K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 7, 2010

Soalan apa sebenarnya yang kau tanya nih? aku tak paham..

Salam..

Pagi2 check email, tengok ada 1 soalan kat formspring. anon tanye soalan dalam pukul 11.30 mlm. soalan & jawapannya klik kat sini ----> formspring

persoalannya di sini adalah, apa plak yang boleh menyebabkan lu kata gua hipokrit nih? atau lu nak kata blog gua hipokrit? ke sebab entry ini & ini yang buat lu kata gua hipokrit? apa yang hipokrit nya? gua tak paham.. boleh lu terangkan?

gua bukan panas beb. tapi gua nak tau la pasal apa lu boleh tanya gua macam tu. hipokrit ea.. semua orang hipokrit. lu pon hipokrit gak kan kadang2? gua ngaku kadang2 gua perlu hipokrit untuk jaga hati orang lain. lu pon macam la tak penah hipokrit.. hidup ni memang penuh dengan kepura-puraan. sedangkan dalam dunia realiti pon ramai yang hipokrit, apatah lagi dunia maya ni... kalau lu tak suka blog gua, tak yah la baca. gua tak suruh pon lu baca. blog gua ni takde apa pun. nuffnang pon gua tak reti letak, follower pon tak ramai mana, orang baca blog gua pon bukan ramai. blog gua cuma blog picisan je, blog sampah, takde nilai, takde isi pon.. gua buat blog bukan nak suh orang follow. gua buat blog bukan nak cari duit sampingan dengan nuff, gua buat blog bukan nak bagi info tah pape kat lu orang. gua buat blog sebab dengan cara ni je gua boleh luah kan semua isi hati gua. gua suka menulis kalau gua sedih, marah atau bengang. kalau gua happy pon gua suka tulis. ni da macam diari la kan. macam diari, diari tu diari kita, sukati kita la nak tulis apa? betul tak? macam tu gak dengan gua. cuma bezanya, blog ni orang 1 dunia boleh baca. orang baca kebanyakan nya orang yang tak kenal pon sapa kita. apa gua tulis dalam ni, semua adalah isi hati gua. memang kadang2 gua punya post nampak macam gua baik sangat la konon.. kadang2 post gua pon gedik macam celaka. gua tau.. time gua post baik2 tuh, siap tazkirah la bagai, tu belum masuk ada hadis la benda kan.. ha.. tu time gua tengah angin2 keinsafan la kononnya. tapi bila time gedik gua datang, memang la gua tulis macam entry semalam tuh.

so, kepada anon, apa sebenarnya yang lu nak tanya pada gua? apa yang lu nak tau sebenarnya? hehehh.. tanya je la.. gua tak marah pon.. cuma gua cam pelik gak la.. blog gua bukan apa2 pon.. ada gak anon yang baik hati nak singgah, nak komen.. siap cakap gua hipokrit lagi.. heheh.. tak salah kalau lu tegur gua kalau gua buat silap. gua terima dengan hati terbuka.. tapi untuk pengetahuan lu, semua entry yang gua tulis dalam blog ni, memang jujur lahir dari hati gua. heh.

erk.. macam pelik lak aku tulis gua-lu nih.. hehehhh.. ok2.. tukar balik cam biasa.

owh.. pasal entry semalam, aku tulis apa yang aku rasa, apa yang aku lalui.. dan memang itu kenyataan nya. takde yang hebat pon. aku bukan nak kata aku hebat sebab aku terima En. Nazmi walaupun dia bukan siapa2. entry tu bukan nak kata aku hebat. tak. tapi aku memang ikhlas sayang dia dalam2. erk.. dalam2 ea.. hahahha.. aku memang sayang dia sangat2. kenapa aku kata dia bintang? sebab maksud nama dia "bintangku, keindahanku". sebab tu aku panggil dia bintang. dia muncul dalam masa yang tepat, dalam masa aku tengah down gila, dalam masa hati aku sangat terluka, dia dengar semua luahan hati aku, bagi semangat, nasihat. memang pelik bila aku becerita dengan dia sebab aku baru kenal dia. tapi aku selesa. dan yang paling utama, pekenalan aku dengan dia diatur oleh keluarga, dengan restu ayah ibu aku. aku tak kisah dia blaja tak tinggi.. aku tak kisah dia keje biasa2 je... aku tak kisah dia pakai kete kecik... semua tu tak penting buat aku. yang penting dia sayang aku, hormat aku dan family aku, rajin, baik *depan aku la.. blakang aku taktau..hehh* dan yang penting sangat2, ibu ayah aku terima dia. takde yang hebat tentang aku dan dia. aku tak pernah rasa aku hebat. aku rasa aku la orang paling teruk. apa yang hebatnya??

ok.. panjang plak aku membebel ni... tu la... lain kali bagi soalan tu terang2. terangkan skema jawapan yang kau nak. dan lagi 1, tak best la jadi anon ni. pengecut la beb! bagitau je la kau sapa.. boleh gak aku kenal2..heheh.. tah2 aku slalu skodeng blog kau ke kan.. heheh.. ke aku ada follow blog kau ke.. jangan la malu2. aku bukan nak wat pe pon.. saja nak kenal2.. kalau kau malu, email je aku.. hehehe.. tak pun, kau komen jek kat entry ni. boleh sangat2. eh, tapi blog aku bukan la hebat sangat, hipokrit je lebih, takkan la kau nak singgah baca kan?? hehehh

pada En. Nazmi, kalau tebaca mana2 entry yang mengguris hati, ampun maaf dipinta. takde niat nak perkecilkan, persendakan, segala macam "per" la.. saya sayang kamu dalam2.. kalau boleh nak peluk kamu ketat2. erk?? apakah? hahha.. saya tau tak boleh. da "halal" nanti baru boleh.. heheheh.. semoga jodoh kita panjang dan kekal hingga akhir hayat..aminn...

chow!!

XOXO

buat apa dicerita bahagia kita rasa,
biar tak dipercaya, peduli orang kata,
"saya kenal sayang saya"
- fynn jamal

note: aku bukan marah, nasihat!! hahahahaha..

2 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

sahromnasrudin said...

selamat hari raya..maaf zahir batin ya

::Rifqah:: said...

selamat hari raya.. maaf zahir batin juga.. (^__^)v