K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 17, 2015

Baby baru

Assalamualaikum w.b.t
Wah.... lama nya tak menulis kat sini. Almost 2 years blog ni terbiar sepi. Heheheh. Kesian blog ni terpinggir. Ada lagi ke orang nak baca blog ni? Hehehe... eh... hai pada bakal biras. Tq follow blog yang tah hape-hape ni.

Takde apa yang menarik nak tulis kat blog menyebabkan blog terbiar sepi. Ada benda nak cerita pun nak menulisnya kemain malas lagi. Hahaha... blog hopping pun dah tak rajin buat. Blog yang paling rajin singgah pun blog Kak Di Green Apple tu je. 

Diam tak diam, dah hampir 2 tahun tak menulis. Last entry pasal baby. Baby tu dah besar pun sekarang. Hehehe.. dah ada adik pun sekarang nih. Hahahaha... Alhamdulillah... aku selamat melahirkan baby lelaki pada 13 Jun 2015. Sekarang dan 3bulan lebih pun umur nya. Alhamdulillah anak dah sepasang. Boleh rehat lama sikit.

Baby baru yang diberi nama Muhammad Umar Rizqin bin Mohd Nazmi, bukan lah tidak dijangka kehadirannya. Memang aku rancang nak anak kedua secepat mungkin. Kalau boleh Nazurah 2 tahun dah dapat adik. Alhamdulillah Allah makbulkan doa. Tak sangka jugak secepat ini kami dapat anak kedua. Masa nak dapat Nazurah kemain lama lagi tunggu. Heheh... Ok.. sekarang bersedialah dengan entry yang sangat panjang. Hehehe... kalau rasa tak larat nak baca habis, boleh simpan baca esok plak. Hehe.. Entry kali ni nak simpan kenangan bersalinkan baby kedua.

27 Oktober 2014.
Balik dari kerja macam biasa terus mandi. Tetiba macam gatal tangan plak nak buat UPT. Jom lah kita test. Period dah lewat 4hari. Mana la tau ada kan. Kebetulan lusa nak kena masuk ladang jalan teruk bergegar2. Kalau tahu pregnant boleh lah berjaga-jaga kan. Masa buat UPT tu tak yah tunggu lama pun. Tengok naik 2 line. Masa line kedua muncul pelan-pelan tu, aku macam.. eh... eh... eh. HAHAHAHA... Gelak besar sorang-sorang dalam bilik air. Tak sangka sangat positif. Memang 2-3hari rasa lain macam. Tapi tak la expect yang aku pregnant. Dah confirm result terus keluar bilik air, ambik phone then snap gambar dan sent wassap pada Nazmi. Nazmi boleh tanya apa tu? hahahah... Dia pun tak sangka aku pregnant. 

Pregnant kali kedua aku takde GDM. Alhamdulillah... tapi hb low. Banyak kali gak kena ambik darah, Siap doktor suspect aku ada thalasemia. Alahan pun takde la teruk sangat. Takde muntah-muntah teruk. Muntah sikit-sikit tu biasa la. Mabuk pun 4 bulan je dia stop. Part mabuk memang aku tak tahan. Nak kasi hilang mabuk, aku mengunyah chewing gum. Memang kena ada stok chewing gum. Yang lain-lain semua ok je. Berat baby pun ok. Berat mummy lagi la. jangan tanya la kan. 

Lagi satu cabarannya adalah Nazurah masih breastfeed. Walaupun sejak dia 4bulan dah campur fm, tapi fm dia minum masa kat rumah pengasuh je. Tu pun sikit. Campur dengan EBM. Start 4bulan EBM tak cukup stok. Kena top up dengan fm. Malam memang dia df je. Botol semua taknak. Actually, dia bila dah pukul 7 malam je memang dia refused botol. Jadi agak mencabar lah dengan pregnant nya nak bf dia lagi. Alhamdulillah baby kuat. Takde masalah pun kalau mummy bf kakak. Susu ada sampai mummy dah 4 bulan kot. Lepas susu takde Nazurah still mengempeng time nak tido sampai lah dah 7bulan camtu baru berhenti. Nak berenti ni pun susah sebenarnya. Mummy nekad je berhentikan sebab tak tahan pedih. Lagi pun susu memang takde. Tips nya sapu asam jawa. Everytime dia mintak, cakap je dengan dia sakit. Mula-mula memang dia nangis. Tapi keraskan ati je jangan bagi. Alhamdulillah. Tak sampai seminggu pun. Terus boleh berenti, Kalau mummy tau, awal-awal dah buat camtu. Heheheh...

