K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 31, 2010

Eh.. 2011 da nak sampai la...

Assalamualaikum..

Tahun 2010 da nak meninggalkan kita. apa pencapaian yang kita da buat sepanjang tahun 2010 ni?

Ewah3!!~ ayat cam cikgu skolah. skema kemain lagi. hahahha... ok2.. takmo seryes2 sangat. aku terasa poyo plak.

Cepat kan masa berlalu?? aku rasa macam baru je tahun 2010. da nak masuk 2011 rupanya. sepanjang 2010, banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. semua tu buat aku lebih matang, lebih berhati2 dan yang utama sekali, apa yang menimpa aku terbalas dengan sesuatu yang cukup indah dan manis sekali.

1 Januari 2010, ada orang gile tetiba ajak aku kawen. hahahah.. caya tak? seryes. betul. dan aku percaya cakap dia. bodohkan? hehehe.. lama kitorang berhubung tapi tak pernah jumpa. aku tak tau kenapa aku bodoh masa tu. hahaha.. memang seryes bodoh. sila kira berapa banyak bodoh yang aku da tulis. itu menandakan yang perbuatan aku memang betul2 bodoh. adek2, jangan ikut benda bodoh ni ye?? semua berakhir bila aku dapat tau dia ada girlfren lain. ok. fine. lain kali terus terang, jangan buat aku macam orang bangang.

Tapi..tapi.. tapi... aku bersyukur. dengan benda bodoh yang aku da buat tu, aku jumpa soulmate aku sekarang. Alhamdulillah.. tercapai gak 1 daripada harapan aku untuk tahun 2010 which is jumpa jodoh. heheheh. gatal kemain lagi. 12 Mei 2010, salam perkenalan dari dia di fesbuk. masa ni aku tengah nak merawat luka la konon2. hahah.. tetiba muncul plak dak ni. aku layan kan aje. aku stalk fb dia. korek post2 kat wall dia. siasat kawan2 dia. gila kan aku? aku tak nak pisang berbuah 2kali. aku taknak kena kencing lagi. hasil siasatan, aku berpuas hati. pecaya tak aku yang set date untuk kitorang? hahaha.. seryes ni. aku yang tentukan tarikh nak jumpa. dan tarikh yang aku pilih 12 June. Aku ada cerita pasal 12 June tu kat entry ni-----> 12 June 2010

Pertemuan pertama, kitorang jatuh cinta. Alhamdulillah family 2-2 pihak suka. kitorang tak amik masa lama, tak nak buang masa becinta lama2 dan sekarang membilang hari untuk disatukan. bersyukur sangat2 ditemukan dengan En. Nazmi yang sangat2 penyayang, sangat baik dan cukup indah dimata aku. aku bersyukur jugak dengan benda bodoh yang aku buat tu lah yang menyebabkan aku terbuka hati nak kenal En. Nazmi. terima kasih gak la kat orang gila tu kan? hehehe.. eh.. sori. panggil orang gila lak.

1 daripada harapan aku untuk 2010 da hampir tercapai. ada lagi yang belum tercapai. nak beli rumah, bayar hutang ptptn *liat sungguh nak bayar.. hahah* dan yang penting sekali, nak kurus!! hahah.. tah bila nak kurus tah. bukan kurus sangat sampai tinggal tulang. cukup la sekadar dapat BMI yang ideal. heheheh.. nak join fitness centre kewangan terhad. adeh... En. Nazmi, boleh tak support yuran ahli untuk saya??? hehhehehe...

so, kira aci tak kalau azam 2010 yang belum tercapai, carry forward ke 2011??? hahahha.. 2011 nak tambah 1 lagi harapan.. harap2 nya, penghujung 2011 aku dan En. Nazmi da hidup bertiga. orang ke-3 bukan bemaksud madu ye. harap maklum. En. Nazmi sila jangan nak berangan nak bukak cawangan lain. orang ke-3 tu anak la. da kawen mesti nak anak, kan? hahah.... eh. ini bukan gatal ke miang ke apa. mesti lah berfikiran jauh, merancang. umur da makin lanjut ni. hahahah.. lambat sangat nanti kilang dah tak beroperasi. mogok pekerja2nya. heheh..

korang plak, apa azam korang?? hehhehe.. carry forward gak ke??

(^___^)
XOXO

note: 2011 da nak menjengah. cik rifqah, da sedia nak jadi puan???

Thursday, December 30, 2010

Esok cuti tapi aku kecewa


Assalamualaikum..

Malaysia menang!!! oyeahhh!!~ tetiba je beminat dengan bola sepak malaysia. padahal sebelum ni x berapa minat pon dengan bola sepak ni. world cup je yang aku layan sebab 4tahun sekali. hehehe.. terima kasih banyak2 kat player malaysia sebab menang piala ni. sebab korang menang la kitorang ni dapat cuti esok. heheheh.. best3!!~ menang2 la selalu ea? boleh cuti lagi.. *tak guna tol!!~ hahah*

Our Hero!! Malaysia Boleh!!

game malam tadi aku tengok kat rumah jek. tak kose mak nak melepak kat mamak sorang2. kalau ada En. Nazmi ok gak. hehe.. En. Nazmi tengok kat kedai mamak kat rumah dia. kat jb la. kalau kat KL, sure aku da temankan. eheh. *gelak gatal!*. eh, cemas tau tengok diorang main. rasa cam nak gugur jantung ni. geram pon ada. hahahha.. sampai kan tak nak tengok sebab takut malaysia kalah. boleh gitu. da tak pasal2 telepas tengok yang malaysia dapat gol 1. 2 gol indon, tengok plak tu. heheh.. dalam pada suara takde malu2 nak keluar ni, tambah sakit tekak+batuk2 lagi, besorak+menjerit tak hingat. nak gak jerit2 walaupun cam seksa nak keluarkan suara. semangat punye pasal.


