Friday, December 31, 2010
Eh.. 2011 da nak sampai la...
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 11:44 AM 1 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Thursday, December 30, 2010
Esok cuti tapi aku kecewa
Malaysia menang!!! oyeahhh!!~ tetiba je beminat dengan bola sepak malaysia. padahal sebelum ni x berapa minat pon dengan bola sepak ni. world cup je yang aku layan sebab 4tahun sekali. hehehe.. terima kasih banyak2 kat player malaysia sebab menang piala ni. sebab korang menang la kitorang ni dapat cuti esok. heheheh.. best3!!~ menang2 la selalu ea? boleh cuti lagi.. *tak guna tol!!~ hahah*
game malam tadi aku tengok kat rumah jek. tak kose mak nak melepak kat mamak sorang2. kalau ada En. Nazmi ok gak. hehe.. En. Nazmi tengok kat kedai mamak kat rumah dia. kat jb la. kalau kat KL, sure aku da temankan. eheh. *gelak gatal!*. eh, cemas tau tengok diorang main. rasa cam nak gugur jantung ni. geram pon ada. hahahha.. sampai kan tak nak tengok sebab takut malaysia kalah. boleh gitu. da tak pasal2 telepas tengok yang malaysia dapat gol 1. 2 gol indon, tengok plak tu. heheh.. dalam pada suara takde malu2 nak keluar ni, tambah sakit tekak+batuk2 lagi, besorak+menjerit tak hingat. nak gak jerit2 walaupun cam seksa nak keluarkan suara. semangat punye pasal.

http://jejariruncing.blogspot.com
tak sia2 mak keluarkan suara seksi mak ni nyah.. menang gak u'olls. ni yang mak sayang tau! nak2 keeper chumel tuh. sayang lebih la kat keeper. banyak bola yang bejaya diselamatkan. walaupun telepas gak 2 biji, tapi tak kisah la. u r the hero la Khairul Fahmi!!~ nak signnn!!!!~ ok. sila jangan melebih2 ye cik rifqah. dia da ada gurlfren. dan..dan..dannn... kamu da nak kawen. sila sedar diri ye? *erk.. eheheh.. x boleh ea? =p*
lepas ni harap2 nya pasukan bola sepak Malaysia akan mencapai lebih banyak kejayaan lagi. jangan sekali ni je menang. kalau boleh, bejuang sampai dapat masuk world cup! tak kisah la tahun berapa pun kan??? heheheh...
muah3 kat sume player. keeper kasi lebih sikit. ops. heheh.. telebih suda.
chow.
XOXO
note: bila menang sokong kemain lagi... cuba kalau kalah.. mesti kutuk sampai lebam, kan?
note2: aku kecewa sebab esok cuti tapi aku tak boleh balik kampung!! WAAAAAA!!!! NAK BALIKKKKK!!!!!!
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 11:26 AM 0 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Labels: bola, gf khairul fahmi, khairul fahmi, malaysia menang
Wednesday, December 29, 2010
cerita pasal hantu da basi
Assalamualaikum.. (^__^)
weekend hari tu aku tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. ye. aku tau. da basi kot citer tu. heh. nak buat cam ne... time2 balik kampung je la aku dapat tengok wayang dengan En. Nazmi. aku suke tengok citer mamat khalid. seryes citer santai tak wat pala otak bebelit nak bepikir. cume citer estet je yang aku tak tengok. aku rasa farid kamil tak mampu nak menarik minat aku berbanding awie. hahah.. awie lagi best! aku tengok cite ni kat MBO Kluang Parade. seryes tak best panggung ni. tapi sebab citer ni ada kat sini je, tepaksa la.. nasib baik citer best gile. hahah.. gelak je keje nya. tapi ada gak part yang aku tutup mata. *citer lawak pon tutup2 mata bagai*. tapi konsentrasi sedikit terganggu. mana tak nya, mane nak tengok citer,
hm.. masuk ni, da 3 minggu aku batuk2+sakit tekak. puas kene bebel dengan En. Nazmi, baru la minggu lepas aku pegi klinik. before pegi klinik, aku cuma batuk2+sakit tekak jek. pegi klinik, dapat antibiotik+ubat batuk. makan 2-2 tu hasilnya, suara malu2 nak keluar. kadang2 keluar angin jek lebih. siap kena bahan dengan En. Nazmi. dia suh aku sembang guna mesej, tak yah cakap. bukan dengar pon. hahah.. da aku kalau nak cakap kena bisik kat telinga die. eh? bisik2? hahahah.. tet!! sampai nak order makan pon, aku kena mintak tolong dia order kan sebab budak amik order tu tak dengar pon aku cakap apa. kronik gile sakit tekak aku nih. isnin masuk keje, kena bahan dengan budak2 opis plak. bos aku siap kutuk kata suara aku cam angsa belakang rumah dia. hahah.. bukan suara aku cam angsa tu, tapi angsa tu yang suara cam aku. ok. stop merepek.
