K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Expecting

Assalamualaikum...

Alahai... lamanya aku tak menulis kat sini. Janji nak post entry rahsia pon tak post lagi. Actually aku dah taip tapi aku simpan jek dalam folder. Malas sungguh nak post sebab nak kena edit.

Ok. Tak mo citer panjang. Tengok tajuk pon dah tau aku nak citer apa kan? Alhamdulillah... 10 Disember lepas aku buat UPT sendiri kat rumah lepas period aku dah lewat 9 hari. Balik dari keje aku terus cek UPT guna pregnancy test kit jenama clearblue. Kalau positif keluar result tanda "+" kat tetingkapnya tu. Alhamdulillah... Tak tunggu lama pon. Result nya positif. Seronok sangat sampai tak sedar aku melompat-lompat dalam bilik air. Nasib baik tak jatuh. Aku terus jerit panggil adik aku yang nombor 3. Dia tinggal dengan aku dan tengah pregnant 6bulan lebih. Dia yang paksa aku cek. Aku tunjuk kat dia, baru tunjuk kat Nazmi. Hehehehehe... Patut tunjuk kat suami dulu, barulah adik kan?? Tah hape-hape. Aku tunjuk kat Nazmi, dia macam blur. Tanya, "ni apa maknanya?". Aku cakap, positiflah. Alhamdulillah. Setahun sepuluh bulan kami tunggu saat ini, akhirnya termakbul juga doa kami. Kami decide nak cek kat klinik esoknya sebab malam tu Nazmi kena kerja.

11 Disember, aku tak puas hati dengan test semalam. Pagi tu aku pegi lagi farmasi. Kali ni beli yang digital plak. Jenama Clearblue gak. Aku nak confirmkan betul ke aku pregnant. Alhamdulillah. Keputusan masih sama. Untuk pregnancy test yang digital ni dia akan bagitau sekali dah berapa minggu kita pregnant. Kat situ tulis 2-3weeks. Kalau ikut doktor 4-5 minggu. Tapi kalau kira dari tarikh last period aku 29 Okt sepatutnya dah 6 minggu. Masa tu dah cuak gak. Perkembangan baby tak ikut waktunya. Aku fikir takpelah. Malam kan nak pegi klinik cek dan scan. So, malam tu kitorang pegi klinik. Excited nak tengok camne keadaan kat dalam tu. Aku ingat doktor akan suruh aku buat UPT lagi kat klinik untuk confirmkan aku pregnant ke tak. Tapi dia tak buat. Terus scan. Berdebar masa scan tu. Lama dia scan cari. Sambil-sambil dia tanya aku. Banyak kali gak dia tanya betul ke ada 2 line masa aku buat UPT. Aku memang dah cuak sebab tak nampak pape pon kat monitor tu. Perasaan jangan kata lah. Memang nak nangis dah. Then doktor kata dia tak nampak pape. May be sebab kecik sangat dan perut aku tebal sangat. Dia kata lagi jangan risau, tak nampak tak semestinya takde. Dia pesan macam-macam kat aku. Kalau sakit perut macam senggugut teruk, datang jumpa dia. Dia kasi tarikh appointment baru kat aku 27 Dis nanti. Masa tu sepatutnya dah ada heartbeat. Kalau dia scan takde gak, aku kena buat urine test depan dia. Maknanya kena kencing depan dia. Aku taktau la betul ketak. Tapi kan , cara dia suruh buat tu macam selama aku test sendiri tu aku tipu aku punya urine test la plak. Takkan la aku suruh orang lain yang kecing plak kan. Mestilah aku punya sendiri. 

Keluar dari bilik doktor aku dah terdiam tak tau nak cakap apa. Nazmi pon senyap jek. Sebelum balik kitorang singgah makan dulu. On the way pegi tempat makan Nazmi cerita macam-macam tapi aku diam jek. Aku cuma senyum. Tapi air mata dah nak melimpah. Aku perasan cara dia bercerita tak macam selalu. Cara dia seolah-olah nak tenangkan hati dia dan hati aku. Sampai kat tempat makan, aku duduk terus mata pandang kat tv. Aku taknak tengok dia. Nanti aku nangis. Dia yang order semua makanan. Aku dah tak lalu nak makan sebenarnya. Tapi perut dah lapar. Lepas order, Nazmi terus tanya aku doktor kata apa. Masa tu memang dah tak boleh tahan air mata. Aku nangis kat situ gak. Sedih nya Allah je yang tahu. Malu pun dah takde. Lantak lah orang tengok ke hape. Nazmi kata dah lah.. Takde pape. InsyaAllah semua ok je. Aku... entah lah. Hati ibu ni lain. Aku taktau nak expect ape. Sedih sangat. Balik rumah aku terus masuk bilik. Nangis puas-puas. Nazmi just cakap jangan lah sedih sangat. Takde pape. Tu je yang dia mampu nak cakap. Tu pun dah cukup buat aku. Aku tak expect dia nak pujuk aku. Sebab sikap dia memang macam tu. Dia tak pandai memujuk dengan kata-kata tapi aku tau dia sentiasa doakan untuk kami. 