Aku sengaja letak gamba ni konon tak nampak cute. tapi tetap cute. *sigh*. oww.. tapi.. tapi.. tapi.. dia da ada gurlfren. so, gadis2, ibu2, kakak2, sila kecewa. hehehe. ni blog awek si KFCM ni.
http://jejariruncing.blogspot.com

tak sia2 mak keluarkan suara seksi mak ni nyah.. menang gak u'olls. ni yang mak sayang tau! nak2 keeper chumel tuh. sayang lebih la kat keeper. banyak bola yang bejaya diselamatkan. walaupun telepas gak 2 biji, tapi tak kisah la. u r the hero la Khairul Fahmi!!~ nak signnn!!!!~ ok. sila jangan melebih2 ye cik rifqah. dia da ada gurlfren. dan..dan..dannn... kamu da nak kawen. sila sedar diri ye? *erk.. eheheh.. x boleh ea? =p*

lepas ni harap2 nya pasukan bola sepak Malaysia akan mencapai lebih banyak kejayaan lagi. jangan sekali ni je menang. kalau boleh, bejuang sampai dapat masuk world cup! tak kisah la tahun berapa pun kan??? heheheh...

Congratulations and all the best

muah3 kat sume player. keeper kasi lebih sikit. ops. heheh.. telebih suda.

chow.

(^___^)
XOXO


note: bila menang sokong kemain lagi... cuba kalau kalah.. mesti kutuk sampai lebam, kan?

note2: aku kecewa sebab esok cuti tapi aku tak boleh balik kampung!! WAAAAAA!!!! NAK BALIKKKKK!!!!!!

Wednesday, December 29, 2010

cerita pasal hantu da basi

Assalamualaikum.. (^__^)


weekend hari tu aku tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. ye. aku tau. da basi kot citer tu. heh. nak buat cam ne... time2 balik kampung je la aku dapat tengok wayang dengan En. Nazmi. aku suke tengok citer mamat khalid. seryes citer santai tak wat pala otak bebelit nak bepikir. cume citer estet je yang aku tak tengok. aku rasa farid kamil tak mampu nak menarik minat aku berbanding awie. hahah.. awie lagi best! aku tengok cite ni kat MBO Kluang Parade. seryes tak best panggung ni. tapi sebab citer ni ada kat sini je, tepaksa la.. nasib baik citer best gile. hahah.. gelak je keje nya. tapi ada gak part yang aku tutup mata. *citer lawak pon tutup2 mata bagai*. tapi konsentrasi sedikit terganggu. mana tak nya, mane nak tengok citer, nak wat aksi geli2 lagi dengan En.Nazmi. hahahah.. gile!! bukan. ni yang sebenarnye.. aku batuk2+sakit tekak+tekak bengkak da 2 minggu. so, sepanjang tengok cite ni, bukan konsentrasi aku je teganggu, En. Nazmi teganggu, malah orang depan2 aku pon. sure bengang diorang dengan aku. tebatuk2 pon sebok nak tengok wayang. ceh! tapi tak kisah la. yang penting dapat gak aku tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. memang 4 bintang la aku bagi. paling aku suka diorang sebut, "ce crite, ce crite." hahahah.. seryes aku gelak.*gelak la sangat.. padahal kluar angin je lebih..haish..*

hm.. masuk ni, da 3 minggu aku batuk2+sakit tekak. puas kene bebel dengan En. Nazmi, baru la minggu lepas aku pegi klinik. before pegi klinik, aku cuma batuk2+sakit tekak jek. pegi klinik, dapat antibiotik+ubat batuk. makan 2-2 tu hasilnya, suara malu2 nak keluar. kadang2 keluar angin jek lebih. siap kena bahan dengan En. Nazmi. dia suh aku sembang guna mesej, tak yah cakap. bukan dengar pon. hahah.. da aku kalau nak cakap kena bisik kat telinga die. eh? bisik2? hahahah.. tet!! sampai nak order makan pon, aku kena mintak tolong dia order kan sebab budak amik order tu tak dengar pon aku cakap apa. kronik gile sakit tekak aku nih. isnin masuk keje, kena bahan dengan budak2 opis plak. bos aku siap kutuk kata suara aku cam angsa belakang rumah dia. hahah.. bukan suara aku cam angsa tu, tapi angsa tu yang suara cam aku. ok. stop merepek.

hari ni, suara aku da beransur2 ok. takde la cakap keluar angin je lebih, suara tah ke mana2. batuk pon da bekurang. ada plak bagi idea kat aku suh makan aiskrim. hahah.. En. Nazmi siap paksa aku makan aiskrim. suma gara2 adek aku yang kena tahan wad sebab tonsil bengkak. dia kena makan aiskrim untuk surut kan tonsil. so, diorang yang lain bajet aku pon camtu, da paksa aku makan aiskrim. hahah.. tapi best apa kena paksa makan aiskrim. nasib baik aiskrim kan? oww.. adik aku boleh buat lawak lucah kat aku. siot sungguh. "takpe, da kawen nanti hari2 dapat aiskrim free," what the???? hahahha.. bongok sungguh angah. even cakap bisik2, En. Nazmi kat sebelah dengar la ngok!! tapi dia pura2 tak dengar. dan.. ye. aku sangat malu rasa cam nak nyorok bawah katil. hampeh angah! tau la ko da kawen! cisss!!

aku bosan sebenarnye.. tu yang dok menaip entry baru.. hehehe.. takde menda dah nak merepek. eh. jap. nak wish kat budak2 ni..