hari ni, suara aku da beransur2 ok. takde la cakap keluar angin je lebih, suara tah ke mana2. batuk pon da bekurang. ada plak bagi idea kat aku suh makan aiskrim. hahah.. En. Nazmi siap paksa aku makan aiskrim. suma gara2 adek aku yang kena tahan wad sebab tonsil bengkak. dia kena makan aiskrim untuk surut kan tonsil. so, diorang yang lain bajet aku pon camtu, da paksa aku makan aiskrim. hahah.. tapi best apa kena paksa makan aiskrim. nasib baik aiskrim kan? oww.. adik aku boleh buat lawak lucah kat aku. siot sungguh. "takpe, da kawen nanti hari2 dapat aiskrim free," what the???? hahahha.. bongok sungguh angah. even cakap bisik2, En. Nazmi kat sebelah dengar la ngok!! tapi dia pura2 tak dengar. dan.. ye. aku sangat malu rasa cam nak nyorok bawah katil. hampeh angah! tau la ko da kawen! cisss!!
aku bosan sebenarnye.. tu yang dok menaip entry baru.. hehehe.. takde menda dah nak merepek. eh. jap. nak wish kat budak2 ni..
-
-
-
-
-
-
v
dan
Ashraf & Hafizul
Selamat Pengantin Baru untuk korang.. semoga dikurniakan anak2 yang soleh & solehah. semoga ikatan kekal hingga akhir hayat dan ke syurga.. amin3.
gambar diorang takde. malas nak tepek. hehe.. aku tepek muka aku dengan En. Nazmi je la ye. oww.. diorang ni kawan2 aku dari diploma pertanian kat UPM dulu sampai la sambung bacelor sains pertanian pon sama course dengan diorang. hehehhehh.. 7 tahun tu...
ok. chow.
XOXO
note: lagi sebulan, giliran aku plak. eh, lagi sebulan???
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 1:38 PM 1 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Tuesday, December 21, 2010
benci bila kena ucap "good bye, sayang."
assalamualaikum sume.. *eh.. slalu type pendek2 je.. ni penuh lak.. heheh*.
eh??? gigih sungguh update 2 entry 1 hari kan??? hehehehheh..actually aku da taip awal entry ni, tapi baru nak publish hari ni. ingat kan pagi tadi nak publish. skali tu baru perasan hari ni birthday blog aku. hehehhh.. aku just nak cite pasal hujung minggu aku je. hahahah.. hujung minggu yang terbaik & terindah stakat ni..
hujung minggu aku, sangat2 best.. tapi penutup nye sangat la tak best.. arghhhh!!!!!
