K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 28, 2010

Rindu pada bintang

Rindu ku pada bintang

Bintang yang temani malam-malam sepi ku

Rindu ku pada bintang
Bintang yang menerangi malam-malam kelam ku

Rindu ku pada bintang
Bintang yang ku harap terus besinar sampai penghujung nyawaku

Bintang
Temani malam-malam sepi ku
Terangi malam-malam kelam ku
Sinari aku hingga penghujung nafas ku

Mengapa bintang?
Mengapa bukan bulan?
Mengapa bukan matahari?

Cinta ku pada bintang..
Bintang menjadi petunjuk kepada sang pelayar
Belayar di waktu malam dilautan luas tanpa arah
Hanya bertemankan bintang
Belayar mencari cinta
Cinta agung dari Maha Esa
Cinta murni dari sang kekasih
yang menanti di penghujung nya

Mengapa bintang?
Bintang menjadi petunjuk kepada sang pengembara
Kembara mencari diri
Kembara mencari sang kekasih
Kembara mencari cinta Ilahi

Sungguh..
Aku rindukan bintang..
Tolong terus temani aku wahai bintang
Tolong terus terangi aku wahai bintang
Tolong terus sinari aku wahai bintang


buat "bintangku",
terima kasih kerana temani aku,
terima kasih kerana terangi aku,
terima kasih kerana sinari aku,
sayang kamu dalam2, ketat2
moga yang dirancang, jadi kenyataan..amin


6 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

MissMeera said...

wahhhh jiwangnya

::Rifqah:: said...

meera: hahahah..jiwang ke??

Linglung said...

lu dgn bintang tu tgh deep in love skrg kan?

::Rifqah:: said...

Linglung: hahaha... dlm x dlm wa xtau.. tp tgh merancang.. klu pjg umo, thn dpn wa invite lu mkn nsk mnyk.. (^___^)v

sahromnasrudin said...

salam...indah puisi awak? belajar dari ahadiat akashah ke? heheheheh

::Rifqah:: said...

En. Sahrom:

W'salam... trima kasih sbb memuji.. hehehhh... bnyk membaca puisi, tulisan kt blog2 lain, mempengaruhi gk tulisan saya.. puisi ni spontan jek.. tibe2 rase mcm nk tulis..
(^___^)v