K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Dag dig dug... di dalam dada...


Assalamualaikum…

Dag dig dug… di dalam dada…. Ewah.. ni bukan nak cerita pasal lagu dangdut ye. Heheheh.. oww.. ye. Sebelum tu nak ucapkan terima kesih kepada kawan ex-dip aku, ejan. Rajin siap mention nama aku dalam blog. Malu tau. Heheheh. Actually, nak cerita pasal appointment semalam. Kan 15hb aku kena repeat ultrasound. So, malam semalam aku pon pegi la klinik penawar tu. Ramai pulak patient malam tadi. Nazmi dah bising pasal kitorang lambat, dah ramai plak patient. Nanti dia lambat nak tengok bola. Ewah-ewah…. Yang nak ditengok ni, anak ayang tau?? Sibuk je dengan team Johor Darul Takzim dia tu. Tapi walaupun ramai patient, takdelah lama sangat aku tunggu. Pukul 8.15 ke 8.30 tah sampai klinik, pukul 9 lebih sikit aku dah balik. Takde melanguk lama-lama pun. Aku tunggu adalah 20 minit kot, dah boleh jumpa doctor. Doktor pon dah naik kenal muka aku. Memula Nazmi taknak tengok aku buat ultrasound. Sekali doktor tanya kat dia, taknak tengok ke? Boleh dia tanya balik, boleh ke? Hahahaha… Padahal dalam kereta lagi masa on the way ke klinik aku dah suruh dia masuk sekali tengok tapi dia tetap taknak. Apsal tah.

Masa nak scan tu, aku nervous gak la. Takut takde progress. Kalau takde progress, kena buat D&C la. Tu yang aku tak nak. Huhuhu… Tapi bila doctor cakap ada progress dan dah ada heartbeat, tersengih-sengih aku. Alhamdulillah. Nazmi pon senyum-senyum simpul je dari jauh. Hahahah.. Boleh diri jauh-jauh takmo dok dekat sebelah katil bini ni? Pemalu lain macam. Walaupun kalau ikut tarikh last period aku supposedly dah 11weeks, tapi kat scan baru 9weeks. Tapi doctor kata takyah risau, takyah pikir pape. Yang penting, kandungan viable dan dah ada heartbeat. Yang lain tak yah pikir sangat. So lepas ni dah boleh buat buku kat klinik desa. Kalau tak semalam aku dah buat buku. Tapi aku taktau pun kena bawat sijil nikah lah, ic laki lah. Adik aku tak cakap pon. Dia ingat aku memang ada simpan dalam handbag. Takde makna nya. Kitorang tak pernah bawak salinan sijil nikah kalau pegi bejalan ke, tidur hotel ke, bedating ke. Kalau kena tangkap basah, nasib-nasib je lah. Kad nikah pon kiotrang tak buat lagi. Pasal masing-masing malas nak gi amik gambar kat kedai. Tu pun malas. Teruk sangat dah perangai nya nih.

Oklah. Nak cerita pasal baby dah ada heartbeat jek. Doakan aku and baby selamat ye. 

Monday, January 7, 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum…

Rasanya belum telambat untuk ucapkan selamat tahun baru kot. Baru 7 hari kan? Heheheh.. Azam tahun baru? Masih sama cam 2 tahun lepas. Muaahahaha… tapi dulu azam nak kawen dah tercapai. Nak kurus belum lagi. Nak baby…. insyaAllah. Moga rezeki yang satu tu jadi milik kami berdua. Ok. Takmo panjang-panjang cerita. Sebenarnya nak cerita pasal appointment 27hb hari tu.

Kan kat entry lepas ada cerita pasal expecting tapi pegi check tak nampak pon kantung walaupun kalau nak ikut tarikh last period supposedly masa tu dah 6weeks++ dan dah boleh nampak lah kantung fetus itu. Makanya, doctor bagi tarikh 27hb untuk scan sekali lagi nak confirmkan pregnancy dan nak confirmkan yang ini bukan ectopic pregnancy. Sepanjang 2 minggu tu memang hari-hari telan asid folik sebab nak baby membesar dengan jayanya. Keselamatan diri lagilah dijaga rapi. Terperuk kat ofis tak mo keluar tengok projek yang kalau pegi memang bergegar-gegar 1 badan. Bersenam pon tak bergegar macam tu. Tapi sudah nya 26 & 27 Dis tepaksa pergi mengganaskan diri demi menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Nasib baik ada 3 orang pekerja yang baik hati membantu. 2 hari tu berjalan me’round’ Gelang Patah hantar baja dan racun kat rumah penerima. Letih toksah kata. Balik rumah melepek terus. Nak masak pon malas. Tapi ku gagahkan jua demi suami tersayang. Ecewahh…

