K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 16, 2013

Dag dig dug... di dalam dada...


Assalamualaikum…

Dag dig dug… di dalam dada…. Ewah.. ni bukan nak cerita pasal lagu dangdut ye. Heheheh.. oww.. ye. Sebelum tu nak ucapkan terima kesih kepada kawan ex-dip aku, ejan. Rajin siap mention nama aku dalam blog. Malu tau. Heheheh. Actually, nak cerita pasal appointment semalam. Kan 15hb aku kena repeat ultrasound. So, malam semalam aku pon pegi la klinik penawar tu. Ramai pulak patient malam tadi. Nazmi dah bising pasal kitorang lambat, dah ramai plak patient. Nanti dia lambat nak tengok bola. Ewah-ewah…. Yang nak ditengok ni, anak ayang tau?? Sibuk je dengan team Johor Darul Takzim dia tu. Tapi walaupun ramai patient, takdelah lama sangat aku tunggu. Pukul 8.15 ke 8.30 tah sampai klinik, pukul 9 lebih sikit aku dah balik. Takde melanguk lama-lama pun. Aku tunggu adalah 20 minit kot, dah boleh jumpa doctor. Doktor pon dah naik kenal muka aku. Memula Nazmi taknak tengok aku buat ultrasound. Sekali doktor tanya kat dia, taknak tengok ke? Boleh dia tanya balik, boleh ke? Hahahaha… Padahal dalam kereta lagi masa on the way ke klinik aku dah suruh dia masuk sekali tengok tapi dia tetap taknak. Apsal tah.

Masa nak scan tu, aku nervous gak la. Takut takde progress. Kalau takde progress, kena buat D&C la. Tu yang aku tak nak. Huhuhu… Tapi bila doctor cakap ada progress dan dah ada heartbeat, tersengih-sengih aku. Alhamdulillah. Nazmi pon senyum-senyum simpul je dari jauh. Hahahah.. Boleh diri jauh-jauh takmo dok dekat sebelah katil bini ni? Pemalu lain macam. Walaupun kalau ikut tarikh last period aku supposedly dah 11weeks, tapi kat scan baru 9weeks. Tapi doctor kata takyah risau, takyah pikir pape. Yang penting, kandungan viable dan dah ada heartbeat. Yang lain tak yah pikir sangat. So lepas ni dah boleh buat buku kat klinik desa. Kalau tak semalam aku dah buat buku. Tapi aku taktau pun kena bawat sijil nikah lah, ic laki lah. Adik aku tak cakap pon. Dia ingat aku memang ada simpan dalam handbag. Takde makna nya. Kitorang tak pernah bawak salinan sijil nikah kalau pegi bejalan ke, tidur hotel ke, bedating ke. Kalau kena tangkap basah, nasib-nasib je lah. Kad nikah pon kiotrang tak buat lagi. Pasal masing-masing malas nak gi amik gambar kat kedai. Tu pun malas. Teruk sangat dah perangai nya nih.

Oklah. Nak cerita pasal baby dah ada heartbeat jek. Doakan aku and baby selamat ye. 

Monday, January 7, 2013

Alhamdulillah


Assalamualaikum…

Rasanya belum telambat untuk ucapkan selamat tahun baru kot. Baru 7 hari kan? Heheheh.. Azam tahun baru? Masih sama cam 2 tahun lepas. Muaahahaha… tapi dulu azam nak kawen dah tercapai. Nak kurus belum lagi. Nak baby…. insyaAllah. Moga rezeki yang satu tu jadi milik kami berdua. Ok. Takmo panjang-panjang cerita. Sebenarnya nak cerita pasal appointment 27hb hari tu.

Kan kat entry lepas ada cerita pasal expecting tapi pegi check tak nampak pon kantung walaupun kalau nak ikut tarikh last period supposedly masa tu dah 6weeks++ dan dah boleh nampak lah kantung fetus itu. Makanya, doctor bagi tarikh 27hb untuk scan sekali lagi nak confirmkan pregnancy dan nak confirmkan yang ini bukan ectopic pregnancy. Sepanjang 2 minggu tu memang hari-hari telan asid folik sebab nak baby membesar dengan jayanya. Keselamatan diri lagilah dijaga rapi. Terperuk kat ofis tak mo keluar tengok projek yang kalau pegi memang bergegar-gegar 1 badan. Bersenam pon tak bergegar macam tu. Tapi sudah nya 26 & 27 Dis tepaksa pergi mengganaskan diri demi menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Nasib baik ada 3 orang pekerja yang baik hati membantu. 2 hari tu berjalan me’round’ Gelang Patah hantar baja dan racun kat rumah penerima. Letih toksah kata. Balik rumah melepek terus. Nak masak pon malas. Tapi ku gagahkan jua demi suami tersayang. Ecewahh…