jumaat, 7ptg En. Nazmi sampai KL. aktiviti malam tu, makan kat Wong Solo Bandar Baru Bangi, jalan2 kat Putrajaya, round2 downtown dan uptown. sian En. Nazmi.. sampai2 KL hujan la plak. walaupun hujan, kitorang pegi gak bejalan2. pegi putrajaya bawak En. Nazmi pusing2 kat Putrajaya, brenti kat jambatan. baru turun 2 minit, polis sampai. hahahahahha... hampes sungguh!!~ terus la blah.. motif nak tunggu kan?? hehehhe.. lepas round2 Putrajay, pegi check in kat Dynasty Hotel. eh.. En. Nazmi je yang check in ye. aku tolong teman dengan tolong register jek. nak biar En. Nazmi buat sorang2?? alamat dia tido dalam kete je nanti. hahah.. 2 pun lama gila nak check in. pukul 12mlm baru siap. letih aku tunggu. da dapat kunci, pegi usha bilik jap. kang sesat plak dak ni kat hotel yang banyak sangat tingkat ni. tah ceruk mana bilik. dapat executive suite plak tu. hamik ko dok sensorang kat bilik besa tuh. hahahah.. da la sejuk.. kesian la hai dengan orang yang tade lemak ni.. hahahha.. nak tolong bagi panas, belum boleh lagi. hahahahah... gatal! malam tu, merayau pegi downtown cheras dan uptown setapak. oleh kerana cuaca gerimis2 manja, tak ramai la orang. jalan dengan agak selesa la. yang tak selesa, tudung aku basah ditimpa dek gerimis manje2. memang gerimis skit, tapi da berjam2 dok tadah, basah gak la tudung kan. balik anta En. Nazmi kat hotel, aku sampai rumah pukul 3. dak2 kecit kat umah tak tido lagi. eheheh.. kesian.. datang KL, teperap jek kat umah..

sabtu, pukul 10pagi da tecongok depan hotel. gigih gila bangun pagi2 sebab nak shopping. macam biasa, park dekat belakang menara cimb sebelah sogo. amik duit, sarapan bagai baru la SHOPPING!!!~ oooyeah!!~ aktiviti paling indah.. hahah.. tapi beli barang En. Nazmi je yang banyak. barang aku cuma handbag je sebuah. hehehe.. untung En. Nazmi. Bayar handbag aku dengan perfume sendiri jek. heheh.. perfume aku da beli awal2 da.. habis meround sogo, pegi midvalley. ARGHHHHHH!! becinta nak cari parking. siap merajok kecik ati bagai, baru la dapat parking. hahahahha.. sengal jek perangai. round2 midvalley konon2 nak cari kedai scholl.. takde rupanya ea??? hahahha.. kesian En. Nazmi kena jalan pusing2 1 midvalley. sambil2 tu aku cari kasut untuk wedding.. takde plak yang bekenan. habis sume kedai kasut selagi ada aku heret En. Nazmi masuk.. tapi last2 takde yang bekenan pon.. eh, bukan tak bekenan.. ada jek yang bekenan.. tapi tak rasa nak beli. hahha.. ada yang bekenan, tinggi sangat la plak. kalau da sampai 4inci, mau menangis aku nak pakai. GILA!!! hahahah.. da la kenduri side En. Nazmi nak kena panjat bukit yang agak tinggi. mau menangis aku nak jalan. nak suh En. Nazmi dukung???? sila jangan nak mimpi lebih2. kaki aku pon belum tentu dia boleh angkat. hahahahahah.. habis meround kat midvalley, En. Nazmi ajak pegi kat pasar Chow Kit. aku main bawak jek. hahahah.. tapi aku rasa macam silap pegi la. takde pon pasar besar2. bundle banyak la.. kat Lorong Haji Taib. hahahahahaha... meround jap, baru pegi makan. perut da siap masuk angin. kepala pon 2-2 da masuk angin. memang bolah jadi puting beliung sebab da letih sangat. bajet nak pegi i-city, tapi tak jadi sebab da tak larat nak jalan. En. Nazmi kata kalau nak hangout lagi, kene pegi tempat yang tak yah bejalan. duduk jek. ceh! last2 da lepas makan, dia ajak balik. pasal da takde mood nak bejalan. kira okla gak. kaki aku pon da letih nak pijak cluctch, minyak dengan break. huhuhuu...