-

-

-

-

-

-

-

v

Munirah & pasangan

dan

Ashraf & Hafizul

Selamat Pengantin Baru untuk korang.. semoga dikurniakan anak2 yang soleh & solehah. semoga ikatan kekal hingga akhir hayat dan ke syurga.. amin3.

gambar diorang takde. malas nak tepek. hehe.. aku tepek muka aku dengan En. Nazmi je la ye. oww.. diorang ni kawan2 aku dari diploma pertanian kat UPM dulu sampai la sambung bacelor sains pertanian pon sama course dengan diorang. hehehhehh.. 7 tahun tu...

ok. chow.

(^___^)
XOXO

budak chomel tembam & budak sepet


merenung masa depan ke??

note: lagi sebulan, giliran aku plak. eh, lagi sebulan???

Tuesday, December 21, 2010

benci bila kena ucap "good bye, sayang."

assalamualaikum sume.. *eh.. slalu type pendek2 je.. ni penuh lak.. heheh*.


eh??? gigih sungguh update 2 entry 1 hari kan??? hehehehheh..actually aku da taip awal entry ni, tapi baru nak publish hari ni. ingat kan pagi tadi nak publish. skali tu baru perasan hari ni birthday blog aku. hehehhh.. aku just nak cite pasal hujung minggu aku je. hahahah.. hujung minggu yang terbaik & terindah stakat ni..

hujung minggu aku, sangat2 best.. tapi penutup nye sangat la tak best.. arghhhh!!!!!

jumaat, 7ptg En. Nazmi sampai KL. aktiviti malam tu, makan kat Wong Solo Bandar Baru Bangi, jalan2 kat Putrajaya, round2 downtown dan uptown. sian En. Nazmi.. sampai2 KL hujan la plak. walaupun hujan, kitorang pegi gak bejalan2. pegi putrajaya bawak En. Nazmi pusing2 kat Putrajaya, brenti kat jambatan. baru turun 2 minit, polis sampai. hahahahahha... hampes sungguh!!~ terus la blah.. motif nak tunggu kan?? hehehhe.. lepas round2 Putrajay, pegi check in kat Dynasty Hotel. eh.. En. Nazmi je yang check in ye. aku tolong teman dengan tolong register jek. nak biar En. Nazmi buat sorang2?? alamat dia tido dalam kete je nanti. hahah.. 2 pun lama gila nak check in. pukul 12mlm baru siap. letih aku tunggu. da dapat kunci, pegi usha bilik jap. kang sesat plak dak ni kat hotel yang banyak sangat tingkat ni. tah ceruk mana bilik. dapat executive suite plak tu. hamik ko dok sensorang kat bilik besa tuh. hahahah.. da la sejuk.. kesian la hai dengan orang yang tade lemak ni.. hahahha.. nak tolong bagi panas, belum boleh lagi. hahahahah... gatal! malam tu, merayau pegi downtown cheras dan uptown setapak. oleh kerana cuaca gerimis2 manja, tak ramai la orang. jalan dengan agak selesa la. yang tak selesa, tudung aku basah ditimpa dek gerimis manje2. memang gerimis skit, tapi da berjam2 dok tadah, basah gak la tudung kan. balik anta En. Nazmi kat hotel, aku sampai rumah pukul 3. dak2 kecit kat umah tak tido lagi. eheheh.. kesian.. datang KL, teperap jek kat umah..



sabtu, pukul 10pagi da tecongok depan hotel. gigih gila bangun pagi2 sebab nak shopping. macam biasa, park dekat belakang menara cimb sebelah sogo. amik duit, sarapan bagai baru la SHOPPING!!!~ oooyeah!!~ aktiviti paling indah.. hahah.. tapi beli barang En. Nazmi je yang banyak. barang aku cuma handbag je sebuah. hehehe.. untung En. Nazmi. Bayar handbag aku dengan perfume sendiri jek. heheh.. perfume aku da beli awal2 da.. habis meround sogo, pegi midvalley. ARGHHHHHH!! becinta nak cari parking. siap merajok kecik ati bagai, baru la dapat parking. hahahahha.. sengal jek perangai. round2 midvalley konon2 nak cari kedai scholl.. takde rupanya ea??? hahahha.. kesian En. Nazmi kena jalan pusing2 1 midvalley. sambil2 tu aku cari kasut untuk wedding.. takde plak yang bekenan. habis sume kedai kasut selagi ada aku heret En. Nazmi masuk.. tapi last2 takde yang bekenan pon.. eh, bukan tak bekenan.. ada jek yang bekenan.. tapi tak rasa nak beli. hahha.. ada yang bekenan, tinggi sangat la plak. kalau da sampai 4inci, mau menangis aku nak pakai. GILA!!! hahahah.. da la kenduri side En. Nazmi nak kena panjat bukit yang agak tinggi. mau menangis aku nak jalan. nak suh En. Nazmi dukung???? sila jangan nak mimpi lebih2. kaki aku pon belum tentu dia boleh angkat. hahahahahah.. habis meround kat midvalley, En. Nazmi ajak pegi kat pasar Chow Kit. aku main bawak jek. hahahah.. tapi aku rasa macam silap pegi la. takde pon pasar besar2. bundle banyak la.. kat Lorong Haji Taib. hahahahahaha... meround jap, baru pegi makan. perut da siap masuk angin. kepala pon 2-2 da masuk angin. memang bolah jadi puting beliung sebab da letih sangat. bajet nak pegi i-city, tapi tak jadi sebab da tak larat nak jalan. En. Nazmi kata kalau nak hangout lagi, kene pegi tempat yang tak yah bejalan. duduk jek. ceh! last2 da lepas makan, dia ajak balik. pasal da takde mood nak bejalan. kira okla gak. kaki aku pon da letih nak pijak cluctch, minyak dengan break. huhuhuu...

