Assalamualaikum...
Eh.. eh.. eh... dah tahun 2012??? Aku tak post entry baru lagi?? hahah... Maaf banyak2. Bukan mengabaikan blog. Tapi kesuntukan masa. *yeah.. right. suntuk sangat la masa kau kan rifqah. padahal asek dok meng"refresh" google reader nak baca entry kat blog orang lain. blog kau sendiri malas nak update*. Sorry.. sorry.. sorry... actually sepanjang aku tak update entry macam-macam aktiviti aku. Tambah dengan keja belambak kat ofis, meeting, sukan la bagai, lawatan lagi.. sampai nak update blog pon tak bernafsu. Nak update kat ofis memang tak rajin nak menaip. sebab banyak lagi benda lain aku nak taip. Kat rumah lak memang takde la aku nak online kan.. Kat rumah adalah masa bersama suami. Mana best nak online-online ni. Mengadap wajah suami tersayang lagi best.
So, sepanjang bulan disember and januari lepas memang agak huru-hara sikit la. Hujung tahun and awal-awal tahun memang macam-macam keja nak kena buat dan rancang. 24 Disember hari tu aku join Family day kelab sukan dan kebajikan LPP Johor kat Melaka Wonderland. Actually, selain daripada family day LPP Johor, aku ada family day gak dengan family husband aku.. Kebetulan kitorang memnang nak gi tempat yang sama. Tapi nama jek pegi tempat yang sama. Sudahnye aku jumpa family laki aku masa mula-mula datang dengan masa diorang dah nak balik jek. Pasalnya sibuk dengar orang bercakap potpet potpet tambah mesyuarat agung la bagai. Laki aku jek sempat join family dia. Pasal masa aku mesyuarat die tak join. Dia join masa perasmian dengan cabutan bertuah jek.Dah lah masa ni cuaca tak ok. Hujan dari kitorang datang sampai la balik. sejuk jek. sejuk-sejuk pon tahan gak merendam dalam air lelama. Tu pon sebelum dapat berendam dan gaduh dulu. Laki aku memang pantang sikit dengan tempat-tempat camni. dia yang menggelitis lebih dari anak-anak buah dia. hahahah... Muka dah bengang jek kan pasal program aku lambat abis. Aku ni tak boleh laplak orang buat muka masam jek dengan aku. Aku dah nak ajak balik je hari tu. Hahahah.. Kalau dia balik betul hari memang menyesal gile la. hehe.. Sempat gak kitorang main kat sini. semua jenis gelongsor kitorang main. Tapi yang kena naik sorang-sorang kitorang tak main la. Muala-mula aku cam takde mood nak main pasal merajuk konon nya. Last-last aku yang lebih-lebih ajak die pegi sana sini. hahahah...
Tapi kan tak sesia tau aku join family day. Rezeki kiotrang suami isteri, cabutan bertuah dapat hadiah mesin basuh!!!!! hahahha.. Cam tau-tau jek kat rumah aku takde mesin basuh. Sebenarnya semua orang dapat hadiah cabutan bertuah. Tapi ada tambahan 10 hadiah kira cam super bertuah la. Ada macam-macam hadiah nye. Masa diorang bawak hadiah-hadiahnya aku dengan laki aku siap gelak lagi bila tengok mesin basuh. Kitorang pikir kesian orang yang dapat ni. Camne la nak bawak balik. Tapi memang dah tertulis rezeki kitorang. Mula-mula diorang umumkan 1-1 nombor aku dah suspen gile. Aku target nak Samsung Galaxy Tab. hahah.. Boleh main mintak camtu. Kalau tak dapat tu, microwave pon jadi la. Pasal nya kalau dapat mesin basuh dah cemana nak bawak balik kan? Tapi dah rezeki pengantin baru katanya *baru kemenda la woi??? orang lain kawen saing ko dah beranak tau!!