Hari ni, aku EL sebab pagi tadi macam sakit perut nak senggugut. Risau gak aku. Keja aku dah lah nak kena lasak. Hari ni aku rehat je kat rumah. Pagi-pagi tadi nangis lagi. Sedihnya... harap-harap, baby ok je. Aku yakin kat dalam ni ada baby aku sebab aku dapat rasakan perubahan pada diri aku yang aku tak pernah alami. Semua perempuan akan rasa benda tu dan dia akan tahu. Takkan lah 2-2 pregnancy test aku guna tu akan bagi result yang silap. Mungkin aku patut guna yang ke-3. Tapi doktor dah pesan, jangan test lagi sebab result dah positif. Tak mungkin silap. Entahlah. Sekarang aku cuma berdoa baby kat dalam ni selamat dan membesar dengan sihat. Kadang-kadang aku cakap dengan dia, kalau dia dengar aku nak dia tahu, "mommy sayang sangat baby, babah pun sama. Mommy dengan babah dah lama tunggu baby. Harap baby membesar elok-elok dan sihat-sihat sahaja. Kami tak sabar nak jumpa baby tahun depan." 

Untuk kawan-kawan yang baca post ni, aku harap doa dari kalian. Tolong doakan baby aku selamat dan baik-baik sahaja ye. Aku nak sangat dia. Tapi kalau ditakdirkan belum rezeki kami lagi, aku redha. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

note: pada kawan-kawan dalam list FB, mohon jangan post apa2 pasal pregnancy aku kat FB ye. TQ. Sayang korang. Muaaahh.

20 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Eyzan Encha said...

kuatkan semangat, ayip!!!
*nak pecah empangan mata aku nih bace entry ko.huhu*

Doa banyak2 taw..mungkin lemak tebal tak nampak masa scan or kecik lagik. aku scan ri tu pun dah 8 miggu. Doc pun ckp, kalo dh 8 minggu, dah boleh nampak. InsyAllah.

semoga cek 27/12 ni beri keputusan yg positif dan membahagiakan kalian berdua.. aminnnn!!

Nazhatul said...

ejan:

Thanks dear. InsyaAllah... aku kuat demi baby ni. Walaupun baru ada kat dalam ni, aku sayang sangat dia. Pergerakan aku sekarang pun dah tak macam dulu. Sangat berhati-hati. Punya lah takut kalau dia takde.
*aku yang type ni lagi bejurai-jurai air mata yang keluar. Sedih sangat.

InsyaAllah. Tiap lepas solat tak lupa doa supaya baby kat dalam ni sihat-sihat sahaja dan membesar dengan baik. Tak sabar nak jumpa baby ni tahun depan. InsyaAllah anak kita sebaya la nanti kan? hehehe..

Doakan baby aku sihat ye. amin..amin..amin..

arnie said...

congrats yip!!! jaga baik2 tau.. jgn makan banyak2.. nanti gmok mcm aku.. hahahaha..

Nazhatul said...

thanks arnie... heheheh... sekarang tengah tak lalu makan. nanti2 aku tak tau la pulak. heheheh..

aisyahumaira said...

riff jangan stress sekarang ni....coz kurang stress,high % baby selamat kat tummy...maybe baby kat tiub lagi,lom jalan ke tummy,tu bila scan tak nampak....biasa minggu 5- 6,baru nampak baby bil scan...2 kali +ve,insyaa allah baby ade..... :D

Nazhatul said...

aisyahumaira:

thanks.. heheh.. sehari tu je yang sedih. dah ok dah sekarang ni. memang fikir yang baby tu ada je. hopefully, 27hb ni dah boleh nampak bila scan. tq dear. (^__^)

leya said...

salam dear : cerita awak sebijik mcm sy je.. pastu awak jd cmne? sy lagi la siap da ada buku pink... scan xde mungkin sbb awal lagi... tp xtau la sedih sgt2...

Nazhatul said...

leya:

sori lambat respon. baru nampak ada komen. saya just makan jek asid folik yang doktor bagi and jaga kesihatan. memang dah rezeki saya. baby ada. cuma scam lambat nampak. may be sebab period saya jenis tak tetap. sekarang alhamdulillah. umur baby dah nak 3 bulan pon.

leya said...

nahzatul : sy punya kes da confirm xde.. 1st test positive pakai clearblue mmg ada.. period tetap.. lepas da lewat 5 hari +ve.. hari ke 8 tu period keluar 3 hari.. 1st day byk.. 2-3rd da sikit.. pegi tripple confirm scan mmg kosong.. doktor kata baru sgt nk jadi.. tp dia xkuat menempel kat dinding rahim.. then turun skali darah period 3 hari tu.. too small sbb tu dia keluar skali darah mcm tu.. xpe.. blom rezeki lagi kot..

