K.A.M.I

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

Happy Birthday Sayang!!~

29 Oktober 1984, 12.55tghr.

Lahir baby pompuan yang cute. anak sulung kepada pasangan En. Zainal Abidin Jilani dan Pn. Hilowati bt Sukirman. Lahir di Hospital Daerah Muar tepat azan zohor (kate ibu aku la..heheh). Baby pompuan yang kecit molek berat 2kg lebih jek tu kene dok dalam inkubator. sebab?? tah ek.. hehehhe... baby cute tu diberi nama Qhaishatul Rifqah bt Zainal Abidin..eh...macam nama aku...oh..memang.. da tentu baby yang cute tu aku..hohohohoho...

Happy Birthday Rifqah!!~

Alhamdulillah....Allah masih beri peluang pada aku untuk benafas lagi,bernyawa lagi untuk menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-26. betambah setahun lagi umur aku.. dengan betambahnya umur, bemakna makin singkat la pejalanan hidup aku. masih banyak lagi yang aku belum capai, yang aku belum buat. amal ibadat?? toksah cakap la.. belum cukup sempurna.. yang asas pon belum sempurna.. perlu dikuatkan lagi..

Dengan bertambah nya umur aku hari ni, aku berdoa semoga usia aku dipanjangkan dan diberkati, dimurahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat. semoga bertambah iman dalam diri aku, semoga aku mampu berhijrah menjadi yang lebih baik. sesungguhnya aku teringin sangat nak jadi macam -----> ni. sejuk je hati tengok. (walaupun cume nampak orang bebungkus je, tapi aku suke..). doakan aku mempunyai kekuatan untuk berhijrah seperti dia. doakan aku jumpa cinta Ilahi. doakan aku lebih cintakan Allah. selama ni bukan tak cinta. mulut kata cinta, tapi perbuatan tak menunjukkan rasa cinta. semoga Allah memberikan aku petunjuk dan hidayah. semoga aku jumpa jalan itu. semoga aku dikurniakan kekuatan untuk hijrah itu.

amin..amin..amin..

XOXO

note: umur betambah makna nye makin singkat masa kita didunia ni. da cukup ke amalan nak bawa ke sana? besedia ke nak hadapi kehidupan kat sana? fikir2 kanlah.. muhasabah... banyakkan beramal. (^___^)

5 buah fikiran ditabur ke kotak komen:

Linglung said...

1st??

Linglung said...

gua jugak 1st wish happy besday utk lu kat blog ni.. :))

semoga dipermudahkan segala urusan, bahagia, senyum selalu, panjang umur ..dah tua lu skrg ya?? :p

::Rifqah:: said...

linglung:

ye..tahniah lu 1st..ahahahh.. bkn ramai pon nak dtg blog gua..

thanx 4 the wishes..amin3..

tua ke?? hahahah..xde la tua sgt kot..ahahahh.. gua blom kawen, mknenye gua masih muda.. ok.perasan muda.. hahahah

Cahaya_Kebahag!aan said...

selamat hari lahir..
moga murah rezki, dipanjangkan umur & bahagia selalu.. diharap segala amalan mendapat keberkatan dariNYA~~~

::Rifqah:: said...

Cahaya_Kebahag!aan:

trime kaseh!~ amin3.. (^___^)