So, 27 malam tu kitorang pegi la Klinik Penawar tu. Malam tu orang tak ramai. Ada la 2 ke 3 patient sebelum aku. Ada budak demam, suami isteri nak scan kot, dengan sapa tah lagi. Sebelum pegi klinik, doctor dah pesan kat aku minum air masak satu gelas dan tahan kencing. Sebab kalau kantung still tak nampak dia nak check urine aku. Nak buat UPT lagi. Aku pun menurut perintah. Jadi bila tengok patient tak ramai, aku ingat tak lama lah nak tunggu. Rupanya suami isteri yang masuk sebelum aku tu punya lah lama mengadap doctor. Aku punya “empang” dah rasa nak pecah. Sabar, sabar. Laki aku sibuk suruh buang je. Pandai-pandai je dia ni. Ingat suka-suka nak tahan ke. Aku rasa adalah setengah jam kot suami isteri tu kat dalam baru lah keluar. Bila nama aku dipanggil cepat-cepat masuk sebab tak sabar nak gi tandas. Masuk tu, doctor terus bawak pegi masuk tempat scan. Aku ajak Nazmi suruh tengok sekali tapi dia taknak. Tah pape tah. Orang lain excited nak tengok. Dia takut plak. Masa scan, nervous jangan katalah. Aku doa dalam hati jangan lah doctor kata tak nampak pape. Tapi Alhamdulillah.. . muncul sudah kantungnya. Kalau ikut kat scan tu, umur nya baru 6weeks 6days +/- 4 days. Doktor kata patutlah 1st scan tak nampak. Masa tu kecik sangat lagi. Tapi doctor kata pundi kencing aku yang besar sangat. Heheheh… ye… gambar scan tu, pundi kencing je lebih. Kantung baby cenonet jek kat tepi. Pasal pundi kencing aku dah penuh sangat-sangat. Hahaha… So, doctor takde komen pape. Dia cuma suruh makan asid folik lagi tetiap hari dan repeat ultrasound 15 Jan ni pulak. Nak tengok ada development ke tak. Kalau takde, means baby tak jadi kot.. Hmmmm… harap-harap tak lah kan? Harap-harap semuanya selamat dan baby membesar dengan sihat. Tapi apa yang Allah takdirkan untuk kami, kami redha je. Cuma sekarang berusaha menjaga kandungan dengan sebaik mungkin.

Ada orang tanya, aku tak mabuk ke? Actually, dari sebelum aku buat UPT aku dah start mabuk, tak sedap badan dan aku noticed yang muka aku tumbuh banyak sangat jerawat. Sebelum ni kalau nak period pon, takde lah banyak mana jerawat aku. Tapi kali ni memang teruk. Penuh kat dahi dengan jerawat kecik-kecik. Lagi satu, aku pening-pening kepala. Pening pon ada time. Pagi dengan malam. Tapi boleh tahan lagi lah. Masa tu aku dah syak aku pregnant. Actually, aku buat UPT 3 kali. Tapi 2 kali jek yang Nazmi tau. Yang 1st skali aku buat, aku tak bitau dia. Sebab masa 1st aku check 6 Disember, result negative. Tak tau lah aku salah tengok ke, salah buat ke. Tapi negative. So, aku cam tak harap sangat lah walaupun aku yakin aku pregnant sebab aku dapat spotting 2 Disember. Keluar darah setitik jek. AKu ingat aku period. 2 hari aku tunggu still tak keluar darah lagi. Sebab sebelum ni pernah jadi kes darah keluar setitik je. Tapi 2 hari lepas tu keluar dengan banyak nya. Means, aku period tak pregnant. Tapi untuk kali ni, aku yakin aku pregnant. Cuma mungkin 1st UPT aku, aku buat tak betul sebab aku tak tunggu lama. Aku tengok keluar satu line jek, aku terus lah buang. Tapi bila petang balik keja aku belek balik, cam keluar 2 line tapi.. entah lah. So, aku tak berharap dah masa tu. Aku cuma tunggu je bila nak keluar period nya. Sampai lah UPT kedua aku buat, dapat plak result positif. Alhamdulillah.. sampai jugak rezeki yang satu tu. Lepas je dari tu, start lah pening melampau, jerawat tumbuh melata tanpa segan silu, dan badan aku cam senang masuk angin. Perut rasa semacam. Macam sebu je. Susah kentut tapi asyik sendawa. Risau gak aku. Pantang lambat makan, perut masuk angin, memang pening tak boleh nak celik mata. Rasa nak muntah tapi tak boleh muntah. Seksa tau perasaan nak muntah tapi tak boleh nak muntah. Aku bukan orang yang senang nak muntah. Walaupun aku kategori penggeli, tapi aku cukup susah nak memuntahkan sesuatu. Kalau pagi-pagi masa berus gigi aku muntah cuma keluar bunyi jek. Paling terer pun keluar air. Isi perut? Adalah sekali. Tu pun sikit. Tapi rasanya lagi elok kot tak muntah-muntah. Sakit perut kot kalau asyik muntah jek.

Tapi kan, ada lah hamba Allah ni kata, mabuk masa pregnant tu sebenarnya psikologi je. Kalau kita pikir mabuk, pening kita jadilah lembik camtu. Sebab dia kata, masa taktau dah pregnant ok je. Takde pon mabuk ke hapa. Tapi bila tau je pregnant, mulalah mabuk lah, peninglah, tak larat lah. Aku yang mendengar ni, sabar jeklah. Ingat orang suka ke rasa pening kepala, muntah-muntah, perut sebu, buat tu tak kena, buat ni tak kena. Ingat seronok sangat lah kan? Untuk pengetahuan korang, hamba Allah yang berkata-kata ni lelaki. Bukan dia yang rasa, boleh lah sedap mulut je dia kata. Aku doakan, untuk anak yang akan datang, biar dia yang tanggung rasa mabuk, pening, sakit tu semua. Baru dia tau psiko ke tak. Surf internet rajin. Tapi tak rajin nak surf pasal pregnancy kan? Orang yang pentingkan diri sendiri je yang sampai hati nak cakap macam tu. Aku plak yang emo. Heheheh..

Doa kan aku ye kawan-kawan. Harap-harap appointment akan datang, result positif lagi. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat aku dan suami untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini.