K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 28, 2011

terakhir

Hari ni hari last aku keje begelar "cik".kalau orang call mesti tanya, "cik ke puan?". mesti la aku nak jawab cik. market tu penting. hahahahah... tak seda diri betul. huh. nyampas tau!

cepatnya masa berlalu.. WAAAAA!!! serams mak noks!!!~kalau usha2 wedding path sticker, tinggal 6 hari lagi aku nak jadi bini orang... adeh... bebetul da ready ke ni?? huhuhuh...sedia atau tidak, bolos saja dinding itu!!~ ops. bukan.. sedia atau tak, aku kena hadapi benda ni. cepat ke, lambat ke, kena la kawen gak kan??

kalau time bujang, kot suke aku la nak merayap gi mana, aku nak beli apa, kuar dengan sapa, balik kul bape.. takde orang kisah. sekarang kot buat macam tu, harus la kena dengan En. Nazmi nanti. takkan nak jadi isteri derhaka kot, ye dak??? *ecewah.... baik sgt la kunun tu..hahahha* lepas ni banyak hati aku nak kena jaga. da ada tambah mak abah+adikberadik. dulu adikberadik aku pompuan belaka. la ni ipar aku lelaki belaka. adik ipar jek pompuan. erk... mesti kekok. kena berusaha untuk menyesuaikan diri.

kekurangan aku, aku lambat mesra dan berat mulut. orang selalu judge aku ni sombong. tengok muka pon cam malas nak senyum. padahal da beria aku senyum kat orang. hahaha.. tu la.. suke wat muka jebek, bila senyum skit orang da tak nampak. hm... camne nak bagi mulut ni ringan ek?? aku ni kuat membebel sebenarnye. tapi tengok orang la kan. takkan dengan semua orang aku nak bebel,. haruslah makan penampar plak.

ketiadaan idea untuk dijadikan topik perbincangan selalu menjadi masalah buat kitorang berdua. memang masalah la. aku ni kadang2 suka cakap benda yang sama. En. Nazmi plak, tak suka cakap benda yang sama. tak ke boleh jadi gaduh tu? hahah.. tahapehape jek. tu blom kire lagi pegi dating da 2-2 senyap taktau nak cakap ape. last2 temenung tengok laut. tak pon sebok tengok orang baru la ade modal nak sembang.

sebab tu, aku cukup tak faham tengok kawan2 aku yang dok becinta masa study asek bekepit je.. da la pegi kelas same2, makan pon nak be2 je tak mo dengan orang lain. sat gi malam dating lagi sampai kul 11. da anta sembang2 dulu sebelum naik bilik sampai kul 12. da naik bilik sambung plak bergayut. eh??? apa yang diorang dok sembang ha??? banyak benor idea diorang ni nak besembang ek?? musykil aku. aku yang tah bape hari skali baru nak call En. Nazmi pon tade idea nak sembang. paling lame rekod kitorang 3 jam. tu pon pasal En. Nazmi suh aku baca kan majalah untuk dia.*manje kemain lagi ko..ko ade?? hahahh*. kalau tak sejam dua jek. tu pon kekadang aku tak pon En. Nazmi siap tetido2 pasal da 2-2 tak becakap. aku tunggu dia, dia tunggu aku. memang suka tau membazir bil tepon.

eh.. jap. tadi cite pasal ape? ni da lari tajuk ni. hahaha.. sori2 ea.. ok2. aku nak jemput korang2 kawan2 blog aku ni datang ke majlis aku 3 februari ni. majlis kat felda ulu penggeli, kluang. kalau da datang tu, jumpa la dengan aku ye.*eh... confident jek aku ni kan.. cam ade jek orang nak datang kenduri aku..*.. takpe2.. aku memang jemput korang2 datang. sesapa nak datang, boleh emel aku ea..

(^___^)
XOXO

Friday, January 21, 2011

sweetheart

amaran:
*sapa yg rasa geli nak muntah, atau takut muntah hijau bila terus kan pembacaan, boleh la klik pangkah kat penjuru kanan ye.. jangan malu2..*

dia cinta hati saya..


di stulang.. meninjau tapak projek. erk?? projek??? hahaha.. bukan. tengok pakcik2 menjala ikan.

aku.dia


saya sayang awak sampai akhir hayat saya
saya cinta awak sepenuh hati saya
saya terima awak apa adanya
saya rindu awak disetiap berlalunya masa
saya serahkan hati saya untuk awak jaga
tolong jangan sia-siakan saya
harap cinta kita sampai ke syurga


sayang awak banyak2, dalam2, ketat2..
moga 3 februari 2011, berjalan dengan baik, majlis diberkati, dan menjadi kenangan paling indah untuk kita berdua kenang sepanjang hayat kita..

yang tak pernah putus cinta sama kamu,
sayang.


note: 1 minggu 6 hari lagi..

