K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 19, 2012

Kisah cinta

Assalamualaikum, salam sejahtera.


Wah!!! Lama betul tak bersiaran. Bajet cam Dj radio la plak nak bersiaran bagai kan? Sori bebanyak la pada yang rajin singgah tapi takde pon entry baru. Tepaksa la berlalu pegi dengan rasa kecewa, ye tak? *perasan!! bajet sangat kau ni!!*. Lately aku busy sangat. Tak sempat nak mengarang entry baru *ye la tu. blogwalking sempat plak kau kan??* hehehh.. Bukan tak sempat sebenarnya, tak rajin jek. Banyak lagi kerja aku kena buat. Jadi nak update blog pon malas. So, entry hari ni aku nak tulis pasal apa ye? Takkan nak membebel pasal life aku sekarang. Nanti korang malas nak baca. Entry hari ni aku nak cerita kisah cinta. HAHAHAHHAHAHA!!! Cinta la sangat kan. Orang yang aku benar-benar cinta, yang betul-betul buat aku jatuh cinta, suami aku je. Yang sebelum-sebelum tu, aku tak tau nak kategori apa. Nak kata cinta, bukan tu yang aku rasa. Lebih kepada bereksperimen kot. hahahah. Jahat! Ok-ok. Terus kan dengan agenda kita.


Kisah cinta 1.

Bermula seawal aku darjah 5. Darjah 5???? Ye, darjah 5. Jangan buat muka teperanjat cam tu. Tutup mulut, jangan menganga. Nanti lalat masuk. Story dia cam ni, budak laki tu 1 kelas aku masa sekolah agama. kat Johor ni memang wajib skolah agama. sekolah kebangsaan waktu pagi, petang sekolah agama lak. Aku pun tak ingat sangat camne boleh rapat dengan dia ni. One day, dia kata dia suka aku. aku balas apa pun aku tak ingat. Tapi aku takde la minat nak becinta ke apa. Kawan macam biasa jek la. Aku tak tau apa yang dia suka kat aku. Dulu masa budak-budak dah lah selekeh, beserabai, muka pun malas nak bebedak. Tu pon boleh suka. Dia siap bagi aku hadiah. Tapi hadiah tahap budak-budak la. Bagi ubat pensil tekan-tekan tu dengan apa tah lagi. Dulu kira mahal apa. Ye la, kalau dah setakat duit belanja skolah pon 50posen jek, kira oklah boleh bagi hadiah camtu kan. Owh, lupa nak mention, budak lelaki ni sebenarnya dia sedara aku belah mak. hahahahhahaah!!!! Aku baru tahu dia sedara aku masa dia dah tak minat kat aku. heheheh... Masa naik cuti sekolah darjah 6 dia macam buat tak kenal aku. Masa tu dia jadi Penolong Ketua Pengawas. Nampak aku pon buat-buat tak kenal. eleh.. cam aku heran sangat dengan kau. Hahahaha.. Tapi yang best nya, masa aku kawen tahun lepas, dia datang rumah aku. hahahahha.. Tak sangka plak dia datang. Dia datang pun pasal bapak dia kan sedara dengan mak aku. Dia baru tahu yang kitorang ni sedara masa aku kawen. Hampeh punya sedara. Buat Asdi Nor bin Tuah, adakah kamu ingat lagi kisah ni?? Ko suka kat taik lalat aku kan??? Dah tu pasal bulu mata kita sama-sama lentik kan???? hahhahah.. Kelakar bila diingatkan. Aku doakan kau cepat dapat jodoh weh. Kenduri kawen nanti jangan lupa jemput aku.


Kisah cinta 2.

