Assalammualaikum.
Salam Ramadhan.*dah nak abis puasa baru kau sibuk2 nak salam2 bagai*
Macam terlupa lak aku ada blog. heheh.. Tengok kat blog sendiri last post entry April lepas. Pemalas gila kau ni rfiqah dah berbulan tak reti nak update blog. Baik kau tutp je blog ni kan? oww.. aku memang sengaja salah eja nama sendiri. *sebenarnya dah tesilap malas nak backspace, teruskan sahaja menaip*
Dah-dah. Tak payah nak mengarut sangat. Sebelum aku membebel lebih panjang, *macam biasa, kalau sekali-sekala muncul aku kan suka taip panjang-panjang. ok merepek lagi. diam.* nak terima kasih banyak-banyak pada blogger Ujang yang mempunyai seorang baby girl yang sangat cute sebab aku join teka-teki kat blog dia. Kebetulan dalam senarai pemenang dan disebabkan dia kan ramai pengikut, jadinya ada beberapa pengikut dia dah datang singgah sini dan ada yang follow blog tak ber"update" ni. Terima kasih banyak-banyak. Panjang sungguh explanation aku. heheheh..
Sepanjang tak update blog ni, nak kata aku busy macam tak. Nak kata tak, aku busy sebenarnya. *Kau ni memang tak tetap pendirian lah rifqah!!* Ok-ok. Aku agak busy sebenarnya dengan kehidupan kat sini. Sejak-sejak duduk kat PPK ni, memang cam huru-hara sikit. Kat sini memanjang lah meeting. Weekend pon kekadang meeting. Kekadang lak ada program masa weekend. Makanya, walaupun sudah tinggal di dalam negeri Johor dan kampung takde lah jauh mana, tapi aku tetaplah jarang-jarang balik kampung. Ada bulan berapa tah aku tak ingat, sebulan keje tetiap hujung minggu meninggalkan suami di rumah dan tak sempat nak balik kampung. Punya lah sibuk. Sampai ibu aku pon complaint sebab asik keja aje. Suami aku? Tak payah kata lah. Walaupun mulut tak berkata-kata, tapi kepanjangan muncung bibirnya dah menggambarkan perasaan nya saat ditinggalkan dan saat menunggu aku lewat pulang ke rumah.
Macam beberapa minggu lepas aku sibuk dengan jual ikan. Oww ye. Sekarang aku dah jadi pengurus projek. Dah tak jaga hal ehwal korporat. hohoho.. akan tetapi nya, kalau ada pemborong amik ikan, memang masaklah aku kat kolam. Seminggu sebelum sepuasa hari tu, aku kat kolam dari pukul 12 tengahari. Kulit aku yang dah sedia gelap bertambah-tambah kegelapan nya. Nasib baik tak gelap cam kunta-kinte. Kalau tak, ibu aku pun tak kenal aku dah. Awal-awal puasa pun begitulah kejadiannya. Nasib baik bukan aku yang kena tarik jaring tu. Kalau aku yang kena tarik, memang selamat tinggal lah puasa. huhuhu.. Bila ada jual ikan, memang waktu balik kerja aku dah meleret-leret lah lambat nya. Pernah aku kat kolam sampai pukul 7.30 malam. Masa tu aku puasa ehem.. ganti. Aku plak tak prepare apa-apa nak buat bukak puasa. Yang aku ada hanyalah gula-gula fishermen friends. Bukak posa makan gegula jek? Bersyukur lah nak. Daripada kena kunyah rumput atau sekadar korek hidung nak batalkan puasa. *bukan korek idung tak batal puasa ke??*. Masa tu suami aku tengah tunggu aku kat ofis dari pukul 5.30 petang. Kau boleh bayang aku punya ngeri nak mengadap wajah suami tercinta setelah 2 jam setengeh dia tunggu?? Aku sampai ofis pukul 8 malam. Tu pon memecut macam apa. 15 minit je dari kolam ke ofis. Biasanya setengah jam. Seperti biasa, memang kena silent treatment lah aku. huhuhu.. Suami aku ni pesen pompuan sikit. Kalau tak puas hati ke, marah ke, dia diam jek malas cakap. Muka nak ketat jek. Aku cakap pon dia malas layan. Kalau aku tanya dia nak jawab sepatah tu dah bersyukur lah tu. Kalau tak, dia pakai angguk geleng tu pun mujur lah kan. Kengkadang tu, bolayan terus. Eh, tapi dengan orang lain boleh lak dia merenyeh. Sentap ahkak ni tau. Tapi nak buat camne, kalau aku yang kena tunggu pun sama gak muncung nya. Lagi dasat pun ada. hehehe.. Kengkadang bila kat kolam dah pukul 5.30, aku dah nak menangis dah. Pasal aku tau nanti suami aku mesti tarik muncung punya. Susah hati gila kot. Eh, tapi kan, kalau dia panas ati ke, marah ke, merajuk ke, kang balik rumah aku sibuk besilat kat dapur, dia mesti kemas-kemas bilik, sapu-sapu sampah kat ruang tamu, kat luar rumah. Tu yang best nya. heheheh.. Dia lagi rajin daripada aku. Aku rajin masak jek. Tu pun tepaksa rajin. ahhaha.. Pergh... sukati je mengata laki sendiri kan??? heheheh... ampun kan sayang ye yang. Termengumpat ayang. heheheh..
