K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 19, 2011

Baru hari selasa???

Cepat lah hari Jumaat!!! Aku tak sabar nak salam, cium tangan dia, cium pipi dia, peluk ketat-ketat, mintak ampun banyak-banyak. Rindu dia sangat-sangat, banyak-banyak. Rasa besalah sangat-sangat sebab susah kan hati dia, kecikkan ati dia.

Kenapa ek? Kadang-kadang aku rasa benci sangat. Kadang-kadang aku rasa menyampah sangat
Tapi bukan la dengan nazmi.. nazmi kan aku jumpa hujung minggu je. mana boleh benci-benci. sayang banyak-banyak ada la. Tapi dengan orang sekeliling aku. Sampaikan aku lebih rela seharian duduk kat tempat aku ni, malas nak campur dengan orang kat office. Diorang takde buat pape pun kat aku. Cuma tetiba aku rasa cam malas nak layan.

Mungkin sebab aku letih. Kenapa la jabatan aku ni susah sangat nak bagi orang pindah. Suka sama suka kot. Kan senang tak yah pikir nak campak kat mana. Frust kot. Da dekat 6 bulan kawen, tapi still macam ni. Memang la ada orang lain yang lagi teruk dugaan nya dari aku. Yang lagi jauh jaraknya dari aku. Tapi bohong lah kalau diorang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa letih. Kadang-kadang cam nak give up. Nak berenti keje. Bekepit bawah ketiak laki. Tapi kang jenuh lak nazmi nak kene keje siang malam nak tanggung aku. Tu baru tanggung aku. Kalau ada anak macam mana plak? Lagi la haru. Ada yang cam serupa jek aku dok jauh. Dah dia kene keje siang malam nak tanggung aku kan??

Betul kata kawan aku. aku kena cepat-cepat pindah duduk dekat laki aku. Sebab benda ni lama-lama akan ganggu relationship kitorang. Benda ni akan jadi masalah buat kitorang. Benda ni akan jadi tekanan buat kitorang. Aku dah mula rasa. Dia dah mula rasa. Tapi apa daya aku? Berenti keje? Keje apa aku nak cari kat JB? Bukan senang nak cari keje sekarang ni. Ni pon aku kira dah besyukur sangat dapat keje ni walau tak setaraf dengan apa yang aku ada. Yang mampu kitorang buat, usaha mintak transfer, doa, dan tunggu. Sampai bila?? aku tak pasti. Kalau ikut situasi kat sini, makan tahun mungkin. Ex-colleague aku dulu setahun tunggu baru dapat tukar. Tu pun tah berapa kali turun naik bahagian pentadbiran. Ada sorang kawan aku ni plak lagi haru. mintak balik semenanjung, kena hantar pegi negeri lain. Jauh gila dari hubby and family. Sorang-sorang je kat sana. Dengan pregnant nya lagi. Ni dah bersalin. Jumpa hubby 2 minggu seklai. Lagi besar dugaan dari aku.

Aku bukan tak sabar. selama ni aku boleh je sabar. Cuma sekarang aku rasa letih. Letih dengan perasaan. Letih tahu nak tahan rasa sedih, tahan takmo nangis bila dia lambai tangan pada aku sambil flying kiss sedas. letih tahan sebak tengok dia turun eskelator, jalan sampai hilang kelibat dia, baru aku balik. letih tahu tahan sedih jangan bagi jatuh air mata sepanjang jalan kaki ke tempat parking kete. kang orang kata apa plak tengok aku nangis sambil jalan sensorang kan?

Entah lah.. aku rindu dia.. rindu sangat. Kadang-kadang rasa cam taknak bagi dia naik bas petang ahad tu. Rasa macam nak cakap, "ayang tak yah la balik. tinggal sini, keje kat sini je." Tapi macam aku cakap tadi, sekarang bukan senang nak cari keje. Takkan dia nak korbankan keje yang dah bertahun-tahun dia buat sebab nak senang kan ati aku. Selfishnya aku kan?

Berdosanya aku buat dia susah hati, buat dia serabut pikir pasal aku. tak boleh ke aku jaga diri aku sendiri baik-baik, jangan susahkan hati dia??