Lepas dari darjah 5 punya cerita, aku takde dah orang minat-minat lagi ni. Aku minat orang adalah. Masa tu aku sekolah menengah. Tu pun pasal terikut-ikut cousin aku. Apa punya merepek lah. Budak-budak memang senang terpengaruh kan? Padahal aku bukan minat sangat pun dengan senior tu. Bila ingat balik memang merepek la. Saja buat semangat gi sekolah kononnya. Hahahahhaa. Senior aku tu pun dah kawen dah sekarang. Tapi memang aku tak minat becinta pon masa sekolah sebab aku dulu cam kasar sikit. Nak kata tomboy tu boleh la kot. Dulu kan cam trend pakai baju besar, seluar besar kan? aku pakai camtu dan dulu aku free hair. Rambut memang pendeklah. Ada plak pompuan mana tah, dia tengok aku pastu dia pegi tanya member dia kuat-kuat, "budak tu lelaki ke perempuan?". Kak, len kali tanya terus kat saya. Tanya kat kawan tu nak buat apa? hahahha.. Ha ni satu lagi perangai aku tak elok. Terikut kawan aku yang tomboy. Dulu aku rapat dengan sorang member aku. Dia tu tomboy, kasar. Tapi dia comel. Pernah gak aku tersuka kat dia. Hahahah,. Pasal dia caring giler. Aku ni pantang betul orang caring, mesti nak tersuka. heheheh. Tapi nasib baik la iman ni ada lagi. Takde la tepesong buat hubungan songsang. Sudahnya, aku lak yang macam tomboy. Sampai la aku abis sekolah baru aku ubah imej. I pakai skirt u. awww! Eh, ni kisah cinta ke? Ala, kira boleh la kan? heheheh..


Kisah cinta 3.

Kisah cinta yang ketiga bermula masa umur aku 18 tahu. Masa ni baru lepas SPM. MAsa ni aku tak ingat la aku tengah tunggu result SPM atau panggilan ke matrik/UPU. Untuk mengisi masa lapang aku tolong pakcik aku kat R n R Pagoh Selatan. Pakcik aku ada sewa gerai kat sana. Gerai jual air. Kerja aku buat waffle. Menyampah kerja buat waffle pasal comot+muka jadi berminyak lalu jerawat dengan senang hati tumbuh ke merata wajah. Ok. Bukan nak cerita pasal jerawat. Nak cerita pasal kisah cinta. heheh.. Ada budak sama tempat kerja dengan aku ni. Aku pun tak tau camne boleh suka kat dia. Dah lah budak ni dah tak sekolah, muda 2 tahun la plak dari aku. Boleh aku tersuka kat dia. Aku ni kan pantang orang caring, kelakar, mesti nak tersuka. Bukan jatuh cinta la. aku ni susah nak jatuh cinta. so, kisah cinta yang ni menarik tu takde la menarik pon. Tapi aku rasa, aku ni bangang gak la kan. Entah pape suka kat budak camni tah. 2 minggu je kot aku kenal dia. Aku kerja dengan pakcik aku bukan lama pon. 2 minggu jek. heheheh.. Kisah cinta bertahan 6 bulan je. Pasal aku rasa cam aku bukan cinta kat dia pon. Aku suka dia sebagai kawan je sebenarnya. Masa dia kat depan mata aku, aku suka la. Tapi lepas aku sambung belajar kat UPM, masa tu aku dah tak pikir pon pasal dia. Pasalnya, bestfren aku kat UPM pun takde boyfren kan. Jadi tak perlu la aku nak pikir pasal boyfren. Boleh gitu? Lagi pun dia bukan layan aku baik. Boleh tengah dating, tetiba dia balik je tinggal kan aku tak bagitahu langsung. Terpinga-pinga aku cam orang bangang. Lagi 1, boleh janji nak jumpa tapi aku tunggu berjam-jam dia tak datang. ewah.. ko pikir kau kacak sangat ke sampai aku nak tekejar-kejar kan kau? Jadi, sebelum aku sakit ati, baik aku tinggalkan kau dulu. Aku amik keputusan nak break masa tu dalam bas baru balik dari kuliah. Sapa belajar akt UPM tahu je la kan. Tempat kuliah dengan asrama kan jauh, kena naik bas. Dalam bas tu tetiba aku terpikir, nak break lah. Boleh gitu? sampai kolej je, aku pon terus SMS. Aku cakap kat dia, "Jai, along nak putus." Hahahaha.. camtu jek. Menggelabah puyuh budak tu call merayu siap nangis-nangis tanya kenapa aku buat dia camtu. Dah sayang aku sangat-sangat la. Pikir nak kawen la. Ewah... boleh plak kau tanya kenapa kan? Masa aku ada kau buat tak tahu jek. Aku mintak putus kemain kau menangis. Dah. Tak yah nak nangis-nangis. Buruk jantan menangis. Masa break aku takde rasa pape pon. Aku rasa happy lagi ada. Aku tak suka terikat masa tengah belajar.