So, 27 malam tu kitorang pegi la Klinik Penawar tu. Malam tu orang tak ramai. Ada la 2 ke 3 patient sebelum aku. Ada budak demam, suami isteri nak scan kot, dengan sapa tah lagi. Sebelum pegi klinik, doctor dah pesan kat aku minum air masak satu gelas dan tahan kencing. Sebab kalau kantung still tak nampak dia nak check urine aku. Nak buat UPT lagi. Aku pun menurut perintah. Jadi bila tengok patient tak ramai, aku ingat tak lama lah nak tunggu. Rupanya suami isteri yang masuk sebelum aku tu punya lah lama mengadap doctor. Aku punya “empang” dah rasa nak pecah. Sabar, sabar. Laki aku sibuk suruh buang je. Pandai-pandai je dia ni. Ingat suka-suka nak tahan ke. Aku rasa adalah setengah jam kot suami isteri tu kat dalam baru lah keluar. Bila nama aku dipanggil cepat-cepat masuk sebab tak sabar nak gi tandas. Masuk tu, doctor terus bawak pegi masuk tempat scan. Aku ajak Nazmi suruh tengok sekali tapi dia taknak. Tah pape tah. Orang lain excited nak tengok. Dia takut plak. Masa scan, nervous jangan katalah. Aku doa dalam hati jangan lah doctor kata tak nampak pape. Tapi Alhamdulillah.. . muncul sudah kantungnya. Kalau ikut kat scan tu, umur nya baru 6weeks 6days +/- 4 days. Doktor kata patutlah 1st scan tak nampak. Masa tu kecik sangat lagi. Tapi doctor kata pundi kencing aku yang besar sangat. Heheheh… ye… gambar scan tu, pundi kencing je lebih. Kantung baby cenonet jek kat tepi. Pasal pundi kencing aku dah penuh sangat-sangat. Hahaha… So, doctor takde komen pape. Dia cuma suruh makan asid folik lagi tetiap hari dan repeat ultrasound 15 Jan ni pulak. Nak tengok ada development ke tak. Kalau takde, means baby tak jadi kot.. Hmmmm… harap-harap tak lah kan? Harap-harap semuanya selamat dan baby membesar dengan sihat. Tapi apa yang Allah takdirkan untuk kami, kami redha je. Cuma sekarang berusaha menjaga kandungan dengan sebaik mungkin.

Ada orang tanya, aku tak mabuk ke? Actually, dari sebelum aku buat UPT aku dah start mabuk, tak sedap badan dan aku noticed yang muka aku tumbuh banyak sangat jerawat. Sebelum ni kalau nak period pon, takde lah banyak mana jerawat aku. Tapi kali ni memang teruk. Penuh kat dahi dengan jerawat kecik-kecik. Lagi satu, aku pening-pening kepala. Pening pon ada time. Pagi dengan malam. Tapi boleh tahan lagi lah. Masa tu aku dah syak aku pregnant. Actually, aku buat UPT 3 kali. Tapi 2 kali jek yang Nazmi tau. Yang 1st skali aku buat, aku tak bitau dia. Sebab masa 1st aku check 6 Disember, result negative. Tak tau lah aku salah tengok ke, salah buat ke. Tapi negative. So, aku cam tak harap sangat lah walaupun aku yakin aku pregnant sebab aku dapat spotting 2 Disember. Keluar darah setitik jek. AKu ingat aku period. 2 hari aku tunggu still tak keluar darah lagi. Sebab sebelum ni pernah jadi kes darah keluar setitik je. Tapi 2 hari lepas tu keluar dengan banyak nya. Means, aku period tak pregnant. Tapi untuk kali ni, aku yakin aku pregnant. Cuma mungkin 1st UPT aku, aku buat tak betul sebab aku tak tunggu lama. Aku tengok keluar satu line jek, aku terus lah buang. Tapi bila petang balik keja aku belek balik, cam keluar 2 line tapi.. entah lah. So, aku tak berharap dah masa tu. Aku cuma tunggu je bila nak keluar period nya. Sampai lah UPT kedua aku buat, dapat plak result positif. Alhamdulillah.. sampai jugak rezeki yang satu tu. Lepas je dari tu, start lah pening melampau, jerawat tumbuh melata tanpa segan silu, dan badan aku cam senang masuk angin. Perut rasa semacam. Macam sebu je. Susah kentut tapi asyik sendawa. Risau gak aku. Pantang lambat makan, perut masuk angin, memang pening tak boleh nak celik mata. Rasa nak muntah tapi tak boleh muntah. Seksa tau perasaan nak muntah tapi tak boleh nak muntah. Aku bukan orang yang senang nak muntah. Walaupun aku kategori penggeli, tapi aku cukup susah nak memuntahkan sesuatu. Kalau pagi-pagi masa berus gigi aku muntah cuma keluar bunyi jek. Paling terer pun keluar air. Isi perut? Adalah sekali. Tu pun sikit. Tapi rasanya lagi elok kot tak muntah-muntah. Sakit perut kot kalau asyik muntah jek.

