K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Jangan cuba untuk mengatakan yang kau faham bebanan yang ditanggung seseorang tu kalau kau sendiri tak mengalaminya.

Jangan cuba untuk kata, "alah... masalah kecik je. tu pon nak kecoh." kau tak mengalaminya, kau tak berada ditempatnya, kau takkan pernah faham. Mungkin bagi kau itu kecik, tapi bagi orang lain, itu masalah besar.

Hoiii!! apa yang kau mengarut ni??? haih.. pagi2 da meroyan. apa kes la.. hahah.. *ok..gelak2 sebelum kau nangis*.. dah.. dah.. aku rasa mata aku da macam mata ikan. dok bocor jek dari pagi tadi. sakit da pale aku ni ha. ni baru 2 bulan. berapa lama lagi nak hadap keadaan macam ni?? aku ingat aku kuat, tapi.. hampeh. kadang2 macam tisu gak hati ni. kadang2 aku rasa letih sangat. letih dengan perasaan sendiri. sampai bila aku nak macam ni. lagi satu yang aku letih bila orang tanya, "da ada ke??" eh. ada apa ni? lemak? memang banyak. huhuh.. tau tak soalan tu buat aku stress. seryes aku stress. bila aku stress, migrain datang. bila migrain datang, boleh jadi gaduh tahu. nanti mula En. Nazmi risau kat aku, bebel tanya apa yang aku dok pikir sangat. kepala aku sakit okeh. bila kena bebel2 lagi bukan kepala je sakit. hati pon boleh jadi sakit. dok jauh2 ni, cepat sentap tau ati ni. da la susah nak pujuk. kalau dok dekat bila gaduh senang jek. peluk je la bini or laki kau. sejuk la sikit ati diorang. bila jauh camni, da sentap2 nak peluk apa??? peluk bantal? boleh blah. kalau da sentap tu, tutup phone, tutup muka dengan bantal dan tido la sampai pagi sambil nangis bawah bantal tu. bangun la dengan mata kau bengkak2 da cam mata ikan.

sejak kawen, seryes hati aku cam tisu. sentap sikit mula la mata aku nak bocor jek. eh, kenapa ek?? lagi 1, sejak kawen aku memang neves gila tunggu period. hehehh.. kadang2 aku doa takyah la period bulan ni. takpon kalau nak period, period la hari ahad, boleh??? hahahaah.. gile. sapa yang PJJ (Pasangan Jarak Jauh) cam aku ni je yang paham menda ni. haahah.. kau boleh bayang camne muka laki kau bila da seminggu tak jumpa, tetiba jumpa weekend kau kata kau period. eh, sori. ni tade la 18sx sangat kan??? hehehh. mesti muka dia senyum2 kelat sebab kena puasa lagi seminggu. ini boleh mendatangkan marah tahu??? da la lama nak tunggu seminggu, alih2 kena tambah lagi seminggu. tak rasa cam nak gigit2 jari???

dari hari first kawen, aku memang doa sangat2 dapat baby cepat. aku taknak tunggu lama2. kalau boleh hujung tahun ni da ada anak sorang. kalau kembar lagi bagus. tu bonus. tekanan tu makin terasa bila orang sekeliling tanya,"da ada gud news ke?", "da pregnant ke???", soalan dari family memang takde la. diorang tak tanya pon cam dulu2 bila aku tak kawen lagi, family aku takde sebok2 nak amik tau pasal bila aku nak kawen. so sama la cam sekarang. family aku takde nak sebok2 tanya aku da pregnant ke belom. diorang pon paham. tapi kawan2 dan orang sekeliling yang tak paham. pertanyaan diorang memang buat aku tertekan. tau tak betapa aku memang sangat2 nak baby cepat. tapi tu bukan kuasa aku. Allah yang tentukan rezeki aku. rezeki aku belum ada lagi. Allah tetapkan apa yang terbaik untuk aku. mungkin Allah taknak bagi cepat2 sebab aku dok jauh dengan husband. mungkin kalau aku ada anak, aku tak mampu nak handle sorang2. sebab tu Allah belum bagi lagi rezeki tu kat aku. so aku kena la redha. cuma kadang2 aku sedih gak la.