Nazhatul said...

Ieya:

takziah Ieya... Ieya kawen dah berapa lama? kita hampir 2 tahun baru pregnant. try macam2 gak lah nak bagi lekat. lepas urut Alhamdulillah dengan izin Allah lekat gak akhirnya. InsyaAllah mana tau lepas gugur yang ni boleh lekat. kawan kita lepas gugur sebln dua camtu dia pregnant lagi. Alhamdulillah dah besar anak dia.

leya said...

baru 5 bulan 2minggu 5hari :) baru jugak kan... hehehhe

Norzila Zakaria said...

awak kita cam tu jgk.last month cek based on last mens 9 weeks. yesterday.so smlm scan ada kantung je.baby xde cuak.bis x puas ati kn.pg td cek guna clear blue 3+ pregnant tulis..kita pun jnis irregular jgk period..tp keep mkn folic acid coz. got scan lg 2 weeks.doakn kita jgk ye

Nazhatul said...

Ieya:

Oooo... baru sangat tu. Hehehe.. takpe.. pelan2. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. May be Ieya rasa dah ready nak ada anak. Tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu. InsyaAllah rezeki tu ada. Jangan pikir sangat and jangan stress sangat. Tapi usaha jangan putus. Doa banyak2 ye.

Nazhatul said...

Norzila:

Ye ke... insyaAllah. .. kalau dah memang rezeki awak insyaAllah baby tu ada. Yang penting folic acid jangan tinggal. Doa banyak2 dan tawakal. Kita pernah terbaca ada orang kes macam awak. Bila check cuma ada kantung. Doktor tanya nak cuci atau tak. Dia taknak. Biar kalau x jadi pun keluar natural. Nasib baik dia x cuci sebab baby tu ada. Alhamdulillah baby dia sihat sampai lahir. Yang penting janga putus usaha, doa dan tawakal.

viayu natasha said...

saya punya masalah pulak, preggy da 6 minggu tp scan lansung xnampak ape. hanya nampak cyst sebesar buah limau, sy da kwen sethun lbh ni bru 1st time preggy. next appoinmnt 31 ni, sy tgh risau n sdh sgt ni, septutnye 6 minggu da ada kantung atau sarung tp xnmpk ape pn. upt da 4 kali mmg positif 2 line.

Nazhatul said...

Viayu natasha:

Saya pon masa 6 minggu doc scan x nampak pape. Tu yg dia bagi tarikh baru. Lepas 2 minggu dtg lagi alhamdulillah dah nampak kantung. Tapi still kena dtg utk satu lagi appointment nk pastikan kandungan viable sbb belum nmpk sgt. Kali ketiga dah nampak jelas dn dah ade heaetbeat. Saya cuma stay positif dan makan asid folik. InsyaAllah rezeki ada. Jangan stress sgt atau terlalu pikir sgt psl ni. Scan 1st time tak nampak lagi mungkin dia masih kat tiub falopio belum turun lagi. Tu yang nampak bila scan. Don't worry dear. Be positive. InsyaAllah ada rezeki tu.

lilyseroja said...

sy pon buat test c.blue digital tu naik pregnent 1-2,pastu kuar darah,ingtkan bleeding,g hops m.a tu check upt still ada 2 line wlpn samar,test makmal,negative..huhu..dia ckp itu period n im not pregnant.upt i pakai tu pon slp dia ckp..hmm slama hrni ni pakai upt xpnh pon 2 line.this the 1st time,tp xde pulak..pening nya sy..serah td Allah je...

Nazhatul said...

lilyseroja:

salam awak. sori lambat respon. hm... kita pon taktau nak cakap macammana sebab kita tak lalui situasi macam awak. sekarang cuba je ambik suplemen, jaga pemakanan. tengok next cycle. kalau kluar period, memang betullah keputusan ujian darah tu.

pregnancy test pon memang x accurate 100%. mungkin awak termasuk yang 1% tu. biasa nya ujian darah lagi tepat dari ujian air kencing. apa2 pun, berserah pada Allah. Kalau betul tu rezeki awak, insyaAllah ada. Kalau bukan rezeki, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Unknown said...

Assalamualaikum... Sy dah lewat period 12 hari...dlm 3 hari ni ade coklat2 kua...g scan xnmpk ape2 tp ble test urine ade 2 line tapo samar2... Doctor ckp pon mcm ada myb bru LG...

Huda said...

Salam. Saya baru je alami masalah yang sama. Upt da 5 kli positif.. Bila scan, kantung terlalu kecil... Kebetulan pula, saya keluar tompok2 coklat 3,4 hri ni...Dr pesan berdoa je semoga menjadi. Saya berharap Sgt agar bakal baby ni kuat utk be rada dlm rahim saya.