ahad, pukul 9.30 pagi da sampai hotel. bajet En. Nazmi da siap. belum rupanya. tengah tido lagi!! ceh!!!~ da tu takkan aku nak tunggu kat dalam kete sorang2 kat tempat parking mengerikan. lepak la kat hotel. sila jangan salah paham ye. aku tak masuk pon bilik dia. aku tunggu kat ruang pejabat jek. dia masuk bilik siap kunci pintu. hahaha.. siap kemas2, check out. pegi breakfast kat tempat aku selalu lepak masa study kat maulana depan kilang coklat berryl's. lepas breakfast, pegi Alamanda. bajet nak cari gak sandal scholl, belt untuk En. Nazmi dan kasut En. Nazmi nak pakai masa wedding nanti.. puas meround takde plak jual kasut Scholl ek?? belt yang dia bekenan pon takde. tapi aku jumpa gak kasut nak pakai masa wedding. sekali tengok, terus try. berkenan, terus beli. takde pandang kasut lain walaupun En. Nazmi cuba membakar aku bila masuk kedai lain, "cantiknye kasut putih tu... *sambil gelak2*". ceh!! sengaja je tau!!~ da merayau kat Alamanda pegi plak The Mines. dulu ada kedai scholl kat situ. bila aku pegi ahad lepas, da takde plak. hampeh jek. da takde barang yang nak dicari, blah la dari The Mines. makan kat restoran Anjung seberang komuter serdang. lepas lunch, solat kat masjid UPM. terus pegi Bukit Jalil. sampai sana dekat pukul 4. tiket pukul 6. ada lagi 2 jam. lepak2, borak2 dalam kete sementara nak tunggu pukul 6.. haaaa.... ni yang paling tak best nih.. tah napa aku touching sangat. hahahahahah... sedih gile siot!!!~ sebelum ni kalau jumpa dia pon, balik mana ada anta2 bagai. da tentu la aku balik dari rumah. ni kena anta dia kat stesen bas, tunggu dia naik bas, pastu nak bubbye2 lagi.. ARGHHHH!!!!~ sangat tak best!!! huhuhhuhuhu!!!! ni baru anta tunang.. lagi 2 bulan nak anta hubby plak.. adoi la... mesti lagi sedih.. huhuhuhuhu.. sangat tak best!! boleh plak aku ternanges. ok. aku ter ye. bukan aku sengaja. tiba2 jek air mata ni gedik nak jatuh. eeeeee... penat aku tahan2. hahahah.. hampes. aku tak penah nanges depan dia. aku tak suka dia nampak aku lembik. da tetiba dia nampak plak. hahah.. tu pon jenuh sorok2 muka ni ha.. haish... sengal jek perangai kan??? tah pape.. lagi dia cakap dah, lagi banyak lak yang turun.. eh... gedik tol kolam air mata ni tau.. berenti la.. hhehehehh.. camne nak brenti kalau da tetiba masa tengah bejurai2 tetiba ada plak lagu "Baik2 Sayang by Wali Band". da tu boleh la plak dia nyanyi lagu tu.. eeeee.. lagi la gedik2 tak mo berenti ni.. da merah2 biji mata. sapa nak betanggungjawab??? abes la orang nampak mata merah2 dalam hati berkata, "nangis la tu anta tah boipren ke, tunang ke, laki ke balik.." hahahaha.. sengal betul. masa yang tak aku tunggu, tiba gak.. uhuhuhu... sedih nya anta kesayangan balik naik bas. lepas salam2, peluk2, kissing2, *ok, aku tipu. hahahah.. berani aku nak buat macam tu??? gila!!* eheheh... lepas pesan macam2, dia naik bas, aku tunggu sampai dia da duduk. da duduk, pegi tepi bas, lambai2 jap terus pegi kat kete. heheheh.. pegi kat keta sambung nanges. hahahahahahaahha.. tak leh blah tol!!! gembeng tol cik Rifqah ni. tak kental tol jiwa tu. apa la. baru anta tunang. hahahaha.. sengal2!!!
aku memang benci bila kena say good bye pada orang yang aku sayang. memang la kita akan jumpa lagi.. tapi kita taktau sempat ke kita jumpa dalam keadaan masih bernyawa, kan?? kalau boleh, aku nak semua kesayangan aku ada di sisi aku. tapi mana boleh macam tu kan. apa pun, kita kena kuat, tabah, terus kan kehidupan. eh??? nape ucapan cam ada orang mati ni??? heheh.. takde la.. kena la kuat untuk mengharungi hidup sorang kat kutub utara, sorang kat kutub selatan, kan?? dugaan betol la.. huhuhu...
chow!!