Tapi kan, ada lah hamba Allah ni kata, mabuk masa pregnant tu sebenarnya psikologi je. Kalau kita pikir mabuk, pening kita jadilah lembik camtu. Sebab dia kata, masa taktau dah pregnant ok je. Takde pon mabuk ke hapa. Tapi bila tau je pregnant, mulalah mabuk lah, peninglah, tak larat lah. Aku yang mendengar ni, sabar jeklah. Ingat orang suka ke rasa pening kepala, muntah-muntah, perut sebu, buat tu tak kena, buat ni tak kena. Ingat seronok sangat lah kan? Untuk pengetahuan korang, hamba Allah yang berkata-kata ni lelaki. Bukan dia yang rasa, boleh lah sedap mulut je dia kata. Aku doakan, untuk anak yang akan datang, biar dia yang tanggung rasa mabuk, pening, sakit tu semua. Baru dia tau psiko ke tak. Surf internet rajin. Tapi tak rajin nak surf pasal pregnancy kan? Orang yang pentingkan diri sendiri je yang sampai hati nak cakap macam tu. Aku plak yang emo. Heheheh..

Doa kan aku ye kawan-kawan. Harap-harap appointment akan datang, result positif lagi. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat aku dan suami untuk mengharungi dugaan dan cabaran ini. 

Wednesday, December 12, 2012

Expecting

Assalamualaikum...

Alahai... lamanya aku tak menulis kat sini. Janji nak post entry rahsia pon tak post lagi. Actually aku dah taip tapi aku simpan jek dalam folder. Malas sungguh nak post sebab nak kena edit.

Ok. Tak mo citer panjang. Tengok tajuk pon dah tau aku nak citer apa kan? Alhamdulillah... 10 Disember lepas aku buat UPT sendiri kat rumah lepas period aku dah lewat 9 hari. Balik dari keje aku terus cek UPT guna pregnancy test kit jenama clearblue. Kalau positif keluar result tanda "+" kat tetingkapnya tu. Alhamdulillah... Tak tunggu lama pon. Result nya positif. Seronok sangat sampai tak sedar aku melompat-lompat dalam bilik air. Nasib baik tak jatuh. Aku terus jerit panggil adik aku yang nombor 3. Dia tinggal dengan aku dan tengah pregnant 6bulan lebih. Dia yang paksa aku cek. Aku tunjuk kat dia, baru tunjuk kat Nazmi. Hehehehehe... Patut tunjuk kat suami dulu, barulah adik kan?? Tah hape-hape. Aku tunjuk kat Nazmi, dia macam blur. Tanya, "ni apa maknanya?". Aku cakap, positiflah. Alhamdulillah. Setahun sepuluh bulan kami tunggu saat ini, akhirnya termakbul juga doa kami. Kami decide nak cek kat klinik esoknya sebab malam tu Nazmi kena kerja.

