Assalamualaikum…
Rasanya belum telambat untuk ucapkan selamat tahun baru kot.
Baru 7 hari kan? Heheheh.. Azam tahun baru? Masih sama cam 2 tahun lepas.
Muaahahaha… tapi dulu azam nak kawen dah tercapai. Nak kurus belum lagi. Nak
baby…. insyaAllah. Moga rezeki yang satu tu jadi milik kami berdua. Ok. Takmo
panjang-panjang cerita. Sebenarnya nak cerita pasal appointment 27hb hari tu.
Kan kat entry lepas ada cerita pasal expecting tapi pegi
check tak nampak pon kantung walaupun kalau nak ikut tarikh last period
supposedly masa tu dah 6weeks++ dan dah boleh nampak lah kantung fetus itu.
Makanya, doctor bagi tarikh 27hb untuk scan sekali lagi nak confirmkan
pregnancy dan nak confirmkan yang ini bukan ectopic pregnancy. Sepanjang 2
minggu tu memang hari-hari telan asid folik sebab nak baby membesar dengan
jayanya. Keselamatan diri lagilah dijaga rapi. Terperuk kat ofis tak mo keluar
tengok projek yang kalau pegi memang bergegar-gegar 1 badan. Bersenam pon tak
bergegar macam tu. Tapi sudah nya 26 & 27 Dis tepaksa pergi mengganaskan
diri demi menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Nasib baik ada 3 orang
pekerja yang baik hati membantu. 2 hari tu berjalan me’round’ Gelang Patah
hantar baja dan racun kat rumah penerima. Letih toksah kata. Balik rumah
melepek terus. Nak masak pon malas. Tapi ku gagahkan jua demi suami tersayang.
Ecewahh…
So, 27 malam tu kitorang pegi la Klinik Penawar tu. Malam tu
orang tak ramai. Ada la 2 ke 3 patient sebelum aku. Ada budak demam, suami
isteri nak scan kot, dengan sapa tah lagi. Sebelum pegi klinik, doctor dah
pesan kat aku minum air masak satu gelas dan tahan kencing. Sebab kalau kantung
still tak nampak dia nak check urine aku. Nak buat UPT lagi. Aku pun menurut
perintah. Jadi bila tengok patient tak ramai, aku ingat tak lama lah nak
tunggu. Rupanya suami isteri yang masuk sebelum aku tu punya lah lama mengadap doctor.
Aku punya “empang” dah rasa nak pecah. Sabar, sabar. Laki aku sibuk
suruh buang je. Pandai-pandai je dia ni. Ingat suka-suka nak tahan ke. Aku rasa
adalah setengah jam kot suami isteri tu kat dalam baru lah keluar. Bila nama
aku dipanggil cepat-cepat masuk sebab tak sabar nak gi tandas. Masuk tu, doctor
terus bawak pegi masuk tempat scan. Aku ajak Nazmi suruh tengok sekali tapi dia
taknak. Tah pape tah. Orang lain excited nak tengok. Dia takut plak. Masa scan,
nervous jangan katalah. Aku doa dalam hati jangan lah doctor kata tak nampak pape.
Tapi Alhamdulillah.. . muncul sudah kantungnya. Kalau ikut kat scan tu, umur
nya baru 6weeks 6days +/- 4 days. Doktor kata patutlah 1st scan tak nampak.
Masa tu kecik sangat lagi. Tapi doctor kata pundi kencing aku yang besar
sangat. Heheheh… ye… gambar scan tu, pundi kencing je lebih. Kantung baby
cenonet jek kat tepi. Pasal pundi kencing aku dah penuh sangat-sangat. Hahaha…
So, doctor takde komen pape. Dia cuma suruh makan asid folik lagi tetiap hari
dan repeat ultrasound 15 Jan ni pulak. Nak tengok ada development ke tak. Kalau
takde, means baby tak jadi kot.. Hmmmm… harap-harap tak lah kan? Harap-harap
semuanya selamat dan baby membesar dengan sihat. Tapi apa yang Allah takdirkan
untuk kami, kami redha je. Cuma sekarang berusaha menjaga kandungan dengan
sebaik mungkin.