En. Nazmi dengan kasutnye.. saya suka kasut ni.. (^___^)


belek2 kasut lain plak


kau dan aku


ahad, pukul 9.30 pagi da sampai hotel. bajet En. Nazmi da siap. belum rupanya. tengah tido lagi!! ceh!!!~ da tu takkan aku nak tunggu kat dalam kete sorang2 kat tempat parking mengerikan. lepak la kat hotel. sila jangan salah paham ye. aku tak masuk pon bilik dia. aku tunggu kat ruang pejabat jek. dia masuk bilik siap kunci pintu. hahaha.. siap kemas2, check out. pegi breakfast kat tempat aku selalu lepak masa study kat maulana depan kilang coklat berryl's. lepas breakfast, pegi Alamanda. bajet nak cari gak sandal scholl, belt untuk En. Nazmi dan kasut En. Nazmi nak pakai masa wedding nanti.. puas meround takde plak jual kasut Scholl ek?? belt yang dia bekenan pon takde. tapi aku jumpa gak kasut nak pakai masa wedding. sekali tengok, terus try. berkenan, terus beli. takde pandang kasut lain walaupun En. Nazmi cuba membakar aku bila masuk kedai lain, "cantiknye kasut putih tu... *sambil gelak2*". ceh!! sengaja je tau!!~ da merayau kat Alamanda pegi plak The Mines. dulu ada kedai scholl kat situ. bila aku pegi ahad lepas, da takde plak. hampeh jek. da takde barang yang nak dicari, blah la dari The Mines. makan kat restoran Anjung seberang komuter serdang. lepas lunch, solat kat masjid UPM. terus pegi Bukit Jalil. sampai sana dekat pukul 4. tiket pukul 6. ada lagi 2 jam. lepak2, borak2 dalam kete sementara nak tunggu pukul 6.. haaaa.... ni yang paling tak best nih.. tah napa aku touching sangat. hahahahahah... sedih gile siot!!!~ sebelum ni kalau jumpa dia pon, balik mana ada anta2 bagai. da tentu la aku balik dari rumah. ni kena anta dia kat stesen bas, tunggu dia naik bas, pastu nak bubbye2 lagi.. ARGHHHH!!!!~ sangat tak best!!! huhuhhuhuhu!!!! ni baru anta tunang.. lagi 2 bulan nak anta hubby plak.. adoi la... mesti lagi sedih.. huhuhuhuhu.. sangat tak best!! boleh plak aku ternanges. ok. aku ter ye. bukan aku sengaja. tiba2 jek air mata ni gedik nak jatuh. eeeeee... penat aku tahan2. hahahah.. hampes. aku tak penah nanges depan dia. aku tak suka dia nampak aku lembik. da tetiba dia nampak plak. hahah.. tu pon jenuh sorok2 muka ni ha.. haish... sengal jek perangai kan??? tah pape.. lagi dia cakap dah, lagi banyak lak yang turun.. eh... gedik tol kolam air mata ni tau.. berenti la.. hhehehehh.. camne nak brenti kalau da tetiba masa tengah bejurai2 tetiba ada plak lagu "Baik2 Sayang by Wali Band". da tu boleh la plak dia nyanyi lagu tu.. eeeee.. lagi la gedik2 tak mo berenti ni.. da merah2 biji mata. sapa nak betanggungjawab??? abes la orang nampak mata merah2 dalam hati berkata, "nangis la tu anta tah boipren ke, tunang ke, laki ke balik.." hahahaha.. sengal betul. masa yang tak aku tunggu, tiba gak.. uhuhuhu... sedih nya anta kesayangan balik naik bas. lepas salam2, peluk2, kissing2, *ok, aku tipu. hahahah.. berani aku nak buat macam tu??? gila!!* eheheh... lepas pesan macam2, dia naik bas, aku tunggu sampai dia da duduk. da duduk, pegi tepi bas, lambai2 jap terus pegi kat kete. heheheh.. pegi kat keta sambung nanges. hahahahahahaahha.. tak leh blah tol!!! gembeng tol cik Rifqah ni. tak kental tol jiwa tu. apa la. baru anta tunang. hahahaha.. sengal2!!!

aku memang benci bila kena say good bye pada orang yang aku sayang. memang la kita akan jumpa lagi.. tapi kita taktau sempat ke kita jumpa dalam keadaan masih bernyawa, kan?? kalau boleh, aku nak semua kesayangan aku ada di sisi aku. tapi mana boleh macam tu kan. apa pun, kita kena kuat, tabah, terus kan kehidupan. eh??? nape ucapan cam ada orang mati ni??? heheh.. takde la.. kena la kuat untuk mengharungi hidup sorang kat kutub utara, sorang kat kutub selatan, kan?? dugaan betol la.. huhuhu...

kutub utara kutub selatan


chow!!

XOXO

note: jarak takkan pernah menggugat kasih, sayang, cinta aku untuk dia. ewaahhhh!!!~ hahahah!!~

Happy Birthday Baby Sayang!!~

Euwww... gediks nya tajuk.. muahahahah...

Eh??? Da setahun la usia blog ni.... wahhhh.. da setahun gak aku merapu kat sini.. korek2 balik entry first dulu, rasa cam nak lempang diri sendiri plak. hahahahaha... teruk betul penulisan aku. bahasa bajet cam budak2 baru nak naik.. bajet manje2 la konon... euuwwww... merapu jek... hehehehhh... dulu memula aku cam susah nak guna kata nama diri "aku". so, guna la "saya". bajet cam besopan la. ye la.. orang baru.. hahahha.. but, itu lah aku sebenarnya in reality. kalau baru2 kenal, memang seryes aku skema ber saya-awak. hahahah.. pada aku, kalau terus cakap aku-kau, cam tak sopan la plak. coz kita kan baru kenal. then, da lama aku menulis kat sini, baru la aku berani nak guna kata nama diri "aku". macam la sekarang nih.

