K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa dengan En. Nazmi???




Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan En. Nazmi
Allah selamatkan kamu..

Ehem.. happy 28th birthday, Yang. Semoga dengan pertambahan usia ni, usia Ayang lebih diberkati. Semoga Allah kurniakan Ayang rezeki yang melimpah ruah. Semoga segala urusan Ayang dipermudahkan. Semoga Ayang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga jodoh kita kekal hingga akhir hayat dan semoga Allah kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah. amin3.

LOVE

Maaf banyak2 sebab Sayang takde di sisi Ayang untuk sama2 sambut birthday Ayang. Yang penting Sayang tak lupa birthday Ayang kan? Hadiah on the way Yang ye. heheh.. Kalau nak special.. erk.. ehem.. takde kot. hahahah. Tunggu Sayang balik weekend ni ye. I luv u so much Yang. mmuaaahhhh1000kali. *boleh tuntut hari Jumaat ni ye.. hohohooo*

aku taktau napa dia suka wat muka gini. kalau amik gamba muka tak penah nak semenggah. macam2 pesen. heh.



note: eh.. ada orang geli2 mata baca ea??? hahahha... apa lagi.. pi la tekan "X" kat penjuru kanan tu. =p

Friday, April 15, 2011

Soalan tipikal yang boleh mengusik jiwa

Bila nak abes belajar?
Bila nak keje?
Bila nak kawen?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak?
Bila nak mati?

Ops!! ada tak orang tanya soalan last tu???? hahahah.. ni la dilema kita manusia biasa. soalan tipikal orang sekeliling dan sedara-mara keliling kita, kan? korang mesti pernah kena tanya soalan-soalan kat atas ni. erk.. kecuali soalan last la. sapa yang penah tanya kan? kalau ada yang tanya, alamat dapat jawapan penampar la kan? kadang-kadang aku tak paham kenapa gak nak tanya soalan-soalan camni tiap kali jumpa kat kenduri ke, time raya ke, time kumpul dengan kawan-kawan ke. kalau soalan no. 1 tu boleh la jawab sebab kita tau la bila kita abes belajar. soalan no. 2 tu pon boleh la gak kot kalau dah bapak kita ada company memang da suh kita keje dengan dia bila dah abes study.

tapi... soalan bila nak kawen tu... hmmmm... susah la nak jawap. jodoh pertemuan ni kan kerja Allah. mana la kita tau bila Allah tetapkan tarikh kita nak kawen kan. tah-tah tak sempat kawen ke.. takde jodoh ke.. jodohnya kat syurga ke.. mana la orang yang kena tanya tu tau bila jodoh dia sampai kan? yang dia boleh buat, berusaha untuk mencari jodoh, berdoa supaya dikurniakan jodoh yang baik, tawakal dan redha dengan ketentuan-Nya.

korang paham tak apa kaitan soalan bila nak kawen, bila nak ada anak dengan bila nak mati? konsep nya masih sama. semua tu ketentuan Allah. jodoh, pertemuan dan kematian semua tu Allah dah tentukan. so, kita tak tau bila kita nak kawen, bila kita nak dapat anak, bila kita nak mati. semua kita tak tau bila. kita cuma boleh berusaha dan bersedia. eh.. bukan berusaha untuk mati. berusaha untuk cari jodoh dan bersedia untuk mati. so, soalan bila nak kawen, bila nak dapat anak, bila nak tambah anak tu sama jek macam kau jumpa kawan-kawan ke, sedara mara ke, then kau tanya, "bila kau nak mati?". sama kan? sama kan?? sapa berani kata tak sama? eh.. lain la kalau orang tu dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. memang la tau bila nak mati. tapi kalau dah Allah kata kau tak mati hari tu, kau tetap takkan mati kan walaupun dah undang-undang kata kau mesti mati hari tu. faham tak?