Kuat Rifqah.. kau kena kuat!!! redha, tabah, sabar.

"Ayang... sayang rindu sangat. sayang cinta sangat ayang sampai bila-bila. sayang cinta ayang sejak hari pertama kita jumpa. sayang harap kita berdua terus kuat hadapi dugaan ni sama-sama. sayang perlukan ayang, kekuatan sayang."

Tak tahu nak buh tajuk apa. eh, ini bukan tajuk ke?

Bersalah.

Sangat-sangat bersalah.
Rasa berdosa.
Memang berdosa.
Kenapa la aku buat macam tu kan?
Bak kata pepatah,
"Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kata, buruk padahnya."
Padahnya aku tengah rasa.
Sakit.
Tak patut buat macam tu.
Tak patut susahkan dia.
Apa lagi yang aku nak dalam hidup ni?
Tak bersyukur ke dengan apa yang ada?
Manusia.
Lumrah.
Tak pernah puas.
Di bagi betis, nak peha.
Di bagi peha, nak buah dada.
Di bagi dada, nak apa plak??
Berjuta maaf tak mampu nak sembuh kan 1 luka yang cukup dalam.
Luka yang meninggal kan parut sepanjang hayat.
Luka yang aku toreh.
Mana mungkin sembuh.
Kejam kan aku?


" Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku bayangkan hidup tanpa dirimu"


"Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang kucinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu"

Wednesday, July 13, 2011

Sogo punya kisah


Just nak share dengan korang video ni. dengar apa yang pakcik tu cakap. jangan pandang siapa yang berkata, tapi dengar apa yang isi yang disampaikan. aku setuju apa yang pakcik tu cakap. aku tabik dia tak pandang duit. tapi aku kesal, sedih. di usi macam ni, pakcik patut dah hidup dikelilingi cucu, anak-anak. tak merempat. tapi mungkin ada sejarahnya, siapa tahu. walau siapa pun pakcik ni di masa lalu, aku tabik dia di masa sekarang. semoga Allah merahmati dan melindungi pakcik.

note: sayu tengok pakcik ni. teringat kat arwah atok.. =(

Tuesday, July 12, 2011

Muak, meluat

aku muak, aku meluat, aku menyampah. takde ke perkataan yang elok boleh guna kalau nak becakap, menulis, bagi komen??? perlu ke mencarut, menghina orang??? puas ke hati tu bila dapat carutkan orang, hina orang?? puas ke??? kau tak fikir ke kalau kau carutkan orang hari ni, esok kau mati tak sempat nak mintak maaf kat orang tu, larat ke kau nak cari orang tu kat padang mahsyar sok?? larat ke kau nak pikul dosa kau tu? rasional la skit bila mengetuk jari ke keyboard tu. tak perlu nak mencarut sangat la. tak perlu nak menghina orang sangat. semua orang ada pendapat masing-masing. dengar, cerna dan fikir. kalau tak suka, tak setuju, boleh bangkang tapi hujah kena la kuat, ada asas. bukan dengan mencarut, menghina. menyedihkan sungguh perangai budak-budak sekarang ni. daripada korang mencarut, memaki, baik korang bezikir. ada gak pahala.

aku taknak komen pasal isu semasa sekarang. bukan tak ambil peduli, tapi aku meluat, aku sedih. orang Islam gaduh sana sini nak tegak kan parti masing-masing. tapi korang sedar tak yang kaum lain dok sebelah pandang sambil senyum sinis. tengok la orang melayu, Islam. gaduh sama sendiri. kalau betul kita sayang kan agama kita, kalau betul kita sayangkan negara kita, kalau betul kita sayangkan bangsa kita, bersatu lah. tak payah lah nak dok tabur fitnah sana, fitnah sini.

Friday, July 8, 2011

Nak tau tak???

Pssssttt...

nak bisik ni.. meh dok dekat-dekat skit. eh, yang pompuan je, laki dok jauh-jauh ea. nak tau tak??? da setahun lebih aku berblog, baru hari ni aku tau mana nak tukar ayat kat footer tu yang psot by, comments, bla..bla..bla.. hahahahahahahah!!!!.. GILE BUTA IT WEYHHH!!!! malu mak noks!!!