Thursday, January 20, 2011

U.P.D.A.T.E

U.P.D.A.T.E

aci tak aku update camni? rasa nak bagi lempang kan??? hahahahha.. sori. mood update kureng. idea pon kureng. baru baik demam. haish.. makin dekat hari, macam2 lak jadi. doakan aku sihat ye. (^___^)

note: ngeri plak tengok daisypath sticker kat atas tu. eh. lagi 2 minggu?? biar betul????? ARGHHHH!!! neves mak noks!!!!!~

Friday, January 14, 2011

Pertama kali

Assalamualaikum & selamat sejahtera.. *ecewah... baik nya haku bagi salam*

*fuh2... tiup habuk skit*

adeh.. malas sungguh mau update.. rajin BW jek.. hohoho

Pertama kali... ye... pertama kali.... sebenarnya aku cari lagu "Luahan Hati by Kristal" kat google.. biasa nya kalau aku nak cari lagu pastu aku lupa tajuk lagu, aku taip je lirik yang aku ingat. tapi bila aku taip pertama kali, korang rasa apa yang keluar??? hahahhahaha... meh aku nak tunjuk..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

v


klik gambar untuk membesar bagai johan..

ha... korang nampak tak ape yang keluar??? hahahah... hampes!!! Taip lirik lagu, ini plak yang keluar:
"pertama kali bersetubuh, pertama kali melancap, pertama kali pecah dara, pertama kali kena raba"

ewah2.. korang ni hari jumaat ni takde menda lain ke nak cari kat internet ni??? ish2... bawak2 la bertaubat.. yang korang sibuk nak tau pengalaman orang lain buat menda2 tu pertama kali tu nak wat pe?? best ea baca?? ke korang tengok?? ada keluar video ke?? ada gambar tak??? eh.. banyak lak soal. nak tau pi la google sendirik kan??? hehehehehe...

tu je aku nak post.. hahahaha.. mesti rasa cam nak bagi pelempang kan?

Tuesday, January 11, 2011

Indahnya perasaan ini

Sampai office pukul 7 pagi.
Bukak beg laptop, kluarkan letak atas meja dan on kan.
Oww...
Charger tetinggal.
DAMN!!
Camne aku nak buat keje ni???
Hampeh!!
Bateri tahan 2jam je. takkan 2 jam je aku buat keje. *sigh*

Moral nya: jangan betangguh buat keje. buat sementara masih ingat. ni sebok jap lagi, jap lagi. hamik ko telupa terus.

ARGGGHHHHHH!!!!!!
NAK BALIK AMIK CHARGER BOLAH TAKK??????

Saturday, January 8, 2011

Candid itu cun punye cerita..


Assalamualaikum & selamat sejahtera. yang dihormati, tuan.... eh... jap2.. apa yang aku merapu ni?? ni bukan buat teks untuk jadi emcee.. hehehe... ni nak jawab tag dari cik meera.. aku jawab tag tapi malas nak join contest "Candid itu cun" tu, boleh ka lagu tu cik meera?? heheh.. kami jawab tag hampa tapi malas nak join contest. kalau join takut orang lain kalah.*ayat nak bongkak jek.. hahaha.. confident sungguh!!*.. ehehe.. bukan macam tu. aku memang malas join contest. sebab aku tak rasa aku kreatif. heheh.. okla.. cik meera sayang, aci tak kalau kami buh 2 gambaq candid?? kalu tak buleh, tak kira la. bagi buleh gak. kami da letak pon. heheh.. ni ada 2 keping gambaq candid kami. sila-sila la belek gambaq kami yang chomel sangat nih *erk..pitam*


gambaq ni opkos la candid ye dak??? sapa la plak yang boleh ready time menangis kan??? hehehe.. masa ni aku tak tau nape aku nanges. aku susah nak nanges depan orang ramai. biasa la.. orang macho, ego kena tinggi. mana boleh tunjuk gadis2 sangat sikap tu. kena la maskulin skit. tak maskulin langsung kalau nanges depan orang ramai. kalau nak nanges, nyorok la dalam bilik air. eh? biasa buat ke? hehehehh. may be masa ni aku nanges sebab lega adek aku da kawen kot. eh, tanggungjawab anak sulung ni macam mak bapak gak tau. berat. jadi, bila lepas sorang, lega gak la aku. kurang da 1 tanggungjawab.
aku suka gambar ni. jangan tanya kenapa. sebab aku taktau jawapan nya. yang pasti, aku suka.


ni plak gambar aku dengan En. Nazmi sehari selepas kitorang bertunang. masa ni balas dendam amik gambar puas2 kat pelamin sebab malam majlis tu, kitorang tak dapat amik gambar sekali. tah pape kan? padahal bukan En. Nazmi tak datang malam tu. siap balik lambat lagi. tapi sekeping gambar dengan dia pon takde. masa ni, adik aku yang no-4 jadi tukang amik gambo. aku dalam cubaan memaksa En. Nazmi memulangkan semula cincin tunang yang aku da bagi kat dia. eh.. bukan la... heheheh.. suh bukak kejap jek.. nak buat amik gambo.. hehehehh..

ehem. tu je la kot. hehehe.. bagi tak menghampakan request cik meera kita. bagus gak jawab tag ni. ade gak entry baru. kalau tak, bekepam blog ni takde entry baru. cik meera, aci tak kalau takmo tag sesapa??? ehehh..

(^___^)v
XOXO