Tahun ni kali ke-2 aku berpuasa sebagai seorang isteri. Tapi oleh kerana aku duduk sama dengan nazmi start raya tahun lepas, jadinya, tahun ni tahun pertama lah aku kena bangun pepagi buta masak nasi+lauk untuk sahur. Sebelum-sebelum ni memang aku tak pernah bangun masak. Aku bangun makan jek. Semua ibu aku dah ready kan. Siap cedok nasi skali. Aku bangun tinggal makan je. Bagus tak perangai??? Jadinya, korang paham-paham jeklah bila tahun ni tahun first kena bangun masak sahur. Mula-mula aku rajin gak lah. Pukul 4 pagi dah kat dapur. Dah tengah-tengah puasa pukul 4.15 baru hegeh-hegeh bangun. Sekarang, lagi haru. Pukul 4.30 baru sibuk bangun. Tu pun separuh hati je. Bukan separuh, suku jek pun. Mana nak dapat pahala kan? Tak ikhlas tau. Lagi plak tahun ni tah kena penyakit apa, aku dapat cuti puasa sampai 10hari. Jenuh nak menggantinye. Sepanjang cuti puasa, aku kena lah jugak bangun masak. Dah kalau tak masak kang suami ku sayang nak sahur apa plak kan? Dah tu, pesen suami aku ni tak suka makan lauk yang dipanaskan. Jadinya kita kena lah masak lauk baru ye puan-puan. Aku pun memang jenis sekali masak sikit je. Tapi kalau masak berkuah, aku tak reti sikit. Ada sekali masak tomyam, banyak nye macam kan nak makan 10 orang. Padahal bertiga je yang nak makan. Ni dah hujung-hujung puasa ni aku dah rasa malas gila nak bangun masak sahur. Yang buat aku tambah malas tu, aku ni masak la beria nak kasi laki ni makan, kalau tak kang melepek je kelaparan siang hari kan. Tapi, dah memang jenis laki perut kecik. Perut tak boleh nak kembang macam bini dia, makan sahur nye alahai.... seto'et je nasik dalam pinggan. Sesenduk je makannya. Dah tu makan punya la lama. Yela.. mengunya ikut sunnah. Kadang-kadang berangin gak aku ni. Penat aku bangun masak pepagi, dia makan sikit la sangat. Tak berbaloi dengan kepenatan aku memasak. Ni dah hujung-hujung puasa dia cakap sahur tak yah masak, makan roti je. Aku macam tak caya je laki aku cakap macam tu. Tapi takde maknanya lah. sekali lah kitorang makan roti. Lepas tu mintak nasi jugak. Nasib baik i sayang u tau. Masaklah jugak untuk suami ni walaupun teramatlah malasnya. Nasib baik ayang dapat isteri macam sayang yang menurut perintah tanpa bantahan *ye jek tak membantah. padahal menghempas je kejenye kat dapur. kantoi!! hahah*, kalau ayang dapat bini cam angah, alamat makin kurus lah ayang tu. Tak sabar nak tunggu puasa habis. Bukan sebab nak raya, tapi sebab dah tak lalu nak bangun pagi-pagi buta memasak kat dapur. Alangkan masak sarapan pukul 8 pagi pun aku malas, inikan pulak sahur pukul 4 pagi. Memang malas sesangat lah kan.