Kisah cinta 4.

Amboi. Dah masuk ke-4 ni pon tak jumpa lagi laki aku ni. Kisah ni lagi la mengarut. Aku tak kenal pon budak ni. Budak ni kawan sati kolej pada kawan aku. Dia curi no enpon aku dari kawan aku. Pastu dok kacau-kacau aku. Memula aku malas nak layan. Tah cemana, aku kan jahat. Bila boring takde menda nak buat, aku pun layan la. Hahahah.. Tesangkut gak. Siap berabang-sayang lagi. Ewwwwww!!!! Masa ni tahun 2003 kot. Tahun 2 Diploma kat UPM. Dia budak kolej komuniti. Aku tak kisah la kan. Tapi yang lawak nya becinta sakan kononnya tapi tak pernah nampak muka pon. 1 hari dia kata nak jumpa aku. Aku pun oklah. Datang lah jumpa aku kat UPM. Aku bawak besfren aku dia bawak kawan dia. Sekali datang, alamak ai. apa la aku sangkut kat mamat ni. Bukan tak ensem, tapi masa tu dia datang pakai skema gile. Baju kemeja+seluar slack+kasut kulit lagi. Skema nya. Aku lak tak minat orang skema. Lepas je jumpa,, aku cam dah malas nak layan dia. Dia sms aku balas nak tak nak. dia call pun aku cam malas nak layan. Hahahahahah. Jahat kan aku? Teruk betul perangai. Sudahnya kitorang putus camtu jek. 1 yang aku tak bekenan dengan dia, dia pernah cerita kat aku dia anak lelaki tunggal+bongsu. Jadi, bila aku kawen dengan dia, aku kena duduk dengan mak dia sebab dia nak jaga mak dia. ewah kau. Belum declare pape dah pepandai nak bagi arahan camtu. Ko cari je lah orang yang sanggup. aku taknak. Aku pon ada mak. Mak kau je aku nak jaga. Mak aku tak yah? Maka, dipersilakan blah. Tapi, yang kelakar nya, budak ni kawen dengan kawan aku sendiri!! Wahhh!!!! Tak sangka, tak sangka, tak sangka!! Tapi yang tahu pasal ni aku dengn besfren aku si Haulah jek. Kawan aku tu pun taktau aku ada sejarah dengan laki dia. Memula aku tak cam pun muka dia sebab dia sangat lain. Masa mula-mula aku jumpa dia kecik je orang nya. Comel nya la hai. Tapi jumpa balik masa kawan aku bertunang dengan dia, mak datok besar gile kau ni. Masa tu aku tak cam langsung ex aku ni. Aku siap begambar lagi dengan dia. Aku taktau la dia kenal aku lagi ke tak. Aku memang tak kenal la. Yang buat kan aku cam perasan tu dia bila dia add aku kat FB. Actually, bukan dia yang add, kawan aku ni create kan FB untuk dia jadi nak meramaikan Frenlist, kawan aku tolong add la aku skali. Aku tengok nama, seperti ku kenal nama itu. Nama tu memang aku tak lupa. Sebab nama bapak dia sama dengan nama bapak kawan aku. Masa tu aku dah cam, "ah, sudah. ni macam ex aku ni. tapi apsal lain sangat???". Aku teringat kawan aku ada bitau dia asal mana, adik beradik berapa orang and anak ke berapa. Memang sama dengan ex aku. Takkan ada 2 orang nama yang sama, kat tempat yang sama ada jumlah adik-beradik yang sama kan?? Untuk menguatkan lagi hujah yang itu ex aku, masa dia dah kawen, aku tanya kat kawan aku a.k.a bini dia. Dulu laki dia belajar kat kolej komuniti *** kan? Dia pun ia kan. So, confirm lah ex aku. Hahahaahah... Kelakar-kelakar. Masa diorang kawen aku datang. Amik gambar sekali. Masa ni aku dah syak dia ex aku. Dia pun cam kenal aku. Sebab masa nak amik gambar aku diri sebelah dia. Dia cam pandang aku cam nak bitau yang dia ingat aku. Tapi yela. Gila apa. Kan dia dah kawen. Atas pelamin kot. aku takde rasa apa pon masa tu. Nyesal sikit pon takde. Malah aku doakan diorang bahagia. Dah ada anak sorang pon. Tu lah kisah ke-4.


