K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 13, 2013

Holiday 2D 1N in Hospital Sulatanah Aminah

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera...

Lama tak menulis kat sini. Asyik baca blog orang lain, sendiri punya blog malas nak update. Hehehe.... Sebelum tu nak ucap tahniah kat kawan ex-dip, Ejan yang dah selamat besalin 9 Jun lepas. Comel baby girl. Sebijik muka ibu dia. 

Sekarang Alhamdulillah dah masuk trimester ke-3. Nervous nih. Tak lama jek lagi. Ni dah bulan Jun. Lagi 2 bulan jek nak bulan Ogos. Baby setakat ni ok jek. Cuma last week ada mogok sikit. 3-4 Jun lepas kena outstation ke KL sebab 4 Jun ada meeting. Balik dah malam. Malam tu plak memang dah janji nak bawak adik-adik makan bubur kat Sentosa. Diorang plak nak ajak pegi Bazar Karat. Bazar Karat ni cam Uptown Setapak gak la. Ikut kan badan memang tak larat nak melayan. Tapi kesian kat diorang yang esoknya dah nak balik Kluang, aku gagahkan jugak diri pegi bejalan. Sebenarnya sejak dah 6 bulan, lepas makan aku mesti tak boleh terus bejalan. Kalau tak, mesti si kecik kat dalam ni marah. Dia parking camne tah kat dalam ni pastu dok tekan kat pusat aku. Pusat memang sakit gila lah. Nak bejalan pon susah. Tapi malam tu aku gagahkan jugak jalan-jalan lepas makan walaupun si kecik ni dah mogok tekan-tekan pusat tak kasi jalan. Aku jalan sampai ada tempat nak melepak duduk, aku pun duduk melepak suruh adik-adik round sendiri. Letih toksah kata lah. Esoknya nak kerja ni. Pukul 12 malam gak lah baru balik. Nak balik ada roadblock la plak. Dah sampai rumah lambat dalam pukul 1 kot. Letih gila badan. 

Esoknya memang tak larat nak gi kerja. Cakap dengan Nazmi nak gi klinik nak MC. Memang tak larat sangat. Rupanya si kecik kat dalam ni pon nak bekerjasama dengan mummy dia. Memang nak suruh mummy dia rehat, dia pon jalankan mogok takmo gerak-gerak sangat dok mengeras jek kat dalam tu. Sempat gak la bangun sarapan dulu. Tu pun adik yang masakkan nasi goreng. Masa breakfast tu perut memang dah tak selesa. Duduk tak kena, baring tak kena, rasa sebu semacam. Lepas breakfast, masuk bilik rehat-rehat then tertido. Tebangun tu memang rasa sangat tak selesa perutnya. Baby plak memang takde gerak-gerak cam selalu kalau aku baring mengiring, mesti dia respond dok beguling-guling tak kasi aku mengiring. Tapi hari ni takde plak. Risau dah ni. Ajak adik pegi hospital. 

Sampai hospital, masuk bilik saringan kena pasang CTG tu kat perut. Tak lama gak la. Dalam 15 minit kot. Bacaan normal jek. Mana tak normalnya. Sementara tunggu nak masuk tu baby dah bejoget-joget kat dalam. Dah berapa kali gerak dah. Saja je tau nak suruh mummy pegi hospital. Lepas buat CTG, doktor plak interview. Dah interview, suruh kencing plak nak check air kencing. Rupanya kena UTI. Lepas tu, doktor nak check plak keputihan. Memang aku ada masalah keputihan sejak pregnant. Tapi sebab dah jumpa doktor and doktor kata kalau tak gatal or berbau should be benda tu takde masalah pape. Sekali masa check tu, banyak gila kot keputihan nya. Siap bekumpul kat speculum tu. Nasib baik yang check doktor perempuan. Huhuhuh.. Malu gila kot. Tak pernah orang lain tengok tang bawah tu. Dah lah sakit+senak masa dia nak amik sample. Bila doktor dah dapat sample tu, dia kata macam ada jangkitan. Aku cam oklah. Nak buat camne kan. Bagi jek la ubat nanti. Lepas dah amik sample segala semua. Tunggu pegi scan plak. Nak tengok baby pasal perut aku kecik tak sama dengan minggu. Ni pon aku dah banyak kali tanya kat klinik. Klinik swasta kata takde masalah cuma refer kat result masa awal-awal scan. Tapi klinik desa ni yang tak ikut. Dia ikut gak tarikh last period. Dah lah aku masa sebelum pregnant ada 3 bulan period tak tetap. Jadi memang larilah EDD nya. So, aku dah maklumkan tapi diorang kata takde masalah, oklah. Takkan aku nak memandai lak kan? Sekali scan kat hosptal amik kau. Memang salah kiraannya. Patut masa tu dah 31weeks. Tapi ikut scan baru 28weeks. Bekerut-kerut dahi doktor yang scan tu. Dah lah air ketuban pon sikit. Cukup-cukup jek kat dalam tu. Kalau kurang lagi, memang jadi penghuni tetap hospital lah aku ni. Then doktor tu bagi tah diagnose apa suruh doktor pelatih tu tulis. Aku dengar la kena tahan wad. Aku cam, ok. Sib baik dah prepare bawak baju siap-siap. 

