K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 18, 2010

Kalau tak suka, tutup la mata


Salam

Aku ada dengar benda ni kat radio. ala.. radio yang panas tuh. aku tak tau la tajuk chat dia pasal apa. tapi ada kene mengena dengan bazar ramadhan. ada sorang pendengar ni call bagi pendapat. yang bagi pendapat tu akak ke makcik ke aku tak tau, bunyi die macam ni la lebih kurang;

"saya rasa tak salah kalau orang pompuan nak pakai macam mana pon time pegi bazar. itu hak dia. sukati dia la nak pakai apa. orang laki pon ade je yang seluar steng(maksud:pendek), pakai singlet selamba jek. jadi pada saya tak salah la pompuan nak pakai ape pon pegi bazar. tu hak masing2 la kan. kalau tak suka, tutup la mata."

erk???? makcik, akak or whoever you are.. sedar ke tak time becakap tuh? ke sebab da lapar sangat pose sampai tak dapat befikir. so, mulut tu cam telepas cakap.. sedihnya dengan orang Islam sekarang nih. benda yang da terang2 salah, bedosa, lagi nak back up.. ke makcik@akak pon pakai seksi gak pegi bazar... tu yang back up abis tu.. ish.. tak pasal2 aku pon dapat dosa duk ngutuk mak cik nih.. haish...

makcik@akak, lelaki kan, aurat diorang pusat hingga lutut.. selagi sluar yg diorang pakai tutup sampai lutut, selagi baju diorang tutup pusat *eh, ade baju tak tutup pusat ea? tu baju ke?? hehehh*, diorang kira menutup aurat. yang nak argue lagi tu dah kenapa? pakai seluar steng jek pon.. bukan diorang pakai boxer. kalau tak suke, pejam la mata, kan?

orang pompuan lak da memang ditetapkan Allah auratnya dengan yang bukan muhrim, seluruh badan kecuali muka dan 2 tapak tangan. lagi nak persoalkan hukum. memang la hak masing2 nak pakai apa pun.. kalau la nak ikut kan hak, macam mana dengan hak Allah? ada fikir? Allah berhak untuk hamba-Nya bersyukur, taat pada suruhan-Nya di atas segala nikmat yang Dia da kurniakan pada kita. kalau nak kata pasal hak, berhak ke kita hidup atas bumi ni Allah ni, bernafas dengan udara yang Allah bagi, makan rezeki yang Allah kurnia, tapi nak ikut suruhan Dia, cukup la susah kita nak buat. bukan susah pun nak tutup aurat tu.. tutup kepala, jangan pakai ketat2, jarang2. bukan boleh tebakar pon kalau pakai tutup2 macam tu.


aku sedar, aku pon bukan baik sangat. seryes nih.. memang tak baik. tutup aurat pon ala kadar. tapi sekurang2 nya, aku cuba untuk menutup aurat aku selagi aku boleh. aku mengaku cara pemakaian aku sekarang tak ikut macam yang agama kita tuntut. aku sedar tu. aku malu dengan Allah. aku tak tutup diri aku elok2. aku tak tutup elok2 tubuh badan aku yang Allah da pinjam kan pada aku. aku tengah mencuba, sikit2. dulu aku pon tak pakai tudung. dan aku kesal sebab aku pon penah cakap, "orang yang pakai tudung pun, bukan baik sangat". tu zaman jahiliyah aku, zaman aku skola, fikiran pon tak matang. tapi Alhamdulillah, aku da sedar. tutup aurat terutama rambut tu wajib. jangan dipersoalkan. da memang tertulis dalam al-Quran. walau pun pompuan tu pakai tudung, tapi buat jahat, sekurang2 nya dosa buka aurat tu takde. sekurang2 nya, dia tunaikan jugak 1 daripada kewajipan dia yang dia kene buat. jangan persoalkan hukum Allah. memang nampak tak manis kan, tutup aurat, tapi jalan2 dengan pakwe, pegang tangan, lepak2 kat taman duduk berdua atas bangku, lepak2 sembang2 tepi laut dengan pakwe..*erk..macam pernah buat jek.. huhuhuhu...(T___T)*, tapi 1 daripada suruhan Allah, dia da buat. dosa yang lagi 1 tu, pandai2 dia la nak tanggung. sendiri mau ingat lah kan? erk.. macam kene kat diri sendiri la plak.. huhuhu..

so, muslimah2 semua, jangan la persoalkan hukum Allah. bila kita tak mampu nak tunai kan, jangan la pulak cakap pasal hak. kita tak berhak untuk hidup atas muka bumi ni, guna semua nikmat yang Allah da bagi kalau susah sangat nak tunai kan suruhan-Nya.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

(^___^)

note: peringatan untuk aku gak.. tak guna tutup aurat kalau tak sempurna, tak guna tutup aurat kalau tak jaga tingkah laku dan pergaulan.. jangan la aku jadi orang yang tak berguna..


2 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Hamzah Ian said...

betol.. tak payah nak bantah pe tuhan ckp.. ikut je

::Rifqah:: said...

Hamzah Ian:

yup.. kalau nak bantah gk, sile la cari bumi lain..