dulu mulut aku ni pun gatal gak tanya soalan-soalan diatas. tapi soalan last tu takde la aku tanya. gila kau nak tanya soalan camtu? hehehh. aku tanya bila nak kawen pada orang yang da becinta lama betahun-tahun jek. takde la tanya kat orang yang cam aku ni ha. eh. aku yang dulu la. zaman takde laki lagi. ada ke aku yang tak berboipren ni ditanya bila nak kawen? aku nak kawen dengan sapa? lain la kalau kau nampak aku asek bekepit ke hulu hilir dengan lelaki tapi tak kawen-kawen lagi, logik la kau tanya soalan tu. ni tak.. aku pon single tetiba kau tanya soalan cam tu. memang menambah luka dihati tau. dah la takde boipren, tanya lak bila nak kawen, sentap mak tau.

tapi bab bila nak ada anak tu memang mulut aku ni gatal nak tanya. hahah.. tapi tak ramai la yang aku tanya kot seingat aku ni la. kenapa ek kita suka tanya soalan-soalan macam ni? kita memang nak tau, atau saja berbual tapi takde topik, atau saja nak menambah luka dihati? hehehh.. kalau aku la, aku tanya sebab aku da tak tau nak tanya apa. heheheh.. tapi sekarang ni, aku akan tanya soalan bila due besalin jek. heheh. tak pon kadang-kadang aku cam dengar ada member dah pregnant dari orang lain, dan aku nak confirm aku tanya la kat orang yang berkenaan. takde la kat orang yang takde pape aku sibuk nak tanya. sebab aku pon tak suka orang tanya-tanya aku cam tu. macam la situasi aku sekarang. kadang-kadang rasa nak jerit, "HOIIII!!! AKU BELUM PREGNANT LA!!! TAK YAH LA TANYA BANYAK KALI DAN TAK YAH NAK TANYA SOALAN MENGUSIK JIWA TU!!!" haaaa... baru kau tau perasaan orang yang ditanya cam tu kan? dulu kau buat kat orang, sekarang kena kat kau plak. *eh.. mana de la.. aku takde rajin nak tanya soalan cam tu kat tuan punya badan. aku tanya kat orang lain.. lalalaaa*

so, kawan-kawan... tolong lah memahami kami semua ni. sapa yang tak nak kawen? sapa yang tak nak anak? ce cite.. ce cite. kalau ada yang tak mau tu, meh sini aku nak lempang skit bagi tesedar. jangan la tanya soalan camtu lagi kat kami ni. tanya la soalan yang memang kami boleh dijawap. ni tak tau nak jawap ape. kalau nak kawen dengan nak ada anak tu kuasa kita, memang la boleh dijawap. ni kita pon taktau bila, so please cari la soalan lain kalau nak ajak berbual pon. betul tak Pn. Eila? betul tak Pn. Syura?? kan Cik Ezan??

xoxo

Tuesday, April 12, 2011

Just The Way You Are



Kenapa aku post video ni?
Aku suka sangat2 lagu ni.
Ada cerita dengan lagu ni.
En. Nazmi tunjukkan aku video klip lagu ni kat aku masa hari 1st kitorang jadi husband n wife.

Aku ingat lagi masa tu dia tunggu bilik air nak mandi. almaklumlah.. kenduri kan ramai orang. nak mandi kene ikut turn. sementara tunggu bilik air tu, dia tiba2 tunjuk kat aku video klip ni. dia cakap lagu ni best. aku pon tengok la dari awal sampai abes. dan... wow!!! seryes aku da jatuh cinta sama ini Bruno Mars. dan lagu ni jadi lagu favourite kitorang berdua. everytime kitorang naik kete berdua and tetiba keluar lak lagu ni kat radio, kitorang mesti kuatkan volume dan nyanyi sama2. tak kisah la lirik beterabur pon tetap gak nak nyanyi. selalu part korus jekla yang suara tetiba kuat. heheheh..

hayati lirik lagu ni. memang sangat2 best. terima orang yang kita sayang apa adanya dan tak ada 1 pon tentang dia yang kita nak ubah. sebab dimata kita dia dah cukup perfect untuk kita.