Tunggu punya lah lama kan.. Pukul 7 baru siap kat bilik saringan. Pegi plak wad. Dah lah dengan takde GL. Aku lupa lak nak pesan kat Nazmi boleh pakai GL online. Tepaksa la masuk wad kelas 3 walaupun aku boleh masuk wad kelas 1c atau 1d. Takpelah. Ramai sikit kawan. Heheheh.. Ramai plak orang kat wad. Katil penuh. Kena duduk kat katil tengah-tengah jalan. Nasib baik kejap jek. Dalam pukul 9 malam bleh pindah katil tepi yang kosong. Pukul 11 malam ada check jantung baby dengan tekanan darah. Masa ni aku dah tetido kot. Lepas tu makan antibiotik. Then nurse suruh aku pegi bilik rawatan sebab nak bagi ubat untuk keputihan. Rupanya ubat tu kena masuk kot bawah. Aduhai... kena selak lagi. Redha jek lah. Dah masuk ubat tak leh jalan pegi ke katil. Kena naik wilcha. Merasa i naik wilcha u'olls. Macam sakit tenat jek. Hahahah...Lepas tu sambung tido. Pukul 5pagi kena kejut lagi naik amik tekanan darah dengan check jantung baby. Aku mamai-mamai jek masa tu. Sukati la nurse nak buat apa. Aku ngantuk. Sehari tah berapa kali dia check jantung baby dengan amik tekanan darah. Bacaan aku Alhamdulillah semua normal. Buat BSP pon normal jek. Siang tu kena repeat scan. Ni nak tengok perjalanan darah dari pusat ke uri ke menda tah doktor tu cakap. Sebab aku ada masalah Hb rendah. Diorang takut ada problem nanti effect bekalan darah pada baby. Bila scan tengok ok jek. Doktor kata ok, boleh balik hari ni. Hoyeahhh... Tak yah dok lelama kat spital ni. Tak best pon. Petang tu pukul 7.30 malam gak baru aku dapat check out. Lembab kan diorang buat kerja? Padahal dari pagi dah tau aku dah boleh discharge. Tetap lambat buat report aku. Nak tunggu MC punya pasal. Dah lah kedekut MC. Alang-alang esoknya dah Jumaat, Kasi lah MC sampai Jumaat terus. Ni kasi Rabu dengan Khamis jek. Nak rehat cukup mendanya. Stress lagi ada. Hahahaha... 

Pengalaman check ini kat hospital besar yang dah lama beroperasi ni, takde lah best mana. Selain lambat disebabkan ramai sangat patient, nurse dia pon ada yang jenis layan orang double standard. Nampak la beza layanan patient kelas 3 and kelas 2. Apatah lagi kalau kau kelas 1. Yang aku tak suka sekali masa tunggu nak scan. Bilik scan berdepan dengan labour room. Aku dengar ada nurse dok jerit-jerit marah patient. Tak dengar lah bijik butir yang dia cakap. Sebab terjerit-jerit. Ada patient sorang ni tengah jerit-jerit gak nak teberanak agaknya. Nurse tu pon lagi kuat menjeritnya. Aduhai.... napa lah buat patient camtu kan? HSA ni memang banyak cerita tak best yang aku dengar kalau kat wad bersalin. Tu aku awal-awal dah tolak takmo besalin kat sini. Nak balik kampung besalin kat Hospital Kluang. Tapi aku rasa memang kena besalin kat sini lah. Aku kan ada GDM. Kena besalin awal takut baby besar. Kang kalau ada problem, tetap kena hantar ke HSA kan? Toksah buat kerja 2 kali, terpaksa lah serah diri kat HSA jugak. Huhuhuh... Mudah-mudahan dapat la nurse yang baik hati. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.... amin....

Ha... panjang kan aku update. Tahniah lah sapa yang bejaya baca sampai abis. Lepas ni kalau rajin aku update pasal preparation barang-barang baby yang aku baru jek start buat last week lepas keluar hospital. Doakan aku and baby sihat-sihat saje ye...