11 Disember, aku tak puas hati dengan test semalam. Pagi tu aku pegi lagi farmasi. Kali ni beli yang digital plak. Jenama Clearblue gak. Aku nak confirmkan betul ke aku pregnant. Alhamdulillah. Keputusan masih sama. Untuk pregnancy test yang digital ni dia akan bagitau sekali dah berapa minggu kita pregnant. Kat situ tulis 2-3weeks. Kalau ikut doktor 4-5 minggu. Tapi kalau kira dari tarikh last period aku 29 Okt sepatutnya dah 6 minggu. Masa tu dah cuak gak. Perkembangan baby tak ikut waktunya. Aku fikir takpelah. Malam kan nak pegi klinik cek dan scan. So, malam tu kitorang pegi klinik. Excited nak tengok camne keadaan kat dalam tu. Aku ingat doktor akan suruh aku buat UPT lagi kat klinik untuk confirmkan aku pregnant ke tak. Tapi dia tak buat. Terus scan. Berdebar masa scan tu. Lama dia scan cari. Sambil-sambil dia tanya aku. Banyak kali gak dia tanya betul ke ada 2 line masa aku buat UPT. Aku memang dah cuak sebab tak nampak pape pon kat monitor tu. Perasaan jangan kata lah. Memang nak nangis dah. Then doktor kata dia tak nampak pape. May be sebab kecik sangat dan perut aku tebal sangat. Dia kata lagi jangan risau, tak nampak tak semestinya takde. Dia pesan macam-macam kat aku. Kalau sakit perut macam senggugut teruk, datang jumpa dia. Dia kasi tarikh appointment baru kat aku 27 Dis nanti. Masa tu sepatutnya dah ada heartbeat. Kalau dia scan takde gak, aku kena buat urine test depan dia. Maknanya kena kencing depan dia. Aku taktau la betul ketak. Tapi kan , cara dia suruh buat tu macam selama aku test sendiri tu aku tipu aku punya urine test la plak. Takkan la aku suruh orang lain yang kecing plak kan. Mestilah aku punya sendiri. 

Keluar dari bilik doktor aku dah terdiam tak tau nak cakap apa. Nazmi pon senyap jek. Sebelum balik kitorang singgah makan dulu. On the way pegi tempat makan Nazmi cerita macam-macam tapi aku diam jek. Aku cuma senyum. Tapi air mata dah nak melimpah. Aku perasan cara dia bercerita tak macam selalu. Cara dia seolah-olah nak tenangkan hati dia dan hati aku. Sampai kat tempat makan, aku duduk terus mata pandang kat tv. Aku taknak tengok dia. Nanti aku nangis. Dia yang order semua makanan. Aku dah tak lalu nak makan sebenarnya. Tapi perut dah lapar. Lepas order, Nazmi terus tanya aku doktor kata apa. Masa tu memang dah tak boleh tahan air mata. Aku nangis kat situ gak. Sedih nya Allah je yang tahu. Malu pun dah takde. Lantak lah orang tengok ke hape. Nazmi kata dah lah.. Takde pape. InsyaAllah semua ok je. Aku... entah lah. Hati ibu ni lain. Aku taktau nak expect ape. Sedih sangat. Balik rumah aku terus masuk bilik. Nangis puas-puas. Nazmi just cakap jangan lah sedih sangat. Takde pape. Tu je yang dia mampu nak cakap. Tu pun dah cukup buat aku. Aku tak expect dia nak pujuk aku. Sebab sikap dia memang macam tu. Dia tak pandai memujuk dengan kata-kata tapi aku tau dia sentiasa doakan untuk kami. 

Hari ni, aku EL sebab pagi tadi macam sakit perut nak senggugut. Risau gak aku. Keja aku dah lah nak kena lasak. Hari ni aku rehat je kat rumah. Pagi-pagi tadi nangis lagi. Sedihnya... harap-harap, baby ok je. Aku yakin kat dalam ni ada baby aku sebab aku dapat rasakan perubahan pada diri aku yang aku tak pernah alami. Semua perempuan akan rasa benda tu dan dia akan tahu. Takkan lah 2-2 pregnancy test aku guna tu akan bagi result yang silap. Mungkin aku patut guna yang ke-3. Tapi doktor dah pesan, jangan test lagi sebab result dah positif. Tak mungkin silap. Entahlah. Sekarang aku cuma berdoa baby kat dalam ni selamat dan membesar dengan sihat. Kadang-kadang aku cakap dengan dia, kalau dia dengar aku nak dia tahu, "mommy sayang sangat baby, babah pun sama. Mommy dengan babah dah lama tunggu baby. Harap baby membesar elok-elok dan sihat-sihat sahaja. Kami tak sabar nak jumpa baby tahun depan." 

