K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa





KELEBIHAN – KELEBIHAN PADA BULAN RAMADHAN

1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu. Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angin di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Rugilah puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Sumber Tazkirah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat Berpuasa kepada semua. Maafkan aku jika ada tulisan aku yang menyinggung hati kamu, kamu dan kamu juga. Kadang2 kita tak sedar apa yang kita kata, apa yang kita tulis, dah menyinggung hati orang yang mendengar dan membaca sebab pada kita, benda tu tiada apa2, tapi tidak pada yang mendengar dan membaca. Maaf juga pada kawan2 yang mengenali aku, jika ada tersilap perbuatan, tutur kata, gurau terlebih, kutuk2 manja.. hehehh.. semoga kedatangan Ramadhan kali ni membawa 1000 rahmat buat kita semua.

Salam Ramadhan

(^__^)v
XOXO


note: mode sedey... huhuhu... nak balik!!!! waaaaaaa!!!!!! nak pose dgn ibuuuuuu!!!!~ (T_______T)


Sunday, August 8, 2010

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


Salam

Sebelum korang kutuk aku, aku nak ngaku dulu la.. hahah.. bukan aku ketinggalan zaman, tapi aku tak sempat nak cite pasal isu nih.. lagi pun mase tu xde idea nak tulis ape pasal akak ni.. aku tebaca pasal akak ni kat facebook Anak Jawa Johor.. ok. aku fan Anak Jawa Johor.. ade masalah ke?? heheheh..

Masa mula2 aku bace tu memang agak panas ati la.. sesedap rase kutuk negeri aku.. siap anak Sultan Johor, Tunku Aminah yang cun tu pon dikutuknye.. memang macam haram jek perangai!!~ kalau ikut nafsu setan aku masa bace komen hari tu, memang aku nak memaki jek akak ni macam ni:

"Pergh!! minah ni muke jek cantek mulut cam *%%&#$%@$#!@$@^$&$#.. bajet bagus la tuh... &$^@^%#&$$^&*^#&@@^&*.. da la cari rezeki kat negeri aku, nak kutuk2 lak.. memang &###$@!@%^&%&%@!#$%^ la minah ni.. "

ok.. ni kalau ikut nafsu setan la.. erk.. nape ayat kutukan tak dinyatakan?? hahahha.. aku tak biase maki orang, so aku tak tau nak kutuk ape.. huahhahaha.. *ayat bajet suci.. eh.. seryes la..aku tak suke maki orang.. heheheh...=p*.. ok2.. ni ayat tak ikut nafsu setan aku:

"ala kak.. relax la... ape la sangat stakat takde biskut Famous amos tuh.. gua pon minat gak biskut tu kak.. tapi tak la nak hina kot pasal kat JB takde biskut tuh.. pi google cari resepi, wat sendirik sudah.. kalau tak pon, balik je la kampung tuh... ngeh3!!~ Di mana bumi di pijak, disitu langit dijunjung la kak.. kalau tak paham maksud, pi kedai buku, cari buku peribahasa melayu.. eh, kat JB ade Popular tau!! hehehe..."... hahahha.. bajet suci la komen tu kan?? macam haram!!~ hahahah...

Ape yang aku nak cakap kat akak ni, eh, bukan kat akak ni jek.. kat aku dan korang2 jugak.. inagt lah pepatah melayu ni, "Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung".. kat mane2 pon kita berada, hormat lah.. ala.. 1Malaysia kot.. dok mane2 pon kita masih kat negara kite.. setakat x dapat makan biskut Famous Amos tu, tak yah la nak kutuk2 sampai kate hina sangat kot.. hhehehh... aku akui.. memang Johor tak macam KL.. kadang2 aku kutuk gak.. hahahah.. tapi kutuk2 manje la.. gurau2 je kot.. heheh.. tapi tak la over cam ahkak tuh.. hhohoo.. sebab aku da lame gak duk luar negeri Johor sejak umo aku 18 tahun. dulu aku blaja kat selangor, dekat la dengan KL. sekarang lak aku keje kat KL. so, aku cam da tebiase denagn kemudahan yang ade kat KL ni.. kadang2 aku merungut gak.. "ape la Johor ni..*erk.. bukan Johor Bahru, Kluang ler... hehehhe*.. , itu xde, ni xde.. "dan aku penah fikir, ala.. tak best nye bile da abes study kene dok Johor balik.. xde Sogo nak shopping2, macam2 la xde.. tapi, sebenarnye walau ke mana pon aku pegi, Johor tetap di hati.. mesti la beb.. family aku sume kat sane.. heheh.. *buah hati pon kat sane..ngeh3!~*.. so, tak yah la nak kutuk2 negeri orang, bajet cam negeri kite da bagus sangat.. yang penting kite 1Malaysia beb!!