Kenapa aku tulis blog??? bukan sebab syok tengok orang ada blog, jadi aku pon buat blog. tak pon... aku buat blog sebab kat dalam blog ni aku boleh curah kan semua yang aku rasa. rasa sedih, gembira, marah, geram, kecewa... aku rasa lega bila dapat tulis semua nya. kadang2 ada perkara tu, kita tak boleh nak cakap. tapi kalau disimpan dalam hati, sakit je rasanya. so, cara aku meluahkan, aku tulis. tulis semua2 tu dengan harapan benda yang tak best, yang buat aku sedih, buat aku marah tu semua, tinggal kat dalam tulisan aku. da tak lekat dalam hati dan kepala otak aku nih. kadang2 bila tiba angin jiwang aku sampai, mula la.. hahahah.. abes kuar ayat bunga2. ehehehe.. masa taip tak pikir apa. da lama2 baca balik, "eh??? aku ke yang tulis ni???" hahahaahah...

apa2 pun aku nak wish

HAPPY BIRTHDAY TO MY HEART.MY LIFE.MY LUV

semoga tuan punya blog dapat post entry yang lebih baik, ada pengajaran, takde merapu jek keje nya... hehehhe..

chow!!~

(^___^)

Sunday, December 12, 2010

B.I.L.A.R.I.N.D.U



Salam

Eh?? post entry baru di hari minggu?? hahahha... selalu nya aku malas nak on9 bile hujung minggu.. hahah.. camne nak rajin nye.. ahad aku gerak balik dari johor ke KL. takkan nak on9 tengah2 drive kot.. hohohoh... kalau da sampai KL tu, xde makne nya aku nak on9. baik aku tido. isnin da kene keje.. hehehhh..

actually, hari ni aku kene pegi pengerang.. sape2 yang tak tau pengerang kat ne, pi la google.. tapi aku tak jamin korang boleh jumpe ke tak.. heheh.. nak gi pengerang, lalu la rumah aku, rumah tunang aku. kalau tau nak kene pegi pengerang, memang sah2 la aku balik kampung hari jumaat hari tu. ni da last minute baru tau, malas la aku nak balik kampung. lagi pon aku malas nak drive. tumpang dak opis aku jek.

hm... apa lagi aku nak tulis ha?? hahaha... takde motif sebenarnye.. layan gambar dulu la ea??

ni dinner aku malam tadi.. heheh.. mak cu aku takde kat umah, so rajin la aku masak.. sebab aku malas nak mencemar duli turun rumah semata2 nak beli makanan kat kedai bawah umah aku ni. aku rela lagi memasak apa yang ada kat dapur dari kene turun pegi kedai. heheh.. *kalau da dasar pemalas tu, takleh nak kate apa la...* semalam aktiviti aku tido sepanjang hari. memang tak senonoh punye anak dara. camne nak kawen camni?? heheh.. actually, tido sepanjang hari sebab aku tak sihat..*tipu!! alasan!! huh!!* eh.. ni betul ni.. memang tak sihat. pale pon sakit. jadi aku tido jek la. heheheh.. dengan tak makan nye. da petang kul 5 lebih baru la aku makan. tu pon makan roti.. dan oleh kerana En. Tunang suda sound aku suh makan, aku pon dengan rajin nye masak la makaroni goreng.. *sebenarnya memang nak masak dari pagi tadi.. tapi sebab tido itu indah, malam baru masak.. hhohohho*. dan ini lah hasilnye..

makaroni goreng pedas.. sangat pedas ok!!! hahahha... aku ingat cili kering tu tak pedas sangat. tah bape banyak aku letak. bedengung telinga aku makan. nak hilang kan pedas bedengung, makan lak potato wedges.. eh, betol ke eja tu?? da lama tak memasak. sekali sekala memasak, kira ok la rasanye. takde la rasa yang aneh2.. hehehhe..

eh?? apa kene mengena makanan dengan rindu ni??? hheheh.. memang tade kena mengena pon.. sebenarnye aku rindu kat budak ni ha..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

V


En. Nazmi

aku rindu kat budak ni ha.. minggu ni dia super busy. busy sampai tak sempat nak mesej tunang dia, tak sempat nak call tunang dia. nasib baik la dapat tunang yang memahami ni.. *tipuk!!! padahal majok bagai nak rak!! hahahahaha* bukan la majok.. makan ati gak sebab geram.. hahaha.. harus la geram. orang lain busy gak.. sempat jek nak mesej tunang ke, gurlfren ke, bini ke.. ni tak mesej langsung.. ceh!! aku gak yang mesej.. tu pon slalu silap timing. temesej mase dia tengah keje. tu la, sapa suh tak bitau nak gi keje malam?? da tekacau mase keje. heheh.. so, sepanjang minggu ni, kurang la mesej, kurang bebual. nak buat camne.. da En. Tunang busy mencari rezeki buat bekalan masa depan. nanti nak kena tanggung bini yang besar ni ha... hahahah... nasib baik da jadi kebiasaan nak gi keje, aku call die dulu. kirenye dalam sehari, ade la gak kitorang besembang walaupun 2-3minit jek.. heheh.. pagi2 kul 6.30 mesti call. even die tak penah suruh. kalau tak call 1 hari, rasa cam ada benda kurang 1 hari tu. penah gak aku mogok tak mo call. hahah.. lepas tu aku yang cam serba tak kena. die pon cam ala-ala majok dengan aku. takde orang nak kejut katanye.. heheh.. padahal boleh jek bangun sendiri. tapi bila da tebiasa ni, bila tak buat dan takde orang kejut, terasa la lain kan?? hahah.. manje betol en. tunang nih.. =p.