Untuk kawan-kawan yang baca post ni, aku harap doa dari kalian. Tolong doakan baby aku selamat dan baik-baik sahaja ye. Aku nak sangat dia. Tapi kalau ditakdirkan belum rezeki kami lagi, aku redha. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

note: pada kawan-kawan dalam list FB, mohon jangan post apa2 pasal pregnancy aku kat FB ye. TQ. Sayang korang. Muaaahh.

Friday, September 28, 2012

Janji tinggal janji

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ikutkan janji dalam entry lepas nak cerita pasal sesuatu yang aku hadapi dalam hidup aku sejak kecik lagi. Tapi aku malas belum sempat nak taip entry pasal tu. Ni aku post entry lain dulu ye. Kira cam selingan jek lah. Boleh. Tak boleh pon ada aku kisah? hahahah.

Sesuatu perkara mengaibkan yang tak terjangkau dek akal terjadi ke atas diri aku. Mula-mula aku tak tau nak hadap benda ni macam mana. Tapi aku tepaksa. Trauma sangat sampai tak mampu berdiri. Nasib baik ada suami kat sisi. Walaupun dia tak pandai memujuk, tapi dengan ada dia di sisi, aku rasa selamat. 3 hari aku mengurungkan diri dari dunia luar. Balik kampung. Kerja pun aku tinggalkan, walaupun sepatutnya ada mesyuarat penting yang aku kena attend. Nasib baik bos aku paham kasi aku cuti. Terima kasih ye bos. Aku melarikan diri sebab takut dengan pandangan orang lain. Tapi sampai bila aku nak macam tu kan? Aku kena hadap benda ni. Takkan nak berkurung kat rumah sepanjang hayat aku kan? Nasib baik aku dikurniakan suami sebaik nazmi. Tak kan ada lagi Mohd Nazmi Miskon yang lain dalam hati aku ni. Walaupun dia tak pandai nak pujuk dengan bercakap face to face, tapi dipujuk aku melalui sms. Sweet tak? *sweet la sangat kan?* Dia bagi semangat kat aku, tenangkan aku, nasihat aku supaya terus kuat hadapi dugaan ni. Tu la fungsi suami, ye tak?

Bila difikirkan balik, musibah ni jadi mesti ada sebab. Dan dari kerana musibah ini, mesti ada sesuatu yang baik akan terhasil, kan? Tak faham? Takpe. Tak masuk exam. heheh.. Maaf. Bila perkara mengaibkan ni jadi pada aku, buat aku terfikir.. Mungkin dah sampai masanya aku tunaikan kewajipan aku yang 1 itu. Jadi isteri yang solehah dengan menjaga aurat yang hanya suami aku je boleh tengok. Sekarang bukan tak tutup aurat. Tapi boleh kata bungkus jekla. Bukan tutup. Bungkus dengan tutup tak sama ye kawan-kawan. Walaupun aku bertudung, baju lengan panjang, tapi kadang-kadang tudung aku singkat, baju aku ketat. Tesembul lemak sana-sini. Gunung-ganang pon nampak tesembul. Aku mengimpikan untuk berjubah dan berniqab@purdah. Aku tunggu saat-saat itu. Bila agaknya aku dapat pakai macam tu ye? Dengan keadaan kerja aku sekarang agak mustahil aku nak pakai macam tu. Kang nak pakai baju korporat dah macam mana pulak kan? Mungkin Allah duga aku sebegitu supaya aku dapat betulkan apa yang selama ni aku dah salah buat. Ya Allah... Ampunkan dosa hamba Mu yang sering terlupa ini Ya Allah.. Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah buat insan yang menganiaya aku dan semoga Allah memelihara aib aku dan suami ku dan lindungi kami dari fitnah dunia. Doakan aku baik-baik saja ye kawan-kawan. Sayang kamu semua. XOXO.

note: aku dah buang segala gambar aku, suami dan keluarga aku dalam blog ni. Yang tinggal hanyalah gambar yang takde kena-mengena dengan diri aku dan keluarga aku. Aku buat semua ni demi menjaga keselamatan, maruah dan aib keluarga aku. So, agak-agak kalau baca entry begambar tapi takde gambar yang keluar, jangan lah gelabah sangat nak refresh banyak kali. Memang aku dah buang gambar nye. Caption jek yang tinggal. Aku malas nak edit. Korang bayangkan je la sendiri macammana rupa gambar tu dengan caption yang aku bagi ye. Hehehe.. Harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali. Lepas ni memang takkan ada gambar aku mahupun suami ataupun family aku akan muncul dalam blog ini. Sekian, terima kasih.