Ok.. entry ni bukan nak bodek!! hahah

Chow!!

(^__^)v
XOXO

note: cakap siang pandang2, cakap malam jeling2.. kadang2 kita cuma nak bergurau, tapi kadang2 kita tak sedar gurauan kita da buat orang lain marah, kecik hati.. so, sebelum bercakap pandang keliling, tanya pada diri, "kalau orang cakap kat aku macam ni, aku marah tak??"






Friday, August 6, 2010

Perasaan seorang peniaga di pasar tani

Salam..

Ape bende nye tajuk entry skema ayam nih??? heheheh.. hari ni ade sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan kat office aku. Bahagian kitorang wat jualan sayur2, udang putih, ikan patin, ayam salai, daging salai, keli salai dan telur masin. Pagi2 lagi kitorang da sebok2 bukak gerai. Banyak gak sayur yang terjual. Udang pagi2 lagi da abes. Memang laku betol la sebab kitorang jual murah.. heheheh.. kalau meniaga betol2, memang rugi la.. hahahah.. semua main nak bagi murah jek.. tapi kire ok la. banyak yang laku.. yang x brape nak jalan, ikan patin la.. x ramai orang suke makan ikan sungai. lagi 1, kalau beli, kat mane lak diorang nak simpan sebab kebanyakan customer kitorang keje, pejabat, student dan mak cik2 cleaner.. kat celah mane lak diorang nak simpan ikan patin tuh sementara nak tunggu office hour habis.. sayur2 semua habis kitorang lelong. memang murah gile.. kat luar x dapat la murah cam kitorang jual..

ade gaye peniage tak?? heheh


Time2 camni la aku terasa susah nye meniaga nak cari rezeki sesuap nasik untuk keluarga..*ececeh.. gile skema ayat..=p*.. Letih gile!!!! baru sehari je menjual.. da tu bukan wat sorang2, ramai2 lak tuh.. tapi penat cam hape.. kaki sakit gile, bisa2 tapak kaki ni ha.. huhuuh.. dapat pengurut kaki OGAWA tu memang best la.. ekceli, sebelum ni aku penah gak keje lagi penat dari ni. aku keje kat R&R Pagoh Selatan. keje kat gerai jual air. letih cam hape. keje 12 jam. takleh nak duduk.. bayang kan la.. kaki cam nak tecabut.. huuhuhuhu.. keje aku mase tu, amik order dengan wat waffle cake. mase tu memang macam2 kerenah costumer la nak kene layan.. adeh.. ade yang kerek giler!! diorang layan kite ni cam budak2 jahat, skola tak abes.. tah pape.. ingat orang keje cam tu skola tak tinggi ke?? erk.. ter"emo" la plak.. hehehe.. costumer ni macam2 perangai.. keje aku amik order air, dengan buat waffle cake. korang bayang kan kalau amik order, mane nak tulis kat kertas.. takde tulis2 kat kertas.. kene ingat kat pale otak ni.. da la aku ni bab2 ingatan ni lemah sket.. kot datang 1 family sampai 12 orang da tu semua lak pakat gedik nan order lain2 air, memang cam haram la aku nak kene ingat semua tuh.. haduiyai.. siap kene marah lagi pasal asek kene ulang order.. huhuhu... nak wat camne.. daya ingatan lemah.. adeh la hai... tu blom lagi waffle cake.. kat sini memang tempat bas ekspress nak pegi singapore suke brenti.. 1 bas ade la dalam 40 orang. aku penah amik order waffle cake adela dalam 20 keping untuk orang 1 bas.. semua nak topping tah macam2 jenis.. da tu masing2 pesen tak reti sabar.. ingat mesin tu letak je tepung tros bloh masak ke?? 1 keping paling koman 5 minit nak masak.. huhuhu.. tak ke haru aku mase tuh.. cam lipas kudung keje nye.. dok kat tempat wat waffle cake tu gak la yang wat muke aku yang halus mulus bebas jerawat ni, tumbuh jerawat banyak jadinye sebab kene wap panas+minyak.. huhuhuhu.. da macam permukaan bulan da aku rase.. nasib baik la da ok sekarang ni.. heheheh..

erk.. kantoi tengah SMS la plak.. heheheh


tah ape dikelentongnye kat costumer tuh.. heheheh

2 la pengalaman aku keje dulu mase lepas SPM. penat wo keje macam tuh.. pengalaman tu semua wat aku jadi seorang costumer yang tak cerewet. aku cube untuk tak menyusahkan peniage dan pelayan ni sebab aku da rase macam mane letihnye nak layan costumer perangai cam haram nih.. memang la ade yang kata "costumers are always right".. tapi sebenarnye ayat tu tak betol.. tak leh pakai sangat.. kite jadi costumer nak kene ingat, peniaga pon manusia gak.. bukan mesin, bukan robot. diorang ada hati dan perasaan gak.. tahu penat, letih.. memang la tu keje diorang.. tapi cube letak kan diri kite kat tempat diorang... tah2, korang lagi trok agaknye...