actually, hari ni genap suda sebulan kitorang betunang. eh??? da sebulan??? cepatnye mase belalu.. ade lagi masa lagi sebulan 3 minggu sehari jek lagi sebelum wedding kitorang.. hohohoho.. neves3!!~ banyakkkkkk lagi mende tak siap nih!!! rasa cam tak cukup masa.. huhuh... preparation??? aku rasa suku pon belum.. huhuhuhuu... borang pon tak settle lagi.. aish.. barang2?? lagi la.. minggu depan baru hegeh2 nak gi beli. takpe2.. buat pelan2.. jangan kelam kabut..

hm.. jodoh.. susah nak kata kan?? aku baru je kenal En. Nazmi ni. kitorang kenal 12 Mei 2010. 1st jumpa 12 Jun 2010 dan 12 November 2010 betunang. macam best kan tarikh2 tu?? semua kebetulan.. tapi tak plak amik tarikh wedding tu 12hb.. heheheheh.. sapa2 yang baca blog aku dari awal, mesti ada tebaca kisah2 sedih aku dulu kan?? tapi da buang kot rasa nye.. hahah..malas nak ingat crite da lepas. tapi besyukur gak la. dengan kesilapan yang aku buat tu, aku jumpa En. Namzi ni. kalau tak kerana silap langkah dulu, takde la aku layan En. Nazmi ni kot. heheheh.. tu la orang kata jodoh. jodoh ni kadang2 tak yah cari jauh2.. dia sebenarnye ade je kat depan mata kita. cuma kita je tak sedar itu jodoh kita. sama la cam aku dengan En. Nazmi. jauh2 aku cari, rupenye orang dekat jek.. ahhaha.. takpela.. orang kata senang. takde la gaduh nak balik raya, kan???? *takde maknenye tak gaduh.. boleh jamin nanti perang gak.. ahhahaha*.

hm.. aku harap jodoh aku panjang dengan En. Nazmi. aku harap jodoh kitorang sampai ke syurga-Nya.. amin3..

The Rings

Oww.. hari ni anniversary ibu dengan ayah aku la... heheh.. walaupun diorang tak baca blog aku ni, aku nak wish gak.

Happy 28th Anniversary ibu & ayah!!!

Along sayangggg sangat3 ibu dan ayah. moga ikatan kekal hingga ke syurga. kekal bahagia dunia dan akhirat.. amin3...

eh.. panjang suda repekan kali ni.. okla.. chow dulu ye.. ade kesempatan, aku merepek lagi kat sini. adios!!~

(^___^)v
XOXO


note: entry ni aku type dari pukul 3.30 pagi.. pukul 8 pagi nak gerak pi pengerang. alamat rabak la mata aku nih.. huhuhu

note2: rindu giler dengan en. tunang ni.. tak saba mau tunggu die trun KL. mau SHOPPING!!!~ yeay!!!

Wednesday, December 8, 2010

tak de perasaan

salam

satu perubahan yang ada kat aku sejak akhir-akhir ni.. dulu bile aku geram, marah sangat2, bengang sangat, mudah je aku nangis.. tapi sekarang susah da nak tengok aku nangis. air mata da mahal sangat nak klua da. dulu memang senang jek nak nangis.. nangis tu best tau.. boleh lega kan hati dengan perasaan yang da kusut macam ape tah.. tapi bila da tak boleh nangis... sakit dia susah nak kata.. rasa ada yang tebuku, tapi tak boleh lepas.. semua buat mood jadi tak menentu, kepala pon jadi sakit.. kalau mase boleh solat, boleh gak la pegi solat ke, ngaji ke.. kalau tengah cuti?? boleh gak la.. boleh la bezikir.. heheh.. tapi kalau dapat nangis, lega gak rasa nye..tapi daripada kite pilih menangis, baik pilih ketawa.. ketawa pon boleh lega kan stress.. lagi 1, awet muda. tapi tak leh la ketawa banyak2.. tak elok.

hm... tengah kusut sebenarnya.. banyak sangat yang tebuku tapi tak tau nak luah kan macam mana.. dah tak teluah.. kadang2 bila luahkan, aku yang kena balik.. sampai aku da malas nak cakap pape.. aku simpan selagi aku mampu.. tapi aku takut bile aku da tak mampu, meletup..semuanya da telambat masa tu.. sekarang pon bila aku kecik ati ke, bengang ke, marah ke, aku cume diam. cakap sikit2, letak phone, pejam mata dan tido. kalau dulu, sempat gak nanges sampai tetido. sekarang da takde rasa tu.. aku da jadi macam patung, takde perasaan. aku rasa da keras hati sangat da. aku nak luah, tapi takde kekuatan. aku tak tau nak mula dari mana, aku tak tau nak luahkan macam mana..

aku masih mencuba.. mencuba untuk memahami, mencuba untuk menjaga hati selagi aku mampu, memahami karakter, tingkah laku, perangai.. sedang mencuba. semoga aku terus dikurniakan kekuatan, kesabaran untuk menempuh semua dugaan tu.. dugaan tu bukan dugaan aku dengan dia je.. banyak lagi dugaan lain yang aku perlu lalui.. aku kena sabar..