Just The Way You Are

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying
She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see
But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her lips, her lips
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy
She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same
So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are
The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Untuk suamiku.. *ops.. ade yang nak muntah hijau??? hahah*, sayang terima ayang seadanya ayang. tak perlu ubah jadi orang lain. sayang terima ayang sebab ayang adalah ayang, bukan Fahrin Ahmad, bukan Johnny Depp atau Shaheizy Sam mahu pun Bruno Mars. Sayang cinta, sayang ayang banyak2, dalam2. mmuuaahhh1000kali. *p/s: nanti tuntut muaahh tu weekend ni ye.. hohoh*

XOXO

note: ada lagi 1 lagu fav aku. nanti2 la aku post. heheh.. tapi laki aku tak minat sangat lagu tu dengan penyanyi nye sekali. huhuh..

Wednesday, April 6, 2011

Tak perlu kata apa-apa

Jangan cuba untuk mengatakan yang kau faham bebanan yang ditanggung seseorang tu kalau kau sendiri tak mengalaminya.

Jangan cuba untuk kata, "alah... masalah kecik je. tu pon nak kecoh." kau tak mengalaminya, kau tak berada ditempatnya, kau takkan pernah faham. Mungkin bagi kau itu kecik, tapi bagi orang lain, itu masalah besar.

Hoiii!! apa yang kau mengarut ni??? haih.. pagi2 da meroyan. apa kes la.. hahah.. *ok..gelak2 sebelum kau nangis*.. dah.. dah.. aku rasa mata aku da macam mata ikan. dok bocor jek dari pagi tadi. sakit da pale aku ni ha. ni baru 2 bulan. berapa lama lagi nak hadap keadaan macam ni?? aku ingat aku kuat, tapi.. hampeh. kadang2 macam tisu gak hati ni. kadang2 aku rasa letih sangat. letih dengan perasaan sendiri. sampai bila aku nak macam ni. lagi satu yang aku letih bila orang tanya, "da ada ke??" eh. ada apa ni? lemak? memang banyak. huhuh.. tau tak soalan tu buat aku stress. seryes aku stress. bila aku stress, migrain datang. bila migrain datang, boleh jadi gaduh tahu. nanti mula En. Nazmi risau kat aku, bebel tanya apa yang aku dok pikir sangat. kepala aku sakit okeh. bila kena bebel2 lagi bukan kepala je sakit. hati pon boleh jadi sakit. dok jauh2 ni, cepat sentap tau ati ni. da la susah nak pujuk. kalau dok dekat bila gaduh senang jek. peluk je la bini or laki kau. sejuk la sikit ati diorang. bila jauh camni, da sentap2 nak peluk apa??? peluk bantal? boleh blah. kalau da sentap tu, tutup phone, tutup muka dengan bantal dan tido la sampai pagi sambil nangis bawah bantal tu. bangun la dengan mata kau bengkak2 da cam mata ikan.

sejak kawen, seryes hati aku cam tisu. sentap sikit mula la mata aku nak bocor jek. eh, kenapa ek?? lagi 1, sejak kawen aku memang neves gila tunggu period. hehehh.. kadang2 aku doa takyah la period bulan ni. takpon kalau nak period, period la hari ahad, boleh??? hahahaah.. gile. sapa yang PJJ (Pasangan Jarak Jauh) cam aku ni je yang paham menda ni. haahah.. kau boleh bayang camne muka laki kau bila da seminggu tak jumpa, tetiba jumpa weekend kau kata kau period. eh, sori. ni tade la 18sx sangat kan??? hehehh. mesti muka dia senyum2 kelat sebab kena puasa lagi seminggu. ini boleh mendatangkan marah tahu??? da la lama nak tunggu seminggu, alih2 kena tambah lagi seminggu. tak rasa cam nak gigit2 jari???

