K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 6, 2011

Kalau dah jodoh...


salam..


Lamanya tak update.. malas betul nak menaip. dok simpan jek draft nya. taip sikit, berenti. lepas tu cerita da lapok, malas dah nak sambung taip. taip lagi entry baru. tapi tak post-post gak. oww... aku suka draft entry kat notepad. lepas tu copy paste je. banyak dah draft aku tinggal macam tu jek, separuh jalan. ok. sebelum aku mengarut lebih panjang, sebelum tu aku nak mintak maap la bebanyak kat adik aku si Pipi ni pasal aku telambat up entry ni. ye la kan.. dulu masa angah, aku up entry kat sini. masa aku pun, opkos la aku up entry gak kan. tetiba time ko, takkan aku tak nak up kan ye tak??? kecik ati ko nanti. kang tak sepadan dengan badan ko yang bosa macam den ni ha.. heheheh...ok-ok.. takmo buang masa, meh baca entry aku sampai muntah.

28 Mei yang lalu, adik aku Qhaishatul Syafiqah bt Zainal Abidin selamat ditunangkan dengan kekasih pilihan hatinya. *ecewah.. ayat tak leh blah.. bluweekkk!!* jejaka pilihan hati ini berasal dari pantai timur dan bekerja di Uitm Shah Alam *eh.. aku pun taktau die kat uitm shah alam lagi ke tak. bantai je la.* oww..nama? nama dia aku lupa la *tak guna punya kakak ipar*. kitorang sume panggil abu jek. jap ea aku tengok kat pesbuk dia ape nama penuh dia. oww.. ye.. nama dia Mohd Hafiz Abd Rafar. setelah melalui pelbagai rintangan dalam percintaan, yang aku sendiri terbabit sama, akhir nya selamat gak diorang bertunang. walaupun nak sampai kan ke proses bertunang ni susah, mungkin jodoh diorang kuat, redha gak la ayah dan ibu nak bagi anak dara no. 3 diorang ni bertunang dengan si abu ni. Alhamdulillah.. moga jodoh korang kekal hingga akhir hayat...

mengikut rancangan awal, ayah aku nak suh adik aku kawen bulan 12. ayah aku kata, "senang, cepat2 sume blah ikut laki memasing. hahahaha". kejam tak?? heheheh.. ayah aku gurau jek. ayah aku memang taknak anak-anak dara nya bertunang lama-lama. kalau ikut rekod, aku la paling sekejap betunang. dalam 2 bulan lebih. angah plak dalam 6 bulan lebih. si Pipi ni la lama skit. ibu dengan ayah aku lagi best. tak tunang pun. terus nikah jek. aku ingat nak buat cam tu. tapi nazmi tak bagi. heheheh..

ada gak bunyi-bunyi kat belakang,

"amboi kemain lagi.. sekali 3 ko menantu dalam setahun. kayo la cik enal." *bukan dialog sebenar. sedikit olahan dari penulis*.

apolak kayo? kayap laei ado. abeh ekau ingat keduri ni semuo orang laki tanggung??? kalau laki den dongan laki adik den anak dato' memang kayo ayah den. tak payah klua an duit. mintak yo kek bakal menantu hantaran sampai 50k, an? sonang. tapi apo an dayo, jodoh anak-anak dio dongan anak peneroka yo. ni pon ado yang bunyi,

"cik enal ni tak reti jaga kelas langsung. ada bagi kawen dengan anak peneroka..".

haaaa... ni lagi aku tak bekenan. hello makcik/pakcik.. saya dengan adik saya nak kawen dengan sapa pon suka kitorang la. apa kena mengena dengan kelas? apa? anak pegawai kena kawen dengan anak pegawai je ke? anak peneroka tak boleh? dah jodoh kitorang dengan anak peneroka, yang makcik/pakcik sesebok ni kenapa? kalau nak try masuk, try jek la. ni kutuk-kutuk pehal plak??? lagi pon kitorang kawen tak mintak pon duit pakcik/makcik. so tak payah la nak sebok-sebok sangat. kelas konon... pakcik/ makcik yang cakap tu tak sedar ke? kan ke korang tu peneroka. nak mengaku sendiri takde kelas??? memang pon pakcik/makcik takde kelas. otak tu yang takde kelas!!! sempit sangat pemikiran. tu baru tau laki aku anak peneroka. belum lagi diorang tau laki aku keje cleaner jek. *actually, job skop die ade la cleaner. tapi sebenarnye dia project coordinator. aku pon taktau sangat. yang aku tau keje check bangunan bersih ke tak, cleaner cuci bebetol ke tak. cam supervisor la kot*. kalau diorang tau, lagi la dasat ayat-ayat yang keluar dari mulut puaka diorang. ni pon aku bet mesti ade yang dok kata-kata gak kat kitorang. pasalnya aku ada degree, laki aku SPM jek. eh pakcik/makcik, tak yah sesebok pasal kitorang ea. baik pi jaga anak-anak makcik/pakcik yang memalam keje merempit, yang pompuan tah jap-jap tuka jantan. baik makcik/pakcik jaga anak sendiri dari sesibok jaga anak orang. sebok jaga tepi kain orang, kain sendiri rabak tak nak jaga. huh.

kan dah jadi emo entry aku.. hahahha.. padahal tadi nak wish congratulations jek kat adek aku. hehehe... ok-ok.. kita bagi cool down dengan melayan sikit gambar.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

V


ni adek aku. jangan tertipu dengan ketinggian. die pakai kasut 4 inci tinggi. aku pakai slipar jepun jek. eh, ade yang kata muka aku dalam gamba ni nampak orang peknen. demm!! nampak sangat aku da tambah gemuks!!


ni bukan tunang adek aku. heheheh.. saje letak gambo budak gonjeng ni. ni anak angkat ayah aku. da jadi cam adik beradik kitorang dah. nama best, hakimi. tapi panggil dia panjang. sebab die sangat tinggi. eh, cam takde kene mengena jek. =p


anak-anak dara *eh, dara lagi yang 2 orang tu??? eheheh* En. Zainal Abidin Jilani + Pn. Hilowati bt Sukirman dengan menantu-menantu, bakal menantu dan anak bujang sesat sekor. tunang adek aku yang pakai kemeja merah. kenapa baju laki aku dengan adek ipar aku buruk?? biase la, orang dapur takkan nak pakai baju cecantik, ye dak???

4 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

FadzMeera said...

cgrate bkal m'dpt ipar bru lgik..hi3..

Nazhatul said...

thanx meera.. (^__^)

purplishvanilla said...

ooh adk ko dh btng..tahniah2...btol la ape ko ckp..pakcik/makcik yg sibok sgt tu nape..bkn gne wit diorg pon,lantak la nk kwen ngn sape kan..ish,mulut org xleh ttup,mlot tmpyn bolh lgi..nyampah den =P

Nazhatul said...

eila:
yup.. sebok je diorg ni. sukati la nk kawen dgn sapa. dah jodoh.