam buku. Dah. Takde check perut ke, check jantung ke. Tah hape-hape jek. Lepas tu dia bebel pasal Hb aku rendah. Ala... aku nak wat cemana. Bukan tak usaha naikkan Hb. Hari-hari aku makan iron tablet tu. Tapi kekadang aku lupa gak. Tapi biasanya aku ingat. Semua supplement yang diorang bagi aku amik. Aku siap makan kerang lah, bayam merah lah, jambu batu lah. Hb aku tang tu gak tak lebih 11. Aku nak wat cemana. Sekarang aku amik Iberet. Sekotak dalam RM33 beli kat D'apotic Pharmacy. Ni kalau tak naik gak aku pun tak tau nak kata apa. Dan sebab ada GDM asik nak kena check gula dalam darah, aku pon beli alat check gula tu. Bulan ni melayang gak RM260. senang ada menda ni. Lepas pregnant pon boleh guna. Kalau check kat hospital or klinik swasta, sekali check dalam RM 10-14. sebab strip dia mahal. Kalau dah sehari 4kali, nak buat 2 minggu skali, tak rabak poket aku? Baik aku beli jek lagi senang. So sapa-sapa nak check gula dalam darah meh jumpa aku. Aku cas murah jek. Kawan-kawan Rm 15. Aci tak? Hahahaha.
 
Actually aku risau gak dengan keadaan aku. GDM, Hb rendah, tekanan darah boleh kata tinggi la. Nurse yang kata. 120/80 last aku check. Tinggi ke? Yang aku tau 120/80 tekanan darah normal. Ke aku yang salah? Nak ikutkan sebelum ni 110/70 kalau tak silap la. Agaknya hari tu aku stress tunggu lama sangat kot. Dah la panas, penat. Mau tak naik darah aku kan? Aku harap tak de masalah dengan baby. Aku sakit tak pe lagi. Jangan lah baby sakit. Ni sekarang aku kena UTI lak. Antibiotik dah abis makan. Malam ni nak check dah ok ke belum. Harap-harap ok jek la. Baby pon aku rasa cam ok jek. Dah rasa dia kat dalam tah beguling ke tendang perut aku ke aku pon tak tau. Tapi rasa cam geli-geli la. Heheheh.. Walaupun kalau orang tengok perut aku kecik jek. Tak nampak cam ngandung. Cuma nampak aku gemuk dan berperut buncit. Sampai kan ada kawan aku tak caya aku ngandung. Akak tu boleh cakap tah-tah aku silap sebab dia nampak aku slim cam orang tak ngandung. Padahal dah 5 bulan. Punya lah aku gemuk kan? Sampai ngandung pon orang tak caya. Tak kisah lah kecik ke besar, yang penting baby selamat dan sihat.