erk.. panjang nye.. da macam ceramah la plak.. heheheh.. owh.. ye.. hehehe.. tadi lepas meniaga kat bawah office ni, aku kene ikut kursus penghayatan 1Malaysia.. tah ape kejadahnye la plak diorang soh aku ikut kursus tu.. even kursus tu 2 jam jek, tapi sebab aku da letih, malas gile weh!! letih tau x nak dengar orang membebel 1 Malaysia kat depan, kite dok nganga dengar.. huhuhu.. nak jadikan cerita, oleh kerana terlalu letih, aku da tetidor.. dan terjadi la 1 kejadian yang agak memalukan.. aku termengigau.. diulangi.. aku MENGIGAU!! WAAAAAAA!!!!! malu siot!!!!! hahahaha.. nasib baik la member aku jek yang dengar.. .. *hahah.. tipuk!!! orang balakang pon dengar.. siap gelak lagi.. huhuhuhuhu*...adeh... malunye aku.. huhuhuhuhuhuhu... nak cover malu, aku gelakkan la diri sendiri.. heheheheheh... aku tak tunggu abes kursus pon.. adela setengah jam dok kat situ, aku pon blah... tak larat aku nak tunggu.. heheheheh...

moral dari cerita aku ni:
1. jangan ingat orang keje pelayan, amik order, cashier, keje biase2 ni skola tak tinggi.. kalau ye pon skola tak tinggi, jalan layan diorang cam takde harge diri, cam sampah.. diorang pon manusia.. sekurang2 nye diorang keje cari rezeki halal, tak merompak, makan rasuah.. kan??

2. Costumer tak sentiasa betul.. silap tu..

3. Jangan tido kat khalayak ramai!! hahahaha.. nanti sangat malu jadi nye.. adeh la hai.. huhuhuhu..


Chow!!

(^__^)v
XOXO


Wednesday, August 4, 2010

Setahun suda berlalu

Salam

Setahun da berlalu
Ye, setahun...
Ape yang setahun???
Bukan usia blog ni..
Blog ni x cukup setahun pon
Kalau baby pon, baru nak merangkak kot..
heheheh..

Da genap setahun aku keje di Bahagian Pengeluaran Ladang ni.
Semalam, genap setahun aku sebagai seorang penjawat awam di LPP ni.. *kalau ikut surat lantikan la..hehehh*
Sekejap je masa berlalu
Setahun berlalu
aku rase takde ape yang berubah sangat pon
Masih blur2 lagi
Masih banyak yang aku kene belajar
Kadang2 bosan gak keje
heheheh
Rasa cam nak masuk skolah balik je..
Tu la manusia..
Tak penah puas,kan?
Dulu mase skola, sebok nak cepat besar *bukan nak besarkan badan ea..=p*
Ni da besar, sebok nak jadi dak skola..
X besyukur betol!!*erk... hehehehhe..*

Apa yang aku harapkan lepas ni
Semoga aku bekerja dengan lebih ikhlas, gaji aku lebih berkat, maju dalam kerjaya, cepat2 lulus exam *da lulus exam, cepat confirm, kalau da confirm, senang nak mintak tukar balik kg lepas kawen nanti.. hehehehh..=p* dan naik gred cepat skit *sian kt sijil aku yg x digunakan tuh.. ehhehe*

Eh..
Da nak balik la..
hehehehehhh
Okla..
Chow!!

(^__^)v
XOXO


note: berkat la sangat dok berblogging time opis hour nih.. hahahahah

Monday, August 2, 2010

Happy 26th Birthday my dear!!~

bajet comel la tuh..=p



Salam..

Aku pernah cerita pasal dia kat entry ni ----> (^__^)v

Untuk Nurul Haulah Miswan,
Entry ini khas untuk kamu
Selamat ulang tahun yang ke-26
Semoga usia lebih diberkati
Dimurahkan rezeki
Dikurniakan jodoh yang baik
Berjaya capai apa yang dicita-citakan
Bahagia dunia dan akhirat


Aku sayang kau banyak3!!~
Tak pernah kurang walaupun kita da jarang jumpa
Tak peduli apa orang lain kata pasal kita
Hanya kita yang tahu kebenarannya
hehehh
Skema la plak..

Ok, yang!! hepi besday & i luv u so much!!
Muahhh!!


(^__^)v
XOXO