XOXO
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 3:18 PM 1 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Happy Birthday Baby Sayang!!~
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 12:41 PM 1 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Sunday, December 12, 2010
B.I.L.A.R.I.N.D.U
Eh?? post entry baru di hari minggu?? hahahha... selalu nya aku malas nak on9 bile hujung minggu.. hahah.. camne nak rajin nye.. ahad aku gerak balik dari johor ke KL. takkan nak on9 tengah2 drive kot.. hohohoh... kalau da sampai KL tu, xde makne nya aku nak on9. baik aku tido. isnin da kene keje.. hehehhh..
actually, hari ni aku kene pegi pengerang.. sape2 yang tak tau pengerang kat ne, pi la google.. tapi aku tak jamin korang boleh jumpe ke tak.. heheh.. nak gi pengerang, lalu la rumah aku, rumah tunang aku. kalau tau nak kene pegi pengerang, memang sah2 la aku balik kampung hari jumaat hari tu. ni da last minute baru tau, malas la aku nak balik kampung. lagi pon aku malas nak drive. tumpang dak opis aku jek.
hm... apa lagi aku nak tulis ha?? hahaha... takde motif sebenarnye.. layan gambar dulu la ea??


eh?? apa kene mengena makanan dengan rindu ni??? hheheh.. memang tade kena mengena pon.. sebenarnye aku rindu kat budak ni ha..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
V


hm.. jodoh.. susah nak kata kan?? aku baru je kenal En. Nazmi ni. kitorang kenal 12 Mei 2010. 1st jumpa 12 Jun 2010 dan 12 November 2010 betunang. macam best kan tarikh2 tu?? semua kebetulan.. tapi tak plak amik tarikh wedding tu 12hb.. heheheheh.. sapa2 yang baca blog aku dari awal, mesti ada tebaca kisah2 sedih aku dulu kan?? tapi da buang kot rasa nye.. hahah..malas nak ingat crite da lepas. tapi besyukur gak la. dengan kesilapan yang aku buat tu, aku jumpa En. Namzi ni. kalau tak kerana silap langkah dulu, takde la aku layan En. Nazmi ni kot. heheheh.. tu la orang kata jodoh. jodoh ni kadang2 tak yah cari jauh2.. dia sebenarnye ade je kat depan mata kita. cuma kita je tak sedar itu jodoh kita. sama la cam aku dengan En. Nazmi. jauh2 aku cari, rupenye orang dekat jek.. ahhaha.. takpela.. orang kata senang. takde la gaduh nak balik raya, kan???? *takde maknenye tak gaduh.. boleh jamin nanti perang gak.. ahhahaha*.
hm.. aku harap jodoh aku panjang dengan En. Nazmi. aku harap jodoh kitorang sampai ke syurga-Nya.. amin3..


eh.. panjang suda repekan kali ni.. okla.. chow dulu ye.. ade kesempatan, aku merepek lagi kat sini. adios!!~
(^___^)v
XOXO
note: entry ni aku type dari pukul 3.30 pagi.. pukul 8 pagi nak gerak pi pengerang. alamat rabak la mata aku nih.. huhuhu
note2: rindu giler dengan en. tunang ni.. tak saba mau tunggu die trun KL. mau SHOPPING!!!~ yeay!!!
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 9:00 AM 2 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Wednesday, December 8, 2010
tak de perasaan
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 3:18 PM 2 buah fikiran ditabur ke kotak komen
Thursday, December 2, 2010
tak penat ke??
Di klik hantar oleh Nazhatul pada 3:07 PM 2 buah fikiran ditabur ke kotak komen