Wednesday, September 19, 2012

Anak buah baru


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Raya dah abis. Cerita pasal raya pun tak ada kat sini. Hahahaha.. Janji hari tu nak cerita. Tetiba cam malas.  Hehehh.. Kalau dah angin malas tu sampai, berbulan la aku tak update blog. Takde apa yang menarik pun nak diceritakan pasal raya. Raya kali ni aku masih lagi berdua, belum ada rezeki nak bertiga. Adik aku no. 3 yang baru kawen bulan 2 hari tu, Alhamdulillah.. Dah sampai rezeki dia. Tahun depan, tambah lagi 2 lah cucu ayah dan ibu aku. Adik yang no. 2 pun tengah pregnant. Makin meriah lah rumah ayah ibu aku dengan cucu-cucu diorang. Sekarang Cuma ada Qaisara je. Tu pun dah riuh rumah. Tambah lagi kang tahun depan  adik dengan sepupu dia, mau tak tunggang langgang rumah. Heheheh..  2 minggu lepas adik ipar aku bersalin. Adik pada nazmi. Bersalin 4 Sept pukul 12 kot, kat HAS, JB. Petang tu lepas keje aku terus pegi tengok. Seronoknya dapat baby. Dah sepasang anak diorang. Yang sulung perempuan. Ni lelaki plak. Nama dia Muhamad Aniq Anaqi. Aniq? Mengingatkan aku pada seseorang. Hahahah… Lupa nak habaq mai. “Seseorang itu” yang pernah muncul dalam hidup aku suatu ketika dulu, dah kawen dah pun. Kawen dengan girlpren dia tu lah. Dah memang dia sayang girlpren dia tu. Dok gatai dengan aku pasai pa tah aku pon tak tau. Bangang betui. Kawen jugak awak akhirnya. Yelah. Duit dah cukup, becinta lelama nak buat apa, ye dak? Semoga kekal jodoh hingga akhir hayat. Jangan dok buat perangai tetiba pi cari awek buat spare part plak. Kang saya tolong yuni pegi santet awak baru tau. Tak tau santet tu apa? Lagi bagus. Hahahha..  Oww.. termelalut plak. Cerita balik pasal baby. Masa gi tengok baby tu, nazmi muka excited tak hingat bila nampak baby. Baby tu dok atas katil, tido. Mak dia dok atas kerusi. Yang Nazmi datang terus duduk kat atas katil dokngadap muka baby tu tido. Alahai… kesian laki aku sorang ni. Harapkan anak buah jekla. Anak sendiri taktau lagi bila nak muncul. Sabar la ye yang. Belum rezeki kita. Berusaha lagi lah ye. Heheheheh…

