K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 12, 2011

Muak, meluat

aku muak, aku meluat, aku menyampah. takde ke perkataan yang elok boleh guna kalau nak becakap, menulis, bagi komen??? perlu ke mencarut, menghina orang??? puas ke hati tu bila dapat carutkan orang, hina orang?? puas ke??? kau tak fikir ke kalau kau carutkan orang hari ni, esok kau mati tak sempat nak mintak maaf kat orang tu, larat ke kau nak cari orang tu kat padang mahsyar sok?? larat ke kau nak pikul dosa kau tu? rasional la skit bila mengetuk jari ke keyboard tu. tak perlu nak mencarut sangat la. tak perlu nak menghina orang sangat. semua orang ada pendapat masing-masing. dengar, cerna dan fikir. kalau tak suka, tak setuju, boleh bangkang tapi hujah kena la kuat, ada asas. bukan dengan mencarut, menghina. menyedihkan sungguh perangai budak-budak sekarang ni. daripada korang mencarut, memaki, baik korang bezikir. ada gak pahala.

aku taknak komen pasal isu semasa sekarang. bukan tak ambil peduli, tapi aku meluat, aku sedih. orang Islam gaduh sana sini nak tegak kan parti masing-masing. tapi korang sedar tak yang kaum lain dok sebelah pandang sambil senyum sinis. tengok la orang melayu, Islam. gaduh sama sendiri. kalau betul kita sayang kan agama kita, kalau betul kita sayangkan negara kita, kalau betul kita sayangkan bangsa kita, bersatu lah. tak payah lah nak dok tabur fitnah sana, fitnah sini.

3 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Eyzan Encha said...

kan? semak tgk berita. dlm fesbuk pun same.
bila cacian dan makian jadi trend msyrkat malaysia terutama org melayu islam.

-sad-

purplishvanilla said...

menyampah..sakit mate tgk sume nie...bersih konon..wekk...
harap2 xdela rusuhan yg mcm luar negara...Ya Allah,ko slmtkanla negaraku ini..amiin

Nazhatul said...

ejan:
tula.. aku malas da nak tgk berita, baca paper, fesbuk, blog. merata2 kutuk sana sini. aku 2-2 pun tak sokong sebab 2-2 ada silapnya. kita yang kat bawah ni tak payah nak melalak lebih2 sangat. apa yg kita dapat? diorang betambah kaya, kita betambah beban. tak kira la sapa pon, diorang hanya nak kuasa. bila da ada kuasa, senang la nak buat apa. nak penuhkan kocek sendiri pon senang.

eila:
moga-moga takde la jadi macam tu. negara kita da cukup aman. besyukur lah. kalau nak ikutkan tak puas hati, aku pun x puas hati. tapi aku taknak membodohkan diri buat demo atas jalan. bnyk lagi cara yg boleh kita guna, bkn buat huru-hara macam ni.