dari hari first kawen, aku memang doa sangat2 dapat baby cepat. aku taknak tunggu lama2. kalau boleh hujung tahun ni da ada anak sorang. kalau kembar lagi bagus. tu bonus. tekanan tu makin terasa bila orang sekeliling tanya,"da ada gud news ke?", "da pregnant ke???", soalan dari family memang takde la. diorang tak tanya pon cam dulu2 bila aku tak kawen lagi, family aku takde sebok2 nak amik tau pasal bila aku nak kawen. so sama la cam sekarang. family aku takde nak sebok2 tanya aku da pregnant ke belom. diorang pon paham. tapi kawan2 dan orang sekeliling yang tak paham. pertanyaan diorang memang buat aku tertekan. tau tak betapa aku memang sangat2 nak baby cepat. tapi tu bukan kuasa aku. Allah yang tentukan rezeki aku. rezeki aku belum ada lagi. Allah tetapkan apa yang terbaik untuk aku. mungkin Allah taknak bagi cepat2 sebab aku dok jauh dengan husband. mungkin kalau aku ada anak, aku tak mampu nak handle sorang2. sebab tu Allah belum bagi lagi rezeki tu kat aku. so aku kena la redha. cuma kadang2 aku sedih gak la.

pada orang lain, mungkin diorang kata, "ala... baru 2 bulan kawen... tu pon kecoh. macam da 2 tahun." pada yang cakap macam tu, kau takkan paham. kau paham tak bila kau memang nak sangat sesuatu benda dan kau memang tunggu benda tu but then tetiba kau tak dapat. kau kena tunggu lama lagi. kau paham tak kekecewaan nya. oh. kau memang tak paham. sebab kau tak rasa. kau tak lalui nya. so, dok diam2. jangan cakap pape yang boleh menambah luka dihati.

tapi... aku patut bersyukur. ade pasangan lain, lagi susah daripada aku. tak yah tengok jauh la. pak cik dengan mak cik aku contoh terdekat. contoh pertama, adik bongsu ayah aku. aku panggil busu. busu aku ni kecik la sangat orang nya. husband die besar giler kalau nak banding dengan dia. husband dia ade la besar angah raja lawak tu. busu aku plak besar sapa ek?? aku rasa cam besar Elfira Loy tu jek kot. diorang kawen da masuk tahun yang ke-10 tahun ni. tapi belum ada rezeki lagi. usaha da macam2. tapi da Allah kata rezeki tu belum ade, so belum la ada lagi. adik bongsu ibu aku pon sama. aku panggil ucu. aku tinggal dengan dia kat KL. wife die pon kecik gak orang nya. tapi besar sikit kot dari busu aku tu. may be sebab dia tinggi sikit kot. diorang ni da masuk tahun ke-5 kawen. pon belom ade rezeki lagi. jadi takyah la nak heran yang dok jauh ni tak sangku2 lagi. yang dok sekali da betahun2 pon tak sangkut lagi apa cerita??? tu semua bebalik pada takdir Allah. Allah da tetapkan rezeki kita semua. cuma kita kena la usaha. dah usaha doa la banyak dan redha la dengan ketentuan-Nya. yang penting, usaha.

ok. aku nak pegi berusaha ni. eh. tak boleh. kene keje. oww.. lagi pon usaha kena postponed minggu depan. minggu ni tak boleh. heheh.. sori ye yang. takleh nak control. kalau boleh control cam kepala paip, lain la cerita kan. eh. apa aku mengarut ni. chow lah. bai.

XOXO

Friday, March 25, 2011

Kluang punya kisah

Salam..

Minggu ni kecoh pasal 1 kopitiam yang agak famous kat Johor. ala... suma tau kan. Kluang Railcoffee tu... yang ramai sangat orang Melayu lepak tu.. yang glemer masuk Majalah 3 tu.... yang kopi dia sedap sangat tu.. *cakap gaya2 kepochi plus muncung cam Joyah ye*. Memang Kluang Railcoffee ni glemer abes. kopi dia memang sedap la *harus la sedap kalau da babi didalamnya..cis!!*. Kalau nak minum kat tempat original dia kat stesen ketapi tu, memang kena amik turn. punye la ramai manusia. dan kenyataannya yang meramai kan nya adalah orang kita. ya. orang Islam. aish. dan yang aku pon menggelupur sebok2 pasal benda ni kenapa??? mesti la sebab aku pon suka lepak kat sana. huhuhuh.. aku tak tau da bape jag air kopi berbabi tu yang aku da telan. tu belom kira roti bakar lagi. aduhai... rasa cam nak telan air tanah bagi samak isis perot ni. huhuhuhhu