Kisah cinta 5.

Ehem. Bila nak abis ni? Yang ke-5 ni sebenarnya aku takde la cinta kat dia. Aku just sayang je. Cuma aku tak pasti sayang tu sebagai kawan atau lebih. Lama aku amik masa nak declare. Aku kawan dengan dia tahun 2004. Dia tetiba call aku kata aku yang bagi no henpon kat dia. Cam aneh la plak. Tah bila tah aku bagi no henpon. Tapi yela. Aku kan pelupa. Heheheh. Memula aku cam malas layan. Tapi bila boring takde menda nak buat, aku layankan aje. Dia ni pun spesis caring gila walaupun kitorang takde pape pon. Cuma sebagai kawan je. Memang dia ada bagi hint-hint yang dia suka kat aku. Tapi masa tu aku memang tak berminat nak ada relationship masa belajar. Jadi aku buat tak paham jekla. Sampai la awal tahun 2006 tetiba tebuka hati aku nak terima dia. Dia pun happy sangat-sangat. Oww.. Lupa nak mention, budak ni budak perak, kerja kilang je. Tapi aku tak kisah pon. Dia punya seronok la pasal aku terima dia, siap berenti kerja. Motif? Ada budak perempuan sama kerja dengan dia suka gile kat dia. Yang dia masih mengharapkan aku. Jadi bila aku dah kata aku setuju, dia amik keputusan berenti kerja sebab taknak budak perempuan tu kacau dia dan mengharap pada dia lagi. Dia pon berenti kerja balik kampung. Dia memang serius dengan aku sampai kan dah cerita kat mak dia pasal aku. dia tunggu masa je nak ajak aku kawen. Rasa besalah plak bila teringat balik. Tapi disebabkan satu SMS, aku buang dia terus. Dia dulu selain daripada mat kilang, dia mat motor gak. api bukan la rempit kaki pompuan tu. Suka konvoi motor ramai. Alkisah dah 2 bulan kitorang declare, dia tersalah anta mesej. Dia nak anta kat kawan dia tapi teranta kat aku. Aku ni plak baca mesej terus hangin. Aku geram sangat taktau nape. Bengang gile. Dia tulis ape aku tak ingat. Tapi yang aku marah dia bahasakan aku as "Minah" pada kawan dia. Ewah kau ni. Ingat aku minah rempit ke hape? Kate je la awek. Susah sangat ke? Lepas dari tu dia call, SMS aku tak layan sampai dia pelik taktau salah apa. Aku cakap bagi aku pikir balik pasal kitorang. Dia tak nak dengar. Dia desak jugak. Aku geram aku cakap nak putus. Merayu-rayu mamat tu tak nak putus dengan aku. Sampai 1 tahap dia marah balik kat aku. Dia kata aku main-main kan dia. Ye la. Masa tu baru 2 bulan kitorang declare lepas 2 tahun kitorang kawan. Aku tak kisah dia nak kata aku main-main kan dia ke, apa ke, yang penting aku tak suka dia buat camtu. Lepas dari kes tu, dia cuba pujuk aku. Aku memang dah tak boleh terima. Aku buat alasan, aku dah ada orang lain. Dia terus stop kacau aku. Kitorang putus camtu jek. Yang ni, aku cam menyesal sikit. Bersalahnya aku buat dia macam tu. Tak baik kan? sebab nye masa dia call aku nangis-nangis, aku pegi gelakkan dia. Sampai ati kan? Untuk awak, Shahrol Hafiz, saya mintak maaf banyak-banyak sebab hancurkan hati awak dulu. Tapi sekarang mesti awak dah jumpa wanita yang jauh lebih baik dari saya kan? Saya doakan awak bahagia selamanya. Balasan bagi perbuatan saya pada awak, saya dah dapat pon. Memang sakit bila dikecewakan. saya mintak maaf banyak-banyak.