pada orang lain, mungkin diorang kata, "ala... baru 2 bulan kawen... tu pon kecoh. macam da 2 tahun." pada yang cakap macam tu, kau takkan paham. kau paham tak bila kau memang nak sangat sesuatu benda dan kau memang tunggu benda tu but then tetiba kau tak dapat. kau kena tunggu lama lagi. kau paham tak kekecewaan nya. oh. kau memang tak paham. sebab kau tak rasa. kau tak lalui nya. so, dok diam2. jangan cakap pape yang boleh menambah luka dihati.

tapi... aku patut bersyukur. ade pasangan lain, lagi susah daripada aku. tak yah tengok jauh la. pak cik dengan mak cik aku contoh terdekat. contoh pertama, adik bongsu ayah aku. aku panggil busu. busu aku ni kecik la sangat orang nya. husband die besar giler kalau nak banding dengan dia. husband dia ade la besar angah raja lawak tu. busu aku plak besar sapa ek?? aku rasa cam besar Elfira Loy tu jek kot. diorang kawen da masuk tahun yang ke-10 tahun ni. tapi belum ada rezeki lagi. usaha da macam2. tapi da Allah kata rezeki tu belum ade, so belum la ada lagi. adik bongsu ibu aku pon sama. aku panggil ucu. aku tinggal dengan dia kat KL. wife die pon kecik gak orang nya. tapi besar sikit kot dari busu aku tu. may be sebab dia tinggi sikit kot. diorang ni da masuk tahun ke-5 kawen. pon belom ade rezeki lagi. jadi takyah la nak heran yang dok jauh ni tak sangku2 lagi. yang dok sekali da betahun2 pon tak sangkut lagi apa cerita??? tu semua bebalik pada takdir Allah. Allah da tetapkan rezeki kita semua. cuma kita kena la usaha. dah usaha doa la banyak dan redha la dengan ketentuan-Nya. yang penting, usaha.

ok. aku nak pegi berusaha ni. eh. tak boleh. kene keje. oww.. lagi pon usaha kena postponed minggu depan. minggu ni tak boleh. heheh.. sori ye yang. takleh nak control. kalau boleh control cam kepala paip, lain la cerita kan. eh. apa aku mengarut ni. chow lah. bai.

XOXO

7 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

luahfikiran said...

SALAM,
BETUL, DALAM KONTEKS HUBUNGAN KITA DENGAN ORANG, SIFAT EMPATI AMAT PENTING. KITA MELETAKKAN DIRI KITA SPTMANA DALAM KEADAAN ORANG LAIN. BARULAH KITA DAPAT MEMAHAMI.

Nazhatul said...

LF:

W'salam. ye LF. cuba meletakkan diri kita dlm situasi tu. tapi tetap tak sama. kita yang mengalaminya je yang tahu.

Eyzan Encha said...

chaiyok2, ayip..jangan emo lame2 sangat, jangan sentap2 selalu. nanti bibi segan nk landing dlm perot.hehe.. (ape aku ngarut nih)

kuatkan semangat. Ekin pn macam ko jugak, dah 1 tahun kawen.

usaha, ikhtiar, tawakal. insyAllah.

Nazhatul said...

Ejan:

thanx ejan. heheh.. biasa la orang pompuan bile dtg bulan emo lebih. hahahaah.. hal kecik pon nak sentap bagai sampai bengkak2 mata. tah pape jek. aku ok. cuma kadang2 aku rimas bila orang tanya or usik2 aku da ada ke, da ada ke.. eh. mmg aku dah ada. ada laki. ada masalah ke?? huhhu.. geram tau!

Eyzan Encha said...

bole tahan jugak sentap ko nih.hehee

FadzMeera said...

sis,lawak la sis nih...org doa kn sis yg t'baek yar...dpt baby cepat2..xpa, ada rezeki, cpt lah dia..^^

purplishvanilla said...

jgn sentap2 beb..try kuatkan ati ok..nnt adela tu bby...bnyk2 berdoa tuk dpt bby...diiringi dgn usaha..slalu org yg nk bby sgt,mesti ade bnyk dugaan..kan,sabo ajela,Allah bg ujian kpd makhluknya tuk menguji sejauh mn kesabaran kita di dunia ini....diharap Pn Rifqah & En Nazmi dpt bersabar lgi..pasti ada sinar dihadapan....=)