Assalamualaikum & salam sejahtera.
Wah..wah.. wah... Rajin pulak Rifqah ni bersiaran. Hahahah... Rajin tak rajin sangat lah. Saje nak semak-semak kan mata orang lain dengan tulisan merapu nih. Sebelum tu, nak say hai kat kawan-kawan yang baru join blog ni. *macam la rajin diorang nak baca blog kau ni kan?*. Thanx sudi follow blog yang tak seberapa ni. Sebenarnya takde lah banyak benda nak cerita pun. *sila jangan percaya. kalau dah sawan menaip sampai, takde maknanya entry tu nak pendek.*. Aku cuma nak cerita pasal raya je kot. Yelah, kan tengah mood raya lagi ni kan? Ok-ok. Tak yah mengarut lagi.
So, tahun ni, tahun kedua aku beraya sebagai seorang isteri. Tapi masih belum sebagai mama lagi. Rezeki belum sampai dik non. Akak redha je. *yelah tu kan.* Dan yang bestnya, tahun ni turn beraya kat my kampung. HOYEAHHH!!! *macam la kampung kau dengan hubby tu jauh sangatkan??*. Walaupun kampung kitorang ni takde lah jauh mana, tapi suami ku ini pesen lain macam sikit. Kalau dah kata tahun tu turn beraya kat belah dia, memang sakan la beraya sampai tak sempat i nak jumpa ibu dan ayah tau. Macam tahun lepas, raya ke-4 baru muncul kat rumah ibu dan ayah. Ibu dengan ayah pun dah kerja dah. Dah lah ibu ayah pesen cuti raya tak lama. Boring je akak ni tau. Sentap sensorang. Oleh itu, tahun ni pun beraya sakan di kampung. Seronok giler lah bekumpul adik-beradik. Tapi yang tak seronoknya on the way balik kampung, tereksiden lah pulak kan. Alkisahnya, hari jumaat dapat lah half-day. Kengkonon lepas Jumaat terus lah balik kampung. Tapi gedebak-gedebuk mengemas bagai, pukul 4.00 petang baru kitorang bertolak. Dah check semua rasa-rasa takde tinggal pape. Sekali dah gerak dalam 5km kot, baru teringat kuih batang buruk nak kasi mak mentua tertinggal lah plak. Masa tu dah cakap je dengan hubby takpelah tinggal. Tapi dia insist nak patah balik. Ok, fine. Patah lah balik. Dah amik kuih tu, kitorang pon gerak lah balik. Sekali keluar simpang kat, boleh lah pulak suami ku ini belanggar dengan kereta dari simpang bertentangan. Aku ni tak kisahkan kereta tu walaupun tu kereta aku. Tapi kisah kan laki yang nak mengamuk nih. Dalam hati punya la kecut perut ni takut dia mengaruk kan. Ye lah. Dah bersalah. Sapa suh tinggal barangkan? *tapi I tak suruh pun patah balik okay??* Dah dapat rasa dah ada benda tak best nak jadi. Sebab orang tua-tua kata, kalau dah jalan nak pegi mana-mana tu, jangan patah balik. Takut ada benda tak elok jadi. *jangan nak pecaya sangat ye dik non. kang kurafat plak.*. Orang kata, benda dah nak jadi.. ye tak?? Aku ni dah memang kecut perut dah tengok muka laki dah lain macam. Macam nak makan aku pon ada muka dia tu. Dah belanggar tu, duk tepi la nak settle semua. Laki aku duk amik gambar tempat yang kena langgar. Masa tu lah aku baru realize yang bateri kamera dah abis dan yang paling best, charger tetinggal kat rumah. Bagus tak? Memang saja nak kasi laki tu naik antu tau. Aku cakap slow-slow jek kat dia, charger tetinggal orang amik jap ye. Dia muka dah tahap menyampah dah. Hahahaha.. Nak nangis rasa. Aku pun jalan kaki jek la balik rumah. Pasal dekat je pon dengan tempat kejadian. 50 meter pon tak sampai agaknya. Dah settle amik barang, aku duk diam-diam dalam kete tak cakap apa pun. Menikus aku ketakutan. Hahahaha.. Walaupun laki I tu muka camtu, nampak cool orang kata, tapi kalau dah marah punya lah kecut perut ni taktau nak kata lah. Aku ni kalau dia dah marah, memang aku diamkan aje tak cakap pape. Kang kalau aku becakap kang aku takut la orang bukak puasa makan nasik, aku bukak puasa makan penampar. Jadi, bila dia tengah marah, lantak kan situ. Jangan cakap pape. Cuba cool kan dia pun jangan. Kang lagi panas ada la. Ada la sejam nak settle kan semua siap pegi balai polis bagai. Yang lawak tu, laki aku tengah ngadap polis buat report, pompuan chinese yang eksiden dengan kitorang ni nak mintak settle luar jek. Tak yah report polis. Nasib baik la polis tu ok. Polis tu cecepat delete report laki aku. Pasalnya, yang eksiden dengan kitorang ni pun takut kena saman. Pasal 2-2 kete tu 3rd party. Pemandu takde kena-mengena dalam geran kete. Kan boleh kena saman RM300 kan? Daripada bayar saman, baik buat repair kete. Kalau repair pon tak sampai lah RM300. Dah settle luar, terus lah balik kampung. Kitorang balik rumah mak nazmi dulu. Bukak puasa kat sana. Sampai tu, menonong je orang tua tu *laki I lah, sapa lagi* masuk rumah. Tegur orang pun tak. Dah tu, terus start motor keluar nak gunting rambut. Aku lak kena menjawab dengan orang kat rumah. Tapi diorang semua dah paham dah dengan perangai laki aku. Abang ipar aku siap pesan, kalau dia cam tu diamkan aje. Jangan cakap pape. Yang diorang pelik tu, tuan punya kereta *akulah tu* takde pape, tukang bawak lak emosi telebih. Laki I memang emotional. hehehe... Muka je cam tu tapi hati kaca tau. Ok-ok. Dah-dah mengumpat laki I. Dah yeye 'oh mintak maaf siap nangis-nangis bagai raya hari tu, ni mengumpat dia plak.
Eh... Panjang lah pulak. Belum lagi cerita pasal raya. Heheheh.. Kan dah kata mesti panjang ceritanya kan? Nak sambung ke tak? Tak yah la ek? Nanti korang malas nak baca. Esok-esok la aku cerita pasal raya plak ye. Heheheh... Nah aku tepek gambar raya 1 sebagai pengubat ridu korang. Ecewah... rindu lah sangat kan?? *tangan dibahu, mata ke atas*.
Orang lain puasa kurus. Aku puasa gemuk gak. Laki aku gak yang kurus.
1 buah fikiran ditabur ke kotak komen:
hahhaha kelakar la crita ko,mula2 mcm cerita seram xcident jer,pastu gelak2 je memanjang...laki ko tu jgn ditegur,kang mkn penampor..hehhe,lwk2...
Post a Comment