Kisah cinta 6.

Pergh!! Tak sangka plak aku ada kisah cinta sampai 6 ni. Kisah cinta ni paling tragis la. Kisah bermula malam tahun baru 2010. Masa tu aku on the way balik Kluang dengan adik aku no. 3. Kitorang kan perantau time tu, balik la sama-sama. Jimat. Heheheh.. Masa tengah drive ada la 1 nombor naik kat enpon aku. Nak berkenalan la hape. Aku ni memang angin betul dengan orang macam tu. Ingat kita ni apa la kan. Aku pun terus serang je. Terkedu mamat tu nak jawap soalan aku bertalu-talu macam bertih jagung. Tetiba dah setengah jam lepas aku marah dia, aku cam rasa besalah. Aku pun mintak maaf la. Dan malam tu bermula lah segalanya. Tahun 2010, umur aku dah 26 tahun. Masa ni dah ramai kawan aku yang kawen. Jadi, dikala umur macam ni, aku takde masa nak main-main becinta ke hapa. Fokus aku adalah kawen. Mungkin disebabkan terlalu fokus nak kawen umur 26, aku pun macam layan kan aje mamat ni. Rupanye dia kawan adik aku no.2. Hampeh tol angah ni tau. Adik aku selalu cerita pasal aku kat mamat ni yang aku garang la, tak layan lelaki la, jadi dia nak try la kenal. Aku pun bangang kan masa tu. Tah napa aku layan tah. Tapi sebab masa tu aku rasa dia betul-betul serius. Yang mamat ni plak baru putus tunang. Bagus sangat la tu kan? Tapi dengan mamat ni memang aku betul-betul serius. Cuma cinta tu aku tak pasti. Aku pernah cakap kat dia aku tak cinta dia tapi aku sayang je dia. Aku pun tak tahu kenapa kau boleh sayang kat dia. Nak kata kacak, laki aku jauuuhhhhhhhhhhhhhhh lebih kacak dari dia. Boleh bayang kan?? heheheh.. Hubungan kitorang mula-mula nampak smooth walaupun jauh di sudut hati aku, aku ragu-ragu dengan dia. Aku dapat rasa yang dia tak jujur. Bermula lah episod henfon dia rosak katanye. Aku pun pecaya lah. Lama kitorang lost contact. Masa tu bulan Mac 2010. Memang terputus la. Aku cam tak tentu arah gak. Bukan sebab dah jatuh cinta, sebab aku dah syak ada sesuatu dia sorokkan. Tapi aku cuba nafikan. Dalam masa yang sama, kawan ayah aku nak kenal kan aku dengan suami aku sekarang. Tapi masa tu kan aku tengah kawan dengan mamat ni, aku tolak mentah-mentah. Walaupun sebenarnya masa tu aku tak pasti pun status aku dengan mamat ni. Sampai la bulan 5 tetiba aku terfikir nak geledah emel dia. Aku ada password emel dia. Aku bukak emel, tengok ada emel sorang budak perempuan. Aku ingat adik dia ke, sedara dia ke pasal nama lebih kurang. Aku pun try je la amik emel budak perempuan tu, aku search kat FB. Sekali keluar profile, nah. Menggigil 1 badan aku. Menitik air mata bila tengok in relationship with ***. Budak perempuan tu girlfren mamat ni rupa nya!!! Aku taktau kenapa aku sedih sangat. Yang pasti aku sedih bukan sebab putus cinta. Tapi aku sedih sebab ditipu. Sampai hati dia tipu aku idop-idop. Apa tah salah aku kat dia. Mungkin ni balasan dosa aku buat dalam kisah cinta 5. Aku kecewakan orang. Sekarang rasakan macam mana rasa bila dikeceakan. Sakitnya hati Allah je yang tahu. Patut la henpon rosak je. Alasan nak melarikan diri rupanya. Dan sememangnya jodoh aku bukan dengan dia. Rupanya dia dah declare dengan awek dia tu awal berapa hari dari aku. Yang dengan aku ni tak tau nak kata apa. Dia kata dia sayang dua-dua. Tapi dia kena pilih. Bagus lah pilih awek dia. AKu pun bukan nak sangat kat dia. Tapi yang aku tak tahan tu, aku boleh lagi baik dengan dia. Siap awek dia pun aku baik. Keluar shopping sama lagi. Kau ada? Hahahahah.. Aku ada cerita kat entry ni. Tapikan masa aku dengan dia, aku tak boleh tengok gambar dia. Hahahahah.. Keji kan? Dan bila tengok gambar dia, ada ragu-ragu dalam hati aku. Aku mesti persoalkan, "sanggup ke aku nak kawen dengan mamat ni? hari-hari nak tengok muka? ish!". hahahahha.. Keji tak perangai. Lepas putus tu mula la kisah cinta aku yang terakhir. Untuk Nik Amril Nik Alias, terima kasih bagi saya satu pengalaman hidup yang bermakna. Terima kasih kerana menjadi kawan saya. Terima kasih untuk semuanya. Kini saya bahagia dengan suami saya.