tapi kan, kita tak leh nak salahkan tokey tu. salah kan diri sendiri dulu. punye la banyak kedai melayu ada, yang kedai cine gak kau nak masuk tu da kenapa rifqah oi??? *erk... da sedap.. lagi pon, da terpedaya ada orang kata halal, yakin jekla. huhuu*. dan aku rasa orang Islam yang lain tu pon fikir benda yang sama dengan aku. yang kedai tu halal. *padahal takde pon tunjuk sijil halal. damn!!*. aku rasa mungkin atas dasar tokey tu orang Kluang, dan perniagaan ni pon da lama dibina yang buatkan orang kita selamba jek pegi minum kat situ. bisnes dia da mula dari zaman tok nenek dia lagi. jadi orang assume, mesti la diorang tau takleh nak campur dengan benda2 haram ni. sebab memang orang melayu yang banyak menyumbang kepada keuntungan dia. tapi rupanya silap da... hohoho.

kat Kluang ni kan ade 2 jek kopitiam. 1 opkos la Kluang Railcoffee. yang 1 lagi tu.. eh.. takyah sebut la.. orang Kluang mesti tau kan? Kopitiam yang lagi 1 tu memang aku tak masuk la. dan kat Kluang pon aku tade nampak orang Melayu lepak sana. eh, tapi kan, kopitiam yang best cam ni owner sume cine. tade ke orang melayu nak bukak kopitiam best camni kat Kluang? yang aku tau ade orang Melayu punya kopitiam kat Bandar Baru Bangi jek. tokey die kalau tak silap aku Ezzah Aziz Fauzi. Bekas pengacara kat TV3 dulu.

cite pasal tokey tu plak, dia cam tak puas hati la. aku tak sure dia tak puas hati kat sapa. tapi dengar2 nya dia kata, kenapa benda sampai tersebar kat luar dulu. kenapa tak datang bincang dengan dia dulu? bincang sama2 dan buat tindakan yang perlu. bukan terus sebar macam ni. da dia rugi. eh. taktau nak cakap apa. haduyai. tapi ada gak dengar cakap belakang ini keje pesaing yang agak dengki tengok Kluang Railcoffee ramai sangat pengunjung. pesaing nya sapa? ehehehh... kang ada lak aku kena saman kang. pasal pesaing tu, sume rumors jek. jangan la caya. kalau da salah tu, salah la. takyah nak salahkan orang lain.

semalam sembang2 dengan pakcik aku pasal ni. kitorangkan memang suka sangat2 lepak kat sana kan. da tiap kali balik kluang mesti la nak lepak kat sana. dan pakcik aku da kuar 1 ayat ni pasal kes ni, "patut la lemak kita tak mo turun2. ada lemak babi rupanya." erk??? hahahahaha.. betul gak tu. patut la lemak ni degil tol. da lemak tepu da jadinya. dan patut la aku pon asek malas2 cam babi jek. yela.. babi kan pemalas. eh? betul ke? hahahah..

so, lepas ni kita minum kopi buat sendiri ea. meh tanam kopi sendiri pastu proses sendiri. eh. dulu nenak aku tanam kopi tau. apa?? tak tanya? eh. suka aku la nak bagitau kan. =p


(^__^)v
XOXO


saja nak kepoh: eh. camne ni?? rasa cam nak minum air tanah plak bagi samak perut. hahahahah... bengong la rifqah!! da telajak telan, mana boleh nak kuar balik. da jadi darah daging kot. apa yang perlu, marilah kita sama2 bertaubat.

Original Kluang RailCoffe. kat stesen ketapi Kluang.


Roti bakar "mabuk" + kopi berbabi


ada 2 jenis roti. aku taktau yang mana ada alkohol. yang putih ke, yang cam ceklat2 ni.. tapi 2-2 pon best. huhuhu.. cilakak sungguh!!



*Sumber gamba dari Atok Google.