ok2... lupa kan cite kusut2 tu..eh.. bukan lupa kan.. simpan dulu.. kite pikir lain kali ea.. heheh.. weekend hari tu aku pegi kursus kawen.. *lagi 2bln nak kawen baru hegeh2 nak pegi kursus!!~ hohho* best sangat2.. hahah.. ustaz dengan ustazah nye kebanyakan nye orang jawa.. seronok dengar diorang speaking jawa.. banyak info, ilmu yang aku dapat.. masa tu da takde nak malu2 da.. heheheh.. kata nak kawen.. mane la boleh nak malu2.. lagi pun benda normal.. aku tak sure kursus kat negeri lain macam mana.. tapi kursus kat johor, 2 hari penuh pagi petang.. tu pun rasa cam tak cukup masa.. kursus cam ekspress semacam jek.. patut la dengar2 rumors kate kursus kawen nak dipanjang kan jadi 3hari.. tapi banyak masalah gak nak kursus sampai 3hari.. kalau orang yang susah dapat cuti tu, memang teruk la.. aku nasib baik senang nak cuti..

hm.. bila da pegi kursus, dengar kursus, kadang2 rasa cam belum cukup ready.. macam banyak sangat benda yang perlu dikukuhkan sebelum betul2 amik keputusan nak kawen.. tapi kalau terlalu fikirkan kekurangan tu semua, terlalu fikirkan takut, sampai bila kite nak maju dalam hidup.. semua pilihan yang kita pernah buat dalam hidup ni ada risikonye, ada susah senang nye.. nak makan pon susah tau!! nak kena kunyah lumat2, pastu nak telan, baru namanya makan. tapi tu semua terpulang pada kite, macam mana kite hadapi, macam mana kite selesaikan masalah dan kekusutan supaya masalah tak jadi makin besar dan melarat. kalau dulu bujang, ade masalah sorang2 tanggung.. bila da kawen, ade orang lain boleh kongsi *tu pon kalau boleh.. kalau dapat laki jenis x amik tau, nasib badan la kan.. *. lagi 1, bila da kawen, banyak hati nak kene jaga.. pasangan kita, family kita, family dia.. tapi jangan terlalu menjaga hati orang lain sampai hati sendiri tak terjaga..

ewah3!!~ blog aku da jadi cam blog apa dah ni.. da rupa ibu2 jek... hahahah.. adeh.... merapu jek.. ni feel nak join jadi mak cik2 la nih.. hehehhh... kusut sebenarnye ni... aduhai... banyak benda nak kena prepare... masa makin suntuk.. kewangan plak da menipis nih... huhuhuh... susah rupanye nak kawen kan?? korang2 semua sape2 yang belum kawen, tapi cadang2 nak kawen da, baik korang prepare awal2.. paling kurang pon setahun sebelum majlis.. tapi make sure masa tu da kumpul duit.. kalau tak, memang pening kepala la jawap nye.. lain la kalau korang nak buat majlis nikah jek.. yang tu kalau lagi sebulan nak kawen pon boleh buat.. hhehehh... tapi kan, lagi elok kalau buat majlis nikah jek.. takde membazir kan?? kalau nak buat kenduri pun, buat kecik2 jek.. tak yah buat besar2.. yang penting kan hidup lepas kenduri tu.. ni kenduri besar2, lepas kawen nanti camne plak?? takkan nak dok bawah jambatan?? rumah pon, takkan nak kosong jek.. nak ade katil, tilam, almari.. takkan baju simpan dalam beg jek?? dapur nak kene ade gak.. mesin basuh lagi.. takkan la sampai hati korang tengok isteri korang basuh baju+seluar jeans korang yang berat2 tu gune tangan kan?? kalau nak masak lak, kene ade dapur, lauk2 plak nak simpan dalam peti ais.. takkan hari2 nak gi pasar beli lauk.. mane tahan.. da tu, takkan la nak bini tengok muke laki, laki tengok muka bini je hari2 malam2, abes2 bosan aktiviti buat anak.. tu kalau bini tak kene serang jepun... kalau tak, tak ke bosan... nak kene ade tv plak bagi hilang bosan kan?? haaa.... banyak duit nak pakai tu.. ni bukan aku kata tau... ustazah masa aku kursus hari tu yang cakap... heheheh... part buat anak tu jek yang aku tambah.. yang lain sume betol.. heheheh.. memang kene sedia banyak benda.. mental, fizikal, poket untuk nak kawen ni... da ready ke korang??? hm... berusahalah!!!

apa yang penting, kejasama 2-2 pihak, persefahaman.. sama2 bincang.. jangan tanggung sorang2, ok?? lagi2 pasal duit... sekarang ni duit memang penting.. sapa kata duit tak penting??? duit takde takleh beli beras tau?? mana boleh beli beras dengan cinta!! hehehh.. so.... berusahalah ye... chaiyok!!!

XOXO



Thursday, December 2, 2010

tak penat ke??

salam

da lama tak menulis... kesian blog ni sepi je bile orang datang singgah.. *sigh*... semangat nak berblog da kurang la.. sekarang rajin blogwalking jek.. abes sume blog dikorek dan dibaca sampai blog sendiri terpinggir... *baik tutup je blog ni kan???*... eh... tak boleh la tutup.. kang sesekali sawan nak menulis datang, kat mana plak nak dicurahkan idea yang tekumpul dalam pala otak ni kan??? heheheheh..

ehehhh.. panjang lak mukadimah mengarut nih.. ok2.. trus kepada cerita sebenar..

hm.... tak penat ke tiap2 minggu berulang dari KL ke Johor?? drive 3-4jam.. tak letih ke??? ikut kan badan ni, memang sangat2 la letih nye... tapi da tak layan da letih tu... letih terubat bile jumpe family, ade ayah, ibu, adek2*tipu2!!~*.. begurau dengan diorang sampai pagi *eh..ini betul2 tau!!~*.. beleter kat adek2 *padahal baru je jejak kaki atas rumah, baju pon x tukar lagi..eheheh*.. tambah2 yang buat hilang letih tu bila esoknye, jumpa Encik Nazmi a.k.a En. Tunang Sayang yang merangkap supir kesayangan..*whoopps!!~ jangan marah ye en. tunang..heheh*.. harus la seronok bila dapat jumpa kesayangan semua... penat tu da tak terasa..