Seronoknya ada baby kan? Seronok rasa pengalaman mengandung, bersalin. Walau penat bawak perut besar, tapi rasa bangga sebab dalam tu ada insane bernyawa yang akan lahir, yang InsyaAllah kalau betul didikan nya akan menjadi anak yang soleh@solehah yang akan mendoakan kita bila kita dah mati nanti. Kalau tengok orang pregnant, dapat baby, aku teringin sangat nak rasa semua tu. Kadang-kadang sedih sensorang. Kadang-kadang rasa cam, apalah dugaan yang Allah bagi kat aku ni? Nak uji kesabaran aku ke? Atau nak uji kesetiaan suami aku? Tapi Allah tu kan Maha Pengasih, Penyayang. Allah takkan uji hamba-Nya kalau kita tak mampu nak hadapi. Aku yakin ada hikmah disebalik ujian ini. Kalau difikirkan balik, dalam keadaan ekonomi kami berdua tak kukuh lagi, memang sesuai la kami belum ada anak. Memang kalau nak diikutkan, setiap anak tu, ada rezekinya. Tapi kan Allah Maha Mengetahui segalanya. Mungkin Allah tak bagi lagi kami rezeki yang satu tu sebab mungkin Dia tahu kalau kehadiran anak dalam masa terdekat ni akan memudaratkan kami, rumah tangga kami. Mungkin? Siapa tahu kan? Allah dah aturkan semuanya. Kadang-kadang aku Tanya kat diri sendiri, adakah aku nak anak sebab aku dah bersedia atau sebab aku nak buktikan pada orang lain yang aku juga mampu ada anak, aku juga boleh mengandung. Ya Allah, minta dijauhkan perasaan itu. Aku nak anak bukan nak buktikan pada orang yang aku mampu untuk bagi zuriat pada suami aku, tapi aku harap akan ada zuriat keturunan aku yang mampu mendoakan aku dan suami aku bila kami dah takde kat dunia ni. Doa anak soleh untu ibubapanya.
Kalau lah sememangnya aku tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang ibu, InsyaAllah aku redha. Sekarang pun aku dah cuba bersedia dengan kemungkinan itu. Dan InsyaAllah, aku juga bersedia untuk izinkan suami aku bekahwin lagi kalau dia mintak. Walaupun aku selalu gurau dengan dia tak nak kasi dia kawen lagi, tapi jauh disudut hati aku, aku izinkan kalau itu yang dia mahu. Kalau aku tak mampu bagi apa yang dia nak, tak salah untuk berkorban kan? Aku selalu cakap pada dia, kalau mampu, boleh berlaku adil, apa salahnya, kan? Sejak hari pertama aku menjadi isteri, aku telah bersedia untuk menerima takdir seandainya satu hari nanti dia memohon keizinan aku untuk bernikah lagi. Cuma 1 yang aku harapkan, cinta, kasih dan sayang dia untuk aku takkan pudar walaupun dia dah punya isteri lain. Aduhai. Sebak la plak. Hahahah… Jangan salah faham ye. Nazmi tak minta nak nikah lagi. Alhamdulillah, setakat hari ni, didalam pengetahuan aku takde lah plak dia gatai nak menikah lagi kan. Tak tahu lah kot kalau dah masuk tahun ke-5 kawen pon still takde anak dia sibuk nak menikah, aku bagi jekla. Takkan tak bagi kan? Poligami tu kan halal. Tak berdosa pun. Yang berdosa kalau suami tak boleh berlaku adil. Betul tak? Memang orang kata bercakap tu senang, kita tak alami, tak hadapi, kita tak tahu. Tapi aku cuba bersikap positif. Kalau itu yang suami aku mahu kan, InsyaAllah dengan hati yang redha aku izinkan. Nak suruh aku pinangkan pun, InsyaAllah aku boleh pinangkan. Ayang teringin nak menikah lagi ke? Boleh sayang pinangkan. heheheh *sambil asah pisau potong daging tajam-tajam.. hahahhahaha… psiko!!*.


Untuk kekasih kesayangan adinda,

Tak perlu diungkapkan dengan kata-kata, Ayang tahu banyak mana sayang, cinta dan kasih Sayang untuk Ayang kan? Walaupun sejak duduk bersama kita jarang ucapkan “I love U” tapi Sayang nak Ayang tahu, cinta Sayang buat Ayang terlalu banyak. Sayang harap kalau lah kita ditakdirkan tak kan punya anak, cinta dan sayang Ayang untuk Sayang tak berkurang. Sayang berdoa supaya kita kekal suami isteri hingga ke syurga.

Eh? Ada yang lap-lap airmata ke? Tadi memula cerita happy. Dah hujung-hujung buat cerita sedih la plak kan. Suka mainkan perasaan orang tau Rifqah nih. Heheheh… Dah-dah… kang meleleh hingus plak. Heheheh.. Oww… ye.. sebelum terlupa. Nak ucapkan Selamat Pengantin baru buat Puan Ezzana dan suami, Encik Shahir. Semua kekal jodoh hingga ke syurga dan semoga dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Buat Cik Meera pula, Selamat Bergraduasi. *eh, betul ke wish aku tu?? Hentam sajalah labu…*. Buat kawan-kawan dan adik ipar yang baru dapat baby tu, tahniah ye. Selamat menghadapi hari-hari indah bersama keluarga. InsyaAllah ada masa, aku post entry lagi. InsyaAllah entry akan datang aku nak revealkan sesuatu yang tak ramai orang tahu tentang aku yang dah lama aku simpan. Hanya yang family dan kawan-kawan rapat je yang tahu. Aku nak cerita pengalaman aku lalui benda ni dari kecik sampai dah kawen. InsyaAllah. Terima kasih pada yang sudi singgah. Jangan serik ye singgah sini.

(^___^)v
XOXO
Pssttt: dah lama tak buat smile dengan kisses n hugs ni kan?


nak duk atas pangku takut lumpuh lak suami kesayangan hamba ni. heheheh...