Kisah cinta 7.

Ok. Ini last. Aku kenal Mohd Nazmi Miskon pada 12 Mei 2010. Seminggu selepas mamat kat atas ni kantoi dengan aku. Sebenarnya pada tarikh yang sama ada sorang budak lelaki dah SMS aku nak kenal-kenal. Ni semua rancangan family aku dan kawan ayah aku. Lepas kes kat atas ni, aku serahkan bulat-bulat soal jodoh pada family aku. Jadi diorang dengan senang hati bagi biodata aku lengkap tarikh lahir, tempat lahir, nama timangan emel semua lah kat 3 orang budak lelaki. Sapa cepat dia dapat la kan. Tapi budak yang mula-mula mesej aku ni aku tak bekenan pon. Macam kerek jek. Lepas sms dengan budak tu, aku bukak la FB. Sekali nampak ada mesej dari Mohd Nazmi Miskon. Aku balas tapi takde respond. Yela. Dah tengah malam kan. Tunggu esok je la. Sekali esok dia balas!! Wah. Malam tu aku dah siasat dia puas-puas. Aku tengok gambar, profile, post-post lama. Ye la.. kang kena pakwe orang lagi, masak aku. Jadi siang tu seronok la aku berbalas mesej dengan dia. Dia pun memang serius takde niat nak main-main. Memang tujuan cari isteri bukan cari awek. Aku pun dah cakap awal-awal, kalau setakat nak kenal-kenal, couple-couple aku tak minat. Aku nak cari suami, bukan pakwe. Dia pun ok. Kitorang pun start la bekawan. Dengan dia aku boleh cerita macam-macam. Masa ex aku tetiba gila nak suruh aku rapat dengan family dia pasal tak nak putus hubungan la menda la, dengan nazmi la aku mengadu. Yang kelakarnya, aku yang set tarikh first date kitorang. Aku ada cerita pasal 1st date kitorang kat sini. Bila diingatkan balik, memang kelakar lah. Alhamdulillah. Petama kali berjumpa, hati terus terpaut. Terus jatuh cinta. Ini rupanya cinta. Indahnya tak tahu nak cakap macam mana. Kitorang tak amik masa yang lama untuk terus kan hubungan lebih jauh. Pada 12 November 2010, aku selamat menjadi tunangan orang yang ada aku ceritakan di sini. Dan pada 3 Februari 2011, aku sah menjadi isterinya. Dia lah kekasih hati yang benar-benar aku cinta. Dialah sebenarnya cinta pertama aku. Dan aku berdoa dia lah cinta terakhir untuk aku. Semoga aku terus menjadi isteri nya hingga ke syurga. Kini perkahwinan kitorang dah lebih setahun. Hari-hari yang aku lalui bersama dia sangat membahagiakan. Kitorang macam couple yang baru bercinta. Cinta aku pada dia hari-hari tambah dalam. Aku bahagia disamping dia. dan harap kebahagiaan ini terus kekal. Semoga rumah tangga kami dilimpahi rahmat, dijauhi dari fitnah dunia dan semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.