Raya tahun ni giliran rumah aku. YEAAYYYY!!!!! Dah deal dengan nazmi. Raya rumah ibu kena sama cam rumah mak abah tahun lepas. Maknanya, raya ke-4 la baru jumpa jalan pulang ke rumah mertua. Kira adil la kan. Walaupun rumah kitorang ni dekat, tapi dah macam sorang kampung kat utara, sorang kat selatan. Dah pesen nazmi camtu, aku tepaksa la ikut. Sedih tau raya tahun lepas. Orang dah tak raya, baru dapat jumpa ibu ayah. Ibu dengan ayah aku dah naik keje kot aku baru balik rumah diorang. Sentap sensorang. hahahah. Tapi sebagai balasan nya, sebelum raya kena berkampung kat rumah mak. Tahun ni mak raya bertiga je dengan abah dan abang nye nazmi. Kalau adik nazmi dah bersalin, meriah lah sikit kot. Pasal yang lain-lain memang giliran rumah mentua tahun ni. Rumah aku meriah camtu je la. Tambah sorang ahli baru je. suami adik aku yang no. 3. Tahun depan lagi meriah ayah ibu aku. Cucunya tambah lagi 2 orang. Insya Allah kalau dah sampai rezeki aku masa tu, jadi 3 orang la kot. Buat masa ni yang confirm 2 orang je. Sedih-sedih. Pasal ni, lain kali aku cerita. Tak nak rosakkan mood nak raya. hehehe..
Raya tahun ni giliran rumah aku. YEAAYYYY!!!!! Dah deal dengan nazmi. Raya rumah ibu kena sama cam rumah mak abah tahun lepas. Maknanya, raya ke-4 la baru jumpa jalan pulang ke rumah mertua. Kira adil la kan. Walaupun rumah kitorang ni dekat, tapi dah macam sorang kampung kat utara, sorang kat selatan. Dah pesen nazmi camtu, aku tepaksa la ikut. Sedih tau raya tahun lepas. Orang dah tak raya, baru dapat jumpa ibu ayah. Ibu dengan ayah aku dah naik keje kot aku baru balik rumah diorang. Sentap sensorang. hahahah. Tapi sebagai balasan nya, sebelum raya kena berkampung kat rumah mak. Tahun ni mak raya bertiga je dengan abah dan abang nye nazmi. Kalau adik nazmi dah bersalin, meriah lah sikit kot. Pasal yang lain-lain memang giliran rumah mentua tahun ni. Rumah aku meriah camtu je la. Tambah sorang ahli baru je. suami adik aku yang no. 3. Tahun depan lagi meriah ayah ibu aku. Cucunya tambah lagi 2 orang. Insya Allah kalau dah sampai rezeki aku masa tu, jadi 3 orang la kot. Buat masa ni yang confirm 2 orang je. Sedih-sedih. Pasal ni, lain kali aku cerita. Tak nak rosakkan mood nak raya. hehehe..
Dah..dah. Aku tulis panjang-panjang ni sapa je nak baca ye tak? heheh.. Nanti kalau aku rajin ada masa, aku update blog lagi ye. Sebelum tu, dengan ini saya Qhaishatul Rifqah ingin mengucapkan,
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf andai terkasar bahasa, tersilap kata, terkecikkan hati. Hati-hati memandu dijalanraya. Ingatlah insan tersayang. Pesanan khidmat masyarakat ini dari peladangjbsdotfm.*mengarut sudah*"
2 buah fikiran ditabur ke kotak komen:
entry ni pon lwk..dahsyat la ko,bgun pagi2 msuk hempas2 kat dapur...perut ko besar dri nazmi ek,dia mkn secoettt jer..kelakarlahhhh
eila:
hahahha... dia memang perut kecik. Makan sahur sikit jek.. Tak berbaloi dengan kepenatan aku masak. hahahah... Tapi dah sayang suami kan.. masaklah jugak. heheheh..
Post a Comment