Cepat lah hari Jumaat!!! Aku tak sabar nak salam, cium tangan dia, cium pipi dia, peluk ketat-ketat, mintak ampun banyak-banyak. Rindu dia sangat-sangat, banyak-banyak. Rasa besalah sangat-sangat sebab susah kan hati dia, kecikkan ati dia.
Kenapa ek? Kadang-kadang aku rasa benci sangat. Kadang-kadang aku rasa menyampah sangat
Tapi bukan la dengan nazmi.. nazmi kan aku jumpa hujung minggu je. mana boleh benci-benci. sayang banyak-banyak ada la. Tapi dengan orang sekeliling aku. Sampaikan aku lebih rela seharian duduk kat tempat aku ni, malas nak campur dengan orang kat office. Diorang takde buat pape pun kat aku. Cuma tetiba aku rasa cam malas nak layan.
Mungkin sebab aku letih. Kenapa la jabatan aku ni susah sangat nak bagi orang pindah. Suka sama suka kot. Kan senang tak yah pikir nak campak kat mana. Frust kot. Da dekat 6 bulan kawen, tapi still macam ni. Memang la ada orang lain yang lagi teruk dugaan nya dari aku. Yang lagi jauh jaraknya dari aku. Tapi bohong lah kalau diorang tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa letih. Kadang-kadang cam nak give up. Nak berenti keje. Bekepit bawah ketiak laki. Tapi kang jenuh lak nazmi nak kene keje siang malam nak tanggung aku. Tu baru tanggung aku. Kalau ada anak macam mana plak? Lagi la haru. Ada yang cam serupa jek aku dok jauh. Dah dia kene keje siang malam nak tanggung aku kan??
Betul kata kawan aku. aku kena cepat-cepat pindah duduk dekat laki aku. Sebab benda ni lama-lama akan ganggu relationship kitorang. Benda ni akan jadi masalah buat kitorang. Benda ni akan jadi tekanan buat kitorang. Aku dah mula rasa. Dia dah mula rasa. Tapi apa daya aku? Berenti keje? Keje apa aku nak cari kat JB? Bukan senang nak cari keje sekarang ni. Ni pon aku kira dah besyukur sangat dapat keje ni walau tak setaraf dengan apa yang aku ada. Yang mampu kitorang buat, usaha mintak transfer, doa, dan tunggu. Sampai bila?? aku tak pasti. Kalau ikut situasi kat sini, makan tahun mungkin. Ex-colleague aku dulu setahun tunggu baru dapat tukar. Tu pun tah berapa kali turun naik bahagian pentadbiran. Ada sorang kawan aku ni plak lagi haru. mintak balik semenanjung, kena hantar pegi negeri lain. Jauh gila dari hubby and family. Sorang-sorang je kat sana. Dengan pregnant nya lagi. Ni dah bersalin. Jumpa hubby 2 minggu seklai. Lagi besar dugaan dari aku.
Aku bukan tak sabar. selama ni aku boleh je sabar. Cuma sekarang aku rasa letih. Letih dengan perasaan. Letih tahu nak tahan rasa sedih, tahan takmo nangis bila dia lambai tangan pada aku sambil flying kiss sedas. letih tahan sebak tengok dia turun eskelator, jalan sampai hilang kelibat dia, baru aku balik. letih tahu tahan sedih jangan bagi jatuh air mata sepanjang jalan kaki ke tempat parking kete. kang orang kata apa plak tengok aku nangis sambil jalan sensorang kan?
Entah lah.. aku rindu dia.. rindu sangat. Kadang-kadang rasa cam taknak bagi dia naik bas petang ahad tu. Rasa macam nak cakap, "ayang tak yah la balik. tinggal sini, keje kat sini je." Tapi macam aku cakap tadi, sekarang bukan senang nak cari keje. Takkan dia nak korbankan keje yang dah bertahun-tahun dia buat sebab nak senang kan ati aku. Selfishnya aku kan?
Berdosanya aku buat dia susah hati, buat dia serabut pikir pasal aku. tak boleh ke aku jaga diri aku sendiri baik-baik, jangan susahkan hati dia??
Kuat Rifqah.. kau kena kuat!!! redha, tabah, sabar.
"Ayang... sayang rindu sangat. sayang cinta sangat ayang sampai bila-bila. sayang cinta ayang sejak hari pertama kita jumpa. sayang harap kita berdua terus kuat hadapi dugaan ni sama-sama. sayang perlukan ayang, kekuatan sayang."
5 buah fikiran ditabur ke kotak komen:
adoi sebak dada aku baca entri ko ni rif...sbb aku penah rasa 2 thn lps...masa mula2 posting dpt jauh dr hubby...terkontang-kanting sorang2...tiap minggu dia dtg naik tren...bila anta dia balik mmg sepanjang drive tu aku melalak sorang2...mmg boleh gila dibuatnya...4 bulan gak meroyan...hampir hari2 aku call jpn utk follow up permohonan aku...Alhamdulillah akhirnya dpt gak...insyaallah berkat kesabaran, ko akan dpt duk dekat dgn hubby nnt...kalo boleh ko kena sentiasa follow up dgn pihak atasan...biarla org nak ckp ape pun tp utk kebahagiaan kita mmg kena buat camtu..
p/s: aku doakan ko cpt2 dpt transfer dkt dgn hubby ko...insyaallah...
semoga terus sabar, rajin2 follow up ngn pihak atasan, hubungan terus baik, ceria, bahagia walaupun berjauhan..jgn jadikan masalah ni wat hubungan korang problem tau. sedih aku bace.
semoga doa korang dimakbulkan Allah.secepat mungkin. amin.
diela:
dulu 2 bln pertama mmg tiap kali anta dia balik, aku mesti nangis sepanjang jln nak blk rumah. macam tu gak kalau balik kg. kampung kitorg dkt. so blh blk 2-2 rumh klu turn aku blk johor. sepanjang jalan nk balik KL, aku akn menangis dari rumh aku sampai tol ayer hitam. tah camne aku blh drive dlm nangis2 tuh. heheh. sekarang Alhamdulillah aku dah blh tak nangis. cuma kadang2 kalau emosi tak stabil, aku nangis gak. tp tak teruk la cam mula2 dulu.
btw, terima kasih atas doa kau. aku doakan kau cepat2 dapat baby.. (^__^)
ejan:
thanx atas doa kau.. aku doa kn kau bertemu jodoh dgn lelaki yg baik, beriman, dpt bimbing kau. semoga jodoh kau dekat dgn kau and kau tak perlu lalui apa yg aku lalui. sedih wo dok jauh dgn hubby..
itula,eila dh crite xperience eila b4 ko kwen,mmg sedey wo klo berpisah pas kwen...sib bek jap jer..tp sbr jela yg dpt kita buat...ko bnyk2 jela berdoa,berusaha jmp org atsn n bertawakal..percyalah 1 ari nnt,pasti ada jln penyelesaian..taw!! kpd en.nazmi,sabar ajela..setiap ape yg berlaku,ade hikmahnyer..nnt korang akn rse jgk kehidupan bersm sbg suami isteri dibwh 1 bumbung..best oo..
Post a Comment