Ini lah kisah-kisah cinta aku. Panjang berjela mak kau! Moralnya, jangan kecewakan orang kalau taknak diri sendiri kecewa. Tapi dalam banyak-banyak kisah cinta ni, yang terakhir tu je yang aku betul-betul cinta. Yang lain tu lebih kepada sayang. Pada aku sayang dan cinta tu berbeza. Sayang tak semestinya cinta. Tapi kalau cinta, semestinya kau sayang, kan? Aku cinta, sayang Mohd Nazmi Miskon selamanya. Semoga jodoh kita kekal hingga ke syurga. Amin.

10 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Diela Zaimi said...

awwwwww tochingnya...hehe...biasalah zaman muda remaja mmg ramai bf...sbb tgh memilih yg paling sesuai kan...bila dh maningkat dewasa barulah mula cari yg betul2 serius, matang...akhirnya Allah berikan yg terbaik utk kita...Alahmdulillah ;)

Nazhatul said...

hahhaha... nak kate bf tu tak bf sgt lah... main-main je lebih. dah habes study bru serius. Alhamdulillah.. Allah dah temukan aku dgn jodoh yg terbaik.

mama eyya said...

ramaiii n ko ingat tiap sorg.. hebat! haa.. kat sekolah menengah tu aku cm tau sape.. hohoho..

Zu said...

haha.. korang ada bloggg ya... i followww! ;)

Eyzan Encha said...

sekali wat entry, macam balas dendam, panjang giler..hehe. tapi puas hati bace..

Nazhatul said...

Arnie:
hahahahha.... ramai mendanye... yg betul2 zaman lepas sekolah jek.. hahahha... masa sekolah rendah tu dia yg suka kat aku. skolah menengah lak, aku saja ngengada nak buat semangat gi sekolah. aku kan malas sekolah dulu. hahahah... tapi aku dah lupa aku minat kat sapa dulu. ko boleh ingat ek? nampak sangat aku suka main2. hahahah..

Nazhatul said...

zuraida:

hahhahaha... dah lama lah ada. cuma tak rajin nak update. aku selalu jek singgah blog kau. tapi silent reader jek. heheheh...

Nazhatul said...

ejan:

hahahha... tau xpe. memang balas dendam nih. aku ta reti nak pendekkan cerita. kau pun tepengaruh dengan entry aku kan???

en_me said...

harap2 panas sampi ke petang tuu.. ehhhee

Unknown said...

Great ! . Semoga jodoh awak sampai ke syurga . Amin