EDD kali ni 29 Jun 2015. Puasa lagi. Hahaha... Apahal la suka beno besalin bulan puasa kan?? Tapi dapat agak takkan sempat tunggu EDD. Nazurah awal lebih 2minggu. EDD 16 Ogos 2013. Lahir 1 Ogos 2013. Baby kedua ni pun sama. Awal almost 2 weeks. Lahir sebelum puasa. Dan berlalulah 29 Ramadhan aku tahun ni. Jenuh nak mengganti.

13 Jun 2015.
Actually dah boleh agak akan bersalin masa terdekat sebab tanda nak bersalin dah keluar. Sebelum bersalin kan nazurah dulu dalam 2-3 minggu sebelum bersalin ada tumbuh gatal-gatal berair kat betis. Kali ni pun sama. So dah boleh agak memang takkan sempat sampai EDD. Cuma nya tak boleh nak agak bila. Tapi memang instinct sangat kuat yang akan bersalin before 14 Jun. Bangun pagi 13 Jun tu, mas buang air, keluar darah macam period. Terus kejut Nazmi. Kitorang kemas-kemas barang segala dalam pukul 10 lebih tu terus gerak balik Kluang. Macam yang sulung, kali kedua ni pun aku nak bersalin kat Kluang sebab sangat selesa. Staff pun semua friendly. Seronok, tak stress. Dekat pukul 12 kot kitorang sampai rumah ayah kat Taman Sri Impian. Nasib baik dekat dengan hospital. Masa ni memang dah start contraction. Actually masa gerak dari JB dah start sakit. Tapi boleh tahan lagi. Cuma nak makan apa semua dah tak lalu. Makan la jugak karipap 2 bijik, minum susu coklat buat alas perut. Sampai rumah ayah ingat nak lepak-lepak dulu. Agak-agak dah kuat sangat contraction baru pergi hospital. Tapi baru 15 minit kot sampai, rasa cam nak berak. Tapi tak keluar pape. Masa nak pakai panty, darah dengan lendir meleleh keluar sampai lantai. Tak boleh jadi macam ni. Terus ajak Nazmi pegi hospital. Kebetulan Nazurah ikut ibu dia pegi jalan naik kereta. So dapat la mummy dengan babah pergi hospital dengan tenang. Sampai kat hospital, tunggu kat tempat daftar tu lama la jugak. Nurse tak muncul-muncul. Dekat setangah jam gak kat luar, baru dapat masuk bilik saringan. Masa ni contaction memang makin kuat. Teringat masa sakit nak bersalinkan Nazurah. Memang sakit sampai tak boleh nak bercakap. Mula-mula buat CTG kejap. Dah tu tunggu lagi apa benda tah doktor nak tulis-tulis. Lepas tu baru dia teringat nak buat VE. Sekali dah 6cm ko. Kelam kabut suruh ganti baju nak masuk labor room. Nurse siap pesan jangan kunci pintu, jangan teran. Hahahaha.. Masa ni memang dah sakit sangat. Kesian ada sorang akak tu nak ajak besembang, tapi oleh kerana aku tengah sakit sangat, nak bercakap dah tak larat. Aku angguk, senyum je. Mintak maaf la kak ye kalau nampak saya macam sombong. Sebelum masuk labor room, kena scan plak sebab nak confirm baby besar ke tak. pergh... memang rasa nak marah je masa ni. Nak scan apa lagi. Gambar scan latest dah ada kot. Dah le susah nak turun naik katil. Lepas scan, baru la masuk labor room. Masa ni dapat bilik nombor 8. Duduk la dalam tu bertemankan adik-adik nurse pelatih. Baik-baik diorang nih. 