kalau masa mula2 keje dulu, nak balik siap ayah kene call dulu.. "minggu ni balik tak???"ayah tanye. aku jawab,"minggu ni kene keje la.. meeting.. hehehe.. minggu depan along balik". ayah ibu naik pelik.. ape tah keje kerajaan, weekend pon kene keje.. da la selalu balik lambat. kadang2 keje sampai pagi.. macam keje kat international company jek.. hehehe.. tapi tu dulu la.. mase tahun lepas mula2 keje.. dengan awal tahun hari tu.. masa zaman2 bos lama... plus zaman2 takdak buah hati... heheheh

sekarang... siap kene perli dengan ayah.. dulu nak balik payah betalipon tanye balik ke tak.. sekarang tak yah tanye.. sendiri call cakap nak balik.. ahahahhh.. alahai ayah... dulu bos lain.. busy telebih.. ni bos lain.. sempoi..*alasan!!~ tipu!! hahahahah... eh.. betol la.. tak tipu tau.. =p* hahahah... sebenarnye, nak jumpe buah hati yang tah bape minggu skali baru boleh jumpe... hehehhe.. *ceh!! bukan nye balik sebab nak jumpa family.. apa da!!~ =p*.. eh.. tak de la.. memang nak jumpa family tau!!~ =p

bulan lepas.. tiap2 minggu aku balik sebab nak uruskan majlis nikah adik aku dan majlis betunang... letih tu memang la tesangat letih.. da rasa cam iron woman la plak.. drive beratus2 kilometer sorang2 tiap2 minggu.. en. tunang pon tak bley tahan badan nye bila kena drive dari rumah pegi kajang pastu balik ke rumah balik. letih sangat dia cakap.. *memang la tak boleh tahan.. badan die kecit.. harap tinggi jek lebey.. tak gagah la u ni tau!~ =p*.. tapi aku boleh la plak tahan drive jauh2 tiap2 minggu.. dia baru seminggu tu da lepak.. *camne nak dok jauh bile kawen ni??*.. time mude2 ni boleh la.. sok tengok da ade anak 2.. mau sakit2 badan aku nih.. hahahah.. minggu ni aku balik lagi nak pegi kursus kawen plak.. *da dekat nak kawen baru sebok nak pegi kursus!!* minggu lepas balik sebab nak tempah kad dan pegi wedding member skola. minggu sebelum nya plak, memang la kene balik.. kalau tak nak sarung cincin kat jari sape lak kan?? hahah.. kesimpulannya, tiap2 minggu la aku balik..

selalu aku balik petang jumaat lepas keje.. sampai rumah paling lewat pukul 10.30.. begantung pada keadaan traffic.. kalau clear, aku bawak "besopan-santun" *besopan dalam erti kata lain.. laju main taram jek.. hehehhh*.. cepat la sampai. dalam 3jam setengah aku da boleh sampai rumah.. eheheh..*eh.. tak laju tau!!*.. jarak nye ada la dalam 300km. ayah dengan en. tunang selalu cakap aku bawak laju sebab tu cepat sampai. padahal bile diorang drive dari rumah ke KL pon same jek 3 jam setengah da sampai.

tak takut ke jalan sorang2??? harus la aku takut!! hahahaha.. nak2 kalau da malam tak sampai rumah lagi.. memang pecut la.. dan dalam kete mesti ade simpan yassin.. ehehehh... untuk mempertahankan diri.. tapi tu la.. aku kene keras kan hati ni.. tak ley manja2.. lagi pon, tak macho la tunjuk lembik.. kan?? hahaha. *tak manja la konon..nyampah!!* ye la.. manja pada orang tertentu jek.. bak kata kak fynn jamal, "aku punya manja kau saja boleh rasa.. rahsia kita berdua," ..ececehhh....

hm... aku tak sure la sampai bila kene berulang dari KL ke Johor.. harap2, tahun depan dapat la aku tukar ke JB.. *ye.. nak tukar.. sila lulus peksa dulu, ok??*.. tak dapat bayang camne da kawen nanti.. huhuhu.. mesti rasa tak sronok.. petang ahad jek da kene pisah dengan laki.. WAAAAAA!!!~ SANGAT TAK BESTT!!! sekarang pon da rasa cam tak bape nak best.. cam ne la ayah ibu dulu boleh tahan siap ada anak sorang plak tu.. dulu takde highway, takde kete. sekarang ade highway, ade kete sendiri pon rasa cam tak larat asek nak kene berulang.. uish... cabaran sungguh.. tapi kan.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betol tak??? sayang punye pasal sanggup jek.. tapi berapa lama la sanggup nye tu ye??? hmmm...

aih... apa la aku mengarut nih... bosan sebenarnya.. takde menda nak buat.. bos aku pegi MAHA.. so, aku la bos.. hahah.. bos dalam cawangan jek.. *eleh.... setakat cawangan ade 2 orang, En. Asri dengan aku, boleh la...hahaha*. okla.. chow.. sapa yang belom pegi MAHA tu, sila la pegi.. memang sangat best.. kalau pegi sana, singgah la booth opis aku.. aku keje kat mana?? korang korek la sendiri cari ye.. heheheh.. kalau jumpa aku, tegur2 la.. aku tak makan orang.. ehehehhh..

(^___^)v
XOXO


note: kad suda buat.. tinggal confirm balik.. kursus, weekend ni mau pegi. lepas kursus, shopping barang2 pula.. hm... banyak lagi nak kene buat nih.. baju nikah *oww my... tak anta lagi!!!!*,list jemputan, goodie bags, photographer, andam, bla..bla.. bla... oish!!! sempat ke???