* dapat la mesin basuh tu kat kitorang. Cam tak caya nombor yang diorang sebut tu nombor aku. hahahah... Dah lah yang tukang umumkan tu kenal aku. walau pun aku baru pindah kat Johor tapi ramai gak yang kenal aku pasal aku kan staf HQ yang rajin melawat kawasan *rajin sangat la konon nya*. Dah semua orang tau aku baru kawen mesti takde mesin basuh kat rumah. hahahha... Padahal dah lama kawen. Malas nak beli mesin basuh. Sanggup kumpul baju seminggu pastu balik kampung bawak baju kotor basuh kat kampung. Tak senonoh gile perangai. Bukan salah aku ya. Laki aku yang taknak beli pasal rumah sewa kitorang ni kalau hujan lebat sebelum pukul 6 ptg, akan banjir. Oleh kerana suami kesayangan ku ini sangat menyayangi harta benda, makanya, barang elektrik akan dibeli setelah kitorang pindah. Mujurlah memang dah nak pindah. Jadi, camne kitorang bawak balik Johor mesin basuh tu?? hahhaha... Tentulah dengan Viva biru kesayangan aku tuh. Rugi seyh tak amik gambar. aku boleh lupa nak snap gambar mesin basuh dalam Viva dari Melaka sampai Johor. Jangan ingat ada mesin basuh barang2 kitorang yang lain tak boleh masuk tau. Kitorang siap shoping perkakas dapur lagi. Kelas kau Jah shoping perkakas dapur kat Melaka. Cam kat Johor dah takde kedai jek. Dah alang-alang murah. Kitorang hangkut jek la. Beza banyak tau. Kalau setakat beza seringgit aku tak heran. Abah aku kata beza sampai RM8. Mana aku tak sambar. Laki aku pon sama naik. Nampak jek sumbat masuk dalam troli. ahhahah..Dapat la kitorang pinggan mangkuk melamin, kuali telinga tu, lesung batu yang licin, rak tos pinggan dah cuci dengan apatah lagi tak hingat aku. Tak sedar diri punya shoping. Padahal dah membawak mesin basuh tu. Shoping ngalahkan orang bawak lori. Padahal naik cik viva jek pon.
First time bercuti dengan family husband, seronok la. Cuma family husband aku bukan jenis jalan-jalan cari makan best-best kat tempat orang. Biasa orang kalau gi Melaka, mesti nak gi makan ikan bakar kat umbai, alai, serkam or anjung batu. Tapi diorang jenis tak suka makan kat luar. Kitorang makan kat luar 2 kali jek kot. Malam last kat sana makan yong tau foo dengan hari last sebelum balik Johor. Tu pon makan KFC kat Mahkota Parade. Hari lain kitorang makan kat rumah. Kalau family aku toksah kata la.. Sume kaki makan. asal tau tempat makan best, mesti nak try. hehehhe.. Pasal tu kitorang adik-beradik "sihat-sihat" belaka. hahahaha...
Tahun tak tau nak pegi mana lak.. yang pasti bulan mac kena pegi Kelantan sebab kenduri kawen adik aku belah laki dia. Rumah aku punya kenduri 4 Februari ni. Sebok jek tau amik tarikh dekat-dekat dengan tarikh aku. aku punya tarikh kawen 3 Feb. Ok lah tu. Boleh celeb sama-sama.. Kalau boleh la kan. hehehehe..
Oklah.. nak sambung buat keje. InsyaAllah aku cube rajin-rajin kan diri curi masa untuk update blog ni ye. Banyak lagi yang aku nak cerita tapi tak sempat. Pada yang sentiasa singgah walaupun takde entry baru, terima kasih banyak-banyak ye. sayang korang. mmuuaahh.
XOXO
*satu je gambar yg aku bejaya upload. broadband aku dah start buat perangai. nak kena flush dalam lubang jamban agaknye.
2 buah fikiran ditabur ke kotak komen:
wah bestnya family day
yg pnting, hadiah tak sia2 hah sis
lepas ni jgn bwk baju blk kg dh lah ya ;)
melaka wonderland tue mesti rmai org kan huhuhhhh
Post a Comment