Masuk labor room dalam pukul 2.15 pm gitu. Doktor anggar kan besalin dalam pukul 6 pm. Kali ni ok gak la. Takde la sakit sangat macam masa Nazurah dulu. Dapat minum air. Masa Nazurah sampai kena mintak air. Kali ni diorang yang bagi sebab aku dah dehidrate. Heheheh... Mana tak nya.. dari pagi minum air susu coklat Ducthlady je sebotol. Kali ni kena masuk ubat utnuk berak. SN kata lagi senang nak bersalin. Merembes-rembes lah keluar isi perut. Kesian adik-adik nurse pelatih kena bersihkan. Masa dah pukul 3.30pm gitu, aku dah mula sakit macam nak terberak. Bagitahu la kat adik nurse pelatih tu, dia boleh jawab memang macam tu kot sakit dia. Hadoi lah... taktau nak gelak ke nak nangis dengar jawapan dia. Nasib baik la 5-10 minit lepas tu SN masuk. Aku pun cakap kat SN tu. Dia pun check VE. Dia kata dah fully dilated. Patut la aku rasa nak meneran tiap kali contraction datang. Tapi masa ni air ketuban tak pecah lagi. SN kata kalau nak tunggu doktor pukul 5.30 pm baru dia ada. Doktor je yng boleh pecahkan air ketuban. Tapi dia boleh ajar aku kalau nak cepat. Gila nak tunggu 5.30? Ada lagi 2 jam kot. Aku kata kat SN tu aku nak cepat. Dia suruh aku mengiring ke kiri. Everytime contraction datang, teran macam nak berak. Aku ikut la. 2-3 kali sku buat, isi perut yang keluar. Hahahaha... dah le baru cuci tadi. Tah kali ke berapa yang aku teran, baru air ketuban pecah macam meletup gitu. Besepah-sepah atas lantai. Then baru lah baring cam biasa. Oleh kerana kali ni gemuk lebih, tak sampai nak pegang buku lali. Kena la bersalin position lithotomy. Masa ni baru Nazmi masuk. Memang time ni nak fokus bagi baby keluar. Apa Nazmi buat semua aku dah tak perasan. Hahahah.. Yang aku ingat dia tolong alas tangan bawah kepala je. Tiap kali contraction aku push. Kali ni sebab baby besar, macam susah sikit nak keluar. Terasa sangat kat bawah tu. Masa Nazurah tak terasa sebab dia kecik. Kali ni memang terasa. Siap kena curik nafas masa teran. Tepat jam 4.22pm, lahirlah baby boy, anak kedua kami. Alhamdulillah.. kali ni memang menangis sangat. sebab nya rasa cam susah benar nak teran. Hehehe... Tapi mummy kuat semangat. SN tu pun kata aku kuat semangat. Siap cakap macam ni tahun depan boleh beranak lagi. Oh tidak!!! hahahah...

Bersalin kali ni takde doktor langsung yang attend dalam labor room. Selamat gak la. Dulu doktor lelaki yang pecahkan air ketuban. Kali ni masih lagi kena epi. Tapi SN yang jahit. SN ni memang baik sangat. Tak ingat plak nama dia. Lembut je orang nya. Sambil jahit, dia menyembang. Macam-macam kitorang sembangkan. Dah settle jahit semua, diorang bagi kitorang rehat bertiga kat dalam labor room sebelum masuk wad. Masa ni tanya Nazmi nak nama apa. Dia jawab Umar Al-Khattab. Dia ni memang sukati je main sebut. Masa Nazurah dia kata Siti Khadijah. Tapi aku pilih Nurain Nazurah. Tapi lepas tu macam menyesal tak bubuh jugak nama khadijah. Actually baby boy ni aku dah pilih nama. Nak bagi nama Muhammad Aisy Rizqin. Tapi bila dia dah lahir rasa cam tak best plak nama tu. Nazmi pun kata tak best. So kitorang sepakat tukar nama dia. Maka, jadilah Muhammad Umar Rizqin. 

Alhamdulillah... nak jaga umar sangat-sangat senang. Malam pertama kat hospital, dia tak menagis langsung. Menyusu sampai kena kejut. Kalau tak dia tido je. Kena inject bcg, sikit pun tak nangis. Nurse pun pelik. Hahaha.. Dah balik rumah baru dengar suara dia. Tu pun pasal kena mandi. Heheh... kuat rupanya suara anak mummy bila nangis. Umar ada gak jaundice. Tapi tak tinggi. Habis tinggi pun 13.1 kot. Jaundice pun kejap je. Dalam 2 minggu itu dah takde. Cuma ada problem Hydrocele je. Tu masih buat follow up sampai sekarang. Lain-lain, semua tak de masalah. Umar memang sangat senang nak jaga. Jarang dia buat perangai taknak tido. Kalau tak tido pun dia tak nangis. Cuma mintak ngempeng je. Tak pun ajak besembang. Kadang-kadang dia main sorang je. Allah permudahkan aku untuk anak kedua sebab yang sulung memang sungguh mencabar. Sampai sekarang ni pun, kakak yang paling kuat mengamuk. Adik cool je. 

Hehehe... Itulah ceritanya sepanjang 2 tahun menyepi. Mungkin blog akan menyepi lagi lepas ni. Kalau ada entry, maknanya ada baby baru... kot??? Hahahaha... Sudah-sudah lah tu beranak weh. Sekarang ni kuantiti tak penting. Yang penting kualiti. Jaga anak sekarang tak mudah macam jaga anak zaman mak bapak kita dulu. Ni kang ada lagi panjang bejela entry nya bila cerita bab budak sekarang dengan budak dulu. Makanya, aku berenti sini dulu la na? Lain kali ada masa aku tulis lagi. Tu pun kalau ada idea lah. Hehehe.. apa? Nak gambar baby? Hehehe... I tak letak gambar family kat blog. Nak tengok, kat fb ye.