Ada orang tanya, aku tak mabuk ke? Actually, dari sebelum
aku buat UPT aku dah start mabuk, tak sedap badan dan aku noticed yang muka aku
tumbuh banyak sangat jerawat. Sebelum ni kalau nak period pon, takde lah banyak
mana jerawat aku. Tapi kali ni memang teruk. Penuh kat dahi dengan jerawat
kecik-kecik. Lagi satu, aku pening-pening kepala. Pening pon ada time. Pagi
dengan malam. Tapi boleh tahan lagi lah. Masa tu aku dah syak aku pregnant.
Actually, aku buat UPT 3 kali. Tapi 2 kali jek yang Nazmi tau. Yang 1st
skali aku buat, aku tak bitau dia. Sebab masa 1st aku check 6
Disember, result negative. Tak tau lah aku salah tengok ke, salah buat ke. Tapi
negative. So, aku cam tak harap sangat lah walaupun aku yakin aku pregnant
sebab aku dapat spotting 2 Disember. Keluar darah setitik jek. AKu ingat aku
period. 2 hari aku tunggu still tak keluar darah lagi. Sebab sebelum ni pernah
jadi kes darah keluar setitik je. Tapi 2 hari lepas tu keluar dengan banyak
nya. Means, aku period tak pregnant. Tapi untuk kali ni, aku yakin aku pregnant.
Cuma mungkin 1st UPT aku, aku buat tak betul sebab aku tak tunggu
lama. Aku tengok keluar satu line jek, aku terus lah buang. Tapi bila petang
balik keja aku belek balik, cam keluar 2 line tapi.. entah lah. So, aku tak
berharap dah masa tu. Aku cuma tunggu je bila nak keluar period nya. Sampai lah
UPT kedua aku buat, dapat plak result positif. Alhamdulillah.. sampai jugak
rezeki yang satu tu. Lepas je dari tu, start lah pening melampau, jerawat
tumbuh melata tanpa segan silu, dan badan aku cam senang masuk angin. Perut
rasa semacam. Macam sebu je. Susah kentut tapi asyik sendawa. Risau gak aku.
Pantang lambat makan, perut masuk angin, memang pening tak boleh nak celik
mata. Rasa nak muntah tapi tak boleh muntah. Seksa tau perasaan nak muntah tapi
tak boleh nak muntah. Aku bukan orang yang senang nak muntah. Walaupun aku
kategori penggeli, tapi aku cukup susah nak memuntahkan sesuatu. Kalau
pagi-pagi masa berus gigi aku muntah cuma keluar bunyi jek. Paling terer pun
keluar air. Isi perut? Adalah sekali. Tu pun sikit. Tapi rasanya lagi elok kot
tak muntah-muntah. Sakit perut kot kalau asyik muntah jek.
Tapi kan, ada lah hamba Allah ni kata, mabuk masa pregnant
tu sebenarnya psikologi je. Kalau kita pikir mabuk, pening kita jadilah lembik
camtu. Sebab dia kata, masa taktau dah pregnant ok je. Takde pon mabuk ke hapa.
Tapi bila tau je pregnant, mulalah mabuk lah, peninglah, tak larat lah. Aku yang
mendengar ni, sabar jeklah. Ingat orang suka ke rasa pening kepala,
muntah-muntah, perut sebu, buat tu tak kena, buat ni tak kena. Ingat seronok
sangat lah kan? Untuk pengetahuan korang, hamba Allah yang berkata-kata ni
lelaki. Bukan dia yang rasa, boleh lah sedap mulut je dia kata. Aku doakan,
untuk anak yang akan datang, biar dia yang tanggung rasa mabuk, pening, sakit
tu semua. Baru dia tau psiko ke tak. Surf internet rajin. Tapi tak rajin nak
surf pasal pregnancy kan? Orang yang pentingkan diri sendiri je yang sampai
hati nak cakap macam tu. Aku plak yang emo. Heheheh..
Doa kan aku ye kawan-kawan. Harap-harap appointment akan
datang, result